Menangis aku dalam bilik dulu kerana bapak tidak punya duit untuk aku turut serta dengan teman-teman lain pergi ke rombongan lawatan. Tetapi kami adik-beradik sudah lali dengan kesusahan itu. Zaman aku sekolah rendah dulu tidak pernah pun terdengar apa benda itu kem motivasi. Masuk sekolah menengah baru aku mengenali perkataan motivasi. Anak-anak sekarang dari tadika lagi sudah kenal apa itu motivasi. Kalau boleh aku tidak mahu anak-anak merasa susah seperti aku dulu. Namun bukanlah bererti memberi apa jua kehendak mereka tanpa timbang-tara.
Tiga hari - Kem anjuran seperti ini mestilah aku tidak keberatan untuk memberi kebenaran buat adik menghadirinya. Tambahan pula pengawas, pengawas perpustakaan, ketua/penolong kelas dan AJK kelab Ansar diwajibkan untuk pergi. Murid biasa yang berada di darjah 5 dan 6 juga dialu-alukan untuk turut-serta.
Lengkap - Semuanya ada dalam dua beg ini. Baju kurung 3 helai, pakaian sukan 3 helai, telekung, tuala, suroh Yaasin, buku nota dengan peralatan menulis, kasut sukan, selipar, berus dan ubat gigi, sabun mandi, bedak, sikat, lampu picit, tikar, sedikit jajan (biskut) dan garam (semua dikehendaki membawa garam kasar) .
Ceria bersama teman - Pengawas berbaju seperti ini. Pengawas perpustakaan berwarna ungu, kelab Ansar berwarna oren dan ketua/penolong kelas berwarna hijau. Adik dan Mohd. Wahyu yang termuda diantara mereka.
Sebelum naik bas - Gambar-gambar diambil oleh Mak Zah kerana hari Jumaat aku bekerja. Mak Zah yang menghantar adik ke sekolah.
Balik kem - Oleh kerana mama/papa pergi menghantar Kak Nurienne balik asrama, adik balik semalam diambil oleh Mak Zah. Tiba di pintu pagar rumah sudah kelihatan begitu letih.
Fail - Inilah fail yang memuatkan pelbagai khazanah adik. Lunyai sebab disumbat dalam beg sandang yang sedia penuh dengan pelbagai barangan.
Letih - Sudah tidak mampu hendak angkat muka. Buka baju, selepas mandi masih sempat lagi dia jadual buku untuk hari ini. Kemudian aku suap dia makan sambil dia membuat sedikit kerja mathematic. Selepas itu terus bum... tidur. Bersolat pun aku rasa dia sudah tidak khusyuk.
~~Mendedahkan anak untuk lebih berdikari pada zaman sekarang tidak seperti zaman aku dahulu yang lebih kuat mental dan fizikalnya.~~
~~Mendedahkan anak untuk lebih berdikari pada zaman sekarang tidak seperti zaman aku dahulu yang lebih kuat mental dan fizikalnya.~~
92 comments:
heheehehe
penat sangat tu..
bagus bagi pendedahan sejak dari sekolah rendah lagi =)
bagus tul buat camni. Now nie budak2 mmg perlu motivasi sbb dlm hidup yang serba serbi cepat nei budak2 kena dikuatkan semangat dorang :)
tahniah kak ;) saya pun bcadang nak hantar anak2 ke motivasi tapi biar dia betul2 kuat sket dan betul2 reti apa itu bdikari
Assalamualaikum Kakzakie,
Alhamdullilah anak2 sekarang dikelilingi dengan pelbagai bentuk motivasi, mereka memerlukannya kerana arus zaman yang nyata lebih mencabar.
Semoga anakkanda2 kita semua dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa.
Salam kakzakie,
Bagus kita dedahkan anak dengan aktiviti-aktiviti sihat begini supaya mereka lebih berdikarikan.
