Hari Ahad yang lepas. Walaupun jam baru menunjukkan pukul sembilan pagi tetapi terik pancaran mentari terasa hingga ke kulit walaupun sudah berbaju kemeja lengan panjang. Selesai membasahkan pokok-pokok bunga dengan air aku dan Mak Zah menunggang motorsikal menuju ke kedai. Hajat di hati mahu membelikan pencuci muka anak dara aku yang sudah kehabisan. Selesai membeli kami meredah melalui lorong yang agak redup. Kelihatan berbagai jenis sayur-sayuran yang agak luar-biasa. Ingin juga mencuba. Setelah bertanya tahulah mereka mengimpot bekalan tersebut dari Bangladesh. Tidak dapat ke negara mereka dapat mencuba sayuran mereka pun jadilah.
Sebiji - Bagaikan labu air jika di tempat kita. Tetapi sebab bentuknya agak asing aku mahu mencuba juga. Masak sup letak udang, fish-ball, suhoon dan saleri sedap juga ditekak kami. |
Dari hari ke hari semakin ramai pula mereka yang bukan warganegara berniaga di tempat aku. Biarpun untuk berkomunikasi tidak selancar mana tapi perniagaan mereka kian maju. Dari berpayung akhirnya boleh menyewa kedai yang punya kelengkapan api-air yang sempurna. Kagum dan malu sebab aku masih tidak mampu seperti mereka - dari dulu masih menjadi kuli.
~~ Luasnya bumi Allah untuk mencari rezeki ada di mana saja. ~~
44 comments:
Pelik juga buah tu eh, tapi terung tu sangat geram la kak, gemuk betul..
yang pertama tu macam tak pernah jumpa pulak..ingatkan sukun..tapi rupanya bukan ye kak...Kalau kita berusaha,kat mana pun kita akan dapat mencari rezeki yang halal kan..
bumi Allah ini teramat subur kan rajin berbudi kpd tanah di mana-mana saja menjadi n boleh dikongsi rezekinya dgn sesiapa saja...mudah untuk kita merasa produk tani negara luar tambah dgn kebanjiran warga asing yg terlalu ramai yg melonjakan diri utk berjaya dlm kehidupan dirantau..apa guna merantau jauh2 jika nasib hidup xberubah..
hahahaha...
akak dapat tak whats apps yang ni:
Ini fakta!
Hukuman menyeberangi sempadan:
1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.
2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.
3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.
4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.
5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.
6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.
7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata-mata dan dihukum gantung.
8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.
9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.
10) Jika anda menyeberangi secara haram sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:
- Mykad sementara atau
-Status PR Penduduk Tetap
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera setelah fasih berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu.
- Kad kredit
-bolej buka akaun di mana2 bank
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan dgn kos minimal
-jadi tauke kedai runcit.
- jadi bos org tempatan
- beli rumah
- beli tanah free hold
- kahwin orang tempatan
Dll.
Copy paste dari group bangla.
rasa macam sangat betul kan kan kan kan....
hmmmm #renung panjang luar jendela sambil kedip-kedip kan mata...
hahahaha
Salam Ramadhan Kak Zaki.............
Dah macam baca novel pulak rasanya ...
sumer sayur ni pestime tengok kak..
tp dengan lambakan warga asing kadang rasa takot jugak..
mcm buah kundur lak kak yg besar hijau tuh....
terung beso tuh selalu tgk depa panggang or bakar ngn olive oil n garam skit je...
msk pajeri msti sedap gebu je tuh kan kak
semuanya tak pernah tgk
kan.. betul tu kakak
Saya pun geram tengok terung tu...montel! Warnanya cantik! Agaknya yang macam labu air tu... kundur kot...he he hehe
Betul lah tu kakzakie..nhhas..memang beruntung sungguh mereka yang menyeberang ke mesia ni...anak dapat jadi rakyat mesia dan boleh dapat segala kemudahan melebihi anak sejati mesia...suatu hari annti tak tahulah siapa pm kita ye...negara mana asalnya!!!!
First time SA tgok...rasa mmg x pernah la kan..
Yang pertama tu macam adik beradik buah cempedak pulak *_* Rasa macam timun ke, kak? Jauh sungguh berbeza rasanya bila tengok kulit luar.
Betul tu, kak. Kita ni warganegara selamanya jadi kuli. Nak berniaga tak pandai-pandai. Mereka pulak asal ada aje peluang, cepat-cepat grab. Lama-lama nanti manalah tau tak jadi kuli lagi di negara orang!
takut lak bila fikirkan nasib rakyat tempatan nanti.. hurm
memang pelik2 rupe paras sayo2 diorng ni ye kak...gambo kedua tu saya ingatkan mangga rupenye bukan....untung la akak dapat mencuba sayo yg takde kat tempat kite ni
Turut terkedu, mmg itulah kenyataannya sape tkleh sangkal, mereka rajin,bijak mencari peluang dan akhirnya berjaya di bumi malaysia yang makmur ni.
memang asing pada kita kan kakzakie sayuran mereka...bagus juga kakzakie dapat mencuba merasa .kalau sya pun sya akan beli .
