Thursday, October 27, 2016

Nikmat selera bersama keluarga - 1

Berada di bumi pantai timur siapa tidak tahu kemewahan hidangannya yang enak-enak dan menggoda selera. Begitu juga dengan keluarga kami selama empat hari tiga malam berada di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tomyam -  Istimewa diolah dengan belud yang kaya dengan beta karotin dan kolagen. Sayangnya aku dan Mak Zah belum pandai lagi untuk sama-sama menikmatinya.

Tomyam campur - Oleh itu kenalah memesan satu lagi tomyam begini. 
Telur dadar - Gandingan biasa bila ada tomyam dan sup pastilah kena ada telur dadar
Kailan - Kami juga memesan kailan satu-satunya sayuran yang selalu menjadi pilihan keluarga. Beberapa kali kami makan meminta brokoli rata-rata mengatakan tidak ada.
Stim limau - Adik dengan stim limau tidak boleh dipisahkan.  Nikmatnya bersekali dengan aroma yang ada.
Somtam - Kalau adik ikan stim limau, mama pula somtam. Apa yang lidah aku dapat menangkap rasa somtam di JB tempat yang selalu kami pergi tidak sama dengan di sini. Sedap dan nikmat!
Mangga - Membeli ini sepiring tetapi membungkusnya dua bekas bawa balik ke hotel. Malam-malam mama-papa sudah tidur mereka makan inilah agaknya. 
Alhamdulillah - Licin! Sungguh nikmat dari Allah tidak dapat dinafikan. Bungkus tomyam baki dan nasi putih. Balik hotel tengah-tengah malam adik dan Kak Meen sambung makan di bilik mereka.
Lokasi - Tempatnya tidak jauh dari hotel penginapan ka,mi. Tempat ini sebenarnys sudah selalu menjadi tempat kunjungan Kak Reen yang belajar di sini.

Membanggakan di sini rata-rata yang berniaga adalah saudara yang sebangsa denganku. Setiap kali masuk senyuman puas melihat kemajuannya. Menumpang bangga melihat mereka mampu seiring dengan bangsa yang menguasai ekonomi negara.

~~ Semoga Allah memberikan kesihatan terbaik untuk kami terus menikmati segala nikmat dariNya.~~



14 comments:

Fazleyatul Aini said...

wahh licin maknanya sedap la tu alhamdulillah

Mummydearie said...

Tomyam belut ke, Kakzakie? Ahalai, baca nama pun terus hilang selera. Tapi lauk-pauk yang lain tu memang mengancam. Suami saya cukup sukalah set hidangan nasi putih dan lauk-pauk macam ni. Kalau tak licin, suamilah yang melicinkan semuanya ^_^

nohas said...

sedap2 belaka...tomyam belut, belum pernah rasa..

Ann Ishak said...

macam dekat tepi pantai batu buruk je kak tempat tu

Norhayati Mohd Isa said...

Tengok lauk pauk tu nampak enak sangat kak zakie..
Alhamdulillah yg meniaga rata2 nya bangsa kita ye kak..
Semoga bisnes mereka terus maju..

Sue Bee said...

lauk pauk tu buat SB telan aiklio japp..serius lapo bila nengok kali ke dua..hahahaa

Nooriah Abdullah said...

Kaknoor dah sampai kelantan terengganu
Tpi tk sempat kepasar malam sbb hanya kemajlis kawin je, alangkah bestnya kalau dpt merasa makanan dipasar malam kan kakzakie dah murah meriah pulak dgn macam2 makanan yg kita tk mampu nak buat

Warisan Petani said...

Wah sedapnya makan beradap anak beranak. Sampai licin.
Yang bestnya tak payah basuh pinggan.

hainom OKje said...

Dinda jarang order Somtam kanda. Sedap ke Somtam tu? Kerabu betik ek?

Aiezza Sue said...

terasa kemeriahannya tu.. boleh bertambah berselera nak makan

Amanda Suria said...

stim limau tu sangat mengancam la kak..

amirah said...

uii...terliur tengok menu ni kak...

Khairul Bariah said...

Alhamdulillah sedap-sedap belaka menunya. pastinya harga pun jauh lebih murah dari JB agaknya ya.

saya biasa makan keli, tp kalau belut, berkira-kira juga nak jamah!

nini said...