Thursday, October 13, 2016

Kismis mama sudah habis

Budak tidak tahu apa dia kebaikan dan khasiatnya. Apa yang mereka tahu sedap dimakan. Bila habis di dalam balang yang selalu dimakan mudah baginya bertanya "Mama belum beli lagi ke, kismis dah habis tau." Itulah yang dia tahu. "Makan dulu kurma dan biskut yang ada." Itulah jawapan Mama Zakie mereka ini. Sebenarnya aku terlupa membelinya sewaktu shopping minggu lepas. Esoknya datang mengaji mengadu pula kepada Kak Meen. Tetapi Kak Meen menjawab nakal "Adik suruh ibu adik belilah." Aku senyum saja. Tapi anak cerdik senang saja jawapannya "Kismis mama beli sedap. Ibu tak pernah beli." Bertuah betul anak 4 tahun yang cerdik memberikan jawapannya.

Ada dinyatakan di dalam kitab At-Tib An-Nabawi yang merupakan perubatan nabi dinyatakan dalam hadis yang bermaksud " Sebaik-baik makanan adalah buah zabib (kismis) kerana ia mampu menghilangkan keletihan, menguatkan urat-saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan kulit dan mengharumkan bau hidung dan mulut."

Kudapan - Biasanya aku masukkan dalam bekas-bekas begini untuk memudahkan anak-anak membuka dan nampak isi di dalamnya. Kismis sudah habis belum dibeli lagi.
Pilihlah - Warna hijau dalam balang itu dapat 5 goodie-bags masa majlis kahwin, tuang semua dalam bekas. Sama juga botol yang baru kosong di dalamnya kekacang dpt dari hubby attend seminar. Koko crunch itu dapat dari hamper orang bagi. Kurma itulah yang sekarang aku ganti kismis yg  habis buat sementara waktu. Itulah hikmahnya ada anak-anak yang datang ke rumah, jika tidak siapa yang akan makan semua ini.
Kudapan ini aku sediakan sementara menanti giliran membaca bolehlah mereka menikmati ini. Begitu juga selepas habis mengaji sebelum ibu/ayah mereka datang menjemput. Budak-budak bila ada kawan yang sudah menjamah yang lain pasti akan ikut sama. Hanya selepas mereka balik kita kenalah periksa kerana pasti ada bekas yang tidak di tutup rapat.

~~Kismis mengandungi mineral berbentuk kalsium dan fosforus, glukos dan fruktos, vitamin A dan vitamin B.~~

44 comments:

Penjejak Mimpi said...

Assalam kak..
Memang bagus amalan makan kismis tu.. kena lak dapat yang free.. heheheh

raihanah said...

bagus kak amalkan kismis. anak2 saya pun tak miss. kak dah baca emel saya? thanks kak

HeNRieTTa JoSe said...

petahnye dia bercakap....rietta suka dgr bdk bdk sebaya itu bercakap, mcm mcm dceritakan dia...

Cik Nor said...

banyaknya kudapan..:)

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi...
kismis bagus..bukan sahaja utk anak²...
utk kita yg dewasa ni pun bagus.. :)kan..

Nizam.Ariff said...

kudap kudapan yg bagus...dan sedap...cuma kdg2 byk pasir...

Uncle said...

Saya suka kismis...yang saya tak suka bila makan kismis ialah saya tak boleh stop....bahaya sungguh!

Sally Samsaiman said...

Sally suka makan kismis yg besar-besar beli kat kedai Arab...kalau beli yg dalam kotak tu rasa manis gula pulak..huhuhu...

elok letak macam ni kak...xde la dorang makan jajan yg x sihat.. :)

Ann Ishak said...

kak zakie memang baik sangat

Nor Azimah Ali said...

Sedekah yg mudah kan kak.;)

Ujie Othman said...

Ya Allah..bagusnya akak buat gini! Insya Allah mmg murahlah rezeki akak.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Anak2 lebih suka kismis dari kurma kakzakie..
Tu yg kismis cepat habis..
Kurma tu nak habiskan sebijik pun susah kan anak2 ni..

saniahibrahim said...

Cerita pasal kismis ni teringat dah lama tak beli untuk Iman dan Azim.Masa anak2 3 org tu nak pekse dulu mereka yang suruh belikan utk bekalan ke asrama

sitirohaida said...

mungkin yang akak beli lagi sedap kot...hehehe...rezeki untuk diorang kan kak

paridah said...

Banyak khasiat kismis patut dijadikan makanan harian anak2 utk merangsang kecerdasan minda mrk kalau bljr ngaji mesti cpat pandai...bertambh murah rezki kakzakie rajin sediakan utk anak2 muridnya.

Mummydearie said...

Budak-budak manalah tahu apa-apa. Asal katanya sedap, asal kawan-kawan galak mencuba, mereka pun nak ikut serta. Murah betul rezeki Kakzakie ni. Mana tidaknya, segala rezeki yang dapat sentiasa dikongsi bersama dengan orang lain.

Nak mencontohi akaklah macam ni ^_^

Acik Erna said...

