Tuesday, January 7, 2014

Tetamu cilik yang menyenangkan hati

Hari Rabu lepas hari pertama persekolahan di negeri Johor. Selepas solat maghrib seperti biasa mulalah datang satu-persatu anak-anak untuk mengaji. Tiba-tiba ada satu tetamu cilik baru. Comel dan gebu menarik pandangan mata aku. Si abang bertanya "Adik nak mula mengaji boleh tak mama? Kena bayar tak?" Aku senyum sebab sudah maklum biasa kalau datang dengan pakaian lengkap begitu tahulah mahu belajar mengaji juga. "Abang nak bayar mama ke? Berapa ratus abang ada?" Aku bertanya padanya balik. Tahulah dia lalu tersipu malu.
Comel - Inilah dia tetamu cilik tersebut
Selesai semua baru aku panggil tetamu cilik baru tadi. Bertanya nama, sekolah dan umur. Biasalah soalan untuk anak-anak. Belum mengenal walau satu huruf hijaiah. Tetapi malam itu selepas aku mahu dia mengikut membaca doa sebelum mulakan mengaji dan membaca fatihah dia boleh menyebut dengan baik. Kerana belum ada Iqra' lagi aku tunjuk pada si abang minta ibu/bapanya membeli Iqra' dan tunjuk sekali yang mana satu sebab bimbang terbeli Iqra' keluaran dari negara jiran yang kurang menepati kehendak aku. Memuaskan sungguh walau awalnya tidak kenal walau satu huruf malam pertama itu si comel ini sudah boleh mengingat untuk membaca dua muka surat Iqra'.

Sayangnya kalaulah si ibu menghantar ketika usianya 3 tahun pasti anak ini sudah boleh membaca Iqra' 6 aku rasa. Malam tadi dia sudah hampir menguasai sebahagian dari keseluruhan bunyi dari huruf-huruf hijaiah.

~~ Jangan tunggu anak sudah bersekolah. Sebaiknya bila anak sudah boleh bercakap ajarlah mengaji sebab minda mereka mudah ingat ketika usia masih kecil.~~

65 comments:

AtieYusof said...

Salam Kak.. mmg comel & gebu tetamu cilik ni..Alhamdulillah cepat dia belajar ye Kak..
Pa'e pun dah start belajar huruf2 hijaiah.cuma skrg ni kan, bila suruh belajar ada je alasan nya Kak..haha

Siti Munirah said...

Salam. akak ajar mengaji ye. akak duduk kat area mana?

t.a.t.a said...

Betul tu kak. Nephew saya tu saya ajarkan baca fatihah dalam 3 4 kali dia dah mula ingat dan hafal.

safurara said...

insyaAllah kak.nt sy nk belikan iqra pulak kat anak sy.terima kasih kerana mengigatkan.

Fendi BL036 said...

salam kak...
salam perkenalan...
sy pun berharap agar zuriat yang bakal saya dapat feb ni nanti dikurniakan kebolehan menghafal dan belajar ayat-ayat alquran...

ayunidati said...

anak saya masa 3 tahun dapat la ajar sikit sikit ikraq kat rumah.....
tahun ke 5 ni harap lagi baik...

Izwa Kamaruddin said...

betul kak...alhamdulillah syahmi sufiya dah nak masuk iqra 2 & 3

asyifamustaffa said...

Anak sy no.2 tu kak...Hadif...camne ye nak ajar dia...pelat skit sebutannya...dah darjah 1 ni..kurang la skit..tp ada juga sebutan hurufnya yg x betul....aduhaiiii...sabar je la ngajarnya...kadang ilang sabar pun iya juga ni..

Comel tembam gebu anak murid baru akak ni...😊

NM03 said...

saya pun terniat nak anto qausar mengaji masa dia 3 tahun kak... 2 tahun tu dah boleh ajar skit2 kan kak...

Unknown said...

comey tetamu kecik tuu... in sya allah.. nk ajar ank mmg kn byk sbr..

Kayu Manis said...

betul kak..masa bayi lgi baby dpt merakam semua..input2 mudah masuk dgn cpt..suci lagi.

comel adik kita ni...

Rizziela said...

Insyallah..nak hantar anak2 g mengaji...ptg ni insyallah nak g tanya macam mana

Unknown said...

damia 3 tahun lebih..insya allah saya nak cuba ajar iqra. abangnya terlambat sikit..

