Monday, June 16, 2014

Seketika ke bandar Kluang

Kisah pada hari Khamis, 05-06-2014 sebelum bertolak ke Terengganu kami ke Kluang. Tujuan kami kerana mahu memperbaharui kad pengenalan. Lebih memudahkan kerana bangunan kerajaan di sini disenggara oleh syarikat hubby bekerja. Mudah kerana kami sudah tinggalkan dokumen dikehendaki lebih awal. Datang hanya mengambil setelah siap kesemuanya.  Hanya Kak Meen punya tergendala sebab dikatakan cap ibujari karinya tidak sama dengan yang asal. Kena tunggu sebulan. Bila hubby melawat ke sana bolehlah ambil kemudian. Mama, Kak Reen dan Mak Zah punya siap tidak sampai sejam. Idea tidak membuat di Johor Bahru agak memakan masa panjang sebab ramai yang berkunjung.

Kluang Rail Coffee - Sementara menanti kad pengenalan siap kami ke sini. Niat di hati mahu mencuba makan di sini yang selalu diperkatakan hingga masuk dalam program JJC di tv3 tapi sayangnya hari Khamis pula ia tutup. Tidak ada nasib.
Lengang - Patutlah ketika tiba mudah benar untuk mendapatkan tempat parkir.
Jus asam jawa Saidina - Kami duduk di satu warung berdepan dengan stesen keretapi tersebut. Ada juga nasi lemak dan makanan untuk sarapan seperti biasa.
Jam 10:30 pagi - Kak Meen makan lontong. Mama, adik, Kak Reen dan Mak Zah makan nasi lemak. Papa pula memilh roti canai.  Air asam tersebut tidak kami sentuh sebab tidak terbuka pula rasa keinginannya.
Jabatan Pendaftaran Kluang - Tidak sampai satu jam kami sudah beredar meninggalkan pejabat ini dan beredar menuju destinasi seterusnya.
Warna biru kad pengenalan yang baru lebih manis warnanya berbanding yang lama lebih cerah. Bahagian hadapan kini ada dipaprkan dua gambar kita, satu kecil di bahagian tengah dan satu lagi di posisi yang sama dengan yang lama. Sebagai rakyat rasa lega bila apa yang disarankan sudah ditunaikan.

~~ Kad pengenalan hanya sekadar memenuhi kehendak dunia tapi kad pengenalan di dunia yang satu lagi sendiri kena sediakan dari awal arah mana mahu dituju. Sebagai manusia kenalah kita seimbangkan dunia dan akhirat.~~


56 comments:

ayunidati said...

seronoknya berjalan and makan2 time... best3...

babYpose said...

Salam pagi Kak Zakie, oh dah buat kad pengenalan baru. Betul kad pengenalan untuk satu lagi tu kena buat sendiri, moga amalan kita diterima..

PetakBunga said...

kita pn ada masalah cap jari.. benci tukar2 ic..

AtieYusof said...

Salam Kak..
saya dah lama benar tak tukar kad pengenalan ni..bila ntah nak kemana2 JPN.. nampak klasik Kluang Rail Coffe tu kak..
Moga seimbang urusan dunia & akhirat..

FarahFerraDotCom said...

farah pun dah tukar ic baru kak.. =D

Fazlina Ridzwan said...

assalamualaikum kakak...wahhh, dah lama x jengok sini...kakak sehat?...mahap ye kak, saya kehilangan mood nak berbloging...hehehe...skang nie baru nak wat comeback...

Nor Azimah Ali said...

undang-undang dunia dipatuhi untuk kesejahteraan hidup di dunia, juga berpahala kerana kita berbuat kebaikan..saya belum berkesempatan buat IC baru, teringin juga In shaa allah.

Unknown said...

Sy blom tuka lg ic baru...ada tempoh masa ke nk kena tuka? Hihi..

Fazleyatul Aini said...

johor belum ada utc ke kak zakie
kalau ada utc senang, cepat jugak
tapi kalau time ramai orang, jenuh jugak nak menunggu nya

Khairul Bariah said...

saya pon dah buat ic di utc perak thn lepas, mmg cepat. tak sampai sejam dah siap.

mysha said...

