Friday, February 17, 2012

Harta dan saham kita

Mendengar radio IKIM petang dalam perjalanan balik dari pejabat. Harta dan saham kita yang bernilai sebenarnya tidak banyak kata ustaz tersebut.

1. Makanan yang kita makan dan habis. Kalau yang basi, dibuang semua bukan harta kita.
2. Pakaian/rumah/kereta dan sebagainya yang kita pakai sehingga buruk dan tidak boleh digunakan lagi. Kalau yang masih elok tapi tidak dipakai dan sebagainya ia bukan harta kita jadinya.
3. Sedekah jariah kita walau sedikit. Walau sedikit kalau nilai itu dapat membantu itulah saham di akhirat kelak. Kalau duit di bank kita bertimbun tetapi apabila kita mati ianya akan ditinggal dan dipergunakan tanpa kita ketahui caranya - alangkah sayangnya.

Sebab itulah hanya 3 yang membantu bila kita telah tiada di dunia ini.

1. Segala amalan yang kita lakukan sepanjang hidup di dunia
2. Ilmu dan jariah yang dipergunakan dan diamalkan oleh mereka yang masih hidup
3. Anak yang soleh/solehah yang mendoakan kita

Sama-samalah kita renungkan.


~~Terkejar-kejar mencari kebahagiaan di dunia lupa ada yang susah di sebelah mata. Kelak akan dipertanggung-jawabkan juga ke atas kita. Muhasabah mencari yang terbaik selagi nyawa diberi pinjam sementara Izrael belum datang menjemput.~~


82 comments:

Cikli said...

radio ikim memang teman terbaik dalam kereta.
tetapi, time berita menyampah jugak...eloknya ikim tak perlu siarkan berita mengampu sebelah pihak supaya kekal terbaik

Unknown said...

kakzakie...teringat pada dj yg meninggal semalam kan? radio ni kan?

Betul la ustad tu ckp, bila fikir2kan mmg semua akan kita tinggalkan bila kita pergi. Cuma amalan, sedekah jariah dan anak yg soleh yg bawa kita kesyurga...hrp2 kita semua tidak lupa, berbakti pd keluarga sendiri.

Mak Wardah said...

Betul Kak Zakie,

Itu aje yang tolong kita kat sana nanti.

Mieza said...

Assalamualaikum Kakzakie,

Alhamdullilah, hanya 3 perkara itu yang tinggal, tiada lain, tiada kekal.

Terima kasih atas peringatan ini.

Sharifah Nadzarah said...

salam jumaat kak..
tq atas peringatan ini...
byk lagi yg perlu kita pelajari...
semoga kita semua dapat melakukan yg terbaik utk diri masing2..

mama ju said...

Salam.
sama2 kita renungkan.
Hari ni dah Jumaat, moga kita sentiasa dlm redha Allah.Amin.

ieja amieja said...

salam kak zakie..
terima kasih atas peringatan ini kak..sy pun dengar2 jg radio IKIM, tp sambil lalu je(x khusyuk dengar sambil berkemas)..

al-lavendari said...

benar sekalai .. harta walaupun sebanyak mana tidak pernah cukup bagi yang tamak.

yana-feehily said...

klu naik kete, mmg slalu dgr ikim.

takut jgk bila kain baju kita yg tak terpakai tu persoal kita balik kt nnt, kenapa tak pakai dia.. T__T

takmo beli baju dah..

Aliesha Kirana said...

terima kasih atas perkongsian ni kak. hmm harta kita mmg xbyk. sobss

Unknown said...

Terima kasih atas peringatan ini kak...

amirah said...

betul tu kak,,kdng2 kita terlepas pandang dgn orang2 disekeliling kita yg memerlukan bantuan..