Saya ni memang suka nak hantar zarif pergi kem seumpama ini..bagus sangat..
letih ..
memang letih
Saya pun ada jugak hantar anak2 kem mcm ni...byk aktiviti yg ada untuk pendedahan anak2 untuk nk membesar ni..
kem kem sebegini bagus, mengisi masa lapang anak anak...cuma yg kita risaukan, ada pihak yg buat kem sekadar melepaskan batuk ditangga, yakni buat kem semata mata utk kaut duit..
letih pergi motivasi...kadang-kadang kesian juga umur semuda itukan..tapi itulah sekolah zaman sekarang
dulu saya pernah juga ber kem motivasi tapi tak selalu. ada antara ilmu yg saya dapat saya apply sampai sekarang sebab benda tu kita tak dapat di sekolah, even cikgu tuisyen pun tak ajar.
slm syg kak..n selamat pagi di hari isnin nih..hehhehehe
rase lemau hari isnin ni kan..huhuhu,,
tgk n3 akk..teringat kite dizaman sek dulu2 kan kak..best sgt kem motivasi nih..dulu rumah intan kat belakang sek jek..so usung bantal2 n beg jalan kaki jek..
kejap lagi giliran ank2 intan pulak..mcm mane la dorang nnnt.
byk sudah pendedahan budak2 sekarang..
mcm2 kem.
tahniah utk si comel ni..
salam k.zakie..klu anak tepon gtau nk g kem mmg atie risau sgt.Brkepok2 nasihat atie bagi tambah lak klu masuk hutan..hadoiii.paham2 la kat hutan ni,mcm2 ada.
Anak bkn main excited nk g tp ibunya kat umah..risauuuu sgt.
garam tu guna nk tabur keliling perkhemahan tuk halang ular/kalajengking dll 'singgah'.:D
zmn skrg nih mcm2 dh kak... motivasi segala bagai... tak mcm kite dlu2
alahai... mmg nmpak tak laratnyer...msti pnt betul tu
masa sekolah rendah dulu ada jugak kem utk upsr..tapi diorang buat kat skolah je..tidur dalam kelas.. susun2 meja buat katil.. tak fun langsung..haha..
kesian adik..pagi ni mesti penat tu masih terasa kan.. ;)
takpe la..walaupun penat..tapi seronok...yer tak.? :)
terkenang waktu pergi kursus motivasi..memang mcm adikla jadik nya kak..penat teramat2 mcm terasa kena demam denggi!! huhu..maklumla sekali sekala..zaman skrng ni kerap je ada kursus motivasi..sekolah pun dh byk yg buat sendiri
sama lah kita kak..zaman masa sek ren dulu mmg x penah ada peluang nak pi rombongan sek.maklumlah masa tu ayah ssh..baru masuk felda...
tp bila dah sekolah men lia selalu juga pi kem motivasi ni...seronok w'pun penat.. :)
Kakzakie,
Sy pun tak pnh merase summer camp nie. Tp sy dah tanam dlm ati nak anta Aydin ke camp Islamic. Nak terapkan disiplin dan hidup berdikari.
kalau kem seumpama ini mmg saya pun suka Aqil pergi.
Tp baru2 ni dia kata nak pergi camping yg di anjurkan di Gunung Ledang oleh pihak sekolah. Saya rasa tak percaya pula sbb dia baru darjah 4, tunggu dia darjah 6 kot. Risau saya sampai ke gunung ledang sana kak...huhu
salam kak zakie..
zaman kita dulu mmg x sama dgn bdk2 sekarang..segalanyer berbeza..elok jgk budk2 sekarang kita dedahkan dgn perkara2 mcm ni..walaupun letih tp byk manfaatnyer..
ingat dulu zaman sekolah..hehe...suke g kursus2 gini...setailo...:P
erm..masa kecik dulu kalau ada kem2 macam ni mmg menggedik je rasa nak pergi...tapi tak semua la dpt follow, situasi yg sama...susah...hihi
nampak mcm sunburn je adik tu...ciannya msti penat gila
kita dulu semulajadi susah, zaman sekarang inilah antara cara utk mereka mengenali kehidupan yg agak basic.