Sura Mohd said...

bila baca n3 kakzakie hari ni rasa bersemangat nak mengajar si Afif..tapi tak tau la mamat tu boleh ke tidak..takut tak leh duk diam..

Cik Puan said...

in shaa Allah..tu lah selalu nya bile anak2 nak ke sekolah baru belajar hijaiah..

lieyalatif said...

alahai..comel sgt kak....alhamdulillah terang hati anak kecil ni....baru start mengaji dah byk yg die paham...op kos ustazah yg mengajar pun bagus sebab tu anak2 ni cepat tangkap heheeheh...tahniah kak....akak pendidik yg baik....besar jasa akak mengajar anak2 kecil ni mengenal 'islam'....

Irfa said...

kalau dekat nak je sy hantar pada kak zakie.skrg ajar sndiri,tp sy ni kepala angin jgk.
kadang2 kena marah smpi menangis sbb sy kurang sabar..

anak kenit saya 3 tahun dah ajar iqra
tp x konsisten.. skrg baru kenal smpi huruf 'sod'

Dr K said...

Berapa tahun umurnya tu kak? Comelll

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Sara belajar kat sekolah jer iqra kat Sana ader pakej ngaji semua..alhamdulillah dia ok...betultukak anak2 kalo diajar seawal 3 tahun memang laju jer dia terima pengajaran dan cepat dapat...

Unknown said...

ala kak memang cute la..gegirl kalo pakai tudung nampak comel kan..

ni kalo umah zee dekat akak memang zee pon antar ngan akak jer..skrang dapat dah guru ngaji..ingat angar angah dulu..dik niq kalo nampak minat nak try la..umur 3taon dah tu..

Rozie said...

hehe betul tu kakak.. budak2 cepat mengenal dan faham...

Fiza Rahman said...

Comel nya tetamu cilik akk ni. Budak2 memang cepat tangkap.

Mizz Aiza said...

comel tetamu cilik tu kakak.. betul tu, ajarilah anak-anak menegnal al-quran sejak mereka masih kecil dan sudah mula pandai bercakap.. ketika di dalam kandungan pun elok dibacakan ayat-ayat suci al-quran..

ummiross said...

Alolo..comelnya, rasa nak cubit2 pipi adik tu, hehe..
Anak2 kecil cepat belajar dan cepat pula mengingat kan Kakzakie, terang hati mereka ni, hati masih suci bersih..

musang said...

comelnya!

Hudalatip said...

Comel muka budak ni maybe comel jugak masa dia mengaji kan kak..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..setuju kak..lagi awal hantar anak mengaji lebih bagus..lebih mudah ingat dan menghafal..masih putih bersih hati dan mindanya,.kawal pemakanannya..jaga aurat..insyaAllah boleh..seronok bila teng8k anak anak kecil suka nak mengaji..nak solat..nak belajar puasa..

Unknown said...

setuju ngan kak zakie..ajar dari awal lagi kan..senang dapat ilmu katanya..

eMMe said...

Alhamdulillah sicilik ni comel n bijak.. moga dpt menguasai bacaan Iqra yea... Yea la Kak Zakie, InshaAllah kalo twin dah start bercakap, saya akan ajar dia mengaji..moga twin cepat belajar...

Unknown said...

setuju kak... miza pun agak terlewat hantar Ammar mengaji.. umur dah 4 tahun baru hantar.. InsyaAllah Amir nnt miza akan ikut saranan akak tu..

Mummydearie said...

Memang comel tetamu cilik akak ni. Suka betul saya bila tengok budak-budak perempuan bertudung comel macam ni. Sejuk aje mata memandang.

Angah said...

sejuk hati melihat wajah kanak-kanak yang penuh kesucian dan kecomelan ni...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak zakie...apa kabar?Lama atie xsinggah kat sini.Maklum la cuti sekolah..blog pon trrcuti sama lak.
Betul tu kak...mmg elok awal2 anak kecik kita dihtr mengaji..lgpon hati mereka bersih & terang..mudah mereka menguasainya.

Anonymous said...

Salam akak... bak kata org melentur buluh dari rebungkan.. singgah ari ni bila rasa rindu nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ singgah blog KA yer!

Mila@Rimbun said...

comelnyer dia....
berapa umur adik comel ni kak?

paridah said...

salam...comelnya sicilik..betul tu anak2 yg diajar sejak usianya sgt muda umpama air yg menitis ke batu...kekal kesannya.