Dr K said...

itulah..saya selalu terfikir apa yg saya kejar di dunia ni...harta yg tak pernah cukup..tak pernah puas..yet semuanya tu taj boleh bawak masuk kubur pun...

aanie said...

terkejar2 harta dunia...harta akhirat diabaikan...
time kasih kak...

matahati-aishahazhar said...

tiga perkara tu jelah harta kita.. kalau banyak alhamdulillah.. kalau sedikit kena perbaiki lagi amalan kita kat dunia ni kan...

mama maman aka yana said...

terima kasih diatas pengkongsian..:)

ct rahani said...

betul la kak.. hanya tiga perkara tu yg kita bawa ke sana nanti.. sama2 lah kiter muhasabah diri.. :)

s a r said...

assalamualaikum kak.

~hmm.. rindu tak dapat ke mari selalu. huu ~_~"

terima kasih kak ats kongsi ilmu.
hmm. kita tak sedar kan tu sume. dah terang yang sebenarnya sume ni pinjaman belaka.

tapi yang kita keluarkan utk bekalan kat sana nanti, yang tu la paling sikit kita keluarkan sebenarnya. sayang sangat duit yang banyak dalam bank tu kan kan. hmm

Aku Yang Berbicara said...

terima kasih atas perkongsian.. :)

muge kak zakie & family sjahtera slalu..

- Penjejak Mimpi -

sisdee said...

betul!!! kita sibuk kumpul saham dunia dan lalai saham akhirat..now nie saya sgt2 mnitik beratkan akhirat utk anak2 sbb hanya agama yg kukuh yg menentukan kita kat SANA nnt..dunia pun diteruskan tak leh tinggal terus ;)

wahida said...

terima kasih mengingatkan kak...

Unknown said...

tazkirah yang bagus dipagi jumaat
salam takziah buat arwah DJ IKIM yang meninggal dunia,
ayu tau kak peminat tegar radio tersebut..
mmg banyak info menarik yang dapat dikongsikan,
alhamdullilah

Nini D.. said...

btol kak...
seronok sebenarnya denagr tazkirah radio ikim..
buat kita muhasabah diri sendiri

mama irfan said...

betul tu akak.... info yang bermanfaat....

p/s: kak.... nak minta tolong bleh? tolong anis komen kat blog ni.... mekasih ya kak....

http://manjakucutelovebaby.blogspot.com/2012/02/manja-10.html

&

http://wholesalebabynkidsclothing.blogspot.com/2012/02/manja-10.html

Acik Erna said...

assalam kakzakie..terima kasih kongsikan disini..mengingatkan lagi kami semua

emarieys said...

terima kasih kak...kat rumah ada pakain utk disedekahkan..cuma masih tak tau harus diberikan...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak..

robbirgfirli waliwalidaiya warham kama rabbayana soghira....

:-)

cheqna said...

terima kasih kakak sebab ingatkan cheqna =)

terokai seni said...

harta paling bernilai - anak-anak

kalu rosak harta ni, di dunia dan akhirat kita pon jadik tak bernilai

eiza said...

semoga saya juga beroleh harta dan saham yang 3 itu....Amin...

dhiera zainudin said...

nice sharing kak~

musang said...

semoga semua amalan yg kita lakukan diterima oleh Allah swt. amin

miloaiskurangmanis said...

harta dunia - tak kekal mana pun....

noor said...

nor pun suka dgr radio IKIM..mlm2 dia akn ulang yg siang punya. semoga amalan kita diterima nanti kan kak...moga aiman jd ank yg soleh aminnnn

Aine Ainun said...

Tiada yang kekal didunia....

Terima kasih atas perkongsian...

intan_blur said...

kakzakie..sgt2 menyentuh n3 nih..tq kak sbb mengingatkan intan n sume org.. ;)

Tie HT said...

dunia ini ibarat bangkai..busuk,kotor..tapi orang kejar sungguh2..seimbangkanlah..Insya Allah, semuga kita dalam rahmat Allah sentiasa..

thanks kak..nice entry :)

Irfa said...

malu :( kerana asik memikirkan dunia
sdgkan kita semakin hari semakin dekat dgn MATI

::NureeN:: said...

mmg betol tue, harta kemana, amalan yg penting, harta utk dunia semata2..

ajumohit said...

betul kak, harta yang menjamin mana tempat kita di sana nanti kan....

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Puan..