Assalamualaikum Puan..
Budak2 skarang sangat bertuah.
Saya rasa pendedahan untuk anak2 berdikari tu penting kan?
Semoga anak kakzakie lebih berdikari n matang..
Mmg bagus bg anak2 join motivasi mcmni...
Betul,
keadaan dulu n skkrg byk bezanya...
betul rasanye zaman2 dulu lagi kuat mental & fizikal, bdk2 zaman skrg lebih terdedah kpd teknologi yg berkembang pesat..heheh
sian adik letih.best kan dpt hadiri kem mcm tu.adik tak sabar nak bg maisarah pergi kem mcm tu nnt.biar dia berdikari sket kan kak?
Letih tapi pasti adik seronok kan, mengikuti Kem sebegini baik untuk pendedahan awal mereka, baik segi mental
Dan fizikal kan kak
Salam kz
Bagus kecik2 dh pandai berdikari.
dan lagi baguslah emak dia prihatin...
Bunga2 tu lawanya..mama agak kalah dgn pokok2 berbunga, hehe tanam pokok berdaun je...
untungnya bebudak sekarang, kecik-kecik lagi dah dapat masuk 'u'
dulu2, saya takut kalau pergi kem motivasi yang kena tidur2 ni~
tak sabar nak hantar anak ke program macam ni juga...
kem motivasi mmg bagus utk anak2.. dr situ mcm2 ilmu baru yg diaorang blh dpt..
saya pun cukup2 setuju dengan program2 sebegini....
alahaiiiiii siannya adik, penat sangatlah tu. takpe bukannya selalukan, bagus ikut program macam ni. boleh merangsang anak2 menjadi lebih kuat dan senang hidup berdikari
kesian adik.... nampak betul letihnya tu!
saya time sekolah dulu cukup suka bila ade aktiviti macam nie atau aktiviti luar..hehe..memang anak akak beruntung..esok bila dewasa mesti dia tak lupa pahit manis sertai aktiviti macam nie..hehehe
Regards,
-Strider-
betul kak kann..dulu2 masa sekolah rendah tak pernah pun ada kem2 cam ni...pergi sekolah balik sekolah..pegi balik tu jer lah...
saya dh bermotivasi stat darjah 4..masa tu tahun 1994 =)
kesian si kecik ni
teruskan hajat tu..
dari kem2 spt ini mereka belajar secara tidak formal : mereka akan diterapkan secara tidak langsung nilai2 seperti berdikari, tahan cabaran..semangat kesabaran yg tinggi, kerjasama,..walaupun mungkin semangat itu datangnya mungkin memakan masa, bukan dapat jam tu juga..tapi sekurang2nya pengalaman2 spt ini boleh membentuk semangat jati dirinya yg tinggi..insyaAllah
motivasi yg bagus utk anak2 jgn dilepaskan peluang ...kalu diikutkan manja anak2 itu tak kemana mereka...ibubapa yg patut ambil kesah ttg perkara mcm ni.
teringat pulak masa sekolah dulu..bagus pendedahan sebegini utk diorang..boleh belajar berdikari
anak2 saya dulu hantar jugak ke summer camp waktu cuti
waktu tak cuti pulak,kem kelolaaan pihak sekolah...mcm2 kem la depa anjurkan...
pendedahan macam nie sgt2 bagus kak .. kalau saya , saya memang suruh anak2 pergi ;)
memang teringin nak hantar anak pergi tempat macam ni..banyak perkara yang diajar...
