Tuesday, August 5, 2014

Silaturrahim di Aidilfitri 1435H

Kesedihan dan kegembiraan tetap ada di mana-mana.Saat kita bergembira ada yang sedang berduka. Ketika bibir kita tersenyum gembira jangan lupa ada terselit salah dan silap yang tidak disengajakan. Mohon kemaafan sebaik usai solat aidilfitri menjadi kelaziman. Moga kemaafan tulus lahir dari hati yang suci.

Dua Kak Long - Kak Long Alia sudah bekerja tapi Kak Long Reen masih belajar. Dapatlah anak-anak merasa duit raya dari Kak Long Alia selepas bersalaman memohon ampun dan maaf segala kesilapan. Boleh pula kebetulan tahun ini warna baju kami hampir sama.
Abang Danial - Tidak boleh bersalam sebab sekadar sepupu saja. Duit raya tidak mengapa mestilah adik ambil. Dua minggu lagi Abang Den akan menikah. Dapat orang Muar. Majlis keluarga kami di Bangi pada bulan September.
Abang Zaquan - Walau Abang Zaquan ini dipanggil adik dalam keluarganya tapi sebab sudah dewasa dan bekerja anak-anak Mama Zakie juga yang beruntung sebab semuanya masih mendapat duit raya dari mereka. Kak Meen menayang duit raya pemberian Abang Zek.
Ziarah - Kunjungan kami yang sangat-sangat dinantikan. Gembira tapi bercampur dengan airmata bila saat begini. Sehari sebelum ramadhan Abang Ngah hubby kena stroke. Tapi alhamdulillah berkat doa dan ayat-ayat yang diamalkan dan usaha semua, seminggu saja sudah boleh berjalan tetapi sebab bulan ramadhan kena berpuasa tiba-tiba menjelang Hari Raya kami lihat bagaikan sudah terlalu uzur. Janggut dan misai pun sudah berubah banyak yang putih dari yang hitam. Badan susut kurus walau baru sebulan. Abang Ngah inilah yang banyak membiayai hubby ketika belajar dulu.Aku tahu hubby sangat sayang dgn Abang Ngah sebab bagai pengganti Allahyarham abahnya.
Suasana kampung - Bila beraya di rumah sepupu yang bagaikan adik-berdik sendiri beginilah jadinya. Bukan duduk di sofa menghadap kuih-muih tetapi menuju pokok rambutan yang rimbun mudah dicapai tangan.
~~ Meresap jauh di lubuk hati ketika tautan salam di Aidilfitri terasa berbeza ketika bersalam di hari-hari biasa.~~

55 comments:

asyifamustaffa said...

Riang ria raya ye kak...meriah!

Kak...boleh sy tau apa ayat2 atau amalan yg abg ipar kakak guna utk ubat stroke tu...klau k.zakie tau la...:)

PetakBunga said...

blk kg pun buah rambutan tgh masak..
br laku musim raya..musim pose memng x merasalah rmbutan..
tolak tepi..

Kupukupu said...

meriahnya rayab ersama family kann :)

Kupukupu said...

meriahnya rayab ersama family kann :)

Mar Mansor said...

kemeriahan aidilfitri di sambut dgn semua sanak saudara..
tula kan musim rambutan..

Nor Azimah Ali said...

wah sakan raya ye kzakie, cuti seminggu blognya..

Acik Erna said...

seronoknya kakzakie..bila dapat berkumpul dan berjumpa sedara mcam ni

Masya said...

kira rezeki anak² akaklah tu.. nanti bila dah kerja meraka pulak yg memberi... bila salam aidilfitri ni mmg menusuk hati .. kdg tetiba jadi sebak x semena²... rasa syukur sgt masih punya ibu bapa dan mertua...

Hudalatip said...

Cantik baju kak meen, warna baju lebih kurang jer..saya dapat rasakan perasaan sayang hubby akak pada abg ngahnya tu..Harap abang ngah tu cepat sihat semula yea kak..

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer :)

Umm AA said...

seronoknya part bersalaman dan berduit raya tuh kakak..kat sini bukan budaya dorang tuk mintak2 maaf ms raya..biasa jerlah...kalo duit raya tuh pun jrg sgt orng bg...tp aidan dptlah jugak duit raya drp rakan yg agak rapat..:)

Kayu Manis said...

selagi tak kerja boleh dpt lg duit raya..samalah adibah..

sedapnya buah rambutan

adarnadzmie said...

seronok beraya ramai2 gini kak... meriah....

Unknown said...

seronok raya kat kampung kan kak...anak2 saya bukan makan kuih raya pon..diaorg duk mintak buah rambutan tepi rumah mak..haha..

Shahrul Yusof said...

Selamat Hari Raya Kak Azie :-)

Meriah betul suasana berhari raya di kampung. Feel dia jauh bezanya dengan beraya di bandor.

sud@is said...

Ceria hari raya, hijau sedondon ya..selamat hari raya, eh awat tutup muka dengan bunga tuuu....

Normala Saad said...

Seronoknya kampung ada pokok buah2an..macam dusun la pula..

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam syawal ke-9,maaf zahir batin..meriahnyer beraya kat kampung..

Hazmin Hamudin said...

