Monday, October 17, 2016

Seketika ujian melanda

Hari Sukan Negara minggu lepas disambut meriah di sana-sini. Bukan saja di padang-padang awam bahkan di semua sekolah tidak ketinggalan menyahut seruan baik tersebut, termasuklah maktab adik dan seterusnya adik pun terlibat sama. Sayangnya dalam kegembiraan itu tercatat memori duka buat adik. Ketika bermain bola jaring larian adik terhenti kerana perlanggaran dengan pihak lawan. Bukan musuh apa pun, tetapi lawan sewaktu permainan tersebut. Ketika adik terjatuh seorang lagi pelajar pula terlanggar dan menghempap kaki adik. Langsung terus terjelepuk hingga berdukunglah ke van maktab hingga dibawa terus oleh pihak maktab ke hospital.

Petang itu baru mama dan papa mendapat berita kurang enak. Adik di dudukkan di Sick Bay Maktab. Setelah di x-ray doktor memberitahu tisu pelipat kaki adik koyak. Ketika melawat adik kelihatan kaki adik agak bengkak, mengeras dan panas. Sewaktu ziarah adik kaki tidak berbalut langsung. Mama-papa yang tidak arif menyangkakan tidaklah serious. Lalu setelah pujuk-pujuk adik kami tinggalkan seperti biasa. Tetapi memandangkan pelajar tingkatan satu di asrama duduknya di tingkat 4 sudah pasti suatu yang amat menyulitkan buat adik untuk ke dewan makan, ke surau, ke dewan prep dan ke sekolah. Bila adik menelefon mengatakan tidak tahan sehingga tidak turun makan mama sudah tidak sedap hati. Mendapat nasihat dari jiran sebelah yang bertugas di KPJ pula mengatakan tisu koyak memang tidak boleh di balut tetapi kena berehat lebih kerana jika terus bergerak tisu koyak ada risiko lebih buruk.
Bekal - Memandangkan sudah tahu adik tidak selesa berjalan lalu mama bawalah bekal dari rumah untuk dimakan bersama-sama. Mama siap bawa bekal kicap dalam botol sebab ada asam pedas siakap kesukaan adik.
Nasihat dari jiran itulah lalu semalam akhirnya aku akur meredah pagi selepas subuh ke Maktab adik. Membawa surat permohonan untuk membawa adik balik ke JB untuk kami membuat tindakan susulan ke KPJ, satu-satunya hospital pilihan keluarga kami. Pagi ini adik akan pergi dengan papanya ke sana. Semoga ada alternatif segera yang boleh membuat adik cepat sembuh.

Solat - Kami bersolat di surau adik. Ada kerusi sudah bersedia untuk dijadikan tempat adik duduk.

Rukhsah solat duduk - Beginilah adik bersolat. Dia tidak sedar sewaktu gambar ini dirakam dari belakang oleh Kak Reen.

Berdoa - Semua gambar Kak Reen yang ambil sebagai kenangan. Bagaimana adik mulakan bersolat dengan berdiri. Sebaik rukuk dan hingga akhir adik akan duduk di kerusi begini. Rukhsah solat duduk bagi yang boleh berjalan adik ada belajar hanya belum pernah dilakukan. Inilah masanya digunakan apa yang telah dipelajari. Kini kaki adik sebelah kanan tegak saja. 

~~ Melihat almarhum atoknya solat duduk tidak lama tempohari kini adik merasa bagaimana tidak selesanya bersolat dengan duduk.~~


41 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga Adik segera sihat sepenuhnya.

Kakcik sendiri sudah lebih setahun menggunakan kerusi untuk solat berikutan masalah lutut yang hingga kini belum pulih...

paridah said...

Kesiannya adik..kemalangan dalam bersukan sentiasa berlaku....moga adik segera sembuh dengan rawatan hospital n kasih sayang keluarganya.

Norhayati Mohd Isa said...

Allahu..
Semoga adik cepat sembuh..

Ye lah kakzakie..
Malang tiba tidak ketahui..
Itulah ujian yg mendatangkan..

Ada juga hikmahnya ye kak..
Boleh dipraktikkan solat duduk yg telah dipelajarinya..
tetapi memang lah tidak selesa..

Semoga pagi ini segalanya dipermudahkan urusan di KPJ tu..

idzwa kamaruddin said...

Allah.

Moga adik diberi kesembuhan dgn segera.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalamualaikum, Kakzakie.
Kesiannya adik, terasa2 pulak sakit dan bisanya.
semoga Allah meringankan kesakitan adik dan segera memberi kesembuhan buatnya, Amiiinnn Ya Robb.

Normi Nieza said...

moga cepat sembuh..

memmet lenggeng said...

Semoga cepat sembuh ya

HeNRieTTa JoSe said...

moga adik cepat sembuh....btul tu, walau tggal di sick bay...tetap terpaksa bergerak ke dewan makan....

aryan azra said...

alahai kesiannya adik..moga adik cepat sembuh ye.

SalbiahM said...

Kesian Adik..tapi baguslah, apa pun yang terjadi, solat tak tinggal. Saya pun nak belajar balik lah Rukhsah solat bagi yang tak boleh berdiri ni. Ilmu yang penting. Semoga Adik cepat sembuh. Takpe, dia muda lagi, Insha Allah mudah sembuh

Kayu Manis said...

Semoga adik cpt sembuh

Sakit mcmamana pun solat wajib..mudah bagi yg faham agama mcm adik.,hebat ibubapa nya..

saniah ibrahim said...

Yalah dah nk berlaku kan.Tapi jauh juga kakzakie berulangalik ke MRSM tu kan...tapi demi anak tentu kita risau kalau sakitnya berterusan.
Moga kaki adek cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah spt biasa.

saniah ibrahim said...

