Monday, February 27, 2012

Pentingnya sekufu dalam berumahtangga

Suara halus memberi salam dikala waktu kian menghampiri maghrib. Muncul ibu muda dengan anak dikelek tanpa suami. Kelihatan sedang bersedih. Telah dua bulan sewa rumah tidak dibayar tetapi kami belum ada masa untuk menagih. Sambil duduk dan memberi botol susu pada si anak dia mula bercerita. "Mulai sekarang saya sudah tidak ada ikatan dengan suami bang. Dia dah ceraikan saya. Saya nak keluar dari rumah. Kaunseling Jabatan Agama pun dia dah tak nak dengar. Tapi saya harap dia boleh berubah demi anak ini." Dia memulakan bicara. Aku dan hubby beristighfar panjang. Terdetik dalam hati aku kalaulah kesempitan hidup selama ini menjadikan sebab keluarga yang masih mentah bercerai-berai alangkah kesihannya pada si anak kecil dalam pangkuan itu.

Benarlah syariat Islam menggalakkan dalam pemilihan jodoh sekufu tidak boleh dipandang sebelah mata. Baru kami tahu selama ini yang menanggung sara hidup adalah si isteri yang aku sangkakan tidak bekerja itu sebenarnya mempunyai butik pakaian wanita. Si suami aku tahu bekerja menjual roti menggunakan van. Van pun adik si isteri (seorang kontraktor) yang membelikannya. Namun dimana salah-silapnya kami pun tidak tahu, jualan roti pun tidak menjadi. Kami diberitahu juga tiga bulan lepas duit untuk membayar 5 bulan sewaan rumah yang tertunggak juga hasil dari si isteri. Ini lantaran si suami sudah tidak bekerja sebaik si anak lahir (si anak kini sudah berusia 9 bulan). Sehingga entry ini di buat si suami belum lagi bertemu dengan kami kerana menurut si isteri segala barang akan dikeluarkan dari rumah yang aku sewakan sebelum 28 Februari ini.

Pelik bin ajaib pada akulah kerana ada juga manusia yang sudah beristeri tidak mahu bekerja. Menurut si isteri dia tidak kisah walau si suami itu bekerja sebagai operator kilang. Apa yang penting dia mesti bekerja, kerana dia malu pada keluarga bila suaminya langsung lepas tangan dalam hal menguruskan keperluan keluarga. Buat masa ini kelihatannya masing-masing tidak balik ke rumah yang aku sewakan itu. Hubby meletakkan salah satu dari kereta buruk kami yang jarang digunakan di depan pintu pagar rumah tersebut agar sekiranya dia mahu mengambil barang bolehlah dia menelefon kami dulu. Bukan bimbang tidak mendapat bayaran tapi kami bimbang segala kunci dibawa pergi yang pasti boleh menyusahkan kami untuk menukar segala kunci-kunci seluruh rumah.


~~Apabila perceraian berlaku anaklah yang menjadi mangsa - sedih. Sebaik-baiknya ikutlah garis panduan yang diberikan dalam agama kita ketika mahu membuat pemilihan jodoh. Sesungguhnya sekufu juga tidak boleh dipandang ringan.~~


62 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam Kakzakie..betul tu.. masa bercinta semuanya indah belaka, bila dah berumahtangga, terutama bila sudah beranak pinak baharulah terbuka mata..

kasihan juga pada si isteri itu, tapi pastinya dia masih boleh terus bangkit demi untuk anak kecil itu..insyaAllah.

sisdee said...

kak..perkara nie blaku dalam family member saya. Keluarga yg tpksa banyak mbantu. Bila kami bantu si suami lak kata kami busy body..esp bila ditegur perangai yg malas nk keje dan asyik org jek salah (klu dia bhenti keje)..

jadi kami hanya mampu bdoa agar Allah beri hidayah pada family nie :(

Hudalatip said...

Hmm kesiannya kat isteri tu kak. Suami @ lelaki memang kena bekerja, sara anak isteri. Tu kan dah tanggungjawab suami. Tak kisahlah kerja apa pun yang penting ada income.

yana-feehily said...

kesiannya kakak tu..dulu sblm kawen yana slalu doa, biar la bakal suami tak kaya tapi rajin bekerja, biar la tak allim lagi warak tapi dia rajin nak cari dan tambah ilmu. alhamdulillah dapat..

Acik Erna said...

Assalam kakzakie..semoga ada jalan penyelesaian buat pasangan muda itu.

Kakcik Seroja said...

Salam Kakzakie...

tentang kunci tu, dia masih boleh buat kunci pendua. Bahaya juga.

