Saturday, December 27, 2014

Festival Kraft Johor 2014

Mengunjungi Festival Kraft yang diadakan di hadapan dataran Plaza Angsana, aku lihat rata-rata mereka yang terlibat adalah saudara-saudara kita dari pantai timur. Satu kebanggaan yang tidak boleh dinafikan kebolehan berniaga bangsaku yang berasal dari pantai timur timur jelas di mata kita semua. Kelembutan bahasa dan dialek yang digunakan jelas terpancar asal-usul mereka bukan dari Johor walaupun festival diadakan di Johor Bahru. Festival akan berlangsung sehingga 31-12-2014 ini.


Pentas utama - Berbagai program diadakan tetapi pentas ini kurang menarik minat kami sekeluarga kerana kami lebih suka mengunjungi booth-booth yang ada menjual beraneka jenis barangan kraft.
Tradisi  - Dapur yang digunakan oleh pakcik pembuat peralatan parang, pisau, sabit dan sebagainya. Masih menggunakan cara lama.
Lembut tutur katanya - Lihat pakcik yang berasal dari Kelantan ini. Beliaulah tuan empunya booth ini. Cantik, unik dan menarik semua hasil tangannya. Semuanya dibuat secara tradisi.
Dalam kemelut saudara-mara dan sahabat-handai yang kini sedang bergelut dengan ujian dari Allah di pantai timur, mereka yang kini berada di JB tetap berhati walang memikirkan keadaan rumah dan keluarga yang ditinggalkan. Hanya doa dan harapan yang tinggi moga semua kembali pulih dengan segera.

 ~~ Belum ada keperluan buat aku membeli sebilah pisau dapur yang berharga RM75/-.~~

 

22 comments:

Maria Firdz said...

bestnya... pasti ada ilmu dan pengalaman baru pergi tgk festival sebegini...

paridah said...

mesti bnyk brg kraft yg dipamerkn ya...org kelantan ni lunak tuturkatanya namun jiwa waja n tabah hdp apasaja...

Adilah Asari said...

bestkan kak pergi karnival mcm ni..sem lepas group yaya kena interview pembuat kraf tgn..mmg best dorg ajarkan..

Qaseh Vee said...

sekarang johor pun dah banjir . semoga mrk tabah melaluinya ... saya klu tgk org tua camtu jual , blh jadi cair hati nak membeli ...

Blog Santai said...

Semoga rakan-rakan kita yang ditimpa musibah tabah menghadapi ujian Allah kan KZ...

insan marhaen said...

Semalam, mertua saya buat family gathering. Keluarga dari Johor pun datang.

Saya perhatikan mereka ini kuat pegangan agama...

saniahibrahim said...
This comment has been removed by the author.
saniahibrahim said...

kakzakie dah pergi ya ...sya ni ulangalik lalu kat plaza angsana tapi tak sempat lagi nk singgah .

Unknown said...

mahal sangat tu kak..pisau dapur sampai 75 ringgit..kalau saya pun memang tak beli..cuci mata saja boleh la..heheh

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...best pi tengok festival kraf tangan ni kn kak..:)

Zaitun said...

Tentu banyak hasil buah tangan yang cantik2. Kak zai suka beli barang kraf yang unik.

PeRdU cINta said...

Melihat kreativiti mereka..secara tidak langsung mungkin dapat mencetuskan idea untuk kita..

ewanthology said...

konfirm sesak tuuu

BinMuhammad said...

Pada pertengahan 90an, Batu 5 Tampoi ni, xde apa yang menarik. Tempat perhentian aku kalau nak ke rumah abang aku di Denai hampir setiap hujung minggu apabila boring duduk kat kampus UTM Skudai.
Tapi kini, suasananya sungguh berbeza! Mujurlah tak menetap disana...tak boleh rasanya nak hidup dalam tempat yg sesak mcm ni...hehe.

Nina Mads said...

bestnya kalau dapat pegi festival mcm ni.. dr jauh dtg johor meniaga :)

TukangKebun said...

Lama tak jejak kaki ke Plaza Angsana.
Teringat bila nak dekat raya puasa begitu meriah suasana di sana.
Kalau hari cuti confirm hubby tak mau pergi kecuali hari kerja.

εïзmmyHazaεïз said...

Suka festival. Tapi tiap kali ade je halangan nak ke sana...

ellynadyra said...

haaa
ni la agaknya yang mak mertua saya pi tu
gasak dok cite pasal ni

Masya said...

sesekali klu pg fiesta kraf ni suka tgk jer... nak membeli kena tgk keperluan mmgnya... xmoo membazir..

Jari Manis said...

kalau JM pun mmg x kan beli pisau berharga RM75 tu

Falsya said...

Huiyooo mahalnye pisau 75ringgit..

Mummydearie said...

Ish, kak... kalau saya dah terbeli pisau berharga RM75 tu haruslah rajin masuk dapur. Kejap-kejap je nak masak. Sampai masuk mimpi jadinya!

Eh, main point entry ni lain tapi saya tetap tertarik pada nota kaki pulak!