Memang betul kata kakzakie,budak2 sekarang lebih beruntung jika dibandingkan dengan kita zaman dulu.
bagus juga ada kem motivasi ni kak...baik tuk perkembangan anak2...sian nampak penat jer lepas balik kem..huhu
bagus juga ada kem motivasi ni kak...baik tuk perkembangan anak2...sian nampak penat jer lepas balik kem..huhu
btol sgt kak. dl2 mana ada sgt kem motivasi ni. huhhu. tp best jugak bg dorg join kem2 macam ni, boleh berdikari. hehe
macam ati ni pula terlebih fobia
nak bagi anak2 keluar buat aktiviti
sekolah..macam2 yg ati risaukan :)
Salam kenal..ana follow sini kalau sudi follow la ana balik ye..
p/s: ana baru dalam blog nie
Baguskan ada kem mcm nanti blh gak mereka belajar hidup jauh dr ibubapa w/pun sehari dua.
penat takper kak.. yang penting dapat ilmu yang bermanfaat..
bila join kem seperti ini akan memberi pendedahan tentang erti hidup...
memang seronok dpt msk kem....
Anak saya yang sulung tu 10 tahun dok tanya bila dia boleh g camping2 cenggini..memang nak hnatar gak dia kasik dia berdikari sikit.. manja sangat..hehehehe...
kakZakie - lawa laa bunga2 akak n3 bawah tu...lawa sangat..geram saya tengok.. :D
perbezaan zaman barangkali...
saya pun brsetuju sgt dgn adanya program2 spt ini walau kdgkala risau jugak dgn keselamatan mrka..
kakzakie..acik dulu rombongan sekolah pun tak pernah pergi..tak sampai hati nak bagi tau arwah bapa yang dah memang susah..
sebab susah kita berjaya...berharap anak generasi kita faham apa yang kita lalui..apapun, seronok buat aktiviti...lebih seronok kalau jadi penceramah...kancil sukakkannya
salam alaik kakak,,
mutiara dulu, suka sangat jadi fasilitator kalau ada program motivasi kat UTM Skudai,,tp sekarang bila dah grad, dah tak join dah,,
rindu juga kenangan..
eheh..penat sangat tu anak akak tu..mujurlah dapat emak sebaik akak..penyayang!
zaman dulu tengok mak ayah susah pun dah buatkan kita rasa sesuatu..
rsnya bdk2 skrg mmng kna byk d ddhkn dgn kem2 sbgini...biar tough skit ;D
nmpak sgt kpnatn si adik tuh
penat yang berbaloi ye dik..insya allah
kakak cakap pasal kenangan dulu,teringat jugak suri..memangkan dulumasa sekolah menengah je baru rasa semua tu,,,
Salam Kak Zakie. Mmg bagus ank2 kita menyertai program2 mcm ni yg diadakan diluar sklh..mcm ank sy yg bungsu tu..dulu2 abah dia selalu berat nak lepaskan dia pergi..tp setelah melihat hasil setiap kali pulang dr program2 mcm ni..skrg dah mudah sikit dia nk izinkan..maklumlah ank bungsu..manjanya terlebih sikit..:)
salam kakzakie.
Kita dulu dimotivasikan oleh keperitan hidup.Dari situ kita bertatih utk berjaya.
tapi bila orang motivasi masuk politik, terus mengarut
assalamualaikum kak
sy amat tahu fungsi garam itu utk apa? bagus cikgu ini memberi petua yg sgt berguna
bila baca ayat yang atas tu teringat masa tak dapat pergi ikut rombongan sekolah... kui... kui... anak2 sekarang memang terpaksa rasanya sebabnya di sini banyak yang boleh dipelajari.. kita dulu kalau nak yang motivasini kalau sekolah anjurkan free punya tak selalu setahun sekali kot...
As-salam
Seronok ada, kesihan pun ada, lihat anak-anak cilik menghadiri kursus-kursus sedemikian. Walaupun keletihan, insya-Allah, alah bisa tegal biasa. Insya-Allah akan meningkatlah ilmunya dan pengalaman hidupnya.
beruntung anak2 zmn skrng, byk dpt ilmu..
Setuju ngan ayat kak zakie yang bawah tu.biasalah kak zakie budak sekarang manja-manja, kita dulu cam mana. kak zakie muka adik nampak kemanjaannya manja cam firdaus : )
Ye ke? Dulu kuat mental fizikal? Dulu masa mula2 kena sambung study lepas SPM pun, nangis hari2 call mak nak balikkkk... heheheh..
teringat dulu pernah juga menangis sebab tak dpt ikut serta kawan2 pergi rombongan sekolah....
time sekolah dulu.. ayu pengawas..
dan sentiasa ikut program motovasi..
mmg syok
nampaknya adik sangat letih...
pasti ilmu dan pengalaman y dibawa akan mengajarnya lebih matang dan berdikari
tahniah adik
Best kalau join kem2 mcm ni...
