Thursday, December 26, 2013

Keperluan dapur untuk keperluan perut

Sana-sini kedengaran suara membantah dan memprotes atas kenaikan harga pada banyak barang keperluan seharian. Namun suara-suara itu sekadar mampu didengar kerana akhirnya ditelan masa yang berlalu. Mana yang berkemampuan tidaklah merasa kesannya tetapi bagi mereka yang tidak berkemampuan perit dihati atas tanggungan yang terpaksa juga digalas. Sebelum melelapkan mata pun kotak fikir masih mencari jalan untuk mencari jalan terbaik bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Keperluan dapur - Bawang-bawang, kentang, cili kering, asam & garam barang yang tidak mungkin dapat dielak dari membelinya. Bukan macam belacan yang boleh ditinggalkan sebagai barang keperluan.
Bahan dapur lagi - Katanya kalau tidak mampu membeli daging dan ayam beli saja ikan masin macam ini. Kalau kena penyakit darah tinggi tanggunglah sendiri. Perubatan sudah pasti kian mahal.
Ikan - Kalau daging mahal beli saja ikan. Tetapi nampaknya ikan pun lebih mahal dari daging dan ayam.
Sotong - Tidak payahlah membeli sotong kerana kandungan kolesterol tinggi. Bahaya. Harga pun berganda-ganda dari harga ikan. Lihat saja untuk menjamu mata.
Udang - Sama juga dengan udang. Sebelum kolesterol singgah di badan lebih baik elakkan. Harga pun mahal bukan main. Mana ada udang yang harga kurang dari RM20/-. Kalau ada mungkin yang sudah tanggal kepala.
Sebenarnya aku dan hubby berbelanja untuk keperluan dapur. Anak-anak pula gemarnya kepada sotong dan udang. Ikan siakap yang kami beli seekor berharga RM28/-, Ikan merah RM32/-, sotong pula 24/-  dan udang pula 32/- sekilo. Oleh itu jangan salahkan penjual restoran seandainya mereka meletak harga tinggi kepada masakan mereka. Bayangkan kalau seorang suami yang punya isteri tidak bekerja dengan pendapatan RM4K dengan anak yang bersekolah, memakai diapers lagi bagaimana mahu mengagih semua keperluan asas walaupun beliau layak untuk mendapat BRIM yang sekali dalam setahun. Bukan tidak bersyukur dengan keamanan negara namun tekanan keperluan kian hebat aku lihat sekarang ini.

~~Biar tinggi mana pun harga diletakkan andai ianya menjadi keperluan hidup tetap dibeli juga.~~

65 comments:

Mia Kassim said...

Betul tu kak, berapa pun harga yang diletakkan, kita terpaksa juga membelinya sebab sudah menjadi keperluan...

PetakBunga said...

ikan bilis pun mahal oi..
patutlah nasi lemak sekarang ada 2 ekor je ikan bilis.

Mar Mansor said...

betul tu..semuanya mahal..rm10 dah rasa cam rm1..
semua tu keperluan, perlu beli, kasihan pada nak2 y nak membesar..
agaknya sotong udang mahal2 tu utk orang kaya je kottt

Sharifah Nadzarah said...

Assalam kak...
betul tu mahal mcmane pun dah nama keperluan kak..mmg kene beli...

AtieYusof said...

Semua dah mahal Kak..
erm! tulah, dgn bil2 yg juga akan bertambah..sabar je lah! yg berpendapatan rendah lagi lah terasa, anak2 sekolah..isk! mmg tekanan juga kan..beban makin berat..gaji naik tak seberapa...huhu

asyifamustaffa said...

Betul...dah namanya keperluan...pak menteri x penah ke pasar...semua org siap sediakan...yg mereka tau hanya bercakap....kalau bercakap...anak2 sy pun pandai gak...!

Nak mrah plak dah rasa ni....

shaliza said...

Salam Kak...apa jer yang tak mahal sekarang ni...tu yang gaji 4K kak, kalau yang 1K pun tak sampai camno tu:-)hehehe

kak tie said...

