Bila mempersoalkan hal tanah pusaka masing-masing tidak mahu ambil peduli. Bapak tahu semua anak bapak tidak sehebat bapak mampu menguruskan tanah-tanah yang ada. Emak dan bapa saudara aku yang tinggal di Singapura juga kesemuanya telah sepakat menjual tanah-tanah mereka dan menggantikan pembelian rumah di sekitar Johor Bahru. Boleh dikatakan kesemua mereka mempunyai rumah di Johor Bahru. Bapak selaku anak lelaki sulung dan merupakan satu-satunya yang tinggal di Malaysia kini kian lega kerana tidak lagi dipertanggung-jawabkan untuk menjaga tanah-tanah mereka. Namun dalam hal begitu aku puji bapak (maklumlah anak bapak kan) tidak pernah terlintas dihatinya untuk menjual tanah pusaka yang dia ada.
Kami adik-beradik tidak pernah pun ambil tahu kepada siapa bapak mahu memberikan tanah-tanah tersebut sehinggalah pada suatu Hari Raya ketika kami berkumpul bapak bersuara mahu salah seorang mengambil cuti menguruskan pemindahan nama untuk tanah-tanah yang ada. Waktu itu kesemua kami lapan beradik berkata abanglah kena menguruskan kerana dialah satu-satunya anak lelaki bapak. Tetapi oleh kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya ianya berlanjutan sehinggalah aku melahirkan adik (anak bungsu aku). Kesempatan cuti 60 hari itulah bapak bersuara lagi mahu aku bertindak melaksanakan kerja yang tertangguh. Persetujuan dicapai adik-beradik lalu kini tanah itu telah dipindah-milik ke atas nama anak-anak bapak.
Selalu bapak berkata dia telah tua dan dia tidak mahu kelak bila dia telah tiada akan menjadikan hal-hal tanah pusaka susah untuk diuruskan. Sehingga kini tanah tapak rumah pun masih bapak duduki dan kesemua hasil-mahsul yang diperolehi dari tanah-tanah itu bapak juga yang memperolehi. Kami lapan beradik tidak pernah mempersoalkan kerana tahu betapa peritnya bapak dulu mahu memberikan kami pendidikan dunia dan akhirat. Kini bapak goyang kaki kerana selain tanah kami disewa oleh orang lain ada juga tanah-tanah itu yang diupahkan kepada orang Indonesia untuk menjaganya. Walau pendapatan bapak mengalahkan pendapatan kami tapi kami tetap menghulur buatnya (sebagai tanda terima kasih kami dan restunya). Selalunya wang yang kita hulur akan kembali diberikan pada cucunya semula.
Kami adik-beradik tidak pernah pun ambil tahu kepada siapa bapak mahu memberikan tanah-tanah tersebut sehinggalah pada suatu Hari Raya ketika kami berkumpul bapak bersuara mahu salah seorang mengambil cuti menguruskan pemindahan nama untuk tanah-tanah yang ada. Waktu itu kesemua kami lapan beradik berkata abanglah kena menguruskan kerana dialah satu-satunya anak lelaki bapak. Tetapi oleh kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya ianya berlanjutan sehinggalah aku melahirkan adik (anak bungsu aku). Kesempatan cuti 60 hari itulah bapak bersuara lagi mahu aku bertindak melaksanakan kerja yang tertangguh. Persetujuan dicapai adik-beradik lalu kini tanah itu telah dipindah-milik ke atas nama anak-anak bapak.
Selalu bapak berkata dia telah tua dan dia tidak mahu kelak bila dia telah tiada akan menjadikan hal-hal tanah pusaka susah untuk diuruskan. Sehingga kini tanah tapak rumah pun masih bapak duduki dan kesemua hasil-mahsul yang diperolehi dari tanah-tanah itu bapak juga yang memperolehi. Kami lapan beradik tidak pernah mempersoalkan kerana tahu betapa peritnya bapak dulu mahu memberikan kami pendidikan dunia dan akhirat. Kini bapak goyang kaki kerana selain tanah kami disewa oleh orang lain ada juga tanah-tanah itu yang diupahkan kepada orang Indonesia untuk menjaganya. Walau pendapatan bapak mengalahkan pendapatan kami tapi kami tetap menghulur buatnya (sebagai tanda terima kasih kami dan restunya). Selalunya wang yang kita hulur akan kembali diberikan pada cucunya semula.
