Pada hari Sabtu yang lalu adik ada rakaman lagi di Johor FM. Sebaik dia masuk ke konti rakaman kami tinggalkan dia untuk menuju ke Hutan Bandar yang berada tidak sampai lima minit dari RTM Johor. Tujuan asal sekadar untuk menghabiskan masa sementara adik membuat rakaman, tetapi entah mengapa boleh melabuhkan punggung di tempat makan-makan pula.
Air tempayan - Unik terletak di luar bangunan sebaik masuk bangunan. Bukan untuk cuci kaki tatapi sekadar hiasan kerana air keluar-masuk disetiap tempayan tempayan...
Pokok pinang - Yasmien snap ini ketika kami menikmati mi rebus sebab tidak tahu bagaimana pokok ini boleh tumbuh di sini.
Bertanggungjawab - Jabatan inilah yang memantau keindahan persekitaran segalanya.
Cantik - Kalau beriadah diwaktu pagi dan petang di Hutan bandar pasti melalui kawasan ini.
Bergantungan - Maha kaya Allah di cipta bunga yang indah untuk kita nikmati. Terletak bersebelahan tasik di Hutan Bandar ini.
Dating - Papa dengan Yasmien duduk di bangku tasik menikmati kesegaran alam, tidak tahu aku snap mereka dari belakang.
Ikan hiasan - Kaloi pun ada di sini tetapi tidaklah makan sayur keladi macam cerita Bawang Putih/Bawang Merah. Makanan ikan dijual RM 2/- sebungkus. Terletak di pesisir laluan pejalan kaki untuk menuju ke bahagian dalam tempat beriadah dan berlipur.
Mi rebus ZZ - Aku kurang pasti sama ada ini cawangan yang ada di belakang Hospital Tun Aminah atau bukan tetapi basic juga adalah mi rebus tulang. Kami tidak ambil tulangnya.
Balik - Sekadar melabuh punggung sementara. Sebaik diberitahu adik telah selesai rakaman kami balik semula ke RTM untuk pulang. Adik dengan Hafiz hendak makan mi rebus tadi tetapi restorannya telah tutup. Selepas solat Asar di surau RTM kami terus menuju ke Plaza Angsana menunaikan hasrat adik untuk makan mi rebus juga, tetapi kali ini mi rebus Haji Wahid.
~~ Bila masuk bulan Rabiul-Awwal bermulalah majlis maulidur-rasul di sana-sini. Musabaqah di sekolah-sekolah pun bermula. Anak-anak mulalah bertaranum bila mengaji. Aku tumpang gembira bila mereka boleh mengalunkannya.~~
57 comments:
dah lama sgt tak ke hutan bandar...rasanya yang ZZ tu mmg cawangan kot sbb yang asal yg dekat area jalan abd samad (klu tak silap le) tapi punn dah lama tak makan kat ZZ :)
salam..wah berbakat adik ni..kecil2 dah masuk RTM..lamadah mama tak balik kg hb (johor)..terliur tgk mee rebus tu..he2x..
Salam,
Tak pernah sampai tempat ni, cantik sangat.
Bunga kuning tuh nampak unik dan cantik..
amboi adik...
rakaman apa tu??
besh tau bila duduk termenung depan tasik tu..menghayati indahnya ciptaan Illahi
kenapa kak je tak duduk berdating tu...
indahnya panorama..kan..
saya penah g sini, masa tu hubby study kat UTM, long time ago..kami g ramai2 dgn schoolmates..schoolmates saya ramai kat UTM Skudai,kalo tak, tak merasa saya nk jalan2 JB kak.. :)
klu ke hutan bandar lia selalu makan lamb chop...rasanya kat situ lah yg paling murah harganya b'banding tempat lain & mee rubus tulang restoran ZZ tu mmg sedap sgt2 kan kak...tp lia x penah rasa yg kat hutan bandar,selalu makan yg dekat dgn HSA tu...
sedap nampak mee rebus tuh..
sedapnyer tgk mee rebus tu..
sejuk hati akak kan dengar anak-anak bertaranum..
seronok nyer.. :)
cantik dan indahnya alam ciptaan Allah nikan... kita je yg tidak tahu menghargai dan menjaganya sebaik mungkin. mi rebus tu nampak mcm sedap aje... lapar terus perut yg sememangnya blm berisi ni.. :)
Cantik Hutan Bandar tu dan mee rebus itu membuatkan kakcik menelan airliur! :)
Assalam..