Sebenarnya lelaki ini ada ego yang kita pun tak tahu nak baca. Konon nak kerja yang 'baik-baik' sahaja, tapi malas berusaha dan kelayakan pun kadangkala tidak seberapa. :(

Dylla Abas said...

kesian pada si isteri tu..tulus sgt hatinya bila dia tak kisah langsung suaminya bekerja sebagai apa sekalipun asalkan tanggungjawab sgb suami tu dijalankan..tak faham kenapa masih ada suami yg tak menghargai isteri sebaik itu..

terima kasih atas perkongsian ni :)

Nini D.. said...

kesian pada keluarga tersebut..moga si isteri akan terus tabah

pB said...

kalau tak bekerja pun tapi jadi sura'rumah' yang baik , baiklah jugak.

Aine Ainun said...

Dia x fikir title *suami* kak, ini soal tanggungjawab, tak kira la siapa pun kita, kalo kita bertanggungjawab, insyaallah, tak kan jd begitu...

Eye_nee said...

Tidak terasa takutkah suami..ini tanggungjawab yg akan dipersoalkan kemudian nnt...pemberian nafkah yg WAJIB diabaikan dan dilalaikan...Untungnya dia seorg lelaki bila si isteri tidak kisah apa jua jenis pekerjaan asal sahaja halal..itu pun tidak termampu dia tunaikan...

cheqna said...

betul..
bila bercerai anak la yang jadi mangsa
mintak jauh la...

intan_blur said...

ksian kan kat isteri dia kak..skrang ramai kes mcm ni kan kak..byk lelaki lepas tangan..lagi2 bile isteri keje..sume ditanggung isteri..

Cikgu Ma said...

moga saya dapat jodoh yg sesuai..=)

nabilah_2908 said...

perkara ni la yg menakutkan saya...hrumm...

kesian pada anak.... :(

LYAfrina said...

SBB TU SEKARANG.. MENCARI PASANAGN BIARLAH YANG MAMPU MENJAGA KITA DGN SEBAIKNYA.. BUKAN SETAKAT MAMPU MENJAGA..MALAH MAMPU MEMBERIKAN KASIH SAYANG HANYA PD KITA N ANAK2.. SEDIH BACA KISAH IBU MUDA NI..

fazrulnoor said...

laki kne bekerja, yg pntg carilah yang setaraf..jgn isteri lebih dr suami sebaik2nya

aanie said...

byk kes punca dari masalah kewangan menjadi punca penceraian....kesian pada anak2....

nauzubillah.....

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ada yang menyambung,
...bercerai, kawin lain!

noor said...

assalamualaikum kak...

tulahkan anak jugak yg jd mangsa disebab kn prangai mak paknya...
crlah pasangan yg sekufu utk tdk menimbulkan sbrg kmungkinan yg xelok cthnya spt kes ni

gadisBunga™ said...

maaf cakap kak...jiran saya mcm tu. suaminya tak kerja. isteri je kerja, menguruskan anak2, etc etc. boleh kata mmg tak berguna langsung! (maaf..tapi mmg geram)

mereka byk masalah. last week kereta diorg bateri kong, pastu pinjam kete ayah saya ayah saya pulak yg kisahkan kereta diorg sampai pulih. kitorang tak kisah bab tolong tu, tapi bila suaminya balik rumah, sekit terima kasih pun tak disebut kat ayah saya.

hangin tau!

norhidana said...

aduh kak... kesian isteri juga anak tu... zmn skrg nih suami isteri kene kuat bekerja cari duit... kalu tak gini lah jd nyer...

susah kalu suami lps tgn... lglah bile tau isterinyer bekerja suami jd kesedapan...

zue said...

cerita suami yg x bekerja dan x beri nafkah..semuanya ada trjadi pd keluarga kakak2 sy.

fuad ansari said...

itulah hakikat perkahwinan.. tidak semudah yang disangka..

boleh dikatakan, perkahwinan juga adalah sebahagian dari ujian kehidupan.. moga kita dapat menghadapinya dengan baik..

Unknown said...

betul tu...sekufu tu penting..ramai gak yg ambil remeh

Zaitun said...

Masa bercinta segala nasihat dipandang ringan,bila bermasaalah selalunya isterilah yang menjadi mangsa sebab lelaki memang selalu lepas tangan.

kurus said...

ramai dah kes macam nie kak
isteri kerja suami duk rumah
leh lak kan
hhuhuh kalau tahan boleh lah , kalau x tahan tuu yg gaduh dan bercerai ..
sedihhhhhhhhhh

Kayu Manis said...

salam kak zakie,saya juga pernah menyelamatkan sebuah rumah tangga yg nak runtuh,tak jadi nak runtuh..

entah kenapa,saya dan suami di minta oleh seseorang utk jumpa saya dan suami.

Semuanya dgn izin Allah .setelah mendengar segala nasihat..

Alhamdulillah.

