Sebenarnya selera aku memasak dan makan malam agak terbantut sejak akhir-akhir ini. Doa kami sekeluarga semoga ujian El-Nino ini segara berlalu. Catuan air masih menjadi masalah buat asrama adik sehingga hujung minggu lepas aku belikan adik seluar dalam pakai buang dan panti-liner banyak-banyak. Terkenang sewaktu menunaikan ibadah haji, aku juga menggunakan cara ini bagi memudahkan ketika berada di Arafah dan Mina.
|
Pizza - Jauh lebih murah berbanding di Pizza Huts mahupu di Dominos. Tetapi rasanya setanding dengan mereka. Tidak rugi membelinya |
|
Lauk - Terlalu ringkas tetapi enak di makan bersama nasi putih. Dagingmasak kicap, timun & kobis sebagai ulam digandingkan dengan sambal belacan mudah |
|
Berselera - Bila digandingkan dengan nasi panas dan sup panas biarpun ringkas tetapi berselera untuk dinikmati sebagai hidangan makan malam itu |
|
Meatball - Mahu dibandingkan dengan meatball Ikea tidaklah dapat dibuat sebab meatball ikea tidak pernah pula aku rasa. Tetapi menurut anak-anak boleh tahan sedap macam di ikea katanya.
|
Semalam juga dikhabarkan yang A-Famosa water team-park akan ditutup buat sementara waktu kerana masalah penurunan paras logi air yang membuat bekalan ke taman tema air ini sangat mendadak. Dikatakan juga inilah kali pertama (belum mendapat kata putus) terpaksa di tutup seketika, setelah lebih 20 tahun ianya beroperasi. Pihak pentadbiran bagaimanapun berkata berharap penutupan sementara ini tidak akan berjalan lama.
~~ Sedikit ujian Allah berikan tetapi kesannya amat hebat dirasakan.~~
44 comments:
cuaca pnas, mmg kurang selera makan...jika makan bersup, lebih membuka selera...alhamdulillah, kami disini semalam disimbahi hujan...reda sedikit bahang kepanasan...
salam kak
kita kat rumah pon dah siap2 tadah air. persediaan sebab dengar2 kata nak kene catu kat melaka ni
tapi semalam tak boleh nak continue tadah air sebab air tersangatlah kotor
mmg cuaca panas sgt kan kakak..even mendung tp still terasa2 bahang..
daging masak kicap tuh mmg kalau makan itu je ngan nasi panas2 mmg mau bertambah2 nasik..hehehe
Betullah kak zakie, bila panas tak selera nak makan, bersup bole la masuk jugakkan, sedap meatball tu, pizza pun bercheese tebal mesti sedap..
Ujian Allah buat semua..
Tidak kira siapa pun makhluk Allah di dunia ini..
Semoga Allah memberi keampunan buat kita semua.
Di Shah Alam ini ada juga hujan turun tapi sekejap..
Sekadar memberi air kepada pohon2 makhluk Allah yg tidak henti berzikir..
Catuan air pun dah bermula disini..
Madrasah kakak nabilah pun dah beberapa hari dicatu airnya..
Nabil pula dah demam balik ..
Cuaca panas ni kena minum air banyak2 kan..
Kena gandakan.. biasa minum 2 liter jadi kan skrg 4 liter..
makanan buatan rakyat tempatan banyak yang sedap dan setanding fast food terkenal..
semoga ujian cuaca panas ni akan menguatkan lagi iman kita
kawasan rumah ni belum kena catuan lagi kak..tapi risau jugak..
takde air susah skit ler nak buat keje..
samalah kak.selera memasak terbantut juga. hehehe. tapi bila dah makan kat luar rasa membazirkna pulak lauk pauk yang dibeli
dugaan buat kita masa ni...moga cepat berlalu
sedikit ujian kesannya amat terasa kan kak..
bila x de air susahnya rasa...
sedapnya pizza...
Sedapnya pizza tu...
air semakin hari semakin surut...
Di JB masa hantar Azim hari sabtu lepas ,punya lah lebat hujan ....rasa nya buat masa ni xde masalah air.
Kesian adek terpaksa hadapi masalah air di awal2 tinggal di asrama kan....moga adek tabah.
Makanan ringkas seperti daging kicap dgn sup tu lah yang sedap musim panas ni kan kakzakie
betul tu kak.. cuaca panas yang amat sekarang ni. Malam tido pun berpeluh macam berjogging. huhuhuhu.. Paras air makin surut. Da start bercatu..
kak, nampak sedap je pizza tu! huhu
Itu idea yg bijak tu kakak. Dengar berita, lama lagi kita harus bertahan dlm cuaca yg menduga ni.
ya Allah kak kalau saya bior la takde karen jangan takde air...seksanya lain macam..nak buat ape pon serba tak kene jadinye...nasib baik la melaka masih belom bercatu airnye...tapi dengo2 kabo angin mungkin sikit hari lagi nasib kiteorang pon cam akak jugak...harap akak tabah...bagos la di tutup sementara taman tema tu...tengah cuaca panas2 camni nak beriadah pon tak sesuai kot...dari membazir air kat sana baik kasi kat kiteorang ni untuk kegunaan harian...