Aziela said...

Betul kak...tak perlu tunggu dah sekolah. Seawal boleh, nak kena ajar dah. Adam pun di ajar oleh arwah eyang nya sejak umur 3 tahun.

YUS said...

Betul tu kak.. Alhamdulillah, ank-anak Yus dh boleh kenal sume huruf.. mmg dh smpai iqra' 6 dh..

:D

Unknown said...

comelnya tetamu cilik akak :)
sekarang pon pihak sekolah agama daerah pontian menitik beratkan tentang pengajian dan mengenal huruf hijaiah,untuk masuk ke tahun satu alam persekolahan..

Sarah Talib said...

comel dan montel sicilik ni...ramai yg datang mengaji dkt kakzakie.

Acik Erna said...

memang comel kakzakie tetamu cili tu..acik pun suka tengok

Unknown said...

memang comel lah dia~
kiut ajer.

Kakak.. zura pon silap.. Anis dh sekolah baru nak hantar dia gi mengaji. rasa menyesal plak x hantar dia awal2 pergi mengaji. huhuhu

mysha said...

Comel tetamu akak... Sha pun da start ajar iA alif ba ta.. Harap2 dia cepat lancar..

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum kak..
betul tu kak.. kalau nak ajar anak kecil biar dari awal.. sbb time tu hati diorang bersih.. segala yg kita ajar cepat di tangkapnya.. nani setuju.. :)

comel tetamu cilik tu.. :)

ellynadyra said...

betul, kalau awal dah hantar ajar ngaji, insya Allah, terang hati derang nih!

BinMuhammad said...

Gebus nya si cilik ni. :)
Semoga diterang hati dan dipermudahkan. Mesti macam2 ragam budak2 ni...Akak garang ke?

||aLeaSaRa|| said...

salam kak.wah rindu nak sembang2 kat sini.akak sihat?

alhamdulillah,memang betul kak.saya setuju kalau dari kecil ajar anak mengaji.dah masuk sekolah nanti busy homework bertingkek-tingkek he3...

nhhas said...

subhanallah...ohsem...
tak per kak... better late than never ;-)
alhamdulillah dia terang hati...

Unknown said...

comelnyeeee... ok plak tu bila akak nk amek gmbr dia... ngaji baik2 yer adik comel.. :)

Wafee said...

Ala comelnye dieee... Kalau nak start mengaji kene start umur berapa ye kak?

Anak saya macam tak berminat sangat... Tak habis satu mukasurat dah lari... Mungkin sebab tu ramai yang tak ajar sendiri, anta kat orang lain je... Huhu... Tapi saya memang naaakkk sangat ajar anak-anak mengaji sendiri...

nohas said...

budak2 kecik ni memang senang nak hafal sebab tak byk dosa lagi, masih mumaiyyiz..kata org, hati, fikiran bersih..kena ajar yg baik2..bab menghafal lagu, mereka pun memang handal (tak semua lah)..

Ada buku Iqra' dari negara seberang ke? baru tahu..buku Iqra' yg ada dah lama sangat beli, tahun 1998..tahun reformasi dulu..hehe..

miss yatie said...

betul tu kak, KY dulu hantar anak mengaji ketika usia 5 tahun, Alhamdulillah..2 tahun kemdian tamat...ituun sebab banyak sangat cuti heee

Qaseh Vee said...

proses pembelajaran anak mmg ketika dia mula mengenal pelbagai perkara . ramai ibu bapa yg tak alert perkara ni ... insha Allah , jika allah beri saya anak , saya akan ajar sendiri .

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu pembelajaran awal lebih baik...:)

Kakzakie Purvit said...

Sekadar pendapat kakak kerana melihat potensi anak ini bijak agaknya kalau dari usia dia 3 tahun rasanya sudah lancar membaca Iqra' 5 atau 6. Tetapi melihat dari cara kerajinannya tidak mustahil tahun ini dia boleh pick-up cepat.