Hanis Azla said...

betul sangat tu kak.. ianya boleh jadi masalah berbangkit pula nnt.. lebih malang lagi bila bukan saja tak sekufu.. malah tidak bertanggung jawab pula..

Kayna said...

Ya ALLAH.. sedih juga kan dengar masalah org. Tuan rumah pun lagi tambah pening eh dengan masalah penyewa. Hurm. Bertabahlah kak zakie.

Dr K said...

Majoriti masalah rumahntangga datang dari masalah ekonomi/wang. bagi saya, kalau lah Islam bagi kuasa veto utk isteri lafazkan cerai, mmg patut isteri ceraikan suami yg pemalas bekerja.

amirah said...

susahnya kalau dapat suami yang malas nak bekerja sedangkan keadaan diri yg sihat walafiat..yg jadi mangsa dah tentu anak2..kesiannya anak dia kak

lyzaCR7 said...

Salam KakZakie..
Betul tu..kesian kat anak2 yang jadi mangsa..yang si ibu plak bila dah berumur sukar nak mencari kerja.. alahaii..sedey la saya baca n3 nie.. silapkah percaturan kita masa peringkat bercinta..andai pasangan berubah tatkala berumah tangga.. T_T

Unknown said...

jatuh belas kasihan pada kak skluarga, harap2 semuanya dapat jalan penyelesaian...

nati update lagi ya...

(ps, sedih kan.. bila bab rumahtangga, cerai berai, si kecil jadi mangsa)

ieja amieja said...

kesian pada bby yg masih kecik & x tau apa2 tu,semoga mereka sentiasa dlm perlindunganNya..selalu nya dlm masalah r/tangga ank2 dan isteri je yg sering jd mangsa x bert/jwb sisuami..

Unknown said...

ini kisah penyewa yg penah akak kongsikan ceritanya dalam blog dulu kan....sedih pula membaca kisahnya.semoga si isteri tabah menghadapi liku2 hidup seorg diri bersama anaknya...

Rina Rahamat said...

x guna betul suami yg kerah tenaga isteri utk sara hidup..


mmg kena hati-hati nk pilih calon suami ni..kena cari yg ada agama dan tak DAYUS mcm ni..kalau betul dia berpegang pd agama islam mesti dia tau tanggungjawab nafkah tu terletak kat sape..malah suami pon x boleh sesuka hati mintak duit isteri melainkan dgn kerelaan isteri sendiri


kesian kt anak bila dpt bapa x guna camtu..


p/s: kak thanx utk perkongsian psl doa kt anak tuh ya :)

fieda said...

suami ni tak bertanggungjawab la namanya..lansung tak pikir masa depan...kesian anak yg jadi mangsa..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum kakzakie..

Hurmm..
Jodoh pertemuan di tangan TUHAN.. Cinta itu buta..
Ayat2 lazim dalam pertemuan jodoh. Anggap lah apa yang terjadi itu Ada hikmah di sebaliknya. Perempuan skarang kuat Dan tabah. :)

::NureeN:: said...

anak2 yg jd mangsa kan..
sedeh baca crita ni..
zmn skrg ni mcm2 kan kak, setakat ni alhamdulillah kami bahagia :)

Aliesha Kirana said...

syariat Allah tu mmg dh cukup sempurna utk kita ikut. cuma manusia ni ja selalu nak persoalkan knapa mcm ni, kenapa begitu. akibatnya nanti? kenalah tanggung sendiri. dah jadi mcm ni, barulah menyesal.

bukannya nak demand, cari sekufu, tapi nak hindarkan dr jadi mcm nilah. dapat suami dayus, mkn duit isteri. kalau suami jenis tak kisah pun, suatu hari nnti keegoan dia akan tercabar jgk. huhu.

munna said...

kesiannya pada isteri tu... semoga mereka mendapat jalan penyelesaian yg terbaik....

Anonymous said...

dah bnyak kes rumahtangga sekarang nie..moga carila jalan penyelasian yg baik

Ati Masrif said...

walauapa pun alasannya
suami harus keluar berkerja
lainlah jika alasannya sakit
kesian nasib wanita dan anak
yg masih kecil tu...

Sham said...

eh apa punya jantan daa...buat malu jer...tapi yang peliknya memang ada pun lelaki spesis camni...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Syiannya si isteri,sibbaek ada biz leh gak menanggung mkn pakai anak.Bkn semua org bertuah dapat suami yg bertanggungjawab...

Kazman / Sue said...

macam-macam kisah rumahtangga ye sekarang ni.... betul tu kalau tak naya jugak nak tukar kunci satu rumah...

Mak Su said...

mmg benar, saya akui kebenarannya

MulutPayau said...

sian si isteri...suami sptutnya brtngjwab......

ckLah @xiiinam said...

Syariat Islam dah cukup cantik. Dan semuanya akan jadi cantik kalau kita mengikutinya...