Acik pun suka kakzakie..bila afa masanya mulu ni rasa nak makan je baik mkn kismiskan..kurma pun mkn tapi tak boleh nak mkn banyak.

Acik Erna said...

Acik pun suka kakzakie..bila afa masanya mulu ni rasa nak makan je baik mkn kismiskan..kurma pun mkn tapi tak boleh nak mkn banyak.

Warisan Petani said...

WP pasti Allah akan membalas segala kebaikan yang kakzakie lakukan dengan kebaikan lain sama ada di dunia atau pun diakhirat.
Aamiin.

Kayu Manis said...

Sblum ni rajin beli kismis,tapi entahlh rasanya dh tak beli dh...huhinsamapi lupa nak beli...

Rezeki anak2 kak

Mar Mansor said...

kismis bagus untuk otak

SalbiahM said...

lagi bagus makan kismis, gantikan jajan.Sebab anak-anak otak tengah berkembang.

nohas said...

bestnya mengaji kt rumah akk..byk jajan..hhihi..kismis, kurma makanan sunnah, byk khasiat..

Hsna Rahman said...

assalamualaikum...sungguh lama ku xsinggah sini.. =)

masa sekolah dulu sllu ckgu ckp nak pandai mkn kismis byk2 baru dpt 5A....mklumlah taun tu kami UPSR...

norhidana said...

bdk2 umur mcm tu mmg pandai je jwb kan kak... kadang jawapan nya bt kite ketawa... jujur tp kelakar...

Khairul Bariah said...

ya Allah kakkkk...kalaulah makanan tu semua ada di rumah saya, cepat aje habisnya! sepanjang masa mengunyah ajer anak2 saya nanti.hihihi...

mudah2an murah rezeki akak ya, sebab hari2 dan sepanjang masa memberi!

Muja.. said...

rumah saya pun ada gak kudapan mcm ni tapi ditengok tengok ajer. Balik umah dah penat. Anak2 pulak jns memilih. Penuhla atas meja makan tu. hihii tunggu mak datang dr kampong baru berkurang.

Kalo x ke tong sampahla perginya

@na said...

Bestnye...nak jadi anak murid ngaji kak zakie jgk la....layanan sgt istimewa...besar deposit akhirat tu kak...

OKje said...

Betullah kanda....kalau tak mereka yg makan, mmg tak habislah jawabnya tu. Nak harapkan Kak Meen, seberapalah sangat makannya. Tambah lagi waktu siang kanda pun tak de kat rumah.

Kat rumah ni anak anak tak makan sangat kismis kanda, padahal tau khasiatnya bagus

OKje said...

Betullah kanda....kalau tak mereka yg makan, mmg tak habislah jawabnya tu. Nak harapkan Kak Meen, seberapalah sangat makannya. Tambah lagi waktu siang kanda pun tak de kat rumah.

Kat rumah ni anak anak tak makan sangat kismis kanda, padahal tau khasiatnya bagus

Gee Lion said...

sekarang pun mesti blender puri utk anak campur kismis. dah jadi habit makan kismis nih ^_^ tak kisah apa brand pon. ^_^

monalea said...

kalau Adli ni mesti ada satu bekas ni dia peluk terus. Adli suka sangat kerepek kak. Kat rumah kerepek pisang dia sorang je makan

AtieYusof said...

Kismis ni memang bagus untuk minda..bagus juga dapt sediakan kudapan yg sihat ni untuk anak2.. Pae pun suka kismis & kurma ni kak.. dia boleh makan sekali byk dlm satu2 masa:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

kena amalkan balik ni...

Umialya said...

Alhamdulillah murah rezeki kak zakie

arzmoha said...

kurma memang bagus kak...arz pun cuba didik anak amalkan kurma dan kismis....sampai kadang kismis dia buat macam kudapan....alhamdulillah

imm said...

anak2 imm pun suka kismis, selagi tak habis, selagi tu lah dipunggah bekasnya.huhu

Anonymous said...

assalamualaikum wbt..

sangat lama tidak berkunjung di sini..moga kak dan family sentiasa dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya...aamin

aby said...

salam kz ..
utk budak makan kismis mungkin sesuai.
tp utk org tua mcm kita klu sekali suap mau segenggam dikaut .
apapun baik perkongsian psl khasiat kismis tu

raihanah said...

salam kak. nampaknya saya pun kena restock kismis ni

Humaira said...

Ini yang rsa nak beli kismis nie..sedapnya!

Julia Johari said...

Perkongsian yang menarik mengenai kismis...nak ajar Qaiser ilman makan kismis lepas ni...dia cerewet sikit berkenaan bijirin kecuali koko crunch laju je

maszull said...

assalamualaikum kakzakie..mmg sedap mkn kismis ni...:)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah rania suka makan kismis. sebelum ni x berapa suka. sejak dok ulang beli di kedai azzain, makin suka
makan.cuma kurma aje. walaupon masa kecik dh diajar makan cara kisar dan jus tp bila soh makan terus, diluahnya.. skrg dh pandai ckp asyik manis.. manis j