Thursday, October 20, 2016

Sesak padat menagih kesabaran

Semalam sejak azan subuh lagi hujan lebat sudah menyimbah bumi JB. Tetapi tidak sampai jam 6:30 pagi hujan sudah mulai reda. Namun sebaik keluar menuju ke tempat kerja titisan hujan kembali lebat. Merenung meter minyak kereta sudah ada tanda tidak boleh bertahan hingga balik. Singgah jugalah ke stesen minyak sebelum kehabisan. Siapa sangka pada hari Rabu dengan keadaan hujan lebat ramai pula yang mahu mengisi tangki minyak seperti juga aku. Biasanya keadaan begini terjadi pada hari Isnin. Mahu tidak mahu sudah menyusur masuk ikutlah beratur sama.

Sebaik tet mengunci kereta menapak menuju ke kaunter membayar. Tunggu punya tunggu sebaik tiba giliran tangan pun menghulur bonus kad dan duit. "Pam 6, lima-puluh ye." Apa jawapan yang keluar dari wanita itu. "Oh.. pam 6 rosak ya. Ambil dululah duit ni." Subhanallah. Pagi-pagi Allah sudah menguji kesabaran aku. Tetapi ada satu uncle berbangsa Cina berkata. "Tadi saya sudah kena kenapa tak mahu letak itu kon? Letaklah bagi orang susah pagi-pagi." Aku senyum kerana dia sudah terkena dulu sebelum aku tanpa aku ketahui. Perempuan itu diam tidak menjawab sebaliknya dengan muka masam cuba swap bonus kad seoarng lelaki yang beratur di belakang aku berkali-kali tidak menjadi. Datang satu remaja perempuan membantu. Sekali swap saja lepas. Giliran aku jadi terkebelakang. Hujan di luar makin mencurah. Terasa tempiasnya hingga ke kawasan kami beratur.

Dari kejauhan tempat pam mengisi minyak ada jeritan lelaki mahu mengisi tangki motor. "Hoi! duit dah ambil minyak tak keluar ni!". Ada juga yang membunyikan hon kereta kerana masalah yang sama. Sebaik lepas membayar ke pam minyak tetapi minyaknya tidak keluar. Datang semula ke tempat kami beratur. Sungguh semalam adalah detik yang membuat mood pagi aku diganggu. Mahu terus pergi juga tidak boleh sebab kereta di depan sudah bersusun menanti giliran untuk keluar. Hampir pukul 7:00 pagi itu baru aku meninggalkan perkarangan stesen minyak tersebut dengan rasa jengkel. Tetapi sedikit dilegakan dengan doa pagi dari radio IKIM fm. Bismikallahumma nada'u... hingga innataqwallah hinurun wathorikullil falah.. Ikut juga membacanya. 

Alhamdulillah - Dalam pada hati jengkel sarapan pagi semalam aku membeli mee goreng ibu yang anaknya mengaji dengan aku.  Dia baru memulakan business dua-tiga hari. Sedap hingga menjilat jari. Aku whatsapp gambar ini padanya menandakan masakan dia sedap.

~~ Sesekali ditagih dengan kesabaran pasti adalah silap diri aku ini. Usah mencari silap orang kerana mungkin silap seseorang adalah ujian Allah untuk menguji diriku sebenarnya. ~~




43 comments:

Nasa Mulia said...

Betul kak, kadang bila kita tersepit senang sangat nak kaitkan orang lain yg punca masalah....tapi sebenarnya perlu renung diri kita sendiri dulu....semoga diberi kesabaran dalam menghadapi ujian.

paridah said...

Dugaan awal pagi menuntut kesabaran tinggi tu kakzakie.

Ann Ishak said...

kesabaran adalah kunci hati kita kan kak

Nieyla Nadia said...

singgah pagi....
betul² menguji kesabaran tu kak...
klu nieyl,dah mula la mulut x berhenti membebel...
susah sgt ke la nak letak kon dekat situ....
aish...nasib baik lah ati kembali tenang bila dapat makan mee goreng ya kak :)

AtieYusof said...

Bila pepagi sudah diuji kadang timbul rasa jengkel. nasib kesabaran diri masih menguasai kan kak.. malas sbnr nya pagi2 nak rosakkan mood.. hehe.. tapi betul jg kata uncle tu, knp depa tak letak kon tanda rosak kan?? musykil...

saniahibrahim said...

