Monday, June 2, 2014

Duduknya di belakang rumah sahaja

Ruang tanah sangat terhad. Namun keinginan bercucuk-tanam tidak pernah padam itu yang membuat kami menanam semuanya di dalam pasu saja.

Herba - Baru di semai semula dua minggu lepas kerana sudah terlalu banyak memenuhi ruang pasu. Cepat membesar. Buat jelum kepala anak-anak bila dilanda demam panas. Ramas-ramaskan daunnya di dalam air. Ada sejenis bau yang kurang enak tetapi cepat sejukkan badan anak-anak yang demam. Banyak berjasa kepada anak-anak jiran yg memerlukan juga.
Daun kari - Sudah mula bertunas kembali dari apa yang aku cantas dua minggu lepas. Hujan yang sering turun membantu mempercepatkan tunas pokok.
Pokok cili padi - Sudah semakin tua. Lihat anak-anak pokok cili yang meriah di bahagian bawahnya. Adik yang tabur. Bila aku kata tabur di dalam mana-mana pasu. Dia pun tabur dalam pasu cili ini saja. Itu yang meriah penuh di dalam satu pasu.
Limau purut - Masak paprik, tomyam atau stim limau mesti daun limau ini akan jadi sasaran. Rendang jarang kami memasak tetapi sesekali buat rendang, daun limau ini juga jadi sasaran. Baru dua kali berbuah sepanjang berbakti di belakang rumah kami.
Pandan - Semaian baru. Hubby yang tolong. Pokok-pokok lama kami buang sebab pandan cepat membiak. Membuat sirap ros, masak nasi lemak dan kuih-muih selalu pandan inilah yang banyak berjasa.

~~ Beruntung mereka yang mempunyai kawasan tanah yang luas untuk bercucuk-tanam.~~ 


60 comments:

Tie HT said...

alhamdulillah
akeh juga yo pokok ney kak
temen akak ki nandor pokok ei,
nang ngumah nyong
enek pokok2 seng arwah ibu nandor..
kenek lah nggawei mangan anak cucu :)

AtieYusof said...

Salam kak..
kami pun kwsn rumah agak sempit..tapi dapt lah juga en suami menanam serai, kunyit, lada & daun pegaga...:)

saniahibrahim said...

Assalam kakzakie...baru tau pokok herba tu boleh buat jelum...selama ni saya tanam buat hiasan je ..tapi baunya agak menyengat sikit kan...

adarnadzmie said...

subur pokok2 akak...rajin... tempat terhad pun x menghalang akak...hihi...:)

Acik Erna said...

assalam kakzakie..dirumah acik pun tak de dah tanah..nak kena tanam dalam pasu jugak..tapi cepat kering bila dalam pasu..acik keluarkan tanam ditanah tepi jalan..kemudian di buat pagar dengan plastik hitam..

Nor Azimah Ali said...

tu bukan daun pudina ke kzakie, penah tanam juga, kawan cakap buat ubat sakit gigi, tapi tak taulah kalau nampak je cam sama.

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah...mesti tgn akak & abg sejuk ni sebab tu semua pokok menjadi ni :) jimat jugak walaupun tak bnyk kan kak..

kalau diikutkan bnyk jugak dpt jimat..termasuk minyak motor kereta tak payah lari ke kedai kalau daun kari habis!

Unknown said...

senang yer kak..nak guna pi petik jer belakang umah..

BinMuhammad said...

Inilah keadaan kalau tinggal dikawasan perumahan. Semuanya ditanam dalam pasu jer. Melihat mereka yg punya tanah (lot tepi) terasa geram jer...tapi diorang ni selalunya xsuka pula bercucuk tanam.
Kalau dah suka menanam, tak kesahlah dalam pasu pun asalkan dapat bercucuk tanam. Tapi tangan akak memang sejuklah....segalanya menjadi!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya pun tanah dah habis di semen oleh en suami jadi kenalah tanam dalam pasu juga kakzakie..
Pokok limau purut saya tu dah 15 tahun hidup dalam pasu tu tapi tak pernah berbuah, hanya meriah dengan daunnya ajer...