~~Selagi ada hayat dikandung badan kami lapan beradik tetap mahu menjaga bapak sebaik mungkin. Walau keindahan dikecapi tanpa aruah mak namun doa kami tidak putus buat mak. Moga mak tenang dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.~~
85 comments:
Syukur Alhamdulillah , kalau kak zakie dan adik beradik yang lain ada yang niat yang murni cam tu. semoga Allah SWT permudahkan segalanya kak zakie.
syukur..
moga Nini & adik2 jugak dapat berbuat macam nih pada ibu-bapa kami..
sebaiknya begitulah kan kak.. harta pusaka diuruskan sebelum tiada.. Semoga bapak akak terus diberikan kesihatan yg baik.. semoga roh arwah emak akak tenang di sana..
baguslah tanah pusaka x jual..boleh buat warisan kat anak cucu
Alhamdulillah, mudah-mudahan ayah akak terus bahagia dan gembira hidup dikelilingi akak dan adik beradik lain yea serta cucu-cucunya.
amin...
Salam kak.. teringat ngan kata2 ayah saya.. DIa bagitau kami adik-beradik dia takde harta ape pun yg ditinggalkan utk kami. Tanah pusaka yg ayah dan mak saya duduk sekarang ni satu2nya tanah yg tinggal dan dia brharap suatu hari nanti bila dia dah xde, dia harap rumah itu masih lagi tempat utk kami adik-beradik berkumpul terutama masa hari raya. Kami adik beradik langsung tidak pernah meminta atau mempersolakan tanah itu nanti milik siapa. Pada saya, adik2 saya yg mana tinggal di situ, ambiklah, duduklah jaga rumah tu. Sbb ayah sudah pun meninggalkan "hartanya" yg paling berharga, iaitu membesarkan kami menjadi manusia yang berguna.. :)
Alhamdulillah....seeloknya mcm tu. Uruskan harta pusaka selagi dikandung hayat. Sy pernah diberi penerangan berkenaan wasiat. Rmi yg terkandas disebabkan tak ada kesedaran perihal wasiat harta pusaka.
berlainan dgn sy kak...
sebelum awah abah meninggal..arwah dah bagitau dia takde apa2 harta selain sebuah rumah kos rendah yg emak duduki skrg...& rumah itu akan diserahkan kepada anak yg bongsu...tetapi adik sy tidak boleh menjual rumah pusaka itu tanpa persetujuan semua adik beradik.
Syukur pada jalan yang baik...
Selalunya hal tanah ni sering jadi rebutan, dan kerana tanah jugak, adik beradik boleh bergaduh...
itulah yg terbaik kak..selesaikan sementara hayat dikandung badan..
makna nya ayah kak zakie masih punyai tanah di Singapore? or Malaysia?
amat baik cara abah kakzakie tu....
selesaikan apa yg patut - selagi masih ada dan terdaya....
Semoga arwah mak akak dicucuri rahmat ilahi..
Alhamdulillah, 8 beradik bersatu hati. Mesti bapak kakak bahagia.. :D
boleh mnjadi contoh dan ikutan kepada kami kakzakie..
sy masih igt pesan..mak angkat sy..berapa po gaji/pendapatan kita.. pastikan 10% diberikan kepada ibu bapa kita
Syukur tiada perbalahan Adik beradik ye kak, yang penting ayah menghabiskan hari tuanya dengan rasa tenang kan, bagus punya Adik beradik yang memahami mcm ni
Assalamualaikum Puan..
Saya hanya dua beradik sahaja. Saya yg sulung dan adik lelaki. Arwah Mak Dan abah sudah lama tiada. Tanah pusaka adik serahkan kepada saya semuanya, walaupun Dari segi hukum adik saya sepatutnya mendapat 2/3, kerana dia lelaki.
Alhamdulillah kak..
terbaik... kadang2 kerana harta , semua jadi kacau bilau kan...
kagum dgn fmly akak..semuanya seia sekata dalam hal2 sebegini
mak ayah sy xpenah nak amik duit yg anak2nya hulur....mungkin dia tahu anak2 pun hidup susah....jd terpaksa la bg dlm bentuk lain....
memang betul cara ayah kakak.....selesaikan selagi hayat ada...
mang tak wajib... juz luv to see her in hijab~
terharu dengar cerita kak zakie.. tetiba rasa nak peluk ayah... rindu ayah. lama tak peluk ayah sejak ayah asyik sebok peluk cucu je sekarang. huhuhuhu
Assalamualaikum Kakzakie,
Alhamdullilah, Allah telah mempermudahkan segala urusan.
