Monday, October 10, 2016

Hukum ular panjang

Habis membaca doa untuk memulakan bacaan selepas al-fatihah kenalah membaca arahan yang tertera di atas muka surat tersebut. Mama pun akur menanti kerana bibir anak itu menuturkan patah-patah ayat yang ada. Tiba-tiba apa yang keluar dari bibirnya " Tanda ular panjang kena baca panjang" Macam manalah mama tidak tersembur ketawa. 

Mad - Inilah yang dikatakan ular panjang oleh si abang yang berusia 6 tahun itu. Si abang ini belum pandai membaca jawi untuk perkataan panjang seperti di atas. Jika yang pendik seperti perkataan harkat itu dia pandai.  
Aku mengambil iktibar ini untuk diri aku sendiri. Selalu aku berkata pada anak-anak, "Tengok ada tanda macam ular panjang ini kenalah baca panjang 6 harkat". Jadi dia faham kena baca 6 harkat tetapi menggantikan perkataan mad kepada ular panjang itulah yang silap. Rata-rata semua anak sudah faham huruf mad lazim atau tabi' iaitu Alif, Wau dan Ya dibaca dengan dua harkat tetapi dengan mad-mad yang lain seperti mad wajib mutasil, jaiz munfasil dan sebagainya biasa bila sudah masuk Al-Quran baru mereka akan lebih faham kerana di sekolah juga mereka akan didedahkan dengan hukum-hukum tajwid ini.

~~ Anak ibarat kain putih. Jika kita selalu sebut ular panjang, jangan salahkan mereka mengapa sebut ular panjang juga. Ingatan buat diri ku ini kenalah menggunakan perkataan yang betul.~~

31 comments:

Raihanah Ahmad said...

hebat kakzakie pasal hukum tajwid. saya boleh baca panjang pendek dengung semua tapi fail bab tajwid. saya tahu je kena baca cemana, tapi takleh ajar orang sbb org skrg nak tahu hukum apa.

Atie Yusof said...

hihi.. anak2 dah biasa sebut "ular panjang'.. dah set kat minda dorang kan kan... takpelah janji anak2 ingat.. :)

Norhayati Mohd Isa said...

hihihi..
Kekadang dengan menyebut contoh gambar macam ular panjang kena lah baca panjang 6 harkat..
anak2 jadi mudah faham tetapi tu lah hukum yang sebenar dia tak tahu kan kak..
Kena bagi tahu hukum dan untuk bagi faham kata lah bentuk ular panjang tu..
Sekarang al quran pun dah ada warna warni menunjuk kan hukum..
yakni yang perlu baca panjang, dengung, dan sebagainya kan kak..
Kita ni dah banyak kemajuan al quran tu..
Hendak dengan tak hendak jer untuk membaca al quran tu..

Siti Rohaida Yusof said...

bila ingatkan anak2 pasal ular panjang ni,mungkin diorang lebih faham...

nadhie wueen said...

hihi. comel je dorang letak gelaran. takpa. asalkan mereka faham :)

norhidana miswan said...

bdk baru 6thn kak... jujur ayat nya... udah di ajar ular panjang... dia pun ular panjang jgk hehehe...

saniah ibrahim said...

Senang diingat kan bila dah kata ular panjang tapi perlu juga diterangkan yang sebenar nya kan.
Betul lah di sekolah akan diterangkan banyak pasal tajwid.Saya sendiri kadang belajar lagi ,rasanya banyak yang tak faham.

saniah ibrahim said...

Senang diingat kan bila dah kata ular panjang tapi perlu juga diterangkan yang sebenar nya kan.
Betul lah di sekolah akan diterangkan banyak pasal tajwid.Saya sendiri kadang belajar lagi ,rasanya banyak yang tak faham.

Nieyl said...

salam akk...
hari ini ayah nieyl akan discaj tau.. :)
dulu kalau belajar mengaji,ustazah selalu ckp..klu nampak ular panjang nie...igt 6 harkat..:)

Umie Adli said...

cikgu ngaji lea dulu pun cakap tanda mcm ular. :-)

Mummydearie said...

