Monday, February 3, 2014

Barokallah - bertambah lagi ahli keluarga kami

Sabtu lepas kami meraikan majlis pernikahan dan persandingan anak buah kami. Semua kerja-kerja daripada soal khemah, pelamin, hantaran, masak-memasak dilakukan pihak catering. Sebagai mak-pak saudara sekadar duduk-duduk bertanya khabar sesekali bertemu di majlis tersebut. 

Bakul gula-gula & duit - Inilah satu-satunya kerja kami mak-mak saudara berkongsi membuatnya. Kami bungkus syiling-syiling dengan kain net biru. Gaul bersama beraneka jenis gula-gula. Selain dari itu semua dibuat pihak catering
Singgahsana - Mula-mula tiba mulut adik cepat saja berkata "Warna pilihan Kak Nelly warna bendera PKR". Papa senyum tetapi cepat disambut segera oleh Mak Uda "warna JDTlah dik".
Selapas akad nikah - Pihak lelaki datang dari Kedah melihat cara menikah kami di Johor agak rumit. Bagai-bagai taklik dikenakan. Memang mengambil masa panjang sebab bukan pengantin saja kena membaca taklik tetapi mak-ayah pengantin juga.
Doa-restu - Kami sebagai mak-pak saudara sentiasa mendoakan moga jalinan sebagai suami-isteri mendapat keberkatan dan sentiasa dalam mawaddah wa rohmah.

 
Tabur - Inilah saat-saat yang dinantikan anak-anak. Gula-gula dan duit yang ditabur menjadi rebutan. 
Keluarga - Keluarga kecil hubby bersama adik-beradik dan anak-anak buahnya yang tidak ramai seperti keluarga aku. Di tambah pula ada yang tidak dapat bersama sebab berada di luar negara.
~~ Selamat pengantin baru buat Nelly Melissa dan Mohd. Hazrin.~~

48 comments:

redza said...

selamat pengantin baru buat mereka berdua

Fiza Rahman said...

Tahniah & selamat pengantin baru buat mereka.

aTieYusof Family said...

Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua..moga kekal hingga ke syurga.. Meriah & cantik pelamin depa kak..:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Meriah majlisnya Kakak. Sama cantik dan sama padan.

Norhasniza Khalid said...

cantiknya pelamin, decoration tip top.. tahniah buat pasangan merpati dua sejoli

t.a.t.a said...

Warnanya sangat cantik. Tahniah!

Montana said...

tahniah2..selamat pengantin baru

Aisy Nasiha said...

Lawa hiasan pelaminnya.. baju pengantin pun lawa juga. Selamat berbahagia buat pasangan ni.. semoga kekal jodoh hingga ke akhir hayat.

Aju Mohit said...

selamat pengantin baru buat pasangan ini, cantik sangat pelamin diorang

Nor Azimah said...

Cantik pelamin, Alhamdulillah..moga kekal dalam kasih-sayang dan rahmat Allah hingga ke akhir hayat, aminnn.

UmmuAidan-Arissa said...

Tahniah dan selamat pengantin baru buat mereka yer kakak..sama cantik sama padan..wah ade jugak sessi baling gula2 dan syiling yer..budak2 mmg suka..:)

Mia Kassim said...

Selamat pengantin baru utk kedua mempelai...
mesti meriah budak2 bila syiling dan gula2 tu ditabur kan kak :D

Bin Muhammad said...

Semakin besar ahli keluarga...bermakna semakin tualah kita, hehe
Tahniah buat mempelai, semoga bahagia hingga ke syurga.

Tihara said...

alhamdulillah, tahniah
moga pasangan diberkati Allah :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tahniah buat pengantin.. semoga kekal hingga ke syurga, meriah budak-budak bila acara berebut gula-gula dan duit tu ye kakzakie ;)

Ummi Iman said...

Slmt pengantin baru buat pasangan. Semoga kekal bahagia :)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tahniah pada pengantin, aahlah cakap kat adik tu kan warna JDT hehe..