Ditempat akak,ikan masih sangat murah..time musim ikan tenggiri..harganya RM10 je sekilo...masa arwah abah masih ada..hari-hari makan ikan,sotong,udang fresh..sbb abah nelayan,skrng ni kena beli la jawabnya

Ann Ishak said...

nak mintak naikkan tahap kelayakan mendapat BRIM la, ada harapan tak. kehidupan untuk tahun mendatang ni pasti lebih mencabar

Masya said...

betul tu kak tinggi macam mana pun kalau keperluan mesti kita belikan ...

Cho Zila said...

dulu2 mak saya dan jiran2 kalau barang naik hargajer terusler rajin menanam keliling rumah.. bawangpun pernah cuba tau... ayam pun belajer.. ha... ha.. sekerangni mana nak cari tanah yerk...

Rizziela said...

dulu rajin beli keperluan dapur..sekarang ni beli bila perlu..kalau tak rosak ajer..sbb dah malas nak memasak :D

Izwa Kamaruddin said...

betul kak...musim hujan ni semua haiwan lautan jadi mahal dgn alasan nelayan tak turun laut...

dah tu nak mkn ape?ayam aje?telur ayam aje?sardin pun dah mahal...

Kayu Manis said...

tak tahulah kak..mcm mana nak mengahdapinya..ikan bilis ajelah kut...

Dalam keadaan kita keliru, terkejut, terpinga-pinga dan gelisah dengan kenaikan kos sara hidup, ada tokoh-tokoh meminta kita bersyukur dengan apa yang ada...dia ckp senanglah kan..berduit..

paridah said...

entahlah ya..duit semakin turun nilainya hari demi hari n harga barang keperluan melonjak naik...penyelesaian kpd masalah tu jgn makan...menteri xkata gitu...kak PI yg kata...

Unknown said...

yup kak..kita protes camaner pon at last kat situ jugak..macam takde kesan..
sekarang ni memang mahal sumer benda..ayam jer murah skit tapi takkan nak telan ayam hari2..naik loya gak tekak..kesian kat yang kurang mampu..kita yang mampu pon tersangkut ni kan pulak dorang..

ellynadyra said...

apa pun naik harganya, tak tau la nak tuding kt sapa, yang terasanya kita la....sebab kita end user!
takkan nak bela ikan bela ayam bela kambing kot

Rozie said...

BENDA BILA DAH PERLU KAK MEMANG KENA BELI... MOGA KITA BOLEH MENGHADAPINYA LAGI.. WALAUPUN GAJI CUKUP2 MAKAN...

nohas said...

sana sini dgr keluhan..betul ke hal2 mcm ni tak dpt dielakkan? sendiri tanya, sendiri jwp..haha..

*tukar gaya hidup*..hee..sakit hati mengenangkan statement ni, dah tak tahu nak tukar mcm mana, dgn gaji seciput, makan nasi dgn garam je kot (tak cukup zat pulak nanti)..nak tak nak, life must goes on..

Mummydearie said...

Betul kata akak tu. Kalau dah jadi keperluan, nak tak nak kena beli juga. Rumah saya tu cuma ada 4 orang sahaja tetapi belanja sebulan memang terbeliak juga mata melihatnya. Azamnya nak potong terus kos yang tak berkenaan mulai minggu depan. Entahlah tercapai ke tidak!

aizamia3 said...

Itulah sebahagian dari bahan yang kena ada di dapur. Kalau takde, pening kepala nak masak takde bahan :(

norhidana said...

even beli brg kt psr pun kene plan betul2 kalu tak mmg poket kering.... mcm dana nih pilih2 lah beli ayam kt sini, ikan kt situ syr kt sana... tp mmg kene bajet2 tak blh nk mkn sdp je selalu

Mun said...

btol tu kak... harga naik camne skali pon.. kita bising n merungut camne pon... tetap kena beli jugak kan..kan...

seharusnya kita ambil ia ala kadar sahaja... jangan jadikan ia satu alasan yg membebankan kita..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu walau mahal mcm mana pun barang2 keperluan penting kena beli juga...kena berjimat cermat utk hidup skg ni kesian juga pd yg berpendapatan rendahkan..:)

Julia Johari said...

Mendengar luahan akak...umi Qi pun sama terasa tempiasnya...betul kak, sana sini barang naik, kami banyak buat belian borong sebulan, pastu catu bahan mentah ikut mingguan...berdikit2 nak jimat wpun 3 mulut sahaja ada dirumah...itu pun sudah cukup dirasai...belum campur diapers Qi lagi kak....