Meriah nampak sedondon semuanya. Bila tiba hari raya, kuih raya pun orang tak heran dah. Buah yang jarang2 ada tu lagi sedap. Hehe

sitirohaida said...

pagi raya memang tak sah kalau tak berlinang air mata kak..seronok berkumpul beramai-ramai macam nie...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedondon baju biru yg menawan tu kakzakie..
Tu lah bila ada kalangan saudara mara yg sakit.. terasa sedihnya kan..

saniahibrahim said...

kakzakie...kalau sedara2 datang rumah sya pun hidangkan buah2an...skg ni kn musim rambutan..

lovely said...

kg ida pun tengah musim rambutan sekarang ni...

musang said...

buah rambutan lebih sedap dari kuih raya kak

Sura Mohd said...

Salam Syawal kakzakie..seronok tengok wajah2 keriangan dihari raya..eh.eh.ada bunga pulak kat muka..bila la boleh tengok wajah disebalik bunga tu...hehe:)

amirah said...

yelah kak...ada yg ziarah setahun sekali masa raya aje..masa raya tula baru nak tau perkembangan masing2..sihat ke tidak ke..tp tak ziarah tak meriah la raya..

Sarah Talib said...

Meriahnya beraya di kampung...saya kali ni jdi tuan rumah..semua pakat balik kmpg.

ellynadyra said...

selamat hari raya kak zakie
semoga aidilfitri penuh keberkatan

Fazleyatul Aini said...

cantik warna tema baju raya family kakzakie

uncle gedek said...

unlce nampak yg merah2 atas pokok tu je...

hehe

@na said...

salam kakzakie, indahnya moments di hari raya kan...ia menjadi kenangan manis nnti...

Jari Manis said...

Kak Zakie...salam Eidul Fitri dari JM jugak...meh nk salam dari kejauhan nih :-)

Mummydearie said...

Salam Aidil Fitri, Kak! Meriah nampaknya beraya ke rumah saudara-mara. Ziarah saudara-mara ketika hari raya ni memang lain rasanya berbanding datang bertandang hari-hari biasa.

Eye_nee said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kakzakie..mohon ampun zahir dan batin atas segala keterlanjuran "taipan" komen2 diruang akk...kosong kosonggg...

Saya masih cintakan Berhari Raya di Kampung...

paridah said...

salam lebaran kakzakie n famili...seronoknya beraya di kampung ya...

Fiza Rahman said...

Meriahnya kak. Seronok tgk.

LYAfrina said...

salam aidilfitri
maaf zahir n batin dari lya ;-)

meriah ..

OKje said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin kanda....
Betul kanda, bersalaman di Hari Raya mmg lain benar rasanya.... ada kalanya cukup syahdu...
Adik jugak yang untung dapat duit Raya....

Lydia Miza said...

Salam aidilfitri kak.. Maaf zahir batin. Seronoknya akrab dgn sepupu.. Baru seronok mereka beraya ke sana. Tak malu tersipu2 atas sofa.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara kan Kakak.

Dr K said...

best tu dapat petik buah rambutan sambil2 raya...

warna hijau torquise tu lawa la kak :)

aby said...

salam kz ..
musim buah mcm ni elok juga kita berkunjung ke kampong .. apatah lg dalam suasana raya ..
boleh merasa buah2an kampong ..

lopot ku seng okeh2 dingapuro yor

NEKCIK said...

selamat hati raya..maaf zahir batin kakzakie...meriah bebeno bila semua berkumpul kan

Unknown said...

kalau ada meja kerusi bawah pokok rambutan tu pun cantik..heheh

Puan Kutu said...

meriahnya raya dikampung.anak2 kak zakie juga untung byk dpt duit raya.hehe

QasehnyaRania said...

meriah kan.beraya dlm suasana kg.
selamat hari raya maaf zahir batin kakak

timakasih doakan utk saya ^^ :-)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie..meriah rasanya dlm suasana raya...selamat hari raya maaf salah dan silap yer...:)

emarieys said...

kebetulan memang musim buah kan kak...selamat hari raya untuk kak zakie sekeluarga.

Unknown said...

seronok nyer mereka beraya dan berposing yer... :)

Mia Kassim said...

Meriahnya raya ... nak2 lagi bila beraya di kg ... best

aizamia3 said...

Moga abg ngah en. suami kakzakie cepat sembuh dan sihat selalu hendakNYA.
Selamat Hari Raya buat kakzakie dan keluarga.

Kali ni raya jatuh waktu musim buah sedang ranum.. tangan sibuk nak mencapai jelah.. ;)

FarahFerraDotCom said...

Best kan dpt berkumpul mcmni.. btw Selamat Hari raya akak..=D

Mimie said...

sekali sekala bkumpul.mcm nih memg best

drshikinzainal @ ekin said...

Selamat hari raya.
Semoga ceria selalu.
Dan semoga abang Ngah pulih semula.
Warna hijau tu cantik ~ idea untuk baju raya next year.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

huhu..mmg terasa kelainannya bersalaman dipagi hari raya dgn yg biasa..air mata mesti tumpah lebih berjurai2..

alhamdulillah.. semoga abgngah cik hubby akak semakin sembuh...