Thursday, October 27, 2016

Nikmat selera bersama keluarga - 2

Balik makan malam itu kami menyusuri pasar malam yang meriah. Sekali lagi jelas di mata kami 100% mereka yang menjual adalah orang bangsaku. Tabik hormat sungguh! Tidak tahulah kalau mungkin aku terlepas pandang. Tetapi dari apa yang mampu kaki-kaki kami satu keluarga berjalan tidak dipertemukan dengan mereka yang bukan bangsaku.
Jumaat - Malam itu kami menyusur di satu tempat yang sangat meriah. Bagaikan expo tetapi menurut penduduk tempatan ia adalah pasar malam. Jalan utama di tutup. Lihat apa yang papa kepit itu? Tikar mengkuang kami beli hanya RM25/- saja. Papa membeli juga lekar rotan RM15/- untuk jadi tempat ayam bertelur. Anak-anak biasalah baju-baju-baju.







Hidangan semua - Bukanlah di JB tidak ada semua ini tetapi yang pasti harga sudah pasti jauh lebih murah.
Satu juga yang aku lihat rata-rata mereka yang menjadi peniaga adalah menjual makanan. Tidak perlu bimbang kelaparan jika berada di bumi Terengganu. Dengan membawa duit RM10/- pun perut akan puas kenyang menikmati makanan dengan selesa. Malam itu balik hotel dengan cerita masyarakat Terengganu yang kami kagumi. 

~~ Anak-anak yang mengaji bila aku sarungkan tudung sebagai ole-ole semuanya senyum gembira. Itulah budak, Tudung RM15/- pun mereka sudah rasa puas.~~

30 comments:

AtieYusof said...

Pernah sampai sekali ja kak kat Terengganu ni.. rindu nak kesana lgi..makanan memang murah..tak perlu risau ttg status hal, sebab yg berniaga majoriti melayu kita..Alhamdulillah, makanan pun sedap2 ye kak...

Fazleyatul Aini said...

kak tak pergi pasar payang ke
sy kalau balik kg, pergi pasar payang, pasar basah kat bawah tu. geram tengok sayur2, ulam yg tak pernah tengok. yg meniaga majoriti org2 berumur tp nampak cergas je

monalea said...

Lea kalau g mana2 kalau terjumpa pasar malam seronoknya sebab kadang2 benda yang tak pernah makan pun jumpa.

Qhaifa Nur said...

Terengganu.. Nur belum smpai lg kak...mmg betul dgn 10 hinggit mcm2 bole makan..murahkan

Menu yg biasa kita order tp jauh lebih murah di tmpt kita sendiri..

Kakcik Seroja said...

Terengganu dan Kelantan - mewah dengan makanan dan harganya sangat 'mampu milik'... :)

Nieyla Nadia said...

singgah pagi khamis...
InsyaƁllah day akan sampai ke terengganu dn kelantan...
teringin jugak selalu baca je org kata kat sana best...makanan pun best.. :)

Mummydearie said...

Nak pergi lagilah ke Terengganu ni. Sebelum ni pergi tergesa-gesa, langsung tak dapat menikmati indahnya Terengganu ^_^

Next time memang nak penuhkan poket untuk makan-makan dan shopping-shopping ^_^

Rozita Ceritaita said...

bestnya dapat berjalan ke negeri orang kan kak? tapi satu yg saya kagum dari dulu tau.. mereka memang rajin berniaga...

Ann Ishak said...

ikan bakaq tu menggoda sungguh

nohas said...

ikan bakar nampak sedap sungguh...yg best gi pantai timur, makanan murah dan sedap..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok jalan-jalan makan-makan kat sana. Dapat hadiah ikhlas juga dari akak untuk anak-anak mengaji.

Nadhie Wueen said...

bestnya jalan2 dekat terengganu. yup jauh lagi murah n ramai rakyat malaysia. :)

norhidana said...

mmg betul kak, seronok... dana kalu balik kerteh pun suke ajak edy pg psr malamnya...
sbb ada makanan lain yg kite tak biasa jumpa di pasar mlm kt kl or kt johor

kebanyakkannya mmg org kita je yg menjual, jarang la ada bangsa lain mcm kt sini...

Inani Hazwani said...

Lama dah tak ke sana, sedapnyaa semua tu :)

Amy Hilmirda Daud said...

bestnya kak, ada macam-macam.
murahlah tikar tu.

Hsna Rahman said...

kurang la pahala pose duk tenung makanan2 neh...adehhh...

Mar Mansor said...

ikan dia mengamcam betul lah

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bestnya kak jalan2 trengganu tu ye..
Macam teringin nak pergi ajak anak2 dan keluarga..

Kakzakie untuk saya tak ada ole-ole tudung dari Trengganu ke :)

saniahibrahim said...

Seronok nya jalan2 Terengganu kan...saya tak sampai lagi .Tak de tujuan nak ke sana buat masa ni.Nanti lah kot2 dapat menantu orang Ganu...hahaaa.

saniahibrahim said...

Seronok nya jalan2 Terengganu kan...saya tak sampai lagi .Tak de tujuan nak ke sana buat masa ni.Nanti lah kot2 dapat menantu orang Ganu...hahaaa.

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit.... melihat makanan yang enak-enak itu teringat zaman belajar di Kelantan dahulu, selalu juga ke Terengganu. Kat sana memang mewah dengan makanan yang murah. Insya Allah, satu hari nanti akan kembali ke sana bersama anak-anak pula. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

Qaseh Abadi said...

belum pernah ke sana lagi.. Inshaallah dalam masa terdekat, ada merancang ke sana..

OKje said...

Bestnya kanda dapat jalan jalan pasar malam kat Terengganu. Mesti rambang mata tengok banyak makanan tradisional Terengganu ye kanda...
Lekar rotan tu apa ke bendanya kanda.

aiezza.sue said...

Tertarik pula dengan tikar mengkuang akak tu, lama tak jumpa..'rare' bak kata orang sekarang :)

Suria Amanda said...

uish...lapar terus perut ni ha...sedapnya semua tu

Warisan Petani said...

Selalu gak ke Terengganu ni sebab banyak kenalan di sana.
m
Masa WP duduk dekat dengan Kenyir dulu, ikan air tawarlah yang paling murah. Orang Terengganu X berapa minat ikan2 air tawar ni.

Nor Azimah Ali said...

Bangga2 jadi org teganu. Mmg kak, kalo jalan2 di bandar, jumpa org india kami rasa pelik, tapi org cina kt sana cakap pun slang teganu tau. Tapi kat sana pun dah ada pekerja asing, cuma tkla seramai di tempat yg lain.

amirah said...

seronok sekali sekala berjln ke tempat org

Khairul Bariah said...

rata-rata kalau ke Tganu atau Klantan, mmg kebanyakkan bangsa kita yg berniaga ya kak. Seronok dpt jln-jln ke pasar macam tu. ada byk pilihan barang boleh pilih-pilih.

anak2 mengaji yg tak pergi pun dapat ole-ole Tganu. untung mereka!

nini said...

Tu dia kakkkkkk.....makananannnnn diaaaa....lapaqqqqq kita tgk