Rumahku kini sudah tidak ada pembantu. Jika hari sekolah dan hari bekerja kosonglah rumah di waktu siang. Sekiranya ada titipan yang memerlukan pengesahan atau tandatangan pasti pengakhirannya kami kena mengambilnya di pejabat penghantaran terdekat. Begitulah dengan penghantaran product Mekaray Ventures (MV) yang dihantar oleh teman blogger
Zul Fattah buat diriku ini.
|
Sorry - Sebenarnya 30-03-2016 lagi barang sudah tiba di rumah tetapi dikembalikan ke pejabat GDEX berhampiran sebab rumah kami kosong. Nasib baik pejabatnya dekat saja dengan rumah kami |
|
Mekaray Ventures - Triple-M inilah yang dikirimkan buat diriku. Terima kasih Zul Fattah bagi peluang untuk kakak menikmatinya. |
|
Tersusun - Cantik tersusun di dalam kotak. seenak rasa yang telah kami nikmati. |
|
Sachet - Bancuhlah dengan air panas untuk menikmatinya. Malam tadi sudah aku bancuh satu sachet dan pagi ini juga satu sachet. Kesegaran terasa bukan saja enak di tekak tetapi juga selesa di badan. |
|
Zul baru berkecimpung dengan MV tetapi sudah boleh menarik nafas lega. Kepada yang mahu turut jejak langkahnya boleh klik di sini dan silalah bertanya padanya. |
Pemilihan Zul untuk berkecimpung dalam bidang ini ternyata langkah yang tepat. Sebelum meninggalkan kerjaya yang digenggam beliau ada menyatakan samada langkah dibuat betul atau sebaliknya. Aku yang pada mulanya cuak tidak menyangka penghujungnya ada sinar indah telah diraih olehnya. Tahniah Zul! Dari kejauhan ini kakak mendoakan moga product/projek sunnah terbaik ini mempu memberi kebaikan umat sejagat umumnya dan memberi kejayaan buat
Zul. Terima kasih sekali lagi dari kami sekeluarga.
~~ Buat teman-teman yang ingin mencuba sila hubungi Zul
di sini. Atau email
zulfattah91@gmail.com ~~
40 comments:
Begitulah kak, jika rumah tiada penghuni disiang hari..
Masing2 bekerja dan anak2 ke sekolah kan..
Saya pun macam tu kak..
Kekadang ke pergi ambil di pejabat pos..
Bagus ye kak MV ni..
Nanti nak cuba contact Zul Fatah ni..
Elok kan diperbanyak makanan sunnah ni..
Semoga usaha Zul Fatah mendapat keberkatan dari Ilahi..
nasib baik dekat dgn rumah kak zakie...
kalau tak cuba nak tahu kan kak...tahniah en zul fatah
moga terus berjaya hendaknya
makanan sunnah pun sedang naik sekarang ni
byk keberkatannya kan kak...
Tahniah kepada blogger Zul telah berjaya apa yang diceburinya... Alhamdulillah rezeki lagi kak zakie, suka dengan produk sunnah sekarang ni..masih mencari-cari untung kak zakie dah merasa.. Salam Jumaat my dear KZ :)
begitulah kak kakzie kalau takde org kat rumah waktu siang. kena pergi ambik sendiri...
alhamdulillah..lazimnya bgitulah kak...bila tiada yang menerima barang yang dihantar...dulu masa PC bekerja..kerap jugalah kena ambil barang..tapi ni alhamdulillah sebab sentiasa ada di rumah kecuali cara kebetulan balik kampung..ada barang sampai..ha tu peluh dahi kena ambil..sebab jauh juga dari rumah PC..
macam menarik jer kak..murah rezeki akak..
tahniah encik zul, semoga terus berjaya
tu la kan kak.. klu xde dkt rumah payah jugak. mcm best je produk ni =)
mcm best je... nk jenguk lah nnti...
Tahniah kpd blogger zul yg xslh ambil keputusan n berjaya...kalau tiada sesiapa di rumah la ni pos laju akan kembalikan kpd pengirimnya x suruh ambil di pej pos lagi mujur kurier fedx xbuat gitu msh ada rezki kak zakie..syukur alhamdulillah
Alahai segan pulak rasa kak.. tima kasih kak.. hadiah ini cuma sekadar tanda persahabatan alam maya.