Untunglah mengaji dengan akak ni. Tahu hukum tajwid. Saya ni tahulah baca tapi bab nak mengajar tu, tak bolehlah. Banyak lagi kena belajar. Dulu belajar tapi tapi bila dah tua ni, semakin lupa. Maklumlah AlQuran pun buka seminggu entah berapa kali dapat aje. Malunya nak mengaku!

Budak-budak memang macam ni. Kalau mengajar kita kaitkan ilmu tu dengan sesuatu, senang sikit nak ingat. Kalau ajar gitu aje, jenuhlah juga!

paridah said...

Anak tu memahami apa yg dimaksudkan dgn istilah mudah oklah tu..kdg penerimaan anak2 no berbeza.

idzwa kamaruddin said...

Betul juga perumpamaannya..sebut harkat anak kecik x paham..

Julia Johari said...

Betul sungguh...mcm abam Qi julia ajar surah pendek...dia sebut...sekarang kita baca doa al-fatihah...dia ulang sekarang kita baca doa alfatihah...Allah rasa nak ketawa kak...

ujie othman said...

kehkehkeh...adoi kak, mmg kelakar!!

Tapi betul la akak cakap, kita yg dewasa kena sebut yang tepat dan betul sbb anak2 ikut apa kita sebut.

Mar Mansor said...

hukum ular panjang..macam ular ke ye? hihi

HeNRieTTa JoSe said...

hehehe...anak anak begitu la...kdg kdg kita rasa dia dah faham...tapi lebihnye salah kefahaman...

nuyui a.k.a miss YUI said...

heheh. pasni msti dia igt itu mad ;)

Amy Hilmirda Daud said...

senang nak ingat tu kak. jumpa ular panjang aje kena 6 harkat.

NanyFadhly said...

Bagusnya..lepas ni nak apply kat anak jugak la. Useful tips.

nohas said...

bagus kak, at least, depa ingat...tapi tulahh, takde dlm syllabus tajwid..hiihi..

Warisan Petani said...

Nampaknya kena ajar sebut istilah yang betulah.

Khairul Bariah said...

hihi.. kadang2 yg pelik ni senang budak nak ingat. ustaz yg mengajar anak saya ngaji pun selalu beri formula huruf tajwid. cthnya: BaJu Dah KoTor ialah huruf idgham (ba jim dal khof tho)...T_T

@na said...

Kak zakie, ingatkan ada hukum baru dalam tajwid...hehehe...comei ja...

Gee Lion said...

Saya pula; baca pandai, nak ajar tuh mungkin susah sebab failed hukum tajwid. Maklumlah saya mendapat pendidikan secara tak formal dgn tok guru merangkap jiran sebelah rumah. Sekolah agama saya tak pergi. Tapi tuh tak bermakna saya takkan ajar anak saya sendiri. Cumanya kena balance. Saya ajar cara baca tapi bab-bab tajwid dia kena ceduk secara formal di sekolah ^_^

Eh anak saya baru 7 bulan, hihihi..

Raihanah Ahmad said...

salam pagi kakzakie. buat apa hari ni?

Fiza Rahman said...

Tumpang gelak baca part 'tanda ular panjang' ☺☺

Ikur kefahaman dorang kan kak. Janji dorang faham bila jumpa tanda macam tu.

hainom OKje said...

Hihi.....seronok tengok tingkah laku mereka ye kanda...
Tapikan kanda bab bab nama mad ni dari dulu sampai sekarang dinda mmg susah nak cam...hihi

Mas said...

hahaa..teringat dulu masa kecik2 wan and atok ajr ngaji ..comel je ular pnjg hihii

Rozita Abdul Rahman said...

ular panjang ye... heheh... nanti balik nak tanya anak.. aritu dia cuma ckp kena baca panjang 6 harkat tp x sebut la apa tanda benda tu... hahah.. ntah2 sebut ular jugak agaknya..

QasehnyaRania said...

teringat zaman zaman belajar tajwid dulu.. dah tak sabar nk ajar rania..