Sha tak buat lagi kak ic baru. dulu masa keje jabatan pendaftaran sha soh kawan tangkap gambo sampai puas hati hehehe..

sekarang nih redho jerla gambo mcm mn pun kat ic tu hehehe

Sura Mohd said...

kenangan sungguh stesen Kluang ni..pernah turun sini masa dolu2..(pegi umah kakak).masa tu belum kawin lagi..naik keretapi dari Tumpat ke Kluang..bila la sampai Kluang lagi ni..dah lama tak pergi umah kakak..
Sura dah buat ic baru..masa purse hilang dulu..:)

Jari Manis said...

Kluang rail coffe tu mmg femes lah..terigin nk terjah :-)

ye betul tu kak..kad pengenalan baru ada ghost imej di depan nya..JM pun dh ada KP baru tu heeee

Mizz ErMa said...

wah, best lah dah dapat ic baru..sy pon ada plan nk p tukar jgk tp masa belum mengizinkan..ic skrg dah dah macam ape dah..hehe

Afasz said...

seronok nye makan makan.. lg bbrp hari nak pose ... hehe

assalamualaikum dr http://afasz.blogspot.com

musang said...

saya belum tukar lg kak..xtahu bila nak pegi buat

Eye_nee said...

Saya dan family pun belum tukar pada yg baru ic tu kak..mcm selalu tak der masa jer nak pergi...

AL FAJR TRAVEL JOHOR said...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt

ALFAJR TRAVEL & TOURS SDN BHD (768307-X) (KPK/LN 5056/1) menyediakan perkhidmatan UMRAH.

Pakej Umrah December (Musim cuti sekolah) dari harga RM4,790.

Layari:

umrahjohor.blogspot.com
www.alfajrtravel.com.my

Hubungi:
07-2344437
(utk sebarang pertanyaan)

Kayu Manis said...

best ke kluang..tak pernah sampai lgi..keluang man adalah tgok..heheh

@na said...

salam kakzakie; pasni ingat kena pi buat IC baru jgk la...

asyifamustaffa said...

Tak pernah smpi kluang lagi kak...insyallah satu hari nnti.

Ic sy pun dah lama x berganti..tak berapa nk ada masa...plastik depannya pun dah terangkat2...hehe...kdang malu juga bila nk tunjuk ic...:)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya pun tak berkesempatan lagi nak tukar IC tu kakzakie.. memang kena cari tempat yg kurang orang kan kakzakie.. jadi cepat sikit siapnya :)

Mar Mansor said...

kat JB memang jenuh nak tggu kak...

Unknown said...

eh ada format baru lagi ya kak.. tak perasan.. last sekali tukar ic dekat 10 tahun dulu.. T_T

saniahibrahim said...

skg memang cepat siap kakzakie.kami 1 family semua dh tukar baru ,tinggal si Iman je sibuk2 juga nk tukar mykid bila kami semua ada ic baru.

BinMuhammad said...

Belum lagi tukar kepada kad pengenalan baru ni. Hmmm...ntah bilalah...
Hari ini nampaknya akak dah kembali kepada rutin biasalah ye... Rumah pun mesti sedikit sunyi.

paridah said...

samalah dgn kak belum dpt tukar lagi...

Khamsi Abdullah said...

Kluang.. Hmm..saya seakan teringat sesuatu y pernah orang cakap pasal Kluang, tapi dah lupa! duh~~~

Masya said...

kami cdg nak buat cuti sekolah hr tu.. tp dah memasing sibuk dgn nak kendurinya.. langsung kesdh x buat lg huhuhuhu...

Unknown said...

Salam kakak~
zura belom tukar lagi kepada IC baru. Alamat kat IC pon masih alamat lamu.. huhuhu. entah bila boleh tukar IC neh~

eelobor said...

hehehe....itu lah cara yang terbaik kalau nak buat pertukaran ic sebenarnya. saya pernah amalkan

lia said...

sy sendiri belum tukar ic... nak tunggu nanti, ntah bila la..

