Friday, October 7, 2016

Wangi segar akhirnya membusuk-reput

Sesekali membawa mata dan mata hati merenung diri sendiri. Membelek baju dipakai. Itu pun setelah berkali-kali berfikir, membelek dan akhirnya dicapai satu sebagai memenuhi kepuasan hati. Ada manik tidak suka, walau ada kalanya yang bermanik itulah yang menjadi pilihan. Blouse merah ditolak lalu diambil yang biru, sedangkan yang merah itulah yang baru dibeli bulan lepas. Hati terus dibolak-balikkan tanpa sedar. Menuju ke cermin, pantas saja sikat rambut dicapai tangan untuk menyisir rambut yang ada. Jauh di dalam hati berdetik juga yang satu hari rambut hitam ini pasti akan memutih andai DIA masih memberi peluang untuk meminjamkan nyawa. 

Arca wajah di cermin terus dipandang. Senyum. Melihat mata, hidung, pipi dan seluruh wajah bibir masih terus tersenyum. Pantas saja disapu wajah yang ada dengan toner, diikuti dengan moisturizer dan sun-block. Masih tidak puas disapu pula dengan compact-powder. Mulus tiada cacat cela. Segala yang mencacatkan wajah hilang serta-merta. Mata yang sudah sedia cantik dicalit lagi, lagi dan lagi. Setelah puas mengambil pula pelembap bibir dan kemudian dioles lagi dengan lipstick bagi memerahkannya. Ambil pula lotion tangan. Sapu rata seluruh tangan dan kaki. Siap! Pusing-pusing-pusing. Masih tidak puas diambil perfume lalu di spary satu, dua dan tiga. Lengkap. 

Wahai diri! Akan tiba masanya bila diri terbujur kaku, sehinggakan mandi, memakai baju dan semuanya dilakukan oleh orang lain. Akan tiba masanya baju bermanik, blouse biru, sikat, segala peralatan solek tidak mampu memberi kecantikan diri. Kulit gebu yang sering dilotion tidak mampu menahan dari tidak mereput. Pasrah melihat hari demi hari diri dihimpit tanah. Perfume jenama apa pun tidak mampu menghalang bau busuk dan ulat-ulat memamah-nikmat sekujur tubuh yang membusuk. Kemana diri mahu mengadu?



Anak soleh yang mendoakan, jariah yang berpanjangan ketika ada hayat dan ilmu yang pernah ditinggalkan dan masih diamalkan itulah harapan, harapan dan harapan yang dipohon. Merayu, merintih mahu kembali sudah tiada siapa mampu memberi. Sedarlah wahai diriku. Di mana kau berada kini?

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ

~~ Tiap-tiap yang berjiwa/hidup pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali-Imran  - 185)~~


38 comments:

AtieYusof said...

Allahu..semua nya akan ditinggalkan.. bila masa & Ketika hanya Allah yg maha mengetahui.. bersediakah kita :(

Salam Jumaat! TQ atas perkongsian kak...

Mummydearie said...

Insafnya rasa bila membaca. Apa yang kita bangga-banggakan, apa yang kelihatan cantik pada pandangan mata kita, akhirnya akan kita tinggalkan jua. Tiada satu pun yang mampu kita bawa bersama kecuali amalan yang dilakukan.

Kamsiah yusoff said...

dunia ini hanya pinjaman..sampai masa semuanya ditinggalkan..hanya amal jariah dan doa anak yg soleh yg diharapkan disana kelak..

Mia Kassim said...

Salam jumaat ... semuanya hanya sementara ... terima kasih atas perkongsian yg menginsafkan diri ...

SYANI said...

Betul kak.. kena sentiasa mengingati ke mana akhirnya kita.. Semoga kita dikurniakan Husnulkhotimah.

Nieyla Nadia said...

Salam jumaat akk...
sentiasa ingat ke mana akhirnya kita...
terima kasih akk...selalu menjadi medan ilmu pada nieyl...

raihanah said...

salam jumaat kak zakie. terima kasih atas peringatan

Wani SK said...

Singgah sini kakzakie,, ya Allah terasa menusuk kalbu bila membaca pengisian yang penuh bermakna lebih - lebih lagi bila dikaitkan dengan kita yang nak selalu cantik pada pandangan mata

cahayahidupku.blogspot.my said...

Itulah pengakhiran kita..
Walaubagaimana kita menjaga kecantikan kita..
Kan kakzakie..
Jadi sentiasa bersedialah diri utk mengahadapi nya..
Itu yg saya fikirkan..
Apakah selama amalan ini diterima..
Mencukupi ...
Terasa getar didalam hati...