Allah jadikan langit Dan Bumi sgt indah Dan bersih, kalau ia kotor maka manusia lah yang mengotorkannya..kalau ia busuk, manusia juga punya angkara. Semua yang baik itu dari Allah , hanya yang buruk itu Dari manusia.

Nida said...

Tapi menyedihkan bila zaman sekarang ramai dalam kalangan umat manusia yang terlalu mengejar harta dunia.... :(

Cikgu Ma said...

terima kasih atas perkongsian ni...senang je kan nak buat saham akhirat...

ibuintan said...

Assalamualaikum KakZakie... moga kakzakie dan keluarga sihat semuanya


moga anak2 kita menjadi harta yang akan membantu kita nanti

Qhaifa Nur said...

jarang dengar radio ikim...

anak permata bernilai buat kita, anak jugalah yang akan bantu kita semua di sana...

sud@is said...

betul tu kak..
duit bersusun ntah kemana digunakan..
amal jariah sedekah yg boleh membantu..

nazayiena said...

Tq atas peringatan nie,semoga kita dpt ketiga2 yg membantu kita bila dah xde di dunia lg....

MulutPayau said...

salam Jumaat kak...
Terima kasih atas perkongsian ni...

Kayna said...

yer kan kak zakie.. tima kasih masih mengingatkan...

Hanis Azla said...

semoga bekalan 3 perkara itu cukup untuk kita di sana nanti.. insyaAllah.. perkongsian yg menarik ni.. terima kasih kak..

Aien Not Alien said...

semoga bekalan yang 3 perkara itu cukup untuk kita kelak...


harta dunia habis didunia... :)

kurus said...

saya memang suke dgr radio IKIM kak , tapi pagi2 .. dgr ustaz2 memberikan motivasi pagi , saya dah jatuh cinta ..
banyak yg baik dan pengajaran dan radio ini banyak terapkan unsur2 islam .. suke saya kak

semoga semua ini jadi kesedaran pada kita kan kak .. saya selalu lalai huhuh

Kayu Manis said...

nampaknya n3 kita lebih kurang sama ye ke..apa mencerlang tu kak..?

LadyBird said...

betul kak..

di samping tu kene cr bekalan tuk akhirat jugak..

tuk bekalan di sana nanti..

eelobor said...

itulah harta yang tak ternilai harganya...

suri solehah said...

terima kasih kakak,,,buat peringatan diri ini...kdg terlalu sibuk dgn urusan dunia..sampai terlupa bekal ke sana

-Sara- said...

nice entry kak zak :)

Temuk said...

As-salam KAKZAKIE
Sedihnya, sekalipun berulang-ulang ustaz/penceramah beritahu, lambat pula kita bertindak. Ada ustaz di tempat saya yang selalu mengingatkan, kita hendaklah juga selalu berdoa... selalu... selalu, agar Allah menggerakkan kita untuk melakukan kebaikan.

Turut bersedih dengan pemergian Allah Yarham DJ Razak. Semoga rohnya diletakkan di kalangan roh-roh para solihin.

Zehan Ilyana said...

kak zakie, really nice sharing..
betul3x..
kita sering terkejar kebahagiaan dunia yg sementara..

Kakzakie Purvit said...

Sekadar buat peringatan kakak sebenarnya yg ada masanya lupa. Terima kasih pada teman semua.

Cikli (kadang terpaksa sebab kalau tak langsung tak boleh berkumandang di udara), Zanafahmi, Mak Wardah, Mieza, Sharifah Nadzarah, Mama Ju, ieja amieja, al-lavendari, yana-feehily, aliesha kirana, yus, amirah, Daddy Ziyyad (tak salah cari bebanyak doc. tapi jgn lupa org yg memerlukan - itu lebih baik), aanie, ratu kebaya,mama maman, ct rahani, sar, aku yang berbicara, sisdee, wahida, Citarasa Rinduan , Nini D, Mama Irfan (akak dah komen keduanya), Acik Erna, Mama Ema, sahromnasrudin (amin...), cheqna, cemomoi (untung yg ramai anak kan), eiza, dhiera, redza, miloais milo, noor, Aine Ainun, intan_blur, Tihara, Irfa, Nuren, ajumohit, Deru Ombak (janganlah kita menjadikan tangan kita memburukkan yg indah) , Nida, Cikgu Ma, ibuintan, Qhaifa Nur, Sud@is, Nazayiena, MulutPayau, kayna, Hanis Azla, Aien not Alien, ieda (bulan ini giliran ustaz Badlisyah Alaudin kan - best), cinnamon.dom (tajam mata itulah mencerlang cikgu - penuh makna kan), LadyBird, eelobor, suri solehah, sara, Temuk (itulah cikgu macam kakak nie kena selalu berdoa moga hati tak goyah) dah Teenager Housemaid (boleh kejar dunia tapi akhirat jangan lupa - seimbang).

