Tuesday, October 4, 2016

Sesak dan padat di Jom Heboh

Sempena awal Muharram itu adik dapat cuti balik rumah. Memandangkan mahu mencari sedikit peralatan tulisnya selepas menghadiri majlis anak sepupu lalu teruslah kami ke Badan Book Store di  Plaza Angsana. Sepanjang jalan itu kami sudah rasa jalan terlalu sesak dan beranggapan mungkin kerana cuti panjang bersambungan kerana awal Muharram. Tetapi sangkaan kami meleset. Walaupun duduk berhampiran kami tidak menyangka waktu itu ada Jom Heboh TV3 sehingga laluan untuk parking kereta juga di tutup.
Kon polis - Laluan untuk ke tempat parking di tutup
Jauh - Lihatlah di mana kami parking. Jauh seberang jalan berhadapan dengan Bangunan LHDN. 
Padat - Sebenarnya inilah pertama kali kami terserempak dengan Jom Heboh. Sudah berkali-kali dianjurkan sejak di Danga Bay sehinggalah beberapa kali di Plaza Angsana memang kami cuba mengelak tetapi akhirnya minggu lepas kami terjebak kerana tidak tahu. 
Banner - Warna-warni banner di sepanjang jalan meuju ke Plzaa Angsana
Selebriti - Keluar dari Badan Book Store menuju ke Dunkin Donut. Boleh pula terserempak dengan Fauziah Gous dengan suaminya juga mahu membeli donut. 
Oleh kerana suasana yang panas Kak Reen dan papa terlebih dulu menuju ke kereta. Langsung tidak ke booth Jom Heboh. Aku dan Mak Zah terpaksalah menemankan Kak Meen dan adik yang mahu melihat suasana hingar-bingar dan sesak itu. Membelilah juga apa yang dikehendaki. Betul harga jauh lebih murah tetapi kenalah membeli dengan jumlah lebih sedikit. Yogurt biasa membeli sebotol kerana mahu murah membeli sehingga 6 botol. Asyiklah mereka minum itu dua hari sebab bukan boleh simpan lama. Begitu juga dengan makanan berjenama lain.  Hanger shawl dan baju-baju juga agak murah. 

Tetapi apa yang aku jelas nampak harga makanan siap-sedia seperti jeruk+asam boi, air minuman beraneka dan sebagainya dijual jauh lebih mahal dari harga biasa. Bayangkan jika biasa segelas air minuman balang beraneka-rasa harga tidak pernah sampai RM3/- tetapi pada hari tersebut mereka menjualnya dengan harga itu. Terkejut aku. Sebalang air rasanya penjual boleh meraih keuntungan melebihi 100%. 

~~ Cukuplah sekali aku terjebak ke suasana begini. Balik rumah aku dan Mak Zah yang sakit kepala dek panahan matahari yang panas tidak terkata.~~


44 comments:

raihanah said...

yang dengan foziah ghous tu kakzakie ke tu? jom heboh memanglah padat kan

Mia Kassim said...

Sekali ja pernah ke jom heboh ni ... lepas tu tak nak terjebak dah kak .. terlalu ramai manusia, sesak dan rimas ☺

Mang Lembu said...

heboh sangat rupanya acara tu...cantik nian selebritis yang baru keluar dari box tu ya...cantiknyaaa....

Su Hamid said...

blom pernah ke jom heboh sebab tak tahan crowded yang ramai, ditambah lagi cuaca panas sekarang ni kan.

hi salam perkenalan dari sue :)

Kamsiah yusoff said...

ooo saya tak sanggup..tak suka keadaan panas dan bersesak mcm tu..

nurbijen said...

saya belum pernah lagi terjebak atau terperangkap dgn jom heboh...
Tapi dah alang2 terperangkap, bagus juga dapat shopping barang2 yg murah...
Amboi, adik bukan main lagi posing dgn retiss...

SalbiahM said...

saya pun tak pernah ke jom heboh.tak suka tempat ramai orang

ohpanduan said...