NanyFadhly said...

Semoga kematian kita nanti menjadi kematian yang paling terindah. Thanks for the reminder kak.

saniahibrahim said...

Perkongsian yang menambah keinsafan pada pagi Jumaat yang mulia ni.

saniahibrahim said...

Perkongsian yang menambah keinsafan pada pagi Jumaat yang mulia ni.

Cik Misstree said...

Tazkirah yang menjentik hati, hari ini pula ialah hari Jumaat, penghulu segala hari :)

aby said...

salam kz ..
suwi orak mampir ..
wlupun ada pengakhiran dalam kehidupan kita ..
selagi masih bernyawa,
nikmatilah anugerah kurniaan Allah swt pada setiap anggota kita ..
tidak salah berhias dan bercantik cantikan .
tp utk seng lanang waeh yor !!!

ZULHILMI TEMPOYAK said...

terima kasih ingatkan sy juga. sll sgt lupa. takut tu ada.

tp bila ada masa dengan dunia. semua lupa.. huhu..

PetakBunga said...

kalau fikir2.. takut nya ya allah..
td dgr ustaz ckp.. jgn ckp sibuk, tak ada masa..semua org ada 24jam, kalau setiap hr dapat buat amal akhirat 8jam dpat pahala, 8 jam kerja amanah dpat pahala..8jam tidur dlm imam dapat pahala..

norhidana said...

semua kita akan merasai ye kak

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tazkirah jumaat. Terima kasih saling mengingatkan akak.

Sue Bee said...

Itu hanya sementara..semua yang hidup akan mati

Mar Mansor said...

baru baca tajuk, dah terfikir arah kematian..

paridah said...

SALAM JUMAAT KAKZAKIE...ALAM FANA HANYA SEMENTARA.

nohas said...

syukran..

mati itu pasti, hidup In shaa Allah...kita bakal2 jenazah..

NEKCIK said...

Sampai masanya kak..mcm nekcik ni dah kurang minat berlawo..ala kadar jer..janji kemas..dan x serabai..he..he

NEKCIK said...

Sampai masanya kak..mcm nekcik ni dah kurang minat berlawo..ala kadar jer..janji kemas..dan x serabai..he..he

Aryan azra said...

Dunia ini hanya pinjaman kan kak, suatu hari nanti pasti akan kita tinggalkan.. saya ni pun rambut dah memutih sedikit

Inani Hazwani said...

Pengakhirannya semua akan kembali ke sini cuma bila dan di mana masih menjadi rahsia. Moga moga pengakhiran kita baik baik sahaja

@na said...

Peringatan yang penuh iktibar tapi sering dilupai...ibrah utk diri sendiri...

Warisan Petani said...

Hidup kita di dunia perlu menyeimbangi antara apa yang dikejar di sini dan apa yang perlu dibekalkan di sana nanti.

Normala Saad said...

renungan untuk diri sendiri

Gee Lion said...

Apa yg kak Zakie sampaikan mengingatkan saya pada drama yg baru saya tengok tadi. Ketika Daun Berzikir. Kak Zakie layan tak? Bila mak meninggal, takde anak dia pun yg nak tolong tunggu dlm kubur.. Sedih bapak dia tau...

Mujurlah anak dia sedar akhirnya. Itulah bila kita meninggalkan akak, hanya amal & doa anak yg soleh mengiringi..

Anonymous said...

salam..

kita hanya musafir di bumi tuhan

Mila@Rimbun said...

Dimana pun kita bermula.. moga dapat pengakhiran yang baik.. aminnn

Nadhie Wueen said...

Perkongsian yg bagus kak . hmm.. insafnya baca. Apapun moga kita sama2 sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah swt. Moga hati sentiasa diberi hidayah dan petunjuk dan moga suatu hari nanti kita di tempatkan dikalangan org beriman. insyaAllah. Aminn

ewanthology said...

yang tinggal hanyalah amalan soleh dan anak yang beriman sebagai bekalan berpanjangan.

Julia Johari said...

InsyaAllah, Allah pelihara kita semua dengan rahmat Allah...amin

OKje said...

Begitulah lumrah alam ye kanda....yg hidup akan mati. Moga kita sentiasa beringat.
Tp biasalah manusia mudah lupa.... time tgh syok beli blouse baru mmg jarang ingat matinya huhu

Humaira said...

Termuhasabah diri sendiri.Semoga hidup ini terisi dengan manfaat dan berguna utk yg lain sebelum ajal menjelang secara tiba-tiba..

QasehnyaRania said...

moga diri ini sentiasa mengingati mati.
terima kasih kakakk ats pringatan ini