Kakzakie, kalau tidak keberatan saya ingin mendapatkan alamat/postal address akak sempena projek mini Mail Box Postcode 7647, kalau tidak it is ok. Email saya mieza71@gmail.com
Terima kasih
Syukur Alhamdulillah kak zie mempunyai niat sebegitu.. :)Semoga niat baik kak zie mendapat balasan..hehe :)
Regards,
-Strider-
end of day, duit bukan segala-galanya kan...
selalunya yang kita dengar pasal tanah ni la keluarga jadi huru hara.
apa2 pon, semoga akak dan adik beradik mennguruskan dengan sebaik mungkin. kene selalu ingat usaha perit bapak. insyaAllah semuanya akan selamat
SYABASSS kakzakie...sukar sgt mendengar perihal ketenangan pembahagian harta pusaka ni...tp tidak pd keluarga kakzakie...sedangkan keluarga saya masih bergelut mencari penyelesaian perihal pusaka ni.. bukan saya dan adik beradik..tp ibu dan bapa saudara kami...sehinggakan bermasam muka....
murah rezeki, berkat hidup atas doa ibubapa yg dikasihi oleh anak2..insyaallah , jadi sebagai panduan berguna kepada kami semua..
Assalamu'alaikum kakZakie
Alhamdulillah bapa dah selesaikan pemberian hibah tu kan.. semoga Allah berkati hidup kakZakie adik beradik di samping ayahnda.. amiin
alhamdulillah kak zakie....sekurang2nyer bila bapak tutup mata nanti..anak2 tak bergaduh tentang tanah pusaka...kerana bahagian masing2 dah ade.....semoga bapak kak zakie sihat...
alhamdulillah....semuanya baik2 saja kak zakie...kerana yg byk saya baca,dengar...ramai yg berpatah arang dgn adik beradik dek tanah pusaka..masing2 berebut walaupun org tua masih ada...
Salam Kakzakie..
Kakak...pengorbanan orang tua kita membesarkan kita memang tak akan terbalas walau dengan apa cara sekalipun...:)
alhamdulillah..sedih bila kenangkan ada anak2 bergaduh pasal harta sedangkan jenazah ibu ayah masih lagi diruang tamu rumah ;(
mintak jauh dr kami adik beradik kd begitu..setahu saya mak ayah tak berharta :) katanya 'kami dah bagi peluang belajar.carilah harta sendiri'
jgn dijual. syg....
assalam kakzakie..alhamdulillah berkat didikan bapak jugak..kakzakie adikberadik sepakat.
bagi duit pada mak ayah, insyaallah rezeki kita bertambah2, ada berkatnya.
kadang2 fikir, tergamaknya adik beradik bergaduh sebab rebutkan harta mak ayah padahal seposen pun tak penah bagi duit pada dorg... T__T
Alhamdulillah..itu yg terbaik :)
salam akak z,
syukur..anak2 bapak anak2 soleh soleheh insyallah..Bapak boleh bangga dgn warisan yang ade dan insyaALLAH anak2 bakal mberi dan meneruskan kesinambungan.
hidup elok2 ye kak..apa kata bersepakat buat chalet boleh kami menumpang lalu..menumpang teduh jua..amacam
alhamdulillah kak ..
selalunya pasal harat dan tanah nie adik beradik gaduh kan ..
kalau dpt selesaikan dengan damai memang beruntung .. yelah selagi ayah masih ada , mgkin dia akan kecewa kalau kita bertengkar kerana harta dia kan .. huhu
zmn skrg nih harta tnm pusaka selalu boleh jd bahan gaduh adik beradik bile mak bapak dh tak de, syukur bapak akak seorang yg berpikiran jauh... semuanyer dh di setelkan...
-kalu blik kg ulur duit kt mak abah,msti diaorang tolak... suh simpan utk aiyan
assalamualaikum kak zakie
tersentuh dgn catatan niat murni akak dan adik beradik..
tanah pusaka memang perlu ditadbir urus dengan baik, kan kaka
jika tidak nanti, jika si mati telah meninggal dunia sdgkan urusan pembahagian harta masih belum selesai, ia akan menimbulkan banyak masalah..
Salam
Arwah abah kak pun dah tukar nama sebelum kematiannya.senang keje. Tapi bab duit2 bank tu belum settle jugak..w/pun sikit urusannya rumit.
