Umat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam ini tidak sekuat umat nabi-nabi sebelum rasulullah. Kita ini terlalu manja dan bersyukur rasulullah sudah siap sedia akan memberi syafaatnya di Mahsyar kelak. Allahumma solli 'ala Muhammad. Sunnah-sunnah itulah yang selalu dikejar untuk menjadi pegangan. Tetapi sunnah yang sedikit menggegar iman seorang isteri apabila si suami yang dicintai siang-malam tiba-tiba berkata mahu membuka cawangan - berpoligami. Suatu yang disyariatkan tapi amat dibimbangi.
Ustaz Syeikh Mohamad Abdel Aziz Mahmoud Ghonim yang datang memberi ucapannya di masjid tempat kami tinggal bersempena Rehlah Dakwah Johor 2016 baru-baru ini menyentuh hal poligami. Kewangan, kesihatan, kasih-sayang, keperluan batin ramai yang mampu. Namun adakah mampu sebagai suami untuk membahagikan masa dengan adil? MASA satu yang sangat susah buat umat manusia untuk membahagikan dengan seadil-adilnya.
Apabila beliau berkata jangan ingat mudah kalau bab masa dengan kerja pun kita tidak mampu menunaikan dengan sebaik-baiknya apa lagi jika mempunyai dua, tiga atau empat isteri. "Mu tak takuk ko di akhirat sok jale senget?" (awak tidak takutkah di akhirat kelak jalan senget). Itu kata ustaz berbangsa arab tetapi berceramah dengan dialek Kelantan. Bergegar ruang masjid dengan gelak-tawa suami-suami kami.
~~ Isu poligami sangat sensetif buat rakyat Asia Tenggara tapi tidak di Asia Tengah. Aku sendiri masih 'tamak' tidak mampu menggalas rasanya. ~~
27 comments:
poligami?... yg bahagia hanya sebilangan kecil kak...selebihnye berantakan antara yg tua dan muda...moga2 suami lieya tetapkan iman dan cukup le lieya sorang yg jaga makan pakai die huhuhu....
menu ayam goreng kunyit mmg menu pilihan kalo masa yg ade kat dapur terhad kak....anak2 pun suke....laju je ratah...
saya pun selalu buat ayam goreng mcm tu, anak2 suka. idea akak timbus dgn sayur tu bagus, nti boleh tiru hehe
bab poligami, no komen. kdg2 apa yg kita takutkan dan taknak sgt, itu pula yg dapat.
Kaknoor suka dengar kalau org arab cakap dlm dailek kelantan, bunyinya mcm lucu kakzakie kan, dulu2 Dr Fatimah AzZahra pun ckp dailek kelantan kan mmg tk tukar chanel kalau dia. G ceramah hehe
Bila berbicara mengenai poligami..
ianya sgt dekat dengan nieyl... :(
sedapnya makanan akk...
Cukuplah suami saya monogami kak zakie..
Jagalah saya seorang , jika takut jalan senget kan hihihi..
Semalam saya pun tak sempat masak kak..
Buat sup telor letak karot dan kobis bunga..
Pastu regu dgn sambal tumis ikan bilis..
Cukuplah selera anak beranak :)
Rezeki masa kesihatan tak nampak, hampir ingat automatik ja ada yang sebenarnya dariNya tanpa diminta.. thanks dear kak zakie atas entri ni, ramai ada dugaan terpaksa terselindung sendirian..nauzubilah..
terpaksa menerima, redho, pasrah, jika dimadukan dlm diam...berbagi suami, hati isteri mana yg tak sedih..
kt ofis ni, ramai dok order nasi ayam goreng kunyit, ada delivery tapi sambalnya pedas giler..tak keruan jadinya..hihi..
terus terang falsya pun kedekut utk berpoligami kakak..xsanggup rase..
sedih rasanya bila tengok ada yang berpoligami tapi tidak adil...simpati pada isteri dan anak anak yang tidak dapat kasih sayang dan kebahagiaan yang sebenar...
ayam goreng kunyit mcm tu makan dengan nasi panas memang sedap kak...
Macam mana ye org arab dialet kelantan.mesti sgt lucu bunyinya..betul tu tanggungjawab masa tu yg ramai tak mampu galas.
Sedap pulak tgok ayam goreng kunyit kakak..nti nk buatlah.hehe
Amalan yang ramai suami bercita-cita nak buat. Tapi belum tentu mampu atau tidak. Jika mampu boleh. Tapi jika tak mampu, satu sudah memadai kan? Berjalan sengat kat sana nanti takut yang amat, banyak nak kena jawap.
monogami dah la, insyaAllah berbahagia hingga syurga
NABI SAW DIBERI ALLAH PELBAGAI KELEBIHAN DLM BERBAGI KASIH SYG N TANGGUNGJAWAB TERHADAP ISTERI2 BAGINDA TAPI TIDAK UMATNYA YG INGIN MENIRU AMALNYA...MMG AKAN SENGET MEMIKULNYA APALAGI JIKALAU ISTERI2NYA XREDA DGN KETIDAKADILANNYA...SENGET DI DUNIA N AKHIRAT.
