





Huruf hijaiah dan jawi - hasil carian google (Huruf yang dibulatkan tidak ada di dalam al-quran ye anak-anak...)“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian/dugaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan.” (Al-Anbiya’ :35)~~
* Kali pertama aku membuat dua N3 dalam sehari. Hati aku benar-benar sayu....
Johan nasyid - Kemenangan ini sebenarnya diraih pada tahun lepas, tetapi hadiah baru diberikan tahun ini kerana ianya dikendalikan ke peringkat sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.
Tidak berkenaan dengan N3 - Jangan marahkan tuan pembuat cendol kerana lazatnya dia membuat kita terkenang-kenang untuk menikmatinya lagi. (Cendol pulut+durian+kacang merah memang umphhh...)
Tiga hari - Kem anjuran seperti  ini mestilah aku tidak keberatan untuk memberi kebenaran buat adik menghadirinya. Tambahan pula pengawas, pengawas perpustakaan, ketua/penolong kelas dan AJK kelab Ansar diwajibkan untuk pergi. Murid biasa yang berada di darjah 5 dan 6 juga dialu-alukan untuk turut-serta.
Lengkap - Semuanya ada dalam dua beg ini. Baju kurung 3 helai, pakaian sukan 3 helai, telekung, tuala, suroh Yaasin, buku nota dengan peralatan menulis, kasut sukan, selipar, berus dan ubat gigi, sabun mandi, bedak, sikat, lampu picit, tikar, sedikit jajan (biskut) dan garam  (semua dikehendaki membawa garam kasar) .
Ceria bersama teman - Pengawas berbaju seperti ini. Pengawas perpustakaan berwarna ungu, kelab Ansar berwarna oren dan ketua/penolong kelas berwarna hijau. Adik dan Mohd. Wahyu yang termuda diantara mereka.
Sebelum naik bas - Gambar-gambar diambil oleh Mak Zah kerana hari Jumaat aku bekerja. Mak Zah yang menghantar adik ke sekolah.
Balik kem - Oleh kerana mama/papa pergi menghantar Kak Nurienne balik asrama, adik balik semalam diambil oleh Mak Zah. Tiba di pintu pagar rumah sudah kelihatan begitu letih.
Fail - Inilah fail yang memuatkan pelbagai khazanah adik. Lunyai sebab disumbat dalam beg sandang yang sedia penuh dengan pelbagai barangan.
Letih - Sudah tidak mampu hendak angkat muka. Buka baju, selepas mandi masih sempat lagi dia jadual buku untuk hari ini. Kemudian aku suap dia makan sambil dia membuat sedikit kerja mathematic. Selepas itu terus bum... tidur.  Bersolat pun aku rasa dia sudah tidak khusyuk.
Orange - Aku tanam bunga ini sebagai menutup tanah di pasu supaya tidak keluar kalau di timpa hujan.
Merah jambu - Cerah aku suka bila ia kembang. Tetapi biasanya pada waktu pagi ianya kembang, bila panas layu jadinya.
Bunga raya - Aku sekarang sedang mengumpul spesis bunga raya yang berbagai warna dan rupa. Ini aku ambil dari rumah kakak aku di Kota Tinggi dan baru kali pertama berbunga.
Air tempayan - Unik terletak di luar bangunan sebaik masuk bangunan. Bukan untuk cuci kaki tatapi sekadar hiasan kerana air keluar-masuk disetiap tempayan tempayan...
Pokok pinang - Yasmien snap ini ketika kami menikmati mi rebus sebab tidak tahu bagaimana  pokok ini boleh tumbuh di sini.
Bertanggungjawab - Jabatan inilah yang memantau keindahan persekitaran segalanya.
Cantik - Kalau beriadah diwaktu pagi dan petang di Hutan bandar pasti melalui kawasan ini.
Bergantungan - Maha kaya Allah di cipta bunga yang indah untuk kita nikmati. Terletak bersebelahan tasik di Hutan Bandar ini.
Dating - Papa dengan Yasmien duduk di bangku tasik menikmati kesegaran alam,  tidak tahu aku snap mereka dari belakang.
Ikan hiasan - Kaloi pun ada di sini tetapi tidaklah makan sayur keladi macam cerita Bawang Putih/Bawang Merah. Makanan ikan dijual RM 2/- sebungkus. Terletak di pesisir laluan pejalan kaki untuk menuju ke bahagian dalam tempat beriadah dan berlipur.
Mi rebus ZZ - Aku kurang pasti sama ada ini cawangan yang ada di belakang Hospital Tun Aminah atau bukan tetapi basic juga adalah mi rebus tulang. Kami tidak ambil tulangnya.
Balik - Sekadar melabuh punggung sementara. Sebaik diberitahu adik telah selesai rakaman kami balik semula ke RTM untuk pulang. Adik dengan Hafiz hendak makan mi rebus tadi tetapi restorannya telah tutup. Selepas solat Asar di surau RTM kami terus menuju ke Plaza Angsana menunaikan hasrat adik untuk makan mi rebus juga, tetapi kali ini mi rebus Haji Wahid.