Alhamdulillah, bapa akak bijak uruskan hal ni... risau gak, sebabkan tanah, adik bradik boleh pecah.
Pernah dengar cerita dari seorang Hakim Syar'ie masa ckLah hadiri kursus Pengurusan Wasiat tentang sebidang tanah yang terabai kerana kes tuntutan belum selesai. Tanah tak seberapa tapi waris yang menuntutnya 51 0rang! Datuk mereka ada 4 isteri. Setiap isteri ada 7-11 anak. Penama tak dinyatakan....
Kesian yang dalam kuur tu, kan!
***kuur>kubur. Entah apa menyendal bawah aksara 'b' key board ckLah ni...hehe
betul tu..utk elakkan pergaduhan adik beradik seeloknya digahagikan awal.kalau tak mesti akan ada perbalahan..saya dah pernah tgk apa yg terjadi pada adik beradik ayah saya..
Assalamualaikum KAKZAKIE
Alhamdulillah. Bahagialah bapak, sebab satu perkara yang besar, perkara pusaka, telah diurus dan dibereskan semasa dia masih ada lagi. Insya-Allah, bahagialah juga anak-anaknya.
Hehehe, kakzakie punya di Tg Piai, ya? (Busy body pula saya ni!) Kalau kelapa, bolehlah saya intai buah mudanya bila berkunjung ke hujung benua lagi satu hari nanti.
alhamdulillah harta2 telah dibahagikan dan tiada perbalahan..
Alhamdulillah syukur....elok lah hal pentadbiran, pembahagian harta ni dilakukan semasa hayat masih ada..
Orang tua-tua ni sebenarnya selalu beringat hal-hal harta pusaka..mungkin dia tak mahu anak-anak susah nak mengurus bila ketiadaan mereka...dan beruntung sangat bila ada anak-anak yang tak kesah kan harta pusaka..maksud, takde perasaan berebut-rebut dsb..
MAK BAPAK MUNNA TAK BANYAK HARTA... KAMI DAH SEPAKAT TANAH YG ADA DAN RUMAH SEKARANG NI AKAN DI BERIKAN KEPADA ADIK LELAKI YG BONGSU... LAGIPUN DIA SEORG JE LELAKI... YG LAIN SEMUANYA PEREMPUAN
alangkah bagusnya klu semua adik beradik mcm keluarga kak zakie...lia selalu dgr adik beradik berebut harta pusaka...
mudah2an adik2 lia akan mencontohi sikap adik beradik kak zakie ni w'pun kebun ayah cuma yg ada kat FELDA tu sje...syukurlah s'kurang2nya ada juga tanah pusakan utk anak cucu.. :)
Salam kak..harta pusaka memang tak boleh diambil ringan..arwah ayah saya tak meninggalkan begitu banyak harta, namun ibu saya yg masih ada..awal2 lgi dah berpesan pd kami, dia tak mahu dipersoalkan atau " tersangkut" diakhirat nanti kerana harta katanya..sebab tu skrg kami mmg sedang settlekan bab harta ni..( tgh dlm proses skrg, walaupun bukan kami nakkan sgt harta tu, tp kena sttle juga sebab bimbang ank cucu pula yg mendapat masalah kemudian hari kan..
bersyukur pada Allah kak...kalo kita adik beradik bermuafakat..hidup sentiasa dirahmati Allah nanti kak...
alhamdulillah kak,adik beradik semua sama2 bertanggungjawab pada bapak akk. sedih kalau tengok ada yg emak ayah belum pergi tapi dok sibok nak bolot harta org tua. haishhh jauhkanlah kita dari perbuatan mcm tu.
syukur Alhamdulillah....
Biasanya yg kita dengar, adik beradik berebut harta pusaka.......
suka cara bapa akak berfikir~ zaman sekarang ni, harta lah yang selalu direbutkan. tapi adik beradik akak semuanya tak kesah kan?
alhamdulillah~
alhamdulillah, sepakatnya adik beradik kakzakie dalam bab harta
pasti bapak kakzakie sangat bahagia bila semua urusan pembahagian hartanya selesai semasa bapak masih ada lagi
2thn lps masa raya haji abah nureen pon buat perkara yg sama.. panggil kami semua 7 beradik berhimpun bedak harta pusaka.. kami setuju ja apa yg abah ckp sbb semua tue kwsn kg, kami semua dok luar.. so x dak mslh dpt mana pon kami stuju ja..