Mummydearie said...

Saya baru je berangan nak gi UTC tukar kad pengenalan dan lesen memandu yang baru, rupanya akak lagi advance ler. Kluang Station ke tu? Menggamit memori sungguh. Teringat ambil adik lelaki di stesen bersama arwah abah dan mak yang katanya dari Changloon, Kedah. Padahal dah santai melenjan di JB dengan girlfriend baru patah balik ke Kluang. Kena tipu hidup-hidup je kakaknya, dan mak abah :)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...yer la kalau nak buat ic baru mmg kena cari tempat yg kurang org...mas pun ari tu nak juga tukar yg baru tapi biasa la kalau kat KDN Setia Tropika ni mmg sentiasa ramai sgt org...lastnya x jadi nak buat pun ntah bila la nak tukar yg baru...:)

Unknown said...

cap jari tak sama... pastu kena tunggu sebulan untuk apa kak?

Errm... idah tak tukar ic lagi.. huhu...

Fiza Rahman said...

Alahaii kak. Tutup plak yer. Tak der rezeki.

Saya tak tukar lagi IC baru. Ntah bila lah nk tukar nih.

QasehnyaRania said...

dh buat masa tahn 2012
ic hilang terus buat baru..

Acik Erna said...

Acik dah buat kakazakie..masa adik umur 18 tahun bulan mac lepas terus acik dan suami sama2 tukar yang baru

Dr K said...

saya dah lama betul tak ke Kluang..teringin jugak nak pekena Kluang Rail Coffee tu..

LYAfrina said...

lya masih ic lama lagi kak..

kluang rail coffe tu mmg kedai lama dh kan kak?


LYAfrina said...

lya masih ic lama lagi kak..

kluang rail coffe tu mmg kedai lama dh kan kak?


nohas said...

belum tukar lagi..malas noo nak gi..parking susah, letak tepi jalan kena saman..huhu..

kakrose said...

Akak pun dah tukar.ic baru lebih berkualiti sikit..

ANIM said...

saya suka lepak situ juga kakzakie kalau balik rumah mak ayah saya..
roti bakar berkaya yang dibuat sendiri dan dicicah dengan kopi pekat..huhu..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Menarik juga bandar keluang ini Kakak yea. Saya belum pernah sampai sana lagi. Sesalu juga ke Johor. tapi sini belum pernah sampai lagi. Insyallah satu hari nanti saya cuba singgah.

Blog Santai said...

Belum pernah sampai Kluang KZ...Muar & batu pahat dah..

nadz said...

Rindu Kakzakie..alahai

Falsya said...

Senang kan kakak kalau ade yg kenal2..xyah susah2..kluang rail coffee tuh kan kakak, falsya dh lama tingin..smp ke sudah xdpt..hurmmm..

aby said...

salam kz
jauh juga dari JB ke kluang utk buat IC tu ..
beberapa kali juga aby lalu kluang tu bila balik dari Rompin

Unknown said...

dah tuka ic sbb tukar alamat . dulu org johor , sekarang jadi org selangor ... selalu gak pi keluang tapi lum pernah singgah kat warung stesen tu .

norhidana said...

dana belum tukar mykad yg baru kak.... lama tak jln pusing2 ke kluang

nOe suhaimi said...

suka yang bab kad pengenalan dunia satu lagi... :)

sitirohaida said...

lama dah tak jejak kluang ni

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

oo..kalau kat sini, di shah alam blh siap dlm masa 1/2 jam sahaja.. tp mmg ramai manusia..

OKje said...

Tulah kanda tak tukar lagi kad pengenalan yg baru....Teringin pulak nak tukar...Memang le JB tuan bandar besar eloknya nak buat IC ni gi daerah kecil tak penat nak beratur....lagi untung kalau ada yg kenalkan

ellynadyra said...

nape tak singgah kedai dia yang kat area roundabout tasik atau dekat ngan kluang mall tu kak
kampung saya tu!