Friday, October 28, 2016

Baiti Jannati

Biar jauh mana pun berjalan, biar letih pun badan, perut tetap menagih untuk diisi agar tidak kelaparan. Pemanduan balik selepas makan malam di sana dan menempuh lebih kurang 8 jam perjalanan dari Terengganu ke JB akhirnya hampir menjelang subuh, kami tiba di baiti jannati. Memandangkan badan rasa letih, mata pula menagih untuk mencari bantal. Pada hari itu inilah hidangan sekeluarga kami di rumah. Biarpun ringkas tetapi perlu diingat ada saudara kita tidak dapat menikmati walau hidangan sebegini simple.

Apa ini? - Jangan gelakkan hidangan kami. Ini sebenarnya roti telur goreng. Roti yang kami beli sewaktu perjalanan masih berbaki akhirnya dibawa balik semula ke JB. Memandangkan sayang jika terbiar inilah jadinya. Potong, celup telur, goreng!

Tengahari - Makan di luar pun malas, masak juga letih. Paling mudah buat air asam ini. Hiris bawang,cili padi hijau dan cili merah, curah air asam jawa dan perahkan limau. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.

Cencaru - Padanannya ikan cencaru bakar plain. Hanya disapu dengan bawang putih dan halia yang diblender. Balut dengan aluminium foil, masuk oven. Tinggalkan. Bunyi ting! - angkat.

Bendi - Betul-betul ringkas kerana ke pasar pun letih. Kasihan en papa sudah leletihan. Sibuk mengulek ayam yang ditinggalkan 4 hari. Kemas reban bagai. Jadi mama pun masaklah sekadar apa yang masih berbaki di dalam peti-ais.

Adik punya - Maklumlah baru balik dari Terengganu. Bawakan keropok ini sebagai kudapan yang boleh dimakan bersama kawan-kaannya.
Letih bagaimanapun bila berada di rumah sendiri aura dia pasti berbeza. Biarpun kecil dan tidak cantik rumah sendiri juga yang paling selesa. Sebab itulah usah dipertikai mengapa almarhum bapak dulu tidak boleh berlama-lama berada di rumah anak-cucu. Belum sebulan sudah teringatkan kampung halaman.

~~ Berhati-hati mahu meniti, Baiti Jannati suatu realiti.~~


37 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Yang senang dan ringkas tu yg membuka selera KakZakie..
Jauh perjalanan akak sekeluarga, tentulah keletihan kan..
Bila dah samapi dirumah... terasa hilang penat tu..
Dapat pulak landing sekejap merehatkan sedikit pinggang dan punggung yang lama terperap di kereta tu..

Ikan bakar .. air asam tu yg sedappppp :)

norhidana said...

sedap nih kak... walaupun ringkas tp cukup menaikkan selera...

Nieyla Nadia said...

Salam jumaat...
kdg² yg simple itu lebih sihat dan sedap tau kak :)

Kakcik Seroja said...

Masakan ringkas tapi dimasak dengan iklhas dan kasih sayang pastinya memberi rasa berbeza kepada keluarga... sedap dan tidak dipertikaikan. :)

nhhas said...

yang simple tu yang sedap kakak

Qhaifa Nur said...

Menempuh perjalanan yg jauh...mmg nk cepat smpai rumah
Bab makan tolak tepi kak...dpt rehat sudah memadai
Simple tp sedappp

Ann Ishak said...

masakan akak ni memang simple tapi mampu menitikkan air liur bila tengok

Penjejak Mimpi said...

Walaupun ringkas tapi nampak sedap juga kak... :)

Unni anje said...

makanan ringkas ni yang sedap sebenarnya, lebih2 time letih dan lapar... tak sedap pun jadi sedap..hihih

Inani Hazwani said...

Simple simple pun sedap kak :)

Fiza Rahman said...

Sedap tu ikan cencaru cicah dgn air asam.

Betul tu kak. Lebih selesa kat rumah sendiri jugak.

Rozita Ceritaita said...

paling memikat hati ikan caru tu kak.. sedapnya la hai..

Umialya said...

Sedapnya bendi goreng tu

Umialya said...

Sedapnya bendi goreng tu

Mar Mansor said...

caru bakar air asam tu pilihan saya kalau malas masak..lagi suami suka..simple je kan..
rumah sendiri nak buat apa pun takpe..tu selesa kan

Juls Julie80 said...

salam ziarah kak..

sedap ni..masak simple2 pun menambah2 nasiknya..hhihi

dorsett pink said...

Sedapnye.. terliur nengok

Khairul Bariah said...

dalam penat-penat pun akak rajin juga ke dapur utk masak. Kira rajin jugak tu!
menu yg ringkas2 pun, nampak sedap tau!

Unknown said...

selamat malam kak zakie
akak terpikat dengan ayaq asam tu
memang tak dpt lari kalau nampak ayaq asam kakzakie

Unknown said...

Dah lama tak mkn bendi goreng

nini said...

Roti telur goreng tu walaupun simple...tapi sedap okeh...hihi

Normala Saad said...

Simple & delicious...itu yang lebih baik

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedapnya. Walaupun ringkas hidangannya. Tapi sedap.

NanyFadhly said...

Memang letih kalau travel jauh2 ni kan kak? Dan semestinya, kita perlu kreatif dalam memasak. Hahah! sedap jer semua. Homecooked is the best! bukan susah pun. Masak yang simple2. Kalau dah lapar sumer pun sedap. Baiti Jannati is the best~

Warisan Petani said...

Rumahku syurgaku Kak.

nohas said...

saya pun mcm jg, kalau roti byk tak habis, buat roti telur..gerenti licin..sedap ikan bakar cicah air asam..

driving long distance mmg letih..

MisDiarios said...

betulllll rumahku memang syurga kuuu :D

Nadhie Wueen said...

Sedapnya tang ikan dengan air asam tu ;D

LYAfrina said...

setuju kak..
bsyukurlah..sdgkan ada org lain sdg berlapar..

sedapnya kak.. y simple2 nilah sedap..

Jari Manis said...

Betul! Rumah ku sturgaku walaupun kecik n sempit

Aryan azra said...

sedap tu kakzakie walaupun simple..betul tu kak kemana pun kita pergi rumah sendiri juga yang paling seronok dan sempurna kita rasa walapon hanya sebuah rumah kecil

OKje said...

Kalau dah beberapa hari makan kat luar memang lauk lauk simple cengginilah yg dicari kanda. Ikan caru tu kalau fresh mmg sedap bakar simple gitukan kanda. Manis isinya. Tapi mcm kat KL ni nak cari yg fresh, tak berjumpa. Tu dindalah....sebab rajin beno ke pasar haha....

Kalau dah namanya org tua sama jerlah kanda...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...yang simple tu la yg sedapnya kak..mkn dgn nasi panas mmg bertambah2 la mkn nya...:)

Shaza Diana said...

assalamualaikum , saya baru follow blog akak hehe :) salam perkenalan

Cik Itah said...

aduihaiii..sedapnya!

dorsett pink said...

ikan tu rasa nak siang-siang je

Suria Amanda said...

Menu mudah dan ringkas tu yang sedap kakak kan?