salam K.zakie..kami pon camtu gak.Klu atie balik kg,Apak selalu citer pasai tanahnya nak kasi kat kami adik berdik.Elok ditukar milik semasa ada hayatnya..sedih lak rasanya.
sayu sgt2 baca entri ni..alhamdulillah..krn dikurniakan adik beradik y lbh ptingkan ikatan kekeluarga bbnding dgn harta pusakan kan...
sama mcm adik beradik lya.. alhamdulillah... masing2 x de nak berebut... tp ye la.. org tua slalu sebut2 bahagian masing2.. sbb tkut tjadi pkara y x diingini kan...
alhamdulillah....sume sepakat..baca kisah ni,teringat balik kisah arwah ayah saya...x lama lepas uruskan hal tanah pusaka ni..dia pergi buat selama2 nya...
Buat teman semua sejujurnya kakak katakan di sini kami adik beradik tidak pandai menguruskan hal-hal kebun sebab itu kami tidak pernah ada rasa mahukan tanah tersebut. Bahkan masing-masing berkata siapa yang mahu ambillah tetapi atas kehendak bapak semua diberi sama.
Terima kasih buat Cik Ina DDC, Nini D, Hanis Azla, Rina Avail, Huda, ceqna, wa khairul onggon, Pok Amai-Amai, Sharifah Nadzarah, Aine Ainun, Amirah, Darry Ziyyad (semuanya di Johor doc., miloais milo, zefa norasmara, diana@bilakukatacinta, ajumohit, Deru ombak (sebab kita sebenarnya malas utk menguruskan tanah sebenarnya apalagi masing-masing telah mempunyai rumah dan tanah di tempat tinggal sekarang), mama ema, eeiyss, aanie, sahromnasrudin, kayna, Mieza (already sent), Azlan Hasan, eiza, iizla, Eye_nee (harta dunia tak perlulah direbut sangat eye_nee), PCL, Werdah (yg penting bapak bahagia kak werdah), zaidah, kamsiah, azi, Irfa (harta yg satu itu tak akan luput), pena rozie, Acik erna, Yana-feehily, Mrs Eady, ainhany, ieda, norhidana, ummu, mamam ju, aliesha kirana,ckLah@iiixnam, fieda, Temuk (Tak sampai Tg Piai cikgu), lieynanilaz, Siti Murni (masing-masing kurang berminat SM), Munna (baugslah begitu), Mamamya, ariana (dah selesai kelak lega ariana), Yatzakie, Cik Jannha, Mulut Payau, dhiera, ibuintan, Nureen, azatiesayang, Lyafrina dan Are_na (moga roh ayah are_naditempatkan bersama org beriman).
Terima kasih sekali lagi buat semua teman kakak di sini.
bgsnya adik beradik akak..btl2 sepakat. slalu klau melibatkan harta pusaka ni mcm2 hal boleh berlaku....
bagus adik beradik akak..suemnye sebulat suara, tadek nak gaduh2 psl harta pusaka.. sejuk hati ibu bapa akak, didikan mereka yang baik..alhamdulillah:)
kalau semua manusia berfikiran mcm ni kan bagus...
xder gaduh2 kan kak..
oh bapak.............
kalau semua adik beradik sepakat mcm ni mmg bagus..
Alhamdulillah..
cara sebegini perlu dicontohi..
selesaikan urusan dunia..
untuk mengelakkan kecelaruan dan pergaduhan di masa akan dtg..
smg ayah akak sentiasa sihat dan di bwh lindungan Allah sokmo..
Alhamduilillah...bestnya
Alhamdulillah.. kerana harta pusaka macam2 leh terjadi kan kak.. kt paper pun byk gak kuar citer yg berebut pusaka nih..
alhamdulilah kakzakie adik beradik ,bagi family ita memang dah bagi tapi banyak bunyi,abg yg sulung sebuk nak beli kt kita org,wahal semua dapat bahagiaan masing2..dan dia yg paling banyak...ita abaikan aje...kalu mati bukan boleh masuk kubur pun...pening kekadang ada harta pusaka ne...
Assalamualaikum...kakzakie
memang sepatutnya masa hidup bab harta pusaka walaupun sikit kena disettlekan...
Saya pun ada harta arwah abah anak2 yg belum settle lagi..selagi tk diselesaikan sy rasa satu beban di bahu sy..terlalu banyak mslh bila nk diuruskan..sudahlah jauh di Shah alam..