Meriah suasananya tengok kat tv hari tu. Tapi saya pun macam akak juga. Lebih suka mengelak ke tempat macam ni. Sesak.

nohas said...

belum pernah lg ke Jom Heboh...air balang RM3.00 mmg mahal, kak...rasanya sewa takdelah mahal sgt...

Nieyla Nadia said...

Salam akk...
terima kasih atas doa akk untuk ayah nieyl tempoh hari..
Alhamdulillah ayah dah ke wad skrg nie...lepas beberapa hari di ICU...
Nieyl pernah terjebak jom heboh nie dekat melaka...
itulah kali pertama,yang baru² nie x pergi lagi... :)

Nadhie Wueen said...

Saye tak pernah datang sini lagi kak :) sebelah fouziah tu akak ye? hihi

Rozita Ceritaita said...

pernah pergi sekali je dulu.. serik kak.. huhu.. mmg airnya mahal yang amat...

adarnadzmie said...

lama x jejak kaki ke jom heboh.. pernah 2 kali rasanya pergi yg buat di penang batu kawan.. lepas malas dah pegi kak... sesak napas dibuatnya...hehee... ramai sgt org...

NanyFadhly said...

Bhahaha..Saya pun dah lamaaaaaa tak pegi event2 macam ni. Memang dah tak leh dah nak pegi. Tak masuk jiwa "remaja senja" ni dah ha. :)

Qhaifa Nur said...

Nur pernah dtg Jom heboh ji kak zakie...msa tu kat Bukit Jalil...padat, sesak..serik dh rasanya...masa tu ank2 kecil lg
Dtg sini kna bawa duit lebih...serba serbi nk dibeli huhu
Amboi adik brgmbr dgn retis lg...bestnyaa

Aryan azra said...

saya pun pernah sekali ke jom heboh ni kak, tapi pergi sekejap je sebab terlalu ramai orang bikin pening saja..hehehe

paridah said...

TERGERAK HATI NK BERTEMU ARTIS CANTIK FAUZIAH GHOUSE TU AGAKNYA ITU YG TERJEBAK DI JOM HEBOH..JODOH PERTEMUAN KUASA ALLAH KAN

saniahibrahim said...

Kami pun tak pernah pegi Jom Heboh sejak dulu lagi.Malas nak pening2 kepala nak letak kereta dengan keadaan yang sesak dan panas lagi.

saniahibrahim said...

Kami pun tak pernah pegi Jom Heboh sejak dulu lagi.Malas nak pening2 kepala nak letak kereta dengan keadaan yang sesak dan panas lagi.

PetakBunga said...

air sekrg memng dah mahal kak..
pasar mlm pun gelas besar sikit dah $2.50, kalau gelas kecil $1.20..ni kat jom heboh, bayar booth mahal2..lagilah harga..
kalau compny besar takpa lah..bdget dia utk promosi je, jual banrang tu bonus je..yg penting dia dpt promosi jenama..

Khairul Bariah said...

Yelah kakzakie, minggu lepas ada Jom Heboh TV3 di JB. Saya tgk di tv teringatkan akak. Rupa2nya terjebak sama ya. hihi

Di Perak tak ada Jom Heboh sebab tak diluluskan oleh DYMM Paduka Sultan.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya pernah pergi sekali jer kakzakie..
Itu pun en suami mengajak cari susu anak..
Masa tu Najeeha umur setahun kot..
Lepas tu tobat tak nak pergi..
Saya ni bukan boleh bersesak macam tu..
Dengan cuaca panas ..
Mula lah sakit kepala..

Ehhhh adik sempat juga bergambar dgn Fauziah Goas ye..
Sam comel nya ..