Maya Mayana said...

maaf cakap la kak...kdg2 yana tgok lelaki skrg(budak2 muda) lebih suka cari isteri yang berharta dan bekerja dgn harapan boleh menumpang...org nk kahwin dia pun nk kahwin sedangkan syarat nk kahwin tu mestilah mampu nk tanggung anak isteri...

terima kasih akak atas teguran akak di blog tadi...mudah-mudahan yana boleh perbaiki kesilapan yana, akak jgn tk nak kawan dgn yana lagi tau...teguran akak tu sgt bermakna utk yana

suri solehah said...

kesian pulak rasa dgn baby kecil tu kak,betul cakap akak..apa yg suri tgk kat tempat kerja,,kalau murid tu mcm selalu beri masalah,,bila kita selidik mmg dr 'broken famili'sedih kadang tu,,

Ann Ishak said...

tak boleh nak membayangkan kehidupan macam tu, ya Allah lindungilah kami kaum2 isteri, lembutkanlah hati suami kami seadanya...amin

dhiera zainudin said...

betul.. islam menggalakkan pasangan kita itu sekufu.

kalau salah sorang degree lebih baik kalau pasangannya pun ada degree. macam tu jugak dengan perkejaan. gaji tu biarlah hampir sama nilainya. (ustaz masa kursus kahwin aritu yang nasihatkan)

kesian kepada baby kecil tu. masih kecil tapi telah diabaikan oleh si bapa.

tapi kak, memang wujud suami yang macam ni. dah ramai saya jumpa. jiran rumah lama. suami kahwin 2. tapi hanya si isteri je yang bekerja. suami tak bekerja. sampai kan isteri 1 mintak diceraikan.
lagi sorang, anak dah 8 tapi malas bekerja. sebelum ni, asyik keluar masuk penjara je~ sedih.. sebab si suami masih sihat dan kuat tapi tak nak bekerja~

azieazah said...

Sedih baca kisah sebegini. Lelaki sebegitu kita bleh panggil dayus!

atie said...

salam kak..

itulah cabaran dan dugan dalam hidup kak ...

ummu said...

salam kak zakie
perkara sekufu biasanya membantu keseimbangan, persefahaman dan cara berfikir kan kak

Kakzakie Purvit said...

Semoga paparankakak ini menjadi renungan kita bersama. Terima kasih kepada semua teman yg membaca dan menitip komen tentang N3 ini:-

Mokcik Azwa, Sisdee, Huda, yna-feehily, Acik erna, Kakcik (kunci pagar dan grill biasanya kakak tukar kakcik, tapi bilik-bilik tak pernah - macam takut bila kakcik kata macam tu), Dylla Anas, Nini D, pB, Aine Ainun, Eye_nee, Cheqna, intan_blur, Cikgu ma, nabila_2908, Lyafrina, fazrulnoor, aanie, cikgu humairi, noor, gadisBunga (ayah GB terlalu baik), norhidana, zue, fuad ansari, Ila, Zaitun, ieda, cinnamon.com, Hanis Azla, kayna, Daddy Ziyyad (kalau boleh agaknya dah ramai yg menduda doc.), Amirah, Lyza, Citarasa Rinduan (kakak tak kisah sangat Ayu..), ieja amieja, Mamamya, Rina Avail, fieda, Deru Ombak, Nureen, aliesha kirana, munna, Tiramiesu Fatiema, Ati Masrif, Sham, azatiesayang, Kazman & Sue, Mak Su, Mulut Payau, ckLah@xiiinam, Maya Mayana (eh... Yana sebab kawanlah kakak berani bagi komen begitu - kakak sayang anak-anak Yana), Suri Solehah, Ann Ishak, dhiera dan Azieazah.

Terima kasih sekali lagi dari kakak buat semua sekali.

Kakzakie Purvit said...

Tidak ketinggalan juga terima kasih buat:-

atie dan ummu (benar ummu Islam dah bagi garis panduan).

Terima kasih sekali lagi

emarieys said...

memang sedih sangat kak bila keluarga bercerai berai...ema alaminya..

nazayiena said...

Kasihan dgn nasib wanita itu,sungguh x bertanggungjwb langsung suaminya.....

Ibu Lala said...

Kesian dengan nasib wanita itu dan anaknya yang masih kecil. Moga moga Allah melindungi mereka dan dimurahkan rezeki. Perkahwinan itu adalah satu perjudian hidup. Ada yang selamat, ada yang karam ditengah lautan. Apa apa pun berdoalah selalu dan minta petunjuk dari Allah sebelum membina rumahtangga. Mohon sekiranya jodoh itu baik dipermudahkan dan sekiranya tak baik diperjauhkan. Mudah mudahan jodoh kita diberkati.