Tima kasih juga doakan sy. Smoga akak pun dapat seperti yg didoakan.insyaAllah
Nor pun klu ada order brg online ni tak sng duduk sbnrnya...nak kluar serba salah takut yg diorder tu sampai,bila duk rmh kena standby baju labuh..skli dia ketuk pintu kelam kelibut cari tudung...
Rezeki kak tu alhamdulillah
alhamdulillah rezeki akak..
rezeki akak.. bila dah bertambah umur ni mmg kena makan apa apa supplement utk kecergasan kan kak.. saya ni baru awal 30an dah kena istiqamah.. kalau tak mmg pengsan..
Memang banyak keluaran produk produk sunnah sekarang ni ye kanda. Semalam masa minum dgn cik abe kebetulan dia El. owner kedai tu pun promote produk makanan sunnah dia, tapi bukan produk ni Nutri Plus tak silap....
alhamdulillah rezeki dikongsi bersama.
nice sharing kakak. terima kasih ;)
dulu mcm tu lah saya kak...saya takde kat rumah sudahnya kena collect sendiri kat post office...lepas tu skrg saya bg alamat ofis je...apa2 dorang hantar kat ofis je...senang...huhu
Sebelum ni urusan peribadi mesti hantar ke alamat rumah tapi sebab susah takde orang saya tukar ke alamat office tapi bila fikir balik ianya berkaitan peribadi saya tukar guna alamat rumah nenek sedara saya.. itu lagi mudah.. ;)
first time dgr Mekaray Ventures ni..mcm sedap je Triple M tu..
menarik - Meka Miracle Meal..
di mana ada usaha, disitu ada jalan, In shaa Allah..
testimoni dr akak pun dah membuat semua org pasti nak mencuba...
murah rezeki pemberinya itu...:)
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah rezeki akak...nampak mcm menarik je produk nyer..;)
nik selalu akan bagi alamat opis,senang.kalau kat rumah selalu tak ada orang.
tgh mencari supplement tuk diri sendri.nanti boleh cuba :)
keyword projek sunnah macam best je..
sama je lah masalah nya kak.. selalu tak dapat barang.. now dah tau solution nya.. hantar ke office.. lagi senang.. sentiasa ada org.. sentiasa dapat barang.
macam best je kakzakie produk ni
boleh ke yg empunya ni antr ke brunei
sama la..tp xpela setiap mnggu pun duk ulangalik post ofic pos brg custmer..kita post brg sambil pick up brg..heh..2 in 1 lg tu..
Kak zakie - Itu la yg jadi penghalang utk saya membeli belah on9..sbb rumah kdg tak ada org.
Kak zakie - Itu la yg jadi penghalang utk saya membeli belah on9..sbb rumah kdg tak ada org.
tahniah juga pada Zul yang berjaya dalam perkara yang diidamkan.
doakan saya juga ya
:)
Alhamdulillah. Rezeki akak. Tahniah..
Kalau dekat dengan rumah senang la nak tebus barang, kalau tak memang kena call centre la minta penyerahan kali kedua pula
saya biasa bagi alamat ofis sahaja, sebab kalau kena ambil di pejabat pos jauh pula jika tiada dirumah.
wah sedap ye, bagus tu
Wahh menarik ni produk sunnah :)
Wahh macam best je produk ni :)
mana perginya mak zah kak zakie..rumah sy biasanya klu petang posmen datang takde la org klu sy kerja petang.en suami memang masuk kerja ptg..jadi klu sy kerja pg ada juga org dirumah..
Salam Kakzakie!
Begitulah kak kalau takda sesiapa di rumah. Memang kalau ada bungkusan begini, kena sendirilah pergi ambil. Sebab itulah saya selalu guna alamat pejabat, tak pun rumah kakak saya yang sentiasa berpenghuni.
Mudah-mudahan rezeki kawan ni semakin murah selepas berkecimpung dalam bidang perniagaan. Saya ni entah bila baru nak berniaga, tak tahulah!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Kalau pos laju.. ada orang kat rymah pun ada kala diaorg tinggalkan slip jugak.. agaknya bagi salam sekali x keluar terus letak slip...
Minuman kesihatan ke ni kak Zakie
Saya cukup takut klu brg smpi sy tak dgr posmen dtg atau kami keluar bersarapan. Pos laju kat balakong tu amatlah jauh dgn jem nya..
Post a Comment