Izwa Kamaruddin said...

bab panas memang saya pun tak boleh tahan. mesti cepat je sakit kepala

Mar Mansor said...

saya kategori tak pergi ke tempat sesak...rasa tak leh bernafas tempat yang susah parking ni

E'in said...

wah! akak pegi ea.. e'in tak pegi pun kak.. mls nak ber asak-asak dgn nak bwk ecad lg.. huhu

wahida said...

nak gelak pun ada ni kak...dalam pada nak mengelak, terjebak jugak akak akhirnya...ekekekek...
comel je akak ni...

tapi kalau saya pun, mmg tak kuasa la nak bersesak macam tu...baik la duk umah tenang2 main masak2 lepak tengok tv kan kak...

@na said...

Dalam dok mengelak...terjebak jgk kakzakie dgn jom heboh...mmg heboh jadinya kan.hehehe

norhidana said...

dana lg kak, tak penah pg jom heboh sepanjang hidup nih

tak minat kot sesak2 gitu, panas2 himpit2... jakun kan dana kak

pandai org nk cpt untung... letak harga sekali ganda ye, nk tak nak org msti beli kalu dh haus or lapar kan

Sue Bee said...

Kat Kch penah gak buat jom heboh tapi awal lagi SB laki bini plan tak mo gi sesak2 kat tempat tu..bukan apa, takut anak hilang, tu saja

Fazleyatul Aini said...

saya pernah pergi sekali jom heboh 4 ke 5 tahun lepas ntah
memang tak nak pergi dah la panas nya la haiiiii

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...yer betul tu kak...mas yg x pernah sekali pun ke sure heboh ni kali ni boleh terjebak disebabkan kononnya nak bawa Darwisy jejln jer...pening kepala sbb ramai sgt pengunjung...:)

Mummydearie said...

Belum pernah lagi sampai ke Jom Heboh ni, kak. Sebabnya memang satu itulah - tak tahan bersesak-sesak dengan orang ramai. Walaupun harga barang dijual katanya murah, takdalah saya nak angkut anak-anak datang ke Jom Heboh ni. Tidak untuk waktu inilah, akan datang kita tak tahukan!

Falsya said...

sebab tuh la falsya xsuke gie karnival2 mcm nie kakak..sebab bersesak2 ngan ramai org..panas tuh dh mesti sbb dieorg buat waktu siang..itu yg xsanggup tuh kakak..nnt kang, confirm migrain naik..

jie susanos said...

Huhu..akhirnya terjebak jgk dgn jom heboh..

Suria Amanda said...

Dah lama x pergi mana- mana karnival..susah skit ajak en tunang tu kalau tempat crowded..

nhhas said...

Wah BADAN ANGSANA.
Lama dh x pergi.

Tmpat faveret tu kak

nhhas said...

Kete sy pnh kna pecah kt angsana ni.
Hihihi

Warisan Petani said...

Jom heboh?
Malaslah.

Gee Lion said...

Sekali je dlm seumur hidup saya pernah pergi Jom Heboh.
Pengalaman saya pon lebih kurang kak zakie juga.
Mahal harga barang-barang yg dijual, masa tu student lagi kan so lebih banyak cuci mata dari membeli. Hihi.
Huntonglah dapat bergambor dengan artis.
^_^

Kayu Manis said...

Nor tk pernah jejak kaki kat jom heboh ni...tau dh qramai manusia..tak sggup. .😅

Peniaga ambik kesmpatan,panaih2 juai ayaq pun mahai kut...berlumba org,sbb haus lyn kerenah anak2...
Tak pyh pilah hai...kurang minat klu sesak2 ni...
Seronoklàh adik ye jumpa retisss😄😄

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok sekali sekala melayan artis.

QasehnyaRania said...

terjebak juga akhirnya.hihi
mmg kakak mmg panas dgn org ramai sesak
saya last pergi jom heboh bulan 11/2013
sblm ade rania.
skrg ada mmg x sanggup pergi

alahai kak pooja

Anonymous said...

Kalau KA mmg idaklah nak menempuh jam dan kesesakan lgi2 kalau tghari panas kak ! he3.. Amboi sempat lagi bergambar dgn retis tu

Humaira said...

klo sy dtg tgk kejap dh la kot..rimas lama2 kt tempt org ramai..huhuhu