Sekarang, apa yg umi Qi leh bg idea, lebih masak dirumah dari makan diluar....boleh makan diluar tp kena memilih kedai...baru leh jimat banyak kan kak :)

Anonymous said...

kat jb seafood lagi la mahal . sbb org singapore mai dtg beli . Bela ikan sendiri kot baru ok ...

Umialya said...

bahan asas, nak tak nak kenalah membel..

Ibu Lala said...

Betul tu. Mahal betul harga brg skrg. Danial suka mkn ketam ngan udang. Tak beli kesian. Nak x nak belikan jugak la.

Umm AA said...

Drpd pengalaman sendiri kakak dok m'sia dl akak suka jgk bermewah..tp bila dah duduk tpt orang, keadaan pun lain..belajar hidup bersederhana & redha ngan apa yg suami beri..alhamdulillah lama2 biasa..
namun hikmah dari dia biasa sahajatuh alhamdulillah dpt jugak suami simpan duit wpun dia sorang kerja...
bila pikir nak balik m'sia nanti rs takut jgk ngan kenaikan kos hidup tuh...haaiiii wallahua'lam..

Cik Puan said...

semua terkene tempias nye...kalau di bandingkan BR!M dengan turunan harga minyak,...cik lebih suke bile harga minyak di turunkan..biar semua orang merase manfaat nya

Unknown said...

nak nangis tengok harga barang masa shopping semalam kak.. belum lagi ada gst.. dah ada gst nanti tentu lebih berganda ganda lagi.. sayu hati mengenangkan anak anak kena bersabar dgn rezeki yg ada..

Sarah Talib said...

sabar ja la...kita ni umpama mentimun..kalau durian takpa la.

t.a.t.a said...

Sekuat mana pun, seramai mana pun yang melantangkan suara pasal kenaikan harga-harga di Malaysia ni kak, tak kan nya la harga barang tu on the sport akan turun balik. Balik² kita akan disuruh berjimat cermat. Itu aje jalan nya.

Redha aje la nasib macam ni.

Unknown said...

betullah akak,terasa sangatkan semua keperluan sehari-hari melonjak naik,tak kira bahan mentah or bahan kering semua naik kan ermm..
kalau 50 inggit tu berapa barang nah yg dapat huhu..

sitirohaida said...

betul tu kak...kadang2 terfikir,,,ke mana lah hak rakyat untuk bersuara...malas dah nak bercakap sebab mereka2 nie lebih dengar orang2 yang tertentu je...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ye betul tu kakzakie... bila ianya menjadi keperluan terpaksa juga di beli takan nak biar anak kelaparan pula kan.... fikir-fikirkanlah wahai Malaysiaku yang aman damai ni :)

Mimie said...

banyak akak membeli..keperluan dapur memang perlu beli utk wat isi perutkan

kakrose said...

barang keperluan dapor dah mahal.demi kesihatanperut dan poket beli apa yg perlu aje..

Dkna Abza said...

kalau buat kira-kira, terus jado sedih.. duit gaji memang tak cukup takalu tak pandai uruskan kewangan dalam keadaan semasa sekarang.. hidup kena berjimat..

OKje said...

Kanda...... dinda baru makan udang mentega sepatah kata org restoren Singgah Selalu tadi hehe.....

nhhas said...

betul kak...
kat putrajaya lagi mahal melampau-lampau...
huhuhuhu...

amirah said...

betul tu kak...kalau dah keperluan. nak tak nak terpaksala jugak beli..mahal pun telan jela..tp kalau dh memang tak mampu sgt2 alamatnya kenala berkorban pulak

Kasih Salina said...

sedih pula saya membaca catatan akak ni..membayangkan nasib orang2 yg kurang berkemampuan termasuk la saya juga..tapi harga ditempat saya masih lagi terkawal..beli sebut bahan asas mahal mana pun kena beli tp kena berjimat2 jg la makan

BinMuhammad said...

Sebagai insan marhain...luahan sekadar menyejukkan hati sendiri sajalah. Kehidupan perlu diteruskan jua. Barang naik...perut kempis. Kencing manis kurang darah tinggi naik. Sabarlah...

