Monday, August 25, 2014

Menuju Syawal yang kian ke penghujungnya

Syawal 1435 sudah menginjak ke 29 hari. Peluang untuk mengaut ganjaran ada bersisa lagi kepada yang masih mahu. Esok akan berakhirlah Syawal tahun ini. Sementara semalam sendirian di rumah aku mengambil peluang mengemas mana yang patut. Penuhkan semua bekas biskut hidangan dan bakinya masukkan ke bekas yang kecil. Bekas-bekas biskut, botol-botol air, botol syampoo, sabun dan apa juga yang boleh di kitar semula aku jadikan satu. Dalam pada mengemas itulah kedengaran lori membeli barang kitar semula menjerit dengan micorfon. Timbang-timbang mana yang sempat dan jual. Duit selamat sudah dimasukkan ke dalam tabung anak-anak. 

Sisa - Masukkan dalam bekas kecil.  Biasanya anak-anak yang datang mengaji akan  'tolong' menghabiskan baki semua ini.  Lagi capat habis lagi senang hati supaya tidaklah sempit dapur comel aku.
Stok - Masih banyak lagi berbaki. Tapi ini sentiasa diguna buat anak-anak yang mengaji mudah untuk aku sediakan minuman buat mereka.
Air mineral - Ini saja yang tinggal. Aku bawa masuk dalam bilik untuk kegunaan aku sendiri.
Baki - Sebahagian yang tidak sempat masuk ke lori kitar semula. Sudah di cuci dan tunggu giliran lori datang lagi minggu hadapan.
Bila difikirkan semula bagaikan satu rutin sama saban tahun akan beginilah. Sibuk-sibuk menyediakan hidangan untuk tetamu bertandang di Hari Raya. Tiba masa mengemas. Tahun depan andai dimurahkan rezeki akan begini lagi.

~~ Panjang umur mohon Allah pertemukan syawal 1436 pula. Amin.~~

48 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah.. untung anak2 yang mengaji dengan akak ni..dapat makan yang sedap2.. tengok kak zakie mengemas dapur ni, saya pun teringat hihi.. ada niat nak kemas dapur betul2 tapi blm sempat betul2 lagi. Asyik buat sikit dan stop. Bila sambung lagi dah pun bersepah lagi. Banyak juga botol2 air minuman yang wajib kena buang tu..

AtieYusof said...

Syawal nak masuk penghujung dah kan Kak.. sini susah nak jumpa kitar semula ni..msh kurang...selalunya bekas2 plastik yg ada akan dibuang shj..beruntunglah anak2 mengaji, banyak lagi kuih raya tu kak..hehe...

Unknown said...

salam senin kak..
biasa la kalo dah mengemas memacam harta karun yang keluar..sesekali jual dapat gak la duit kan..selalu zee sedekah kat indon yang dok kutip barang recycle jer kak..
kat umah pon ada lagi tu baki biskut raya..ntah biler tu nak abis..

inazamri said...

kakak,i miss u.kebizian kak huwaaaaa

Fazleyatul Aini said...

semoga Allah beri kesempatan untuk kita bertemu Syawal akan datang

InsyaAllah

Hazmin Hamudin said...

Macam banyak je lebihan kuih raya tu ye kakzakie. Bekas2 plastik tu ke yang dijual kak? Boleh jual rupanya bekas plastik tu ye.

Kayu Manis said...

nor pun dh kemas dah..
tapi mcm nak buat lagi cookies..
masih berbaki k.zakie punya bekas..

memmetlenggeng said...

bagus kak, buat kitar semula. Saya kekadang sedekah kat pak guard kalau makanan banyak sangat dalam rumah

asyifamustaffa said...

Ya kak...sama la...tiap thn gini semenjak kawin dan ada anak....alhamdulillah...
Insyallah...mudah2an...ketemu lagi thn dpn...

paridah said...

dapur yg kemas menyelesakan kita beraktiviti di dalamnya...rajin kakzakie.

mayangbakingmadness said...

salam kak.. lama tak singgah sini.. byk lg kuih akak ni..