Kak zakie...julia pun masih tamak dan mendoakan agar suami jaga julia dan anak yang ada...rezeki poligami ni memang halal tapi lagi halal kalau tumpu yang ada depan mata, sebab takut la ustaz tu cakap nanti jalan senget...huhh...sedap yer lauk2 akak masak, itulah selagi kita bernama isteri, jom puji suami sekali sekala kan kak...bagi dia gembira.
Poligami skrg byk mengarut..yg kya kawin dgn yg muda jelita bergaya seksi.dgn janda,susah anak ramai tk nk plkkk ...
Poligami ni ok tpi tk digalakan..klu yg ikut Rasulullah saw tu 👍👍👍👍👍👍
Walaupun dijanjikan payung emas, masih tak mampu lagi nak merelakannya.
Teringat kata HD dulu sebelum kahwin. Orang bangsanya memang sukakan bangsa sendiri. Jadinya kalau ditakdirkan emaknya tak boleh terima bermenantukan bangsa asing, kena bersiap sedia dengan takdir walaupun kalau boleh, dia berusaha untuk berkata tidak.
Kecut perut masa tu kak tapi sebab dah jatuh cinta teramat, relakan ajelah tapi lepas kahwin, boleh pulak jadi tamak semula :)
Nasib baiklah Mami fleksibel, tak macam emak-emak Uzbek yang lain!
sedapnya ayam goreng kunyit...dapat judu ngan sup cendawan dan sambal belacan mmg makan bertambah saya kak..
saya mimpi suami saya ada skandal ngan pompuan lain pun saya dah ngamuk, inikan pulak kalau betul2 terjadi...mmg perang dunia kedua kot...huhu
Manis namun pahit poligami...halal tapi tidak digalakkan talak...bila baca perkongsian akak ni teringat zaman sekolah agama...darjah khas...bila semua dah renaja ustaz ustazah cerita bab munakahat ni direct je...ustaz cakap...yang lelaki nak kahwin lebih sorang jangan guna alasan payung emas untuk isteri...buat apa kalau payung emasnya berlubang lubang (isteri sakit hati,,kecil hati,,marah sebab suami tidak berlaku adil)..jangan tambah dosa isteri..jangan jadikan isteri derhaka disebabkan kita lelaki...hehe...
Seronok topiknya tu kanda....sure ramai yg datang tu kan....
Tulah kebanyakan kita ni pompuan rasanya belum boleh hilang sifat tamaktu... moga dijauhkan hendaknya...
Kalau dinda buat ikan bilis goreng bawang jer kanda lagi sedap. Eh....dah jem gitu nape kanda tak beli jer kan senang!
tentang isu poligami.. sy x khwin lg.. huhu.. just follow the flow.. kalau ada rzeki.. bsyukur dgn apa yg ada.
isi poligami isu sensitif
tak semua wanita sukakan nya
ayam goreng kunyit sedapnya..
Assalamualaikum kak, semoga diberikan kesihatan yang baik.
Poligami...isu panas ni hehehe...Tidak bersetuju suami berpoligami suatu yang normal, tak ada masalah. Cuma jangan menidakkan/menentang sudahlah, kerana ia ada dalam syariat. Siapa yang mampu silakan! Satu lagi bab 'payung emas' tu, sebenarnya tiada HADIS SAHIH pun yang menyebutkannya. Maknanya jika ada suami yang menawarkan 'payung emas'. jawablah tak ada dalam hadis sahih pun...hehe
Apapun apa yang ustaz muhammad ghonim sebut tu betul. jika tidak ada kemampuan buat apa menyusahkan diri..
memang menguji tahap keimanan sgt2 sesiapa yng berpoligami..tak menentang tp harapnya diri suami tu sendiri yang memikirkan samada poligami tu baik untuk dia atau tidak...dengan masa yang dia ada mmng takkan adil sampai bila2..
takdapat nak komen bab poligami tu..hehehe, harapnya tak perlu lalui situasi iti
assalamualaikum kakzakie...betul tu kak mmg susah nak menerima situasi begitukan...:)
Saya juga tamak bab yg satu tu kak.tidak ikhlas utk merelakan. Biar tak tau langsung pun takpe dari tau . Masing2 ada pendapat mereka..
poligami no komen...
tak cukup kuat kot...
Post a Comment