NinaAz said...

cantik baju pengantin. pelamin pun havoc! hehe
barakallah buat pengantin :)

Haslinda Sadiken said...

tahniah pengantinnn...lawa la warna..pelamin pun cantik

Fazleyatul Aini said...

cuti cny memang ramai yang melangsungkan perkahwinan kak. pergi mana2 je nampak khemah majlis

nohas said...

tahniah kpd pengantin..meriah kenduri dgn acara tabur duit & gula-gula tu..tunggu giliran anak sendiri pula..

paridah said...

salam tahniah kedua mempelai...suka tengok mjlis yg nmpk sgt meriah...

Kesuma Angsana said...

tahniah buat pengantin,..selamat menerima ahli keluarga baru yer kak !

amirah said...

sedapnya nama pengantin perempuan...pelamin pun cantiknyaa...moga kekal hingga ke jannah ye

Dkna Abza said...

tahniah untuk pengantin :)

gadisBunga™ said...

orang kedah kawin dengan orang johor eh...heheheh

Daddy Ziyyad said...

hahaha..warna PKR! Tapi saya lebih suka melihatnya sebagai warna JDT :)

semoga berbahagia hingga ke syurga

Sura Mohd said...

cantiknya pelamin..tahniah buat pengantin..:)

nadia rashid said...

Tahniah buat k.zaki atas pertambahan ahli keluarga...the more the merrier

BUNDA a.k.a KN said...

Alhamdulillah, bertambah juga nanti umat muhammad...insyaAllah..

Cik Puan said...

Alhamdulillah..bertambah lagi keluarga baru...
semoga kekal hingga ke jannah..

Qaseh Vee said...

semoga kasih mereka kekal hingga akhirnya ... aaamin .

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..

oo..bacaan taklik pun org tua kena ucap sekali ke..?cma baru tau..

alhamdulillah..bertambah kaum keluarga..

Selamat pengantin baru buat Nelly Melissa dan Mohd. Hazrin.

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..bertambah ahli keluarga ye kak..insyaAllah lepas ni dapat cucu saudara pulak kak..semakin bertambah umat Nabi Muhammad SAW.,

nurbijen said...

Selamat pengantin baru buat Nelly.... Semoga terus berbahagia selamanya :)
Wah, cantik pelamin warna PKR tu :)

Azwar Syuhada said...

Selamat pengantin baru buat mereka. Cantik tema warnanya.. xD

ANIM said...

seronok bila lihat anak2 saudara kahwin...

aby said...

salam kz ..
jauh juga jarak pasangan pengantin ni duduk yer, johor ke kedah ...
apapun semoga jodoh mereka berkekalan sampai keakhir hayat ..

Papa Mifz said...

semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke syurga...

adyna said...

Selamat pengantin baru , Dan Bahagia selalu

hainom OKje said...

Amboi kanda ikut tema jugak nampaknya tu hehe....
Tapi betullah kanda senang kalau tempah katering jer...sanak saudara cuma berkumpul memeriahkan suasana ...kan senang tu tak de yg penat hehe

norhidana miswan said...

tahniah utk pengantin... teringat masa kecik2 paling suke time pantin sanding dpt gula2 time tabur2 tuh

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...selamat pengantin baru buat pasangan pengantin...:)

Mummydearie said...

Cantiknya pelamin rasa nak tumpang sekaki pulak :) Selamat pengantin baru dan semoga berkekalan sehingga akhir hayat. Kak, mas kahwin kat Johor masih RM22.50 lagi ke? Apa nak dibeli ya dengan duit tu sekarang?

Ema Johari said...

cantiknya pelamin...selamat pengantin baru untuk mempelai

elly nadyra said...

bukan budak2 aje, saya yang dah tue ni pun, tak sabar time pengantin tabur duit dan gula2 heheheheh seronok tolong kutip utk anak2

Azhafizah Md Nor said...

Alhamdulillah..Tahniah untuk pengantin :)

Deqla Manjew said...

alhamdulillah... tahniah dan selmt pengantin baru.. cantik kombinasi warna baju pengantin..