Kalau boleh kerap2 la sbb nak kekalkan semangat tu...huhuhu
mesti risau masa nak lepaskan dia pegi kan kak...
tapi kem mcm ni sebenarnya bagus, mengajar anak2 kita lebih berdikari sebenarnya....
Mohon maaf agak sibuk hari ini. Terima kasih buat semua yg memberikan komen N3 ini:-
cheqna, sisdee, Mieza, Kunang-Kunang, Huda, ainnoraini, Daddy Ziyyad, Mama Ema, gadisBunga, intan_blur, cinnamon.com, azatiesayang, norhidana, Rai, nabila_2908, amirah, Mamamya, Pok Amai-Amai, yus, ieja amieja, Mr, Clive, Munnafendy, Liza Abu Bakar, Deru Ombak, Aine Ainun, Sweetmama@eija, Lydia Miza, ajumohit, mama ju, cemomoi, dhiera, eiza, Zana Adieyza, eelobor, Ann Ishak, miloais milo, Azlan Hasan, Eye_nee, Cikgu ma, Panglima Mua, Sal, PCL, Tiramisu Fateima, Kamsiah, ieda, Qhaifa Nur, Zaitun, adarnadzmie, Alisha Kirana Ati Masrif, Wanita belum Hamil (kakak dah follow ana juga semalam), CT Norarizah Aris, Ratu Kabaya, lieynanilaz, pena rozie, lyza, Fatin Mraz, anitaare, Acik Erna (samalah kakak pun susah dulu Acik), Kancil8349, Mutara Bernilai, norh, So Shy Lady, Suri Solehah, ariana, Shameel Iskandar, Cikli, sahromnasrudin, Cho Zila, Temuk, My Little Diary, Cik Ina DDC (anak bungu biasalah cik ina), kayna, munna, Citarasa Rinduan dan Cik Shinju.
Terima kasih semuanya.
Note:
Perasan tak tarikh yg cikgu adik buat ada typo-error (bulan oktober 2011) sepatutnya February 2012. Kakak baru sedar bila adik beritahu semalam.
bestnya...ita pun suka juga kalu kak diana boleh pergi..bila tengok yuran yg mahal selalu tak mampu...
Assalam..
Bestnya tengok..
Dapat la merasa kem motivasi ye...
kem-kem macam ni memang bagos untok anak2 anak...
cuma yang baik tu selalunya mahal
Salam Kakzakie,
Aktiviti2 macam ni memang baik untuk anak2 ni.. supaya depa boleh belajar
berdikari dan jugak akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri....
teringat yat dlu zaman sekolah...dlu yat aktif tau...mane2 pesatuan yg wat kem,mesti yat join kak,..
Bestnye adikkkkk :)
Sian adik penat...tapi tak pe, tentu bnyak yg dipelajarinya semasa kem...
Huhu teringat kat entri lama saya Aktiviti Akhir Bersama...; saya dulu x dpt pergi mana-mana pun...
Terima kasih buat semua teman yg memberi komen: -
anitadiana, iza teratak usang, gedek (tak mahal sangat cuma 65 ringgit je), Ros, Yatzakie, Fiza nurani, MulutPayau dan EmpayarUtama (nanti kakak tinjau N3 itu).
Terima kasih semuanya.
yup, sesekali mereka perlu berdikari :)
budak2 skrg dah untung kan..alhamdulillah kerajaan dah byk peruntukkan utk generasi akan dtg..semoga adik mendapat manfaat yg byk ^^
@ ikatankasihku: dia memang suka
@ yana-feehily: walau penat nampaknya dia enjoy
Post a Comment