Friday, October 28, 2016

Mereka bijak menjana ekonomi

Lihat dan pandang keistimewaan di bumi Terengganu yang membanggakan. Bagaimana mereka mampu memacu ekonomi setaraf dengan bangsa lain. Usah pandang kemajuan negeri tapi lihat berapa ramai mereka yang mampu menjana ekonomi bangsa.

Kren - Lihatlah di belakang tempat penginapan kami semua sedang membangun pesat. Banyak projek sedang dalam pembinaan.

Keropok - Siap berbungkus. Satu paket RM10/- Kira sajalan jika sehari mereka mampu menjual 150-200 paket sehari. Aku membuat anggaran dari jumlah dua bas yang berhenti di sini. Satu bas membawa lebih kurang 40 penumpang. Termasuk mereka yang singgah secara persendirian seperti keluarga kami lagi. Jika satu kereta membeli sekurang-kurangnya 2-3 paket pun sudah lumayan.  Tetapi jika membeli 10-15 paket seperti kami?

DIY - Ini bukan kreativiti membuat bunga atau kraftangan tetapi sos pencicah. Kreatif yang boleh diikut. Membeli keropok jika tidak membeli sos isitmewa ini mestilah tidak lengkap.

Banner - Rata-rata di tepi jalan boleh nampak berbagai bentuk pengiklanan business mereka. Marketing strategy pun ada walau yang berjual ada yang aku lihat hanya sepasang golongan warga emas tapi mereka punya strategy.

En hubby - Sedang menunggu. Lagi membuat kami hormat sambil menjual mereka juga bersedekah. Setiap 5 paket tidak kira yang basah atau yg keping/kering diberinya percuma sebungkus.  Serampang dua mata, dunia dikejar ahirat tidak ditinggalkan

Mak Zah - Adik dan Kak Reen dengan Mak Zah memborong baju dan tudung. Kak Meen tiada bersama kerana dengan papa waktu ini. Rata-rata penjual memberikan layanan tip-top sehingga sewaktu kami membeli kek dan durian crepe itu pun makcik itu membundarkan harga. Hanya yang diambil wang kertas. Syiling tidak diambil - halal katanya.

Tiga botol sos pencecah dibeli untuk rumah kami. Bermodalkan botol plastik begini mereka boleh menjana kewangan dengan penjualan hasil DIY mereka sendiri.
Tidak mustahil suatu hari kekak akan ada satu pasaraya yang kesemuanya menjual hasil DIY mereka diujudkan di negeri penyu ini. Sungguh menjejaki negeri yang begini jika dilihat luaran kita tidak akan nampak apa tetapi melihat ramai mereka yang bijak menjana ekonomi pasti membuka lebar mata kita sebagai insan yang sama sebangsa dengan mereka. Tahniah buat mereka!

~~ Lebih bangga melihat bangsa maju daripada melihat negeri yang kelihatan maju tetapi yang menjana kemajuan bukan orang kita. ~~


12 comments:

nhhas said...

sukanya kopok leko ganu....

sukanya sukanya...

sata pun sedap kakak

Unni anje said...

rindunya nak g ganu... ntah bila lagi dpt p..

Fiza Rahman said...

Sedap nya keropok lekor ganu. Saya klo balik rumah mertua kat gombak mesti singah beli keropok lekor ganu ni. Sedap sangat.

Rozita Ceritaita said...

memang kak tak dinafikan perniagaan mereka sangat pesat.. tapi budaya hidup pun antara punca kot.. jarang saya tengok orang kelantan dan terengganu masak sarapan di waktu pagi.. biasanya mereka memang membeli.. tu antara salah satu faktor kot..

Rozita Ceritaita said...

akak try keropok lekor cheese tak? sedapnya lahai...

Khairul Bariah said...

Tganu dengan keropok losong memang tak boleh dipisahkan. Yg penting ianya hasil buatan org kita.
seronok dapat baca cerita macam ni kak. dan ayat yang paling akhir tu, saya pun sangat setuju...^_^

nini said...

Hari hari mak sy nak makan keropok..memang pure trg la dia tu...hahaha

Warisan Petani said...

Di Terengganu, kita bangga dengan penjanaan ekonomi yang dimonopolo oleh orang2 kita.
Terenggani hebat.

Warisan Petani said...

* Terengganu.

nohas said...

kalau ke Trengganu, tk beli keropok, mmg tak lengkap...

kena gi sendiri, melihat kepesatan ekonomi di Pantai Timur (Kelantan & Terengganu), dulu lain sekarang lain..

Jari Manis said...

Kaalu ke terengganu mmg x sah kalau x beli kopok ikang

OKje said...

Tambah lagilah dinda nak ke Terengganu ni kanda. Tak sabo nak makn kopok leko fresh kat sana.
Banyak borong kopok kanda?