Dah pernah sampai hutan bandar tu lama beberapa tahun lepas...
Cantik pemandangannya,bunga dia pun unik.
kalaulah dapat susun pasu2 macam itu kat laman rumah...
Kakzakie...adik buat rakaman apa?
Masa taip komen ni.mata masih tertumpu bukan saja pd keindahan Hutan Bandar tu tp lebih kepada betapa enaknya kalau mee rebus tu dpat masuk kedalam tekak ni...
tumpang bangga dgn pencapaian anak akak :)
saya pernah lalu sini... tapi tak masuk... huhuhu...
bestnya dapat on air...
cantik pemandangan, berselera juga la menjamah hidangan....
wahh..adik masuk konti...
suka pergi tmpat mcm ni.. mmg rasa tenang jiwa kan....
gelemernya adik...
mee rebus tu menarik betul la kak..
dah lama ak pergi hutan bandar tu kak
lama tak pergi hutan bandar jb ni..dan fav saya mi rebus ni..
assalamualaikum kak..sy makan kat citu pd isnin pagi 6/2/2012
Assalamu'alaikum kakzakie
Tak pernah lagi ke hutan bandar ni.. menarik! Masa tinggal di JB dulu selalu pekena mi rebus tak kiralah sama ada beli atau diberi jiran.. suka mi rebus...
cantiknya view di situ kak, redup dan sayup mata memandang;-)
ewahhh rakaman ape tu?
hello hello!
salam perkkenalan! :)D
Dah lame tak g Hutan Bandar. Dulu ms duduk JB pun, jarang2 sekali. Ms duduk JB dulu, kwn2 selalu ngejek. Klu kite yg bujang2 nie g Hutan BAndar, mmg sah jiwang. Yelah, tak lain, nak berdating kat sne. Hahahaha!
apa yang dirakam tu kak zakie?
indah je pemandangan tu..
dan yang penting .. mee rebus itu juga la yang berjaya membuatkan ku terpaku kelaparan di sini! ok! sekarang pi kuar cari makan! huu
hutan bandar = recreational forest ke kak???
best kalo jogging or jalan2 makan angin kat situ
Salam KZ
Wah hebatlah adik ada rakaman, bukan calang2 org tu...
Mama tak pernah tau pun hutan bandar tu, hiss nanti senang2 nak jugalah bersiar2 kat situ.
bagus la adik.. kecik2 dh wat rakaman ngan RTM.. percaya x sy x penah masuk hutan bandar nih.. cuma penah pegi makan chicken chop je kat sana.. kat restoren luar hutan bandar tu..
adik masuk rancangan apa tu..
Salam kak zakie,
Tak pernah sampai,
mee rebus tu mesti sedap kan?
ingatkan papa dan mama dating tadi hehehe, suke tgk pemandangan cantik mcm ni kan kak
Alhamdulillah... sy suka tgk orang pandai alunkan taranum. Saya tak reti. Suara garau kot time ngaji. Uwaa..
hurm...belom pernah sampai ke johor lagi...kalau sampai pun, baru Tangkak...hehehe...
*harap2 sampai jugak nanti*
Cantik pemandangan kat situ yee..