Salam kakzakie,
Elok sangat lah macam tu kan....jaga lah ayah kakzakie sebaik yang boleh sementara hayatya masih ada...
bagusnya adik beradik akak sama sepakat... :)
apepun selesaikan dengn cara baik..jgn kerana sikit..sesama adik2 beradik bermasam muka kan akak...
a'ah..tiap bulan pun hulur jugak walaupun pndapat ayah beribu2 lemon dgn projek ikannya, ubi kayu nye, sawit nye...
yg pnting mak ayah tau, kita g mana pun masih ingat mak ayah
bapak zue x ada harta pusaka cuma itulah tapak rumah yg dia duduk skrg ni..klu mak tanah pemberian arwah atuk telah pun dijual kpd abgnya sbb nak besau kn umah di jb.
suka bila dgr citer kakzakie bersepakat adik beradik..baguslah mcm tu.
Assalam..
Alhamdulillah..kalau semua orang boleh sepakat macam tu, aman dunia ni....
Memang itu cara yang terbaik. Uruskan sementara bapak masih hidup. Takut juga kemudian hari ada yang bergaduh pasal harta pusaka.
susah menjaga tanah pusaka..
lagi susah jika tak sekata..
wlubgmana, masalah itu tak terjadi pada ros dan keluarga..moga semua urusan tanah pusaka ros dan adik beradik berjalan dgn lancar..amin..
Sebagimana kakak katakan kami adik-beradik tidak pandai dan berminat bab tanah sebab tak ada satu pun yg business minded atau pandai berkebun sebab itu kami terima saja mana yg bapak bagi.
Terima kasih Noor, Maya Amir, Cik ecah, Panglima Muda, Zana Adieyza, LadyBird, Kancil8349, ct rahani, anitadiana (tapi kalau nak jual memeng lebih baik bagi pada adik beradik ita), Nyanyisunyi, Ros, nabila_2908, Tiramisu Fatiema, Munnafendy (betul Munna - nak restu dan doa dia), Zue, Iza Teratak Usang, Teratak Hami dan Sal.
Terima kasih semuanya...
bapak mengenali hati budi anak2nya. syukur semua sepakat.
Kak, maaf mencelah. Mudah-mudahan x ada masalah pd masa hadapan jika segalanya telah diurus dgn sempurna.
4 cara yg saya faham:
1. ikut Hukum Syarak jika semua setuju (rasanya keluarga Kak x pilih yg ini)
2. Hanya guna 1 nama mewakili 8 beradik (rasanya keluarga Kak juga x pilih yg ini)
3. Pecahan tanah dibhg sama rata kpd 8 beradik - tiap nama ada bhgian masing-masing dan 8 kpg geran akan dikeluarkan oleh pej tanah
4. Keseluruhan tanah dikongsi 8 beradik - 8 nama masuk dlm 1 geran dan masing-masing x kisah berkongsi mana-mana bhgian tanah; juga digelar tanah 'syarikat'.
Jika cara ketiga diguna, xkan ada perbalahan hingga keturunan seterusnya. Jika cara keempat diguna, semuanya ok pada peringkat Kak adik beradik. Masalah timbul bila salah seorg telah tiada (hilang, hilang ingatan, meninggal) dan perlu berurusan lg dgn pej tanah utk seseorg jadi pemegang amanah bg pihaknya.
Jika ini juga x berlaku, Alhamdulillah. Tapi pd keturunan kedua (anak-anak) mungkin akan berbalah bila:
a. pd peringkat 8 beradik ini - seorg x ada anak; seorg lg beranak 1; yg lain beranak 5... dan antara anak-anak ini ada yg mula menuntut bhgian yg besar kerana berkeluarga besar kemudiannya (cucu-cucu kpd Kak 8 beradik...)
b. akan lebih rumit bila keluarga semakin berkembang hingga ke generasi ke4 (cicit) dan pd masa itu pembhgian tanah atau pecahan memang sukar. Sudahnya mungkin dirujuk ke Baitulmal.
Kak, saya sekadar berkongsi maklumat kerana ianya benar-benar berlaku atas tanah arwah atuk seblh abah saya. Pesan saya - Selagi hayat dikandung badan; buatlah yg terbaik untuk keharmonian generasi akan dtg (anak-anak, cucu, cicit, piang, piut dan seterusnya) bukan utk kita iaitu Kak 8 beradik.
syukur ada bapak yg berharta. niat suci nak menjaga bapak lebih tinggi nilinya dr harta tanah itu semua kan..
Post a Comment