Umm AA said...

salah plak kiraan UAA kakak..ingatkan syawal dah lepas, rupanya berisa last ari nie yer...ummu nyer sekut raya lama sudah sudah kosong btol2 nyer..rsnya minggu ketiga raya dah licin botol..kakak nyer nampaknya still bersisa lagi tuh...yg balance tuhlah yg sedap tuh...

fazianbatrisyia said...

dah habis Syawal. Semoga kita ditemukan dgn Ramadhan & Swayal yang akan datang. Balang kuih sy dah siap simpan dlm almari semula. boleh katakan asyik bawak ke opis je kuih mana yg ada. drp tak termakan @ tak sempat makan kat rumah.

Mia Kassim said...

Tak sedar kan kak syawal dah sampai kepenghujungnya.....
Bestnya masih ada baki biskut raya...rindu pula nak makan biskut raya...yg baki2 tu sebenarnya sedap dimakan hehe

Izwa Kamaruddin said...

sekejap je masa berlalu kan kak..

Sura Mohd said...

lega bila dah kemas semua kan kak....sura tak berkesempatan lagi nak mengemas betul2 dapur..byk jugak yg nak dibuang...banyaknya lagi stok kordial kakzakie..rezeki budak2 mengaji..:)

saniahibrahim said...

kakzakie...kalau nk tau ank sya fateha brg kitar smula tu siap bwa balik ke u utk tmbh2 merit utk kekal kt kolej kdiamn dia.
kuih kat rumah ni dh lma tnggl serdak...

Unknown said...

Salam Kakak~
rumah zura dh x banyak kuih raya dh. ade sebekas jer lagi.. hehehe
untung lah kakak, ade org tolong habeskan kuih raya.

botol2 yg nak kitar semula kakak cuci dulu yer? zura main masuk jer lam plastik hitam. hehehe

Mila@Rimbun said...

masalah bekas plastik yang melambak gak kat umah tuh.. rasanya nak hantar kita semula jugaklah. tak kisahlah dapat berapa sen pun kan

Angah said...

eh banyak lagi kuih tu, hujung-hujung syawal ni memang sedap makan baki kuih...

Aziela said...

Saya tak banyak persediaan raya tahun ni, jadinya x banyak mengemas. Hihihi. Kak, lori tu mmg datang setiap minggu yer. Kalau kami, kena hantar sendiri sebab time lori sampai, kami tak ada.

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak :)

salams kenal dari saya....kuih tart tu buat saya terliur.....:):)

amirah said...

lori beli barang kitar semula tak selalu lalu di taman amie la kak...agak susah juga nak jual..last2 letak diluar aje..sape yg nak bolehla ambik je..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok kan Kakak bila ramai tetamu yang datang berkunjung masa hari raya. Bekas-bekas yang ada boleh digunakan untuk kitar semula.

sitirohaida said...

kat rumah pun masih ada lagi kuih raya..kebanyakkannya dah bawa ke opis...cepat sikit habis..

dan ramai yang dah buat open house ahad dan sabtu lepas..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy pun dah menyusun2 dan membahagi2 tu Kakzakie.. tenang sikit mata ni bila masuk dapo, heheheh

Unknown said...

kita pon dah lama kemas kak..biskut raya pon tinggal serdak dah..anak2 yg suke habiskan..hihi..

norhidana said...

gitu lah lumrah kejadian tiap thn kan kak... mcm kt kampung meriah lah kak ngn biskut kt kl nih kureng skit, al maklum yg datang beraya pun kurang... kalu kt kampung sampai raya minggu ke2 pun ramai lg yg dtg beraya

Unknown said...

Salam Kak Zakie...
perghhh banyak nyer stok air perasa akak... :D masa untuk mengemas ye kak... hehehe sama la kiter...