Mee rebus tu sadap jer nengoknya..kalau kesa nak jugak rasa...
sejuk jerr rasa tgh berdating anak & papa tue kan hehehe..
bestnya..bahagia aje ita tengok family kakzakie
nampak sedap mi rebustu. mmg suka mi rebus...
rakaman per hafiztu?
hutan bandartu cam tempat rekreasiler yerk...
saya penah ke sana kak zakie..
p/s:adik rakam lagu pe akak?
alhamdullilah, bertuahnya kak zakie ada anak seperti adik.. tahniah..
sejuk perut yang mengandung..amin...
kak.. ayu belum pernah jalan2 kat hutan bandar.. nanti nak kesanalah...
ikut apa jua yang kak telah syer bt rujukan..
cantiknya tempat tu.. nampak damai dan segar sgt.. bagusnya anak2 akak boleh bertaranum.. tumpang bangga saya dengar.. Alhamdulillah.. aduhai kak.. teringin mee rebus pula petang2 ni.. he..he..
alhamdulillah tak semua org dikurniakan bakat seperti adik..tahniah
cantik permandangan kat situ, bole dating lagi..
wah kawasannya cantekla kak..
nampak sedap btul mee rebus tu..huhu..
salam k zakie ..
putera harapan bangsa..
puteri tiang negara ..
semoga anak k zakie
adalah diantara tiang2 yg di muliakan ..ameen ..
sambila menyelam minum air ye kak..
suka mee rebus tu..
salam kak zakie
kakak apa khabar?
hutan bandar ni
masa remaja2 dulu
rajin juga saya ke sini dengan parents dan adik2.
mkin menarik tempat ni, nampaknya.
wah adik, rakaman apa tu sampai masuk radio RTM Jhor? bertaranum ye kak?
miss u, kak...
Terima kasih buat semua teman-teman yang sudi memberikan komen atas N3 kakak kali ini:-
Sisdee (jomlah ke sini),mama aini, marina monroe, cheqna (rakaman rancangan mari mengaji), cinnamon.com, Tihara, Mamamya, YB, Umi Alesya Sofea, Nini D, Mrs. Eady, Queen Teratai, kakcik, Iza Teratak usang, Zaitun (rancangan budak mengaji kak zai), Eye_nee, ikatankasihku, dwaty, eiza, Lyafrina, Amirah, Mama Ema (kakak tak boleh buka blog ema - sedih), Huda, sahromnasrudin, Werdah (teringin nak jumpa kak Werdah), Ladysirna FA, Munnafendy (rakaman Mari Mengaji), Mr. Clive, Pok Amai-Amai (sekarang lebih ramai yg berkeluarga sebab ada tempat mandi-manda lagi Fara), Kella, miloais milo (yes, its more to recreational and suitable for family), Mamam Ju (kalau nak pergi beritahu kakak tau), ct rahani (boleh bawa 2 hero ct mandi kat sini), sue zainun (rancangan mari mengaji utk budak-budak), Rozila, Ajumohit, Kayna, World or Azketom, ainnoraini, Nureen, anitadiana (terima kasih ita), Cho Zila (betullah tu), Fatin Mraz (bukan menyanyi FM - mengaji), Citarasa Rinduan, Hanis Azla, Qhaifa Nur, Mama Tim, aby (amin... moga itulah hendaknya), ieja amieja dan Kak Intan (masa remaja mesti bercinta hihi... adik rakaman mari mengaji).
Kepada semuanya terima kasih sekali lagi
Ada masa berkunjunglah ke Hutan Bandar ini
selain makan-makan boleh juga mandi
sekali datang mesti mahu datang lagi...
semua gambar cantik2 belaka tp yang paling teruja yg 2nd last tu....
eh..adik ada rakaman apa kt RTM tu..? :)
sy ni..tiap kali raya balik JB..tapi tak pernah pun sampai kat sini..huhu...
tk pernah smp kesana wpun tahun dok johor.dekat ekk dengan rtm johor tu?sy nie buta jalan sikit..setakat rtm johor tu tahu la kt mana.hehe..
*5tahun sy dok johor
patutnya mama dan papa yang dating,yasmien yg snap gambarf :)
rakaman mengaji ye kak,bagusnya anak2 akak mengaji dan pandai bertaranum..terasa malu pula yana tk pandai bertaranum, mengaji biasa je,mudah-mudahan diberi peluang utk belajar mengaji dgn siqah dan lain2 tu..Aminn
adik tu muka manja. kak zakie, tengok ikan kaloi teringat kaloi cik ina yang dah mati.senang nak jaga ikan kaloi, bagi sayur sawi pun dia makan.
sedapnya mee rebus ,terus cik ina jadik lapar.
Post a Comment