Sejuk tangan kakzakie menanam ye :)

inazamri said...

assalamualaikum kakak.miss u so much.kak ape nama pokok pic pertama tu?ina skrg tgh minum air daun tu,rendam dlm air panas coz batuk n lelah dah berminggu tak baik2.Ni dah 2 kali minum lega sikit.cuma hr ni kena selsema pulak.

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...seronok tgk hasil tanaman menjadi.

Chot said...

Ok la tu kak.janji adooo..sy takdooo...hihi..pakai nak masak pun bukaannya satu pohon..kalo beli plak selalu tak abis..membazir je rasanya..

Umm AA said...

meriah sangat dah tuh kakak wpun dalam pasu..yg pokok gambar pertama tuh mcm yg AAA buat balik tuk buat ubat batuk aidan tuh rsnya..kebih kuranglah tgk shape tuh..rupanya byk lg kegunaan pokok tuh kan..

Unknown said...

mudah ada pokok2 kecil keliling rumah ni kak.. walau pun perlukan sesekali.. tapi bila perlukan tu nak kena beli jugak kan.. kalau daun pandan beli kat pasar.. banyak dibaginya daun tua.. banyak pulak tu.. sudahnya.. guna sedikit.. kering dan layu je banyak..

Ibu Lala said...

Rajin la akk ni. Menjadi pulak tu.

paridah said...

tanam dalam pasu pun elok tumbuh subur jika xlupa disiram, gembur tanah n baja sesekali.

Mar Mansor said...

terima kasih kak sebab share gambar ni..bg saya idea camne nak susun pasu2..apa y leh tanam,kita tanam ye tak?

Fazleyatul Aini said...

tanam dalam pasu senang kak
nampak kemas sket

babYpose said...

rumah ada pokok pandan, pokok sirih tapi tengok pokok sirih gerun skit hehe..nak masak petik dari kebun sendiri ye kak zakie, tengok daun kari tu bagi idea nak tanam nanti :) tq.

sud@is said...

Kalau tak rajin tak ada faedah juga,,dalam pasu pun ok janji usaha dan semangat ..:)

Mia Kassim said...

Rajin bercucuk tanam mmg byk faedahnya. Jimat terutamanya kan kak :)
Betul tu kak ... untung mereka yg punya ruang / tempat utk bercucuk tanam

Sura Mohd said...

bagusnya kakzakie ni ..rajin..
lagi seronok bila dapat hasilnya..:)

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

pokok herba tu pertama kali tengoknya,,oo..sama khasiat mcm daun bunga raya jg ya..

berutung juga ada halaman walau sekangkang kera..cma umah flat.. nk letak pasu pun mkn space yg banyak.. hhuhuuhuhu

ANIM said...

seronoknya lihat tangan kakzakie..

pokok2 herba luar rumah tu ada tak tangan lain yang memetiknya?

ada ruang tanah besar pun kakzakie macam rumah sewa saya di SP..kalau tangan tak reti nak menanam, tumbuh lalang juga..huhu

Kayu Manis said...

alhamdulillah...janji ada tanah..kak..

tambah si pandan ni..subur betul...sedap juga bt agar2 pandan

lia said...

wpon dalam pasu, kalau berbakti pada tanah, InsyaAllah mmg ada hasilnyer... paling kurang pon, oksigen, kan kak...

Mummydearie said...

Rajin akak berbakti pada tanah. Saya ni dok pasang impian je, tak juga tertunai-tunai impian tu. Setiap kali ke blog akak dan tengok tanaman semua, teruja semangat. Sekejap je, lepas komen balik semulalah sifat malas :D

@na said...

salam kakzakie;
rasanya lebih baik tanam dalam pasu...mudah jaga..pastu kita boleh alih-alih dan susun tempat baru...berubah suasana...seronok hehehe

PetakBunga said...

pokok atas tu rasa nye kenl.
bnyk khasiat tu..

nohas said...

byk juga boleh ditanam, senangkan tak yah beli..

