Thursday, January 23, 2014

Nikmat makan di bawah pokok

Apabila makan di luar, salah satu yang perlu adalah mencari lokasi selesa. Situasi tempat makan pun turut mengambil peranan untuk menambah selera makan sebenarnya. Tempat kami makan sekeluarga ini hanya bersebelahan taman saja. Biasa kami makan di dalam restorannya tetapi kali ini hubby mengajak kami makan di luar bangunan. 

Sejenis pokok palm - Daunnya yang lebar mampu menutup keseluruhan meja makan. Sambil dipuput angin yang sepoi-sepoi terasa nyaman makan di bawah pokok palm ini. Nostalgia mengikut allahyarhamah mak ke kebun menerjah kembali. Sambil meneman mak kami makan bekal yang dibawa. Nikmat makan di kebun tidak dapat dirasa anak-anak sekarang.
Penuh dengan buah - Bukan saja daunnya yang menarik tetapi buah-buahnya yang meriah tambah menarik perhatian. Kalau kanak-kanak zaman aku dulu buah ini tidak sempat membesar habis digunakan sebagai 'peluru' untuk melastik.

Sekadar menunjuk kreativiti pengusaha restoran yang menjadikan pokok sebagai teduhan meja makan. Kami makan asam pedas ikan pari, sayur sup petola bebola ikan, sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman. Selain meja makan di bawah pokok palm ini, apa yang memikat selera keluarga kami sebenarnya hidangan asam pedasnya yang menyelerakan.

~~ Walaupun sekadar pokok biasa, seandainya kreatif menjadi tarikan pelanggan untuk berlabuh di situ.~~

68 comments:

sitirohaida said...

Kalau balik kg, x sah kalau x makan kat pangkin bawah pokok...best..

Bunda_nora said...

berkelah bawah pokok...

KakNi said...

Sayu pulak bila baca akak tulis nikmat makan di kebun tidak dapat dirasa nanak-anak sekarang... nikmat panjat pokok pun dia orang tak merasa kak... hu hu hu... *dulu sy baca buku atas pokok*

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer..makan saintai-santai :)

Kamsiah yusoff said...

teringat zaman kanak2..guna buah tu utk melastik..main tembak2..buat pistol guna buluh...

AtieYusof said...

seronok nya Kak bila makan sambil menikmati pemandangan begini.. nyaman terasa...:)

Ummialyaanas said...

waahhh..best nih..kalau mlm2 kedai tu letak candle dah romantik giteww..

asyifamustaffa said...

Teringat plk zaman kecik2 dulu...
Kdang2 arwah abah suka bwak mkn tghari duk luar...bwah pokok...kadang atas pangkin..atau bentang tikar je...walau lauk x berapa nak sedap...suasana tu yg jadi sedapkan .....

Fiza Rahman said...

Best ni kak. Sambil makan sambil amik angin bawah pokok.

paridah said...

salam pagi memang nikmat makan bersama keluarga di bawah pokok sedang angin berhembus nyaman sambil menyaksi view indah xsedar nasi dimakan bertambah-tambah...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bestnya makan bawah pokok tu kakzakie... mengimbau kembali zaman kecik-kecik makan bawah pokok getah bersama emak lepas menoreh :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bestnya makan bawah pokok tu kakzakie... mengimbau kembali zaman kecik-kecik makan bawah pokok getah bersama emak lepas menoreh :)

Zaza Abdul Latif said...

kalau tempat selesa & santai, kena pulak hidangan yg kena degan tekak memang best yer Kakzakie :))

eMMe said...

