Monday, June 23, 2014

Cepatnya 15 tahun itu berlalu

Jauh di sudut hati sebaik disahkan mengandung lagi mulakan memasang angan-angan moga kandungan kali ini dapatkan anak lelaki. Sedari awal tidak lepas membaca Al-Quran setiap hari dengan suroh-suroh pilihan seperti Suroh Muhammad, Luqman dan Yusuf. Suroh yang lain di baca setelah suroh ini dibaca. Masuk bulan ke empat mengandung ketika scan disahkan lagi anak perempuan. Ada segaris rasa kecewa tetapi pujuk balik hati ini betapa bersyukurnya aku berbanding dengan ipar-ipar aku yang diuji tanpa seorang pun zuriat (ujian Allah - kasihan mereka). Ketika itu mak mertua dan keluarga hubbylah yang paling seronok kiranya aku yang paling produktif dalam keluarga. Itupun setelah tiga tahun Kak Reen membesar barulah Kak Meen duduk di dalam rahim. Hari ini genaplah Kak Meen 15 tahun sebagai anak mama/papa.

Makan malam - Kami raikan lebih awal kerana kebetulan Kak Reen ada pada hari Jumaat lepas. Malam esoknya Kak Reen sudah mahu bertolak pulang. Asparagus, udang, siakap dan brokoli scallop menjadi pilihan keluarga.
Pilihan juga - Ketam, satey, sharkfin soup dan daging black-pepper. Semua ini kami makan dengan nasi putih.
Keluarga - Lupa pula apa di kiri atas ini - tapi kalau tak silap kwee-teow (aku tak merasa pun). Sebelahnya anak dara yang kami raikan. Setelah papa membacakan doa kami pun makan. Mula-mula adik kata dia yang mahu membaca doa panjang umur (Allahuma towwil umurona.... seterusnya) manakala doa selamat biar papa yang baca, tapi kemudian malu bila ada org pandang, lalu papalah juga yg membaca seperti biasa. Kak Reen kepenatan sebab baru balik dari Maahad selepas MUET. Sementara kami masih lagi santai-santai dia sudah terlentuk. Kesian dia...
~~Doa kami moga Kak Meen mampu menjadi hamba Allah yang tawaddhuk dan sentiasa berada di landasan kebenaran.~~

46 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat Hari Lahir Meen.. semoga usia dirahmati Ilahi dan menjadi anak yg solehah untuk kedua ibubapa..

Kesian kak Reen kepenatan sungguh tu smpi terlentuk tertidur..

Angah said...

Ucap Selamt Untuk Meen, semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah, masa cepat berlalu kan kzakie, cepatnya anak anak membesar, dan sekejap lagi pegi meninggalkan kita...

Moga panjang umur yang berkat dalam rahmat dan kasih-sayang Allah

Unknown said...

selamat hari lahir kak meen..moga berjaya dunia akhirat..

meriah kak menu2 ni..

kak reen tu penat sangat gamaknya..sempat lagi mentido..hehee

Kamsiah yusoff said...

sama umur dgn anak dara ke 3 saya..nama yasmin..meen jugak..:)

Umm AA said...

selamat hari lahir meen..moga berjaya dunia akhirah inshaallah..menu cam kat singgah selalu jer nie kakak, yer ker? heheh

norhidana said...

selamat hari lahir kak meen, moga jd anak yg solehah n berjaya...

geram tgk menu2 tuh kak... mmg sedap2 belaka..sian nengok kak reen terlentok kepenatan yek

lia said...

Selamat hari lahir Meen... Semoga jd anak yg solehah yg menjaga keperibadian keluarga serta sayangkan Allah.. Amin...

Eye_nee said...

Selamat Hari Lahir Kak Meen...Semoga menjadi yg terbaik dimata keluarga..

Kak saya juga ada perasaan yg sama masa mengandungkan Yana..sehingakan stiap hari saya dalm wajib 5 waktu itu doa saya..Ya-Allah aku teringin sekali menamakan anak dlm rahim ini dengan pangkal MUHAMMAD...bukan rezeki kita yer kak...bak kata akk...diluar sana ada jutaan wanita yg tidak ada rezeki menjd ibu kpd seorg zuriat pun..Syukur Alhamduliilah kita ni kan kak...

Izwa Kamaruddin said...

Selamat Harijadi Kak Meen :)

semoga terus menjadi anak solehah dan anak yg dibanggakan ibu dan ayah..

Unknown said...

Giliran kak meen pula dirai...selamat hari jadi kak meen!!

Nizam.Ariff said...

Tutup mata, buka mata...alih-alih dah besar...kejap je rasanya ye kak?

QasehnyaRania said...

selamat hari lahir buat meen
aamiin

asyifamustaffa said...

Selamat hari lahir buat Meen...semoga panjang umur...dimurahkan rezeki...membesar mnjadi muslimah yg solehah...

Buat k.zakie...tahniah juga mnjadi ibu Meen...:)

Unknown said...

selamat hari lahir buat Meen!!smoga makbul doa ibumu..aminn

http://sihatitubahagia.blogspot.com/2014/06/special-ramadhan-fit-challenge.html

Mar Mansor said...

selamat hari ulang tahun buat kak meen..semoga membesar menjadi anak y solehah ye..