Terima kasih kepada semua yg memberikan komen N3 kakak ini:-

aTieYusof Family (usia macam Pa'e tak boleh paksa kena belajar santai-santai. Boleh sama bermain tak salah), Uni Aqilah (UA duduk di mana?), t.a.t.a, Cik Puan Rara, bang fenn (amin...), Ayu azmir (insya-allah kalau kita gigih mesti boleh), :: Mrs.Eady :: (teruskan Izwa), asyifa mustaffa (pelat pun tak apa Syifa, yg penting teruskan dan kenalah sabar budak kecik lagi kan), NM03 (kalau Qausar dah boleh cakap dah boleh ajar tapi jgn paksa - jgn tunggu lama), izan mama mia, Knor, Rizziela, Rai Ourkizuna (jgn tunggu lagi Rai, mulakan cepat), Sura Mohd (sambil baring ke tak apa Sura ikut cara dia janji dia dpt belajar - budak kecik lagi kan), Cik Puan, lieyalatif, Irfa (mengajar budak kita kena sabar lebih sikit, marah sikit adatlah tapi jgnlah sampai menangis dik... kesian dia), Daddy Ziyyad (6 tahun doc.), (Lizz) http://haslizalizz.com/, Zee Suhaini (boleh buat di rumah Zee, pelan-pelan mulakan dari sekarang), Sayangku Zie, Fiza Rahman, Mizz Aiza (Dunia Kecil),ummiross, redza, Nurulhuda Abdul Latip, PeRdU cINta, mama_ka0ri, eMMe (betul tu Me, bila dah pandai cakap terus mulakan), Queen Teratai (tak apa janji terus istiqamah jgn berhenti), Mummydearie, Angah, ♥♥azatiesayang ♥♥, Kesuma Angsana (doa kakak moga KA terus sembuh), Mila@Rimbun (6 tahun mila), paridah, Aziela (biasa 3 tahun memang dah boleh cakap kan), YUS, Roha (mana-mana pun sama Roha, ibu=bapa pun kena ambil peranan sama), Sarah Talib, Acik Erna, Nafira usof (ta apa Zura yg penting sekarang dah pandai teruskan), mysha, JaSSNaNi, elly nadyra, Bin Muhammad (ada masa kakak garang juga BM hihi...), ||aLeaSaRa||(alhamdulillah kakak sihat. Betul tapi itulah mengaji kena istiqomah tak boleh bila dah katam terus tinggal- rugi), nhhas, Deqla Manjew, Wafee (mulakan sebaik dia dah pandai cakap, tapi jgn paksa. Puji selalu budak kan suka kena puji. Lama-lama jadi kebiasaan - cubalah), nohas (belum mumayyiz pun usia dia ni tapi masa inilah terbaik utk kita mengajar), KY Atie, Qaseh Vee (Amin... insya-allah doa kakak buat QV), Mas Zull (tunngu Awisy pandai cakap dah boleh mula Mas).

Terima kasih sekali lagi buat semua.

imm said...

comel tetamu cilik berbaju pink hihi..
umi imm pun ngajar anak2 jiran ngaji kak..kami 7 beradik pun khatam quran ngn umi sndiri je..
imm mmg berazam nak ajar anak2 ngaji sndiri..
aichan da 2 tahun setengah,,n da boleh ajak borak(cume sebutan ade yg pelat)..akak rase,,skang da boleh stat ajar dei ngaji ke tak ye?stakat nyanyi2 alif ba ta,die da pndai sikit2.huruf mmg lagsung x knal lg.

fieda said...

mmg comel tetamu cilik tu kak..

memmetlenggeng said...

betul juga tu..comel adik ni

Unknown said...

Comelnya student cilik akak tu.. :D

Thanks atas peringatan kak..

QasehnyaRania said...

terima kasih kakak di atas peringatan ini.
akan saya jadikan panduan satu hari nti.

NEKCIK said...

TOMELNYA ANAK DIDIK KAKZAKIE NI..DIA CERDIK LAJU MNGAJINYA NANTI TU..INSYAALLAH

haryati said...

bagusnya... comel pulak tu

OKje said...

wah bertambahlah nampaknya saham kanda.....
Betulkan kanda.... budak budak ni memang cepat tangkap....sebab otak mereka masih freshkan...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

mmg cute orangnya.. alhamdulillah..semoga dia rajin menuntut ilmu..
akak jgk bertambh pahala dlm mendidik anak2

Ibu Lala said...

Danial umo 3 tahun plus dah start ngaji kak. Tgh merangkak rangkak tu. Tp yg abg tu umo 8 tahun baru iqraq 3 kak. Start mengaji umo 5 tahun. Sblm tu cr org ajar mengaji x de. Ssh betul dok kl ni. Dah pindah rumah br dapat.