PetakBunga said...

ada juga simpan bekas2 kat rumah.. mcm susah sikit nk jual sini.. lama2 kita bg kat org kutip smpah..letak asing2..
kdng ada pertubuhan cina minta derma brg2 terpakai gini

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam kak..sy pun dh start méngemas bekas kuih semalam...Yg masih berbaki tu Akan di habis kan nanti w/ pun dah bertukar bekasnya..tak baik membazir kan?

LYAfrina said...

sekejap j masa berlalu kan...
kt rmh dh hbs smua kuih raya

sud@is said...

ramadhan syawal dah berlalu, rasa baru ja smbut raya...

nohas said...

banyak lagi kuih raya akak..suka kuih tart bunga..

balang2 kuih raya boleh diguna semula, tapi kalau dah bnyk, kenalah let go, kdg2 tu sayang juga..

Acik Erna said...

acik pun dah kemaskan botol2 semalam..tapi sini tak de pulak lori kitar semuala rasanya..ke acik yang tak dengar..

@na said...

As Salam kak zakie;
In Sha Allah, jika dipanjangkan umur kita akn menjlnkan kehidupan rutin yang sama cuma pengisiannya membuatkan ia berbeza kan...
Wallahuallam

Normala Saad said...

Saya baru rasa teringin nak makan kuih raya. sebulan yang lepas tak teringin pun..begitu juga dengan lemang dan ketupat...

Fiza Rahman said...

Banyak tu stok kordial ☺☺

Sekejap jer rasanya. SMoga kita dapat bejumpa syawal lagi thn depan.

eMMe said...

Kak Zakie, rumah saya takde sape dtg raya..hahaa..kemas ke tak kemas ke camtu je la rumahnya..tau2 je la ada anak kecil yg tgh lasak, kemas2 tak sampai berapa saat, tempat lain lak bersepah..tu la rutin bile bersama twin..phew...

Mar Mansor said...

kuih raya pon banyak lagi tu kak..hihi..
sama2 merasa kan..

BinMuhammad said...

Beginilah rutin apabila tiba dipenghujung syawal. Biskut2 tu masa nilah ianya mejadi semakin sedap! hehe
Tahniah akak...contoh terbaik pengamal kitar semula. Dari di buang begitu sahaja ada juga sedikit buat mengisi tabung. :)

ummiross said...

Kakzakie, best pulak ada lori kitar semula macam tu datang,lepas raya memang banyak botol plastik kosong.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak mengaji tu.

Bunda_nora said...

Syawal yang berbaki bakal berlabuh...semoga dipanjangkan umur dapat bertemu lagi syawal akan datang...InsyaAllah...

Nor Azimah Ali said...

yang rajin kitar semula suami saya kak, dia kumpul satu plastik letak kat tepi tong sampah, bila lori sampah datang diorang angkut sekali, rezeki dioranglah.

In shaa Allah kzakie, panjang umur kita berjumpa lagi ramadhan dan syawal tahun depan.

Kira Sakura said...

ada la jugak anak ngaji tolong habiskan biskut raya. kalau kira. pakat sampai raya taun depan pun tak abis lagi wuuuu. itu yang start taun lepas tak memborong kuih raya. beli dua tiga dah ckup. kalau tak ckup kita tambah dengan kek homemade. takde membazir hihihihi

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...inshaAllah jika panjang umur kita jumpa lg di tahun hadapan...:)

OKje said...

Dinda tak berkemas lagi kanda ada lagi kat luar tu bekas kuih hehe....
Budak budak ni kuih yg berkenan ajelah habisnya....Yang tidak harus berkurun dalam bekas kuih tu

Lydia Miza said...

Untungnya ank mengaji dibuatkan aur sejuk oleh mama dorang kan? Bilalah nk merasa air kat rumah kak zakie. Ingin sgt utk bersua muka