Oh ,di JB semalam pagi hujan lebat ya kakzakie ? Patutlah kat sini gelap dan berangin kuat masa Iman nak pergi sekolah tu...hujan sikit je.
Agaknya mood pekerja tu pun down bila terpaksa menangani pelanggan yang ramai pagi2 pulak tu.
Pagi2 dah di uji ya kakzakie.

saniahibrahim said...

Oh ,di JB semalam pagi hujan lebat ya kakzakie ? Patutlah kat sini gelap dan berangin kuat masa Iman nak pergi sekolah tu...hujan sikit je.
Agaknya mood pekerja tu pun down bila terpaksa menangani pelanggan yang ramai pagi2 pulak tu.
Pagi2 dah di uji ya kakzakie.

sitirohaida said...

semalam angin sangat kuat.dah macam duduk kat tepi pantai..sangat menakutkan...subhanalllah..nak pergi kerja pun tunggu hujan sedikit redha...

Mummydearie said...

Dugaan betul kalau di pagi hari sudah diduga begini. Saya ni kalau pagi-pagi hari tengok orang bekerja dengan muka masam, terasa pelik juga dalam hati. Apalah yang tak kena ya, hari pun baru aje nak bermula...

Tapi kak, selalu juga tau kalau pepagi dah berlaku hal tak best, sampai ke petanglah jadi tak best! Nasib baik akak terjumpa mi goreng sedap. Dapatlah juga hilangkan rasa tak best tu kan ~_^

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul juga kata uncle china..
Jgn terus menyusahkan org lain..
Kalau dah tahu masalahnya..

Tinggal tulang ayam tu kak zakie..
Tentu sedap sangat tu :) 😊

lieyalatif said...

mmg nampak sedapnye tu kak, sampai licin akak mkn heheheehe...

tu la kak, bende2 mcm ni boleh menguji kesabarn...jadi plak pagi2 waktu nak pergi kerja...kalo tak kuat iman mmg sehari suntuk boleh jadi bad mood...same la kak,semlm putrajaya pun hujan....

Khairul Bariah said...

pagi-pagi lah dah menguji kesabaran. Bikin panas hati saja ya kakzakie. Kalau saya terkena begitu pun, mesti dah bebel2 sendiri dalam kereta.

Dalam marah2 tu, ada juga penyejuk hati. baca doa dan makan mee, alhamdulillah reda juga kemarahan sebelum memulakan tugas.

Warisan Petani said...

Macam baca cerpen aje.
Ayat2nya macam dalam buku.
Boleh jadi penulis akak sorang ni.

Inani Hazwani said...

Macam macam pulak hal nya ye kak pepagi hari macam tu. Dugaan sungguh la.

norhidana said...

kadang mmg tak terjangka kan kak....
utk menguji kesabaran kita

PeRdU cINta said...

Luar jangka bagi kita insan namun sudah terancang olehNYA..tiada yang sia-sia bila Allah izinkan satu satu perkara itu berlakukan kak..PC sendiri pun kak terkena..memang jengkel je..tapi bila fikir balik mungkin Allah nak topup pahala kita.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul menguji kesabaran macam tu. Uncle tu dah bagi amaran nampaknya. Kasihan juga. mungkin tak cukup kakitangan agaknya tak sempat nak letak kon.

Puan Kutu said...

Kisah pagi yg memberi pengajaran.memang kita manusia tak lepas dr sifat marah.klu semua org fikir positif dan boleh kontrol perasaan macam kakak kan bagus!hehe

Puan Kutu said...

Kisah pagi yg memberi pengajaran.memang kita manusia tak lepas dr sifat marah.klu semua org fikir positif dan boleh kontrol perasaan macam kakak kan bagus!hehe

Bunda_nora said...

Kadang2 kita terlepas pandang, merungut dan menyesali keadaan yang menimpa kita.

Bila kita renungkan semula pasti akan terfikir ada ujian dan pertanda atau amaran agar kita selalu redha dan menerimanya dengan positif.

hasliynda umairah beauty said...

sedap sgt tu....sampai licin

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit...