Salam Kak Zakie dan keluarga apa kabar?
harap semuanye sihat sejahtera... InshaAllah..
Saya n anak2 sihat Alhamdulillah.. seadanya...
Me pun suke makan bwh pokok... jgn jatuh tai* burung dah, heee~

Sura Mohd said...

makan dlm suasana camni mesti selera bertambah-tambah..:)

Puan Kutu said...

rasa yg paling utama..lokasi makan tu tarikan utama juga.teringat zaman kecik2 dulu berkelah bawh pokok sambil makan nasik.macam sama je temanya.hehe

Cho Zila said...

ala barujer semalam bercerita entah ke berapa kali dengan budak2ni yang dulu ibunyani kalau hari cuti sekolah pergi ke kebun tolong opahnyer... memang teringat2 makan ramai2 di kebun yang reduptu... isyh memori terindah adalah masa kecik2 dulu dengan adik beradik...
memang kalau dapat makanan sedap dan suasananyapun best selera sesangatlerkan...

Unknown said...

banyak tu kak ! menu lauk yg akak pesan..ala2 masakkan kampung rasenya..makan pulak kat bawah pokok plam ermm mmg sesuai lah tu dengan tema..hehe..:)

p/s : akak makan kat mana pulak ni hehe..saje nak busy body :P

Mia Kassim said...

Best sebenarnya makan dibawah pokok ni kak.....udara nyaman, angin sepoi2 gitu....:-)

ummiross said...

Bila suasana bersih dan nyaman,makan pun tentu berselera kan Kakzakie, asam pedas pulak tu.
Hehe..main lastik juga ye masa kecik-kecik, seronok kan ingat zaman kanak-kanak.

NM03 said...

mana pondoknye? hehehe

Eye_nee said...

apa yg menyebabkan saya suka kerumah akk ialah cerita akk yg terselit cerita2 hampir sama dgn saya...mkn dlm kebun bersama mak dan arwah ayah...kebun baru yg arwah ayah teroka penuh semak..disitu kami 4 beradik dibawa sekali...arwah ayah kata...melecet tgn kerana menebas kebun ni demi korang semua...jatuh airmata tiap kali teringatkan kata2nya...Selamat menjamu selera...sedapnya ASAM PEDAS...

nohas said...

makan masakan kampung di bawah pokok memang best..kalau ada pangkin boleh bersila, lagi best kot..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..seronok..perut kenyang,hati lapang,persekitaran selesa..alhamdulillah..dan lagi satu yang paling penting kebersihan mesti diutamakan..

aizamia3 said...

Rasa angin sepoi-sepoi bahasa.. bila dah kenyang makan mata mengantuk.. hehehe.. seronoknya suasana macam tu..

aizamia3 said...
This comment has been removed by the author.
adyna AB said...

Asam pedas belah Johor lain kan , sbb kat Perak lain , ritu g Johor singgah rnr asam pedas nye kaw btl hihi

norhidana said...

msti best redup je... tp kalu dana tak suke duk mkn bwh pokok sbb dana tkt ada ulat jth kt bdn dana hahhahaha... dsr penakut ulat

Umialya said...

kdg2 teringin jer nak tido berembun & bercahayakan bulan..(teringat kenangan semasa kecik2 dulu semasa temani famili bercucuk tanam waktu malam..)

syiela said...

best makan bawah pokok ni kak..

saya kalau blk kg conpom makan atas pelenggaq(pangkin)... memang tak makan dalam rumah :)

Anonymous said...

seronoklah dgn angin sepoi2 gitu fresh je rasa kan !

JaSSNaNi said...

assalam kak..
sesekali makan bawah pokok leh la mengimbau nostalgia lama kan... dulu kat kampung makan bawah pokok atas panking tepi sawah.. fulawehhh bestnye.. :) time tu makan nasi ke.. cicah mangga ke.. makan cermai ka.. kan kan.. :) kelas la..

JunAina said...

Nikmat makan sambil mengenang nostalgia sangat bestkan kak?

Jahirah said...

redup makan bawah pokok kak..hehee kecik2 dulu saya selalu berkelah bawah pokok depan rumah..konon p piknik le..hehee budak2...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa best tau akak makan bawah pokok cam ni...terasa nyaman dapat pulak ader angis sepoi2 makan pulak sedap...memang menambah la makannyer kan kak...

hajar said...

wah cantiknye pokok ni ... x sangka pokok ni pun ade buah yg cantik...