Macam-macam buah dan saurannya. Betul tu kakak. tempat saya pun ada juga orang asing berniaga. Siap ada kedai lagi macam tempat kakak juga.
1st time tgk kak:)
hahaha.
orang mynmar pun dh pandai jahit pakaian. saya raya ni hantar pada mereka ja.
sebenarnya memang cabaran untuk mencari pekerjaan yang tidak memerlukan warga asing berkhidmat.
tapi warga kita, bila diberi peluang memijak kembali tuan empunya kerja lebih bermasalah dari mereka.
sebab tu kita senang memilih mereka bekerja. selepas 10 - 15 tahun kemudian, mereka lebih berjaya dari kita.
wallahualam.
Walau bukan semua tapi dorang sanggup bekerja keras demi keluarga mereka di sana.
falsya xpenah tgk pun kakak sayur2 tuh..sedangkan smp skang falsya xreti xnk bezakan daun sup ngan daun ketumbar, inikan pulak la tgk sayur2 yg pelik2..hehehe..
macam aman buah-buah tu dibawa ke sini?pakai kargo juga kah atau ada yg balik kampung
Mcm nangka pun ia kak..pelam pun ia juga..
mna msaknnya....bg resepi sekali bleh tiru..
bila dilihat fizikal sayurnya mmg geram kan kak
semangat2
rasanya kalau ok di tekak, oklah kak
bleh la cuba masakan lain lak lain kali hehhehe
untung kan org luar
berniaga
dari tepi jalan berpayung sampai selesa berniaga
sama je kat tempat saya ni kak
bila dilihat fizikal sayurnya mmg geram kan kak
semangat2
rasanya kalau ok di tekak, oklah kak
bleh la cuba masakan lain lak lain kali hehhehe
untung kan org luar
berniaga
dari tepi jalan berpayung sampai selesa berniaga
sama je kat tempat saya ni kak
akak tunjuk rupa luar aje,
trylah tunjuk rupa dalam dia or akak dah siap masak
pelik sungguh rasanya
kat tempat saya pun sama kak
mereka cukup ramai menguasai perniagaan
besonya terung dia
uniknya sayur bangla tu kak zakie...hahaha
assalamualaikum,
Fuhhhhh rasanya ok tak?
macam teringin nak cuba
mujurlah saya dah biasa dengan makanan2 bangla ni.. jadi x de rasa pelik sangat hihi..
selamat berpuasa kak.
pajeri terung sedap kak!
macam buah sukun plak tengok. Besar betul terung tu.
Nampak buah nangka pulak gambar pertama tu kakzakie..
Sedap pulak ditekak akak ye :)
Dah mereka ni rajin berusaha kan kak..
rezeki Allah itu maha luas..
orang2 Bangla dah ramai yg berniaga utk warganegara mereka..home away from home..
kalau di KL ni, kalau hari cuti, kwsn Leboh Ampang/Sinar Kota, memang penuh sesak dgn orang2 Bangla, Nepal, kedai2 kat situ pun dah jual barang2, memenuhi permintaan mereka..kedai telefon/simcard, restoran, kedai runcit orang Bangla pun ada..mcm2 suasana ada, yg junjung beg kotak atas kepala pun ada..haha..
K Mar ada jumpa buah dlm foto 1.. saiznya kecil aje
..penjual pasar mlm org Melayu dan pasaran pembelinya adalah warga bangla... masak kari katanya... yg Kakak beli ni besar ya?
sama kak...situasi di tempat saya pun kadang2 buatkan saya terpikir. saya duk kat luar negara ker nie. dari komuniti yang kecil kini komuniti mereka bertambah besar
sihatnyaa terung
Malaysia boleh eh....masuklah sapa saja..
Senyum kambing kak zai baca comment nhhas. 'Malaysia boleh'
Tengok terung geram betul.
Yg macam petola air tu...alin penah tgk ...sb ada bangla sewa tanah abah buat cucuk tanam...drg mmg ggigih cr rezeki
Kakak, saya tak sabar pula nak.tunggu pajeri terung tu.
Rakyat Malaysia dah cukup selesa kot.
buah tu sejenis sayuran ke kak?
Hihi...sesekali menyelami jiwa Bangla apa salahnya kan kanda. Betullah rasanya kita ni kena merantaulah kanda kalau nak hidup berniaga kat tempat org. Kalau duk Malaysia ni, memanjanglah fikir risiko
Post a Comment