Allah selalu menguji kita sebagai tanda sayang kerana mahu mengaugerahkan sabar di hati kita dan pahala yang besar dari sisi-NYA. Memang menjengkelkan perasaan saat berlakunya kejadian itu ya. Bila dikenang ada hikmah semuanya. Kak, saya suka cara akak memuji ibu yang menjual mee goreng tersebut dengan mengirimkan foto di atas. Satu cara menghargainya dan pasti ibu tersebut akan termotivasi untuk memasak yang lebih sedap lagi. Semoga rezeki beliau di perluaskan Allah. Aamiin.

Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

Normala Saad said...

Dugaaannn....

Cho Zila said...

Sabar..sabar.. itu yang payah kak.. memang susah nak bersabar... yang jadi kes pelik2 sekarangni ialah sifat kurang sabar nak marahjer.. tapi yang sebelah pihak lg janganlah membakar kesabaran org lain... jadi dua2 pihak kena jd elok

Cho Zila said...

Sabar..sabar.. itu yang payah kak.. memang susah nak bersabar... yang jadi kes pelik2 sekarangni ialah sifat kurang sabar nak marahjer.. tapi yang sebelah pihak lg janganlah membakar kesabaran org lain... jadi dua2 pihak kena jd elok

raihanah said...

betul tu, pagi2 menguji kesabaran. ragam setiap hari kakzakie

Humaira said...

huhu..betul menguji kesbrn tu..sedap tu kak smpai licin tu..hihi

Amy Hilmirda Daud said...

memang menguji kesabaran tu kak.
licin mee goreng tu kak, lain kali bolehlah beli lagi.

Mulan said...

Teasa juga kesabaran diuji.. Namun Allah sayang pd kita kan kak zakie...

QasehnyaRania said...

memang menguji sungguh tu..
nasib lah mee goreng penyelamat..
alhamdulillah.
semoga bisnes ibu anaak itu makin lancar dan bertambah rezekinya.aamiin

irdagarmin said...

kalau irda tu kak..mesti kening dah berkerut...aduhai..apalagi pagi2 rushing p kerja

TukangKebun said...

Habis licin gitu memang 100% sedap menjilat jari.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Hmm, sangat menguji tu...lebih-lebih apabila pula kita mahu cepat dan mengejar masa. Kalau tidak sabar, mungkin ada juga keluar sesuatu yang tidak enak didengar...Apa pun, sarapan tu telah pun menstabilkan semula keadaan hehe...Alhamdulillah.

wahida said...

uiii..mmg betul2 menguji mood pagi tu...huhu...
dah tahu rosak, nape lah tak letak kon tu awal2...grrrrr...

Mar Mansor said...

spoil mood satu hari camni,.

aby said...

salam kz ..
klu pam dengan kaunter dekat tk apa tp klu jauh ..
mau menyumpah dalam hati ..
psl kadang2 keno jugak ..
enggo 4WD pump disel adoh ..
angger orak mentu minyak arek mareng kaunter meneh ..
panas waeh rasanay

Izwa Kamaruddin said...

Hujan pun tak mampu nak sjeukkan keadaan kan kak..bertabahlah.

kakrose said...

betul tu Zakie..
jangan sesekali menyalahkan orang lain bila kita di uji dengan pelbagai ujian..

Hsna Rahman said...

allahu kesabaran teruji dipagi hari...bila tak mampu nak buat apa2 istighfar jela..nak marah2 pun tak guna jugakkan...

Ujie Othman said...

Alhamdulillah..terima kasih kak..dlm cerita yg menjengkelkan, rupanya ada tazkirah. Terbaik kak zakie! Menyedarkan diri saya.

Nadhie Wueen said...

tula kadang2 sikap dan kecuaian org lain yg xda kena mengena dgn kita bole turut sama ruin kan mood kita. tapi bagus kak at least berlapang dada :)

E'in said...

dugaan betul.. kekadang boleh menguji kesabaran jugak.. huhu

OKje said...

Betul jugak kat uncle tu, dah tau rosak, letaklah kon. Adoiyai....
Kekadang benda benda gini pun nak kena cakap ye kanda.

Tulah..... bila kita memandang sesuatu ujian tu dgn bersangka baik kpd Allah, barulah terasa tenangnya ye kanda.