Monday, December 22, 2014

JOM JOIN SEGMEN AZIE - ambil iktibarnya

Syarat diberikan salin cerita diberikan bukan tajuk, lalu aku tukarkanlah tajuk menjadi seperti di atas. Cerita yang diberikan oleh AZIE adalah seperti berikut: -


Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.

Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.

Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...






Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.

Gambar yang Azie google - Kalau aku dapat ini semua kaya aku hihi....

IKTIBAR YANG INGIN DI ULAS DARI ADMIN TITISAN NURANI
Begitulah gambaran bagaimana manusia yang mempunyai sifat tamak-haloba, tidak percaya, menyesal bila masa sudah berlalu, tidak mudah bersyukur apa yang ada bahkan tidak kurang juga manusia sering lupa apa yang dalam sakit yang Allah berikan ada hikmah yang tidak kita ketahui ada manisnya. Bayangkan dalam kesakitan tapak kaki menginjak batu-batu sebaliknya ianya adalah rezeki mewah yang tidak ada tolok bandingnya.

Begitu pula sudah diberi peluang masih tidak mahu dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Usia dan kegagahan yang ada langsung tidak dimanfaatkan. Mengapa tidak saja diambil sedikit sebagai menghargai nasihat yang diberi dari orang yang mengatakan ianya adalah batu berharga. Sekurang-kurangnya seandainya batu itu tidak berharga pun masih boleh digunakan sebagai menutup mana-mana lubang perjalanan yang mereka lalui. Tidak guna menyesal bila nasi sudah menjadi bubur.  Ironi dalam kehidupan kita pula percayalah pada Rukun Iman yang enam, amalkan rukun Islam yang lima moga tidak ada penyesalan di akhirnya kelak. Carilah bekalan untuk kehidupan hari ini dan di sana kelak. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sedihnya kepada mereka yang sudah memperolehi banyak tetapi masih tidak berpuas hati. Sifat tamak-haloba manusia sampai bila pun tidak akan berakhir. Bersujud syukur tidak terlintas di minda sebaliknya masih menyesali kalau boleh mahu memiliki lebih lagi, lagi dan lagi. Begitulah banyak mana pun kekayaan yang kita ada, kepuasan memang tidak pernah ada. Bagaikan manusia yang sentiasa lapar dan dahaga. Bila makan terasa kenyang, selepas 5-6 jam kemudian pasti akan lapar dan dahaga semula. Mengapa yang berpuasa boleh bertahan? Itulah ajaibnya iman dalam benteng kehidupan. Bersama kita renungkan kisah tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

~~Marilah meriahkan segmen kawan kita Azie ini. 
Klik saja di sini sebab syarat diberi terlalulah mudah.~~ 


25 comments:

ANIM said...

assalamualaikum wbt..
kak zakie, selamat berjumpa dan bersembang kembali:-))

Unknown said...

semua rasa macam tak cukup..sebenarnya banyak mana yang kita dapat,itu lah la rezeki kita..Bersyukur la..

eMMe said...

mmg betol kak zakie, kalo kite dpt sikit pun lom tentu cukup, kalo dpt byk pun lom tentu puas hati.. kalo tak dpt langsung, lak nyesal, hehehe.. tapi suke baca entry ni.. best nye la dpt kutip belian, tapi sbb perjalanan yg jauh itu.. tetap tidak mencapai kepuasan hati semua org yg melaluinya..heeee...

Nor Azimah Ali said...

Syukran kakzakie, sudi join, panjang lebar dan menarik iktibar yg kakzakie tulis tu, in shaa Allah bagi sesiapa yg membaca ulasannya pun mendapat sentuhan iman, aminnn

Normala Saad said...

...yang dinamakan manusia itu, memang sifatnya tidak pernah puas...

Tie HT said...

ralt saya baca kisah ni kak
menarik
mengko kepingin juga arek join

fatin said...

tak percaya sebab tak nampak lagi..
percaya dan yakin bila dah nampak..
dah saksikan...

TukangKebun said...

Dah banyak pun masih tak cukup kan.
Nak kena tunjuk berkali-kali pun susah lagi nak percaya.

Terima kasih kongsi kisah ini banyak iktibar dapat diperolehi.

Unknown said...

detail skali huraian dari kakak.
Zura pon setuju dengan pendapat kakak tuh. manusia nih memang dari macam2 golongan.

Good luck buat kakak~

Ujie Othman said...

pandai akak ulas iktibar panjang lebar. Unik segmen mcm ni.

Fiza Rahman said...

Menarik sangat kisah ni kak. Pengajaran buat kita semua. Suka ulasan yg akak bagi nih.

Good luck kak.

Ann Ishak said...

keinginan sentiasa sukar dibendung :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya nie tak berapa nak pandai kalau bab2 ulasan citer..apa2 pon goodluck akak..

Etuza said...

tahnia ikut segmen ni yang nak kita ulas apa iktibar ..bermakna ada sedikit tajamkan minda..

Blog Santai said...

Jika kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, pasti ianya kana bertambah..Good luck KZ..

Saniah said...

Yg dh ambil banyak tp mbuang kan semula coz perjalanan yg jauh.dh sampai destinasi baru menyesal..org ni paling rugi sbb dh kerja penat tapi apa pn xde hihi.. sangat bagus cerita tauladan begini..good luck kak..

Dkna Abza said...

bila baca tersebutnya kisah tu cam berada kat zaman dulu kala..hehehee

SalbiahM said...

menarik jugak ulasan akak ni..ah, betullah, manusia tak sedar kadang-kadang sakit yang dipijak tu sebenarnya rezeki.

BinMuhammad said...

satu ulasan yg menarik utk dijadikan ingatan. Semoga bertuah ya akak...

OKje said...

wah...lain macam segmen ni bagus!
Gud Luck Kanda.....

Moga kita sentiasa diberikan hidayah Allah untuk terus berada di jalan yg benar sepanjang hidup kita ini huhu

Anonymous said...

gd luck kak zakie, n tq atas perkongsian cerita ini..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...begitulah lumrah alam kn...kalau dah ada x reti nak bersyukur....perkongsian yg baik ni n selamat bersegmen yer kak...:)

nhhas said...

assalamualaikum.
saya rasa ceritera ibrah kak zakie lah paling meletup... i.e dah cover semua dengan gaya penyampaian yang mudah difahami dan holistik...

ps: nk join, tau citer ni..dh penah baca. tapi malas nak mengarang.
buat poin form jer, boleh tak?
hihihi

babYpose said...

betul kak zakie, percaya dan bersyukur tu kena didik diri kan..good sharing dan bermanfaat ulasan kak zakie.

Jari Manis said...

selamat bersegmen kak Zakie