Suria Amanda said...

dah lama x makan masaka asam pedas ikan pari....harus pi cari weekend ni....

Kayu Manis said...

nor dulu suka duduk kat dahan rendang pokok pelam..sambil makan..dh macam..apa ntah

Aziela said...

Rumah saya takder pangkin, tapi sekali sekala sanggup jer duduk di porch rumah untuk dapatkan feeling angin sepoi2 bahasa tu. Hehehehehe

Falsya said...

Kakak, falsya suke sgt mkn kat pangkin..kene pulak pangkin bawah pokok..ngan angin2..pastu makan pulak mangga cicah2..ishhhh, bestnye..tp boleh berangan je la mcm tuh..hehehhe

Hudalatip said...

Memang nikmatnya kalau dapat makan bawah pokok macam ni ye kak..Mau anak2 saya jakun tak sudah.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Satu usaha yang baik oleh pihak restoran tu kan.

Terkenang juga kak tentang buah tu dimasukkan ke dalam buloh cina. Zaman dulu selalu berkelah di bukit yang mengalir sungai yang banyak ikan. Sebelum dilarang menggunakan (apa ya..jenuh nak ingatkan tapi tak ingat) kami menangkap ikan yang hanyut terapung dan masak di atas batu. Kekenyangan terjun ke sungai mandi manda..

sudipVSsenduk said...

pokokk palma Livistona rotundifolia namanya

saniahibrahim said...

seronok makan dalam kebun ,tak kisah pun sedap atau tidak bekalan dibawa ,pasti licin..sungguh nostalgia.

Unknown said...

makan secara santai di bahagian luar biasanya memang lebih best jika kena dengan suasananya...

t.a.t.a said...

Dulu kat rumah pernah ada pokok sunday palm. tengah nak membesar kena culik dengan orang. pokok tu kalau dibiarkan besar kalau jual satu pokok boleh dapat RM600.

Mummydearie said...

Nyaman dan tenang aje kan Kak kalau dapat makan sambil diusapi angin sepoi-sepoi bahasa. Sesekali memang best begini. Kalau nak buat kat rumah di KL ni, saya rasa lebih banyak tersedut abuk kot :)

Unknown said...

Assalamualaikum... Seronoknya dpt mkn d bawah teduhan pokok...

Unknown said...

Natural lagi best kan kak disamping menghijaukan bumi... cam best jer pokok tue... rasa cam nak letak 1 kat umah satu la..

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zee..

dihidangkan juadah yg sedap2..mkn pulak di tempat n suasana yg mcm ni mmg bertambah selera.. :)

Mizz Aiza said...

sesekali berkelah di bawah pokok pasti menyeronokkan..

BinMuhammad said...

Pilihan pokok yg bijak. Pokok palma mudah di jaga, daun pun tak bersepah. Makan dibawah pokok...Hmmm sungguh nyaman walaupun mentari terik... :)

are_lin@yu said...

besarnya pokok..tempat berteduh...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie..mmg seronok kalau dpt makan di dlm suasana yg menyenangkan hati...

gadisBunga™ said...

berteduh bawah daun palm ni untung. sebab pakai sehelai daun je boleh cover abis! hihihi~

Unknown said...

kena lastik kat badan sakit woooo. hehe

amirah said...

cantiknya bestnya suasana makan kat luar...

cahaya said...

cahayacinta,berhati-hati kalau ada ulat tahu ayam melepas hee..salam kenal

Cik Puan said...

best jugak sekali sekala ubah angin kan kak zakie..tapi jaga2..nanti jatuh pulak buah tu kat kepala...banyak tu buah nye cik tengok..

Unknown said...

Kakzakie tak rasa makan bawah pokok durian dan rambutan....best tau. Zana dulu rajin beno panjat pokok rambutan yg rendang, dok celah dahan dan makan...haha. entah apa la yg sedapnya?

babYpose said...