Allahu kesiannya terutama anak-anak di asrama akan kena tempiasnya. Teringat anak sedara ada di Melaka juga. Rasanya kali ini musim kering melanda utara semenanjung dan selatan. semoga Allah kasihani kita semua dan turunkan rahmat hujan yang mendamaikan.
kesian nya adik kene catuan air... lagi2 masa belajar...
moga cpt lah hilangnya fenomena elnino nih... sian mana2 negeri yg ada masalah air...
tgk makanan tuh sedapnya lah kak... pizza tuh mmg nampak mcm pizza mahal
Assalamualaikum kakzakie sama jugak, disini kebakaran sana sini, alhmdulillah so far air masih belum dicatu, harap2 tidak akan dicatu kerana keperluan yg sngt2 pnting, nk solat nk masak nk basuh mmg guna air ye dak!!
Zura pon berdoa semoga ujian kecil ini akan cepat berakhir.
risau jugak sebab kita dah hampir nak masuk ramadhan. kalo bulan Ramadhan kena catuan air agak membebankan jugak kan~
semoga kita semua tabah hadapi ujian Allah ini.. amin~
Assalam KakZakie
Anak akak perempuan yer? Kalau macam tu tak lalu la depan rumah saya kalau hari Jumaat. Hehehe.
Tak per kak, memang ujian ni.. macam Rosdi yang bekeluarga besar kat sini pun rasa berat juga.. ada cucu cicit lagi.
sedap2 foods tu..pizza, meatball, daging masak kicap + sup..saya pun x pernah makan meatball kt ikea..
semoga ujian ini berakhir tk lama lagi..
cuaca sangat panas sekarang ni kak.. waktu dkna ke vietnam last week, ramai tanya panas tak kat sana.. sebenarnya Malaysia lagi panas dari sana, bahang kat sini..
PC baru balik dari kampung kak...tapi sepanas panas di kampung...panas lagi di KL kak...biarpun siang membahang tapi malam ke pagi sejuk mendamaikan dikampung...alhamdulillah..betul2 mendidik hati bersabar dan bersyukur...
Assalamualaikum kak zakie, bagaimana nak berhubung dengan k zakie ye? Kalau sudi tinggalkan alamat, no telefon sebab itu tujuannya di komen blog saya. Saya tak publish, jika sudi :))
takde air la payah untuk semua benda.hmmm..lagi-lagi bab ibadah dan period. hmm..harap tak berterusan..dan harap ada bantuan lori air setiap hari.
bab makanan jgn cakap la saya senang betul terliur! hehehee
tulah kak..family eda pun sekarang ni ramai yang tak sihat.Anak-anak pun sama,on off je lah demamnya..Tapi alhamdulillah..tiada lagi catuan air..
Allah sedang menguji umatnya kak..Moga semuanya beransur dengan cepat.
sedapnya pizza tu lengkap semua...musim panas ni mkn sayur bersayur bening r sup lbh selesa diterima tekak. Semoga tempat2 yg kemarau akan segera turun hujan mendinginkan kepanasan n memenuhi keperluan kpd air yg kini kekurangan.
sedap daging masak hitam
La kak kesiannya adikkk..tulh dugaan buat adik..thun pertama dh di uji ..mmg pyh klu di catu2 air ni..kat sini ada juga hujan 2/3 hari ni..alhamdulillah sejuk,tak sejuklah..syukur in shaa Allah. Allah Maha Mendengar kak.
alhamdulillah di utara ni dah mula hujan...harap2 tak la sampai bekalan air dicatu..dapat bayangkan kesengsaraan yg dihadapi..
sama lah kita kak... nak masak beria-ria pun terbantut dek letih kerana cuaca panas.... semoga cuaca panas berlalu dgn cepat... Aamiin
sedap menu2 tu kaka... renjis air liyo saya...;)
kesian adik, ye kakak,
cuaca panas, air dicatu
moga2, lepas ni hujan akan turun di johor pulak.
nampak sedap semua makanan tu..meatball & pizza tu menyelerakan.
memang masalah besar bila air takde..sedap nmpk pizza tu patutlah rasa setanding pizza hut
A-Famosa nak tutup? Teruk-nya El Nino kali ni. :( Memang cuaca panas sekarang. Tak terkata panas-nya. Mohon cepat lah pulih.
Sedapnya daging masak kicap. :)
Zaman dajjal nnt, negeri org mukmin kering kontang.....
Zaman dajjal nnt, negeri org mukmin kering kontang.....
Alahai kanda.....sabar jerlah. Memang perit rasanya kalau air kena catu ni kan....Bab pompuan yg kanda ckp atas tu mmg cukup merisaukan dinda tau....
Teringin pulak nak buat daging masak kicap kanda....sambal belacan ngan timun mcm kanda makan tu...
Alahai kanda.....sabar jerlah. Memang perit rasanya kalau air kena catu ni kan....Bab pompuan yg kanda ckp atas tu mmg cukup merisaukan dinda tau....
Teringin pulak nak buat daging masak kicap kanda....sambal belacan ngan timun mcm kanda makan tu...
assalamualaikum kakzakie.semoga cepat berlalunya kan..di tempat acik semalam hujan lebat
Tempat kak baru 2 kali hujan bulan ni...kira syukur juga setelah 2 bulan tak hujan
Saya ni pun dah berkira-kira nak beli tong air lebih sikit. Manalah tahu kalau El Nino berterusan, empangan makin menyusut airnya. Dah tak pasal-pasal air kena catu. Siksalah kalau takda air ni. Kena belajar berjimat-cermat selagi air ada!
berselera sungguh
betul tu ujian yang sedikit tapi kesannya cukup besar
teruknye kak sampai kena catu air kat johor ek... sabar kan ek
assalamualaikum kakzakie....betul tu kak kak Melaka mmg cuaca panas sgt...baru2 ni pergi mmg terasa bahangnya...alhamdullilah kat Johor masih lagi ada hujan yang turun meyirami bumi johor...
Post a Comment