Sekali lagi buat semua terima kasih tidak terhingga...

terpatrisinarabadi said...

renungan yg penuh makna :)

lieynanilaz said...

terima kasih atas perkongsian...kena seimbang dunia dan akhirat...

sal said...

baik untuk direnungkan..sama2lah kita ingat2 untuk kebaikan..

Munn Jaafar said...

harta anak yang ditinggalkan yg paling merisaukan...

nadbaptist said...

alhamdulillah kakzakie,

tksih atas perkongsian kak..bguslah dpt info camni di radio ikim

Kak Aya said...

salam kak....t.kasih berkongsi entry yang sangat berguna utk kita semua...kadang2 terbabas jugak.

ckLah @xiiinam said...

Semoga kita sebagai anak, dan anak-anak kita tak lupa, bahawa doa anak-anak yang soleh itu yang akan membantu ibu bapa di alam sana...

H A N said...

T'ingat ada satu lagu dari kumpulan nasyid Rabbani, 'Mana Milik Kita'...

Chik Na said...

terima kasih kerna tolong ingatkan..kadang kesibukkan buat kita lupa akan tanggongjawab dan org yang memerlukan di sekeliling kita

pena rozie said...

memang betul la....

L said...

selalu jugak dgr radio nih.. huhu. nk jadi anak yg soleh..=)

jom baca sekejap..=0
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html

ILA HonEyBuNNy said...

merenung seketika baca entry akak...

muhasabah diri....;-)

Fiza Nurani said...

sama-sama mengingati kisah=kisah lalu, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadann.. sama-sama muhasabah diri...

ciK LyndaWawa said...

bagus tu .....kita tolong golongan yang tak mampu...

fuad ansari said...

dek kerana terlalu asyik mengumpul harta dunia, ramai yg terlupa nak 'convert'kan ia menjadi harta akhirat.. (",)

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih juga pada teman-teman berikut. Bersama kita mencari yg terbaik dunia dan akhirat.

ikatankasihku, lieynanilaz, sal, Munnafendy, anitaare, Kak Aya, ckLah@xiiinam, Hanih Borhan, Chik Na, pena rozie, L, Ila Honeybunny, fiza nurani, Cik Lyindawawa dan fuad ansari (betul sebab dunia & akhirat sebenarnya amat berkait rapat)

Sekali lagi terima kasih semuanya.

Cik Ina Do Do Cheng said...

betul tu kak zakie, banyak atau sedikit bukan ukuran, yang penting kita ikhlas nak membantu.

Irfa said...

takkan papa kedana seseorang itu hanya krn dia bersedekah.

Zana Adieyza said...

peringatan yg baik utk kita hayati & amalkan..

duniaanita74.blogspot.com said...

setuju kakzakie...zakat pendapatan pun penting juga...ramai yg terlupa..ingat gaji kecil,bila cek dengan pusat zakat kena..so kekawan bloger cuba cek ya....tu untuk saham akhirat juga...

Teratak Hami said...

Terima kasih kak di atas peringatan ini. Memang nampak mudah tapi kekadang susah untuk diamalkan. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman.

Kakzakie Purvit said...

Sementara ada nyawa kita cari yg terbaik. Terima kasih buat: -

Cik Ina DDC, Irfa, Zana Adieyza, anitadiana dan Teratak Hami (lumrah kita sebagai manusia kadang memang lalai).

Terima kasih sekali lagi semuanya.