Dr K said...

Selamat hari jadi buat Kak Meen..

Qaseh Vee said...

selamat menyambut hari lahir kak meen .Semoga kak reen menjadi seperti mana yang kak zakie dan suamharapkan ... aaamiiin .

@na said...

salam kakzakie...
InsyaAllah kak meen anak yg solehah penyejuk mata mama...

ajax85 said...

mcm sedapnya

JunAina said...

Kak Meen moga jadi anak solehah. Selamat Hari Lahir.

paridah said...

selamat hari lahir kak meen moga menjadi anak soleh yg mengasehi n dikasehi semua..

Mummydearie said...

Selamat Hari Lahir buat Kak Meen. Semoga hidup dipanjangkan umur, hidup diberkati dan sentiasa menjadi anak yang taat.

Sekejap jekan kak anak-anak dah besar. Tahu-tahu nanti dah nak menerima menantu je :) Takpalah kak perempuan semua. Kiranya nasib kita serupalah kot. Saya semua kumbang, saya je bunga mekar dalam taman :)

Unknown said...

selamat hari lahir Meen.
Moga jadik anak yang solehah~

sonok bila anak2 dah besar kan kakak.. heehhe

Rose kakrose said...

selamat menyambut kelahiran ke 15 kakmeen.seronok seluroh family meraikan bersama2 ye zakie..

Cik Rose said...

Amin.. moga kak Meen berjaya dari segala segi :)

Fifi Nadhrah said...

selamat hari lahir meen.. jadi anak yang solehah.. yang membanggakan ibu dan ayah.. inshaAllah..

Normala Saad said...

Selamat Hari jadi untuk Anak Zakie.

uncle gedek said...

makin dekat puasa makin banyak gambar makanan... dugaaannn...

hehe

drshikinzainal @ ekin said...

Saya juga kecewa apabila dapat tahu tetap pregnant anak llki..tapi alhamdulillah saya tetap dapat menerimanya bayi comel itu. Sekarang dah besar pon. Dapat anak lepas tu pun tetap llki. Alhamdulillah.. Tetap rezeki dari Allah..

eelobor said...

saya baru masuk fasa pertama nak bertapak ke fasa 2 perkahwinan. jauh lagi perjalanan.... dan apabila membaca entri kawan2 bloggers banyak input yang berguna & baik boleh saya ambil sebagai panduan. kat sini antara yang saya suka baca....

ANIM said...

meriahnya makanan..
sweet 15 meen...mudah2an doa inu dimakqbulkan..

p.s saya belum pernah makan scallop. teringin juga tapi belum pernah jumpa lagi menu itu, huhu

PeRdU cINta said...

Moga kak meen sentiasa berusaha menjadi wanita muslimah solehah penyejuk mata,, penenang hati dan penajam fikiran..mencintai Allah lebih dari segalanya..sayanfi kedua ibu bapa dan keluarga..amin..

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
alhamdulillah..
sanah helwah buat k.reen yer..
semoga berjaya didunia & akhirat..

aamin... :)

Nastyna said...

happy belated birthday to kak meen, amin aminkan doa ibu kak meen ni yer.

How are u kak? lama tak bertandang.

emarieys said...

Selamat hari lahir untuk Kak Meen, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya.

PiNkYCaT said...

selamat hari lahir kak meen! semoga menjadi insan yang berjaya dan cemerlang!:)

p/s: PC faham perasaan kakzakie mase disahkan mengandung tu mesti sgt berharap dpt lelaki kan...hehe...takpe lah lelaki ataupun perempuan, yang penting anak2 kita sihat:). PC pun dah ada 2 puteri...tak tahulah bila plak nak dapatkan putera ni...semoga dipermudahkan, in shaa Allah:)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...selamat hari lahir kak meen..:)

zila norazila said...

hppy bthdy untuk meen ye kak..moga sntiasa dlm lindugn allah..slmat brpuasa kak..

Unknown said...

moga terus menjadi anak yang baik pada mama papa dan keluarga...

HeNRieTTa JoSe said...

Selamat hari lahir buat anak dara akk...btul tu akk....anak adalah rezki juga kata org...ada yg bertahun lamanya mendirikan rumah tangga, sehingga monopous tetap tiada cahaya mata sendiri...

nOe suhaimi said...

semoga apa yang kak zakie doakan untuk kak meen menjadi kenyataan..insyaAllah

OKje said...

Selamat Hari lahir Anakanada Meen...moga makbullah apa yg didoakan mama....

Sedapnya kanda.... terkecur dah dinda ni...kat ana tu kanda? Singgah Selalu ke?

Nur-nba said...

Happy Belated Bday Yasmeen.. Makan besar tu..Enak sungguh juadah yg terhidang..

Ibu Lala said...

Sedapnya tgk mknn akak. Terus rasa lapar.

Mimie said...

percaturan Allah itu yg terbaikkan kak..Bila kita berkehendakkan sesuatu tp Allah tak izinkan pasti de hkmahnye kan