Yalah dah nk berlaku kan.Tapi jauh juga kakzakie berulangalik ke MRSM tu kan...tapi demi anak tentu kita risau kalau sakitnya berterusan.
Moga kaki adek cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah spt biasa.

Mummydearie said...

Semoga Adik cepat sembuh. Perkara dah nak terjadi, memang tak mampu dielakkan. Tapi kasihan juga dengan Adik kalau bersendirian di maktab. Dahlah hari-hari kena turun naik hostel tak tahu berapa kali, kasihan Adik!

Atie Yusof said...

Ya Allah kesiannya adik..malang tak berbau kan... baik bawa balik ke JB kan kak.. lagi senang nak tgk bila depan mata.. moga adik cepat sembuh :)

Mas said...

Semoga adik cepat smbuh!.biasalah tu bila pertndingan or main2 ap2 pun sllu jd excident cmnie..skurng2nya adik dh ad pnglmnn.Keep strong adik!

Nieyl said...

Semoga dik cepat sembuh ya....

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga adik cepat sembuh..

Inani Hazwani said...

Allahu. Dugaan buat adik, moga cepat sembuh :)

Khairul Bariah said...

Bahaya jugak Adik tu kalau terkoyak tisunya. Sebaiknya, lepas accident tu terus ditekapkan ais batu supaya tak sakit dan lembut uratnya, kak. Mudah2an, Adik lekas sembuh ya!

Uncle said...

Didoakan agar segera sembuh!

Julia Johari said...

Sebak sangat baca...bila makanan kegemaran adik mama masakkan untuk dibawa ke asrama...murninya hati akak bergelar ibu...adik semoga segera sembuh...mujur mama dan papa punya instict kuat untuk bawa adik rujuk kepada yang pakar...hati ibu dan ayah...mana mungkin mahu melihat anaknya merintih menanggung kesakitan...wpun sekelumit gigitan nyamuk...inikan pula berkenaan tisu di kaki...moga segera sembuh adik...amin

NORASIKIN MOHD KAHAR said...

Semoga Adik cepat sihat

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...semoga adik cpt sembuh yer...:)

Aiezza Sue said...

semoga adik terus kuat,cepat-cepat sembuh Dan takmo serik untuk bersukan lepas ni,ngeri pula bila adik yang kena,pernah dengar orang main bolasepak le sebut2 pasal tisu koyak ni.

Husna Rahman said...

allahu kesiannya moga cepat sembuh dik

rehat2 dulu buat masa ni jangan duk lasak sgt..

Nor Azimah said...

Bagus adik faham hukum dan tau cara melaksanakan solat dlm keadaan uzur begitu, adik faham solat itu bkn perkara yg boleh diambil mudah. Ada ilmu dan amalkan barulah ilmu tu hidup kan dik.
Moga cepat sembuh ye.

Nor Azimah said...

Bagus adik faham hukum dan tau cara melaksanakan solat dlm keadaan uzur begitu, adik faham solat itu bkn perkara yg boleh diambil mudah. Ada ilmu dan amalkan barulah ilmu tu hidup kan dik.
Moga cepat sembuh ye.

Acik Erna said...

Semoga adik cepat sembuh

Acik Erna said...

Semoga adik cepat sembuh

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Siannnnn... Moga bertabah ye Kak Zakie dan adik!. Simptom2 nak jd athlete yg hebat tu. Get well soon.

aby said...

salam kz ..
sakit, jatuh, luka, berdarah adalah satu proses perjalanan hidup.
tidak apa mereka merasa sedikit kesakitan ..
sbb melalui detik2 sebegitu akan membuat adik membantah kuat menghadapi cabaran hidup

Nooriah Abdullah said...

Assalamualaikum kakzakie
Aduhai kesian kaknoor tengok adik bersolat duduk
Anak kaknoor yg lelaki ni pernah solat dududk
Itulah bila sakit melanda tk kira tua muda mesti melakui masa2 sukar dgn solat sambil duduk
Memang sngt tk selesa kan
Salam subuh yg hujan dari Brunei kakzakie ya

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik.
Mudah-mudahan apa yang berlaku ada hikmah kebaikan, sekurang-kurangnya dapat mempraktikkan rukhsah dalam solat. Saya doakan moga adik segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Raihanah Ahmad said...

semoga adik cepat sembuh, pandai dia amalkan rukhsoh.

kak, try set shaklee untuk sakit adik ni.

NanyFadhly said...

Semoga sihat sembuh yer dik. Ujian ketika senang dan susah sebagai tanda Ar-Rahman ALLAH SWT kepada kita semua. Good job juga sebab walau sakit tetap solat. Muda2 dah amalkan begini..semoga mendapat pahala yang berterusan.

nohas said...

semoga adik cepat sembuh..

Aiezza Sue said...

semoga adik terus kuat,cepat-cepat sembuh Dan takmo serik untuk bersukan lepas ni,ngeri pula bila adik yang kena,pernah dengar orang main bolasepak le sebut2 pasal tisu koyak ni.

Falsya said...

speedy recovery adik..tp mmg ikutkan kalau tisu koyak xleh biar kakak..nnt boleh jadi lg worst..and kaki adik pun akan jadi makin sakit...

hainom OKje said...

Alahai siannya adik....
Dugaan buat adik. Dinda tak pernah ada pengalaman mcm ni kanda...Moga adik cepat sembuhlah....

QasehnyaRania said...

semoga cepat sembuh ye adik.
banyakkan berehat..
so, macam mana skrg? dah blk maktab ke ?