Akupenghibur.com said...

kalau tanam dalam pasu lebih elok ^_^

memang bagus tanam sendiri ,senang

Unknown said...

Alaaa...seronoknya tgk akak menanam...sy tanam daun pandan boleh mampus..haha..

NEKCIK said...

nekcil kalu tanam pokok buna moleh hidup..tansm pokok psndan dauk kesom semuanya inalilahiwainailaihirajiuun

Sarah Talib said...

Ok la tu....x payah beli..boleh guna waktu2 terdesak.

Salmi said...

Samalah kita, tanam dalam pasu je.. Alhamdulillah dapat juga melepaskan sesak..

Bunda_nora said...

Tak kiralah dalam pasu ke...atas tanah ke...kalau ada kemahuan menjadi juga hasilnya...

Cuma nak rajin jaga..baja ..siram dan sesekali belai dan bercakap dengan tumbuhan ini...

Zaitun said...

Salam kakzakie...Kalau rajin tak banyak tanah pun boleh tanam macam2 .

Pokok2 kak Zai lama terbiar agak sibuk hihihi....

Zaitun said...

Salam kakzakie...Kalau rajin tak banyak tanah pun boleh tanam macam2 .

Pokok2 kak Zai lama terbiar agak sibuk hihihi....

Unknown said...

tengok pokok limau purut akak tu teringat kat pokok saya yg dah yassalam... anak bertuah pegi siram dengan febreeze... terus KO... huhuhu... ;(

Masya said...

berbudi pada tanah.. mmg murah rezekinya ... yg penting kena rajin je kan kak...

Ujie Othman said...

syoknya tengok pokok2 kak zakie, elok je. Saya tanam, asik mati. Tak pandai membela la saya ni kak.

Dr K said...

malu saya kak :)
tanah kat rumah saya ni, luas..
saya tanam lalang aja...:P

Uncle said...

amboih...buleh meniaga kat pasar tani tiap2 minggu!

PeRdU cINta said...

Berbakti pada tanah tidak sia sia..asalkan rajin berusaha..hasilnya pasti ada..insyaallah..

nadia rashid said...

Akak herba apa yg pertama tu

Qaseh Vee said...

jeles dgn pokok limau purut tu . dah byk kali tanam tapi x hidup ...

jie susanos said...

untung sape yg ada tanah luas ni..jie pun tanam dlm pasu je..ruang kecik gk..hihi

Blog Santai said...

Hijau & segar KZ..walau dalam pasu..

Afasz said...

kak kite nk tanya.. kalau nak tanam daun kari tu camne ek?

Afasz said...

kalau nak tanam cili padi cmne> benih dr mana ek? baru nak belajo menanam nnti bile de umah sendiri. mohon la sharing

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam-macam pokok ada kakak tanam. Inilah untung berbakti kepada tanah:-)

Anonymous said...

heheh sya pulak teringin nk tanam pokok bunya. tp tuntas slm mula. hahah

Fyda Adim said...

kat rumah suami saya suka menanam.sy kurang.bukan kurang memang tak pandai sebab bila saya tanam pokok2 tak pernahnya menjadi..kecewa...:(

Mimie said...

Subur pokok akak tanam

OKje said...

Kalau rajin gitulahkan kanda dapat merasa hasilnya tak yah dah nak beli ....

FarahFerraDotCom said...

Senang kan tanam pokok2 yg byk ke gunaan nie.. tak payah ssh2 dok cari bila na guna..=D

ummiross said...

Alhamdulillah, berbudi kepada tanah, ada jug ahasilnya kan Kakzakie

nOe suhaimi said...

byk juga yg kakzakie tanam...klu tanah luas...mesti lg meriah

QasehnyaRania said...

xlist kakak ada jga yg ditanam
yg pnting mcm pandan daun kari limau purut cili padi.mcm saya smuanya dibeli bila nk gunakannya.maklum le dduk kuarters..
nak bercucuk tanam mmg agak sukar.
pernah msa dijb saya tanam limau purut, daun kunyit tp x bthan lama.ntah kenapa mcm di mamah ulat..