Unknown said...

byk ker borong kak? hmm.. beli jelah.. kalo x, x berasap la dapor..x terisi la perot.. nk mkn luar hari2 pun xleh gak.. harga brg naik, x mustahil harga makanan kat restoran tu naik kan kak.. huhuhu...

Eye_nee said...

saya suka quote akk yg dibawah tu...biar tinggi melangit mcm manapun yg perlu dan mejadi keperluan itu tetap juga harus dibeli...Terfikir2 dimana lagi harus dijimatkan...

Ujie Othman said...

kalau dua2 kerja, gaji lebih rm3k, tapi anak 6 masih sekolah..pun berat tanggungannya. Pun tak layak bantuan. kesian..

Mummy Sher said...

betul betul betul keperluan ini wajib beli tapi stress betul tengok harga barang semua dah mahal :(

JunAina said...

Betul tu kak barang keperluan nak tak nak kena beli, Aina ni mebeli ikut poket sendiri jelah yang mana mampu je...

Puan Kutu said...

betul kak zakie,nak tak nak kena beli juga..kami sekeluarga syukur masih dpt makan ikan,udang,sotong fresh2..klu nak beli setiap hari mmg tak la..harga semua mahal sekarang ni..

LadyBird said...

huhuhu.. xleh nk kata apa kak.. bagi kami yg baru belajar berdikari ni agak sedih jugaklah.. semua kene berjimat.. dh xtahu nak jimat ape dah.. kesian kat hubby keje sorg2.. moga2 adela sinar kerajaan turunkan harga balik.. sob3x..

adyna AB said...

Setuju Kak , Benda2 ni memang kita kena beli , adib n Amni lak suka makan udang , dkt cni pun walaupun ikan murah tapi terasa jugak , sblm ni ketam kecil Dapat jugak 1kg rm5 skrg jgn Harap ler

Mizz Aiza said...

sangat terkesan dengan kenaikan harga barangan ni kakak.. bagus juga tips yang kakak kongsikan ini.. boleh dipraktikkan untuk jimatkan belanja dapur..

Unknown said...

kalau ikutkan lama jugak syuk tak pergi pasar basah >.<

Nor Azimah Ali said...

suara kita hanya sesama kita yang dengar, hikmahnya hanya DIA yang tahu, yang mampu menjengah di fikiran...mungkin selama ini kita kurang bersyukur dengan nikmat yang diberi, jadi diujiNya kita begini...

Fazleyatul Aini said...

btol tu kak. rege naik pon, kalau dah namanya barang keperluang kene lah beli

Unknown said...

serba serbi naik harga sekarang nih kak , pada yang duduk di bandar memang terasa bahangnya...

Bunda_nora said...

semuanya naik seiring dengan usia setiap dari kita...

zila norazila said...

Wlupun mahal tp mmg wajib beli.mkn mmg x leh stop kn kak..lbh2 lg ank sdg mmbesar

Fifi Nadhrah said...

betul tu kak.. orang susah kian terhimpit.. walaupon fifi terase susah.. rasenya masih ade yang lagi susah.. nak makan meriah sangat pon terase macam tak patut bile teringat ade yang belum tentu menjamah makanan lagi hari tu..

QasehnyaRania said...

ikn bilis pon mahal jugak kak.
baru td mjmkn nasi lmak. boleh bilang bpa ekor je ikan bilisnya. huhu

betul tu, udah namanya keperluan. kalau kehendak boleh dipikirkan lg.

haryati said...

semua dah mahal... makan tetap kena makan jugak, nak tak nak kena beli jugaklah...

sud@is said...

keperitan tak dirasai orang atasan

Cik Rose said...

betul kak.. Ros setuju.. semua tu keperluan.. memang kena beli.. tapi sesetengah pihak cuba bercakap perumpamaan macam yg kakak cakap di atas tu.. kalau ayam mahal, makan ikan. kalau ikan mahal, makan benda lain.. dah kalau semua mahal?... fifkirlah... huhu..

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

huhu..betul2..harga barang yg naik mmg mmberi kesan,,tp tu la..bising2 mcm mana pun,terpaksa jgk terima..

byk akak soping barang basah.. :)