Salam kakzakie, mesti nyaman dan berangin...

nadia rashid said...

Salam k.zakie...mkn bawah pokok mmg best...open air..sy kt Terengganu ni suka pot luck bawah pokok tepi pantai..:D

aby said...

salam kz
crita makan,
tp panganannay orak ono?

Kakzakie Purvit said...

Sesekali N3 makan tak nak tunjuk makanannya ok juga ye hihi... Ambil pendekatan lain. Sebenarnya pokok palm ini memang cantik sebab daunnya lebar dan bersusun bagaikan kipas. Itu yg menarik perhatian kami juga sebenarnya.

Terima kasih semua teman yg sudi menitipkan komen N3 kakak ini:-

Kisah Si Dairy (rumah kg kakak dah tak ada lagi semua ini), BUNDA a.k.a KN, KakNi Sihat Cantik (masa kita dulu dah tak sama dgn anak sekarang Ni), :: Mrs.Eady ::, ❤Kamsiah❤ (betul itulah yg kakak kata), aTieYusof Family, Ummialyaanas, asyifa mustaffa (sekarang susah nak buat macam itu lagi Syifa), Fiza Rahman, paridah, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(yati pun pernah rasa macam kakak juga ye), ZazaMyMoon, eMMe (susah burung nak singgah sini sebab pokok ini tak berdahan), Sura Mohd, Puan Kutu, Cho Zila (memori dulu memang indah utk dikenang), Roha (sebelah taman kakak - Taman Aman), Mia Kassim, ummiross (dulu anak perempuan & lelaki sama aje ummiross mainannya), NM03 (bukan pondok tapi meja makan bawah pokok ini - sengaja kakak tak nak tunjuk), Eye_nee (nostalgia kita lebih kurang ye Eye_nee), nohas, PeRdU cINta (alhamdulillah bersih tempatnya PC apa lagi dekat dgn taman permainan anak-anak), aizamia3, adyna (Johor & Melaka memang sinonim dgn asam pedas Dyna), norhidana miswan, umi alya (dah tak akan jumpa lagi semua itu UA), syiela, Kesuma Angsana, JaSSNaNi, JunAina, Aishah Jahirah, (Lizz) http://haslizalizz.com/, hajar, Amanda Suria, Knor (lebih kuranglah kita Nor hihi...), Aziela, Falsya, Nurulhuda Abdul Latip, Werdah (kenangan zaman kanak-kanak kita totally tak sama anak kita sekarang kak werdah. Kita dulu tak bimbang ada org jahat culik sebab itu bebas), sudipVSsenduk (Hihi... terbelit lidah kakak nak sebut),saniah ibrahim, Papa Mifz, t.a.t.a (ada value kisahnya ye), Mummydearie (kat bandar meamng tak sesuai langsunglah), Nasuha Puteri Nass, acik idah, ♥ Cmª shIemª ♥, Mizz Aiza (Dunia Kecil),Bin Muhammad, are_lin@yu Mas Zull, gadisBunga™, syuk shusuke, amirah, cahaya,Cik Puan, zana fahmi (kakak pun ada buat macam tu tau zana hihi...), babYpose, nadia rashid, aby (sengaja tak tunjuk makanannya aby sebab nak cerita pokoknya).

Terima kasih sekali lagi buat semua.

Unknown said...

berkelah bawah pokok.. nak2 yg ada buah.. senang buah jatuh masok mulot jer kak.. hihi..tp jgn buah doyan lak, x psl2 jer .. hahha

ellynadyra said...

saya pun guna buah ini utk aktiviti melastik tau
makan bawah pokok mmg nikmat kak

OKje said...

Takut pulak dinda nak makan bawah pokok kanda kang ada sedara pulak yg masuk flm ssam pedas hehe...tp mmg cantik pun pokok tu

Umm AA said...

mkn bwh pokok redup jgk rsnya kang...kalau takder pak burung membuang dr atas selamatlah..hehe