Tuesday, June 16, 2015

Riang-ria bersama keluarga - 4

Taman Tamaddun Islam (TTI) menjadi salah satu destinasi persinggahan kami. Berkali-kali ke Kuala Terengganu tetapi kami belum berkesempatan untuk singgah. Mengambil kesempatan cuti panjang kali ini akhirnya kami berpeluang untuk singgah di TTI.

Passport - Empat dewasa dan satu kanak-kanak. Walau adik punya ketinggian hampir sama dengan kakak-kakak tetap masih di kira kanak-kanak kerana usia belum lagi 12 tahun. Passport ini boleh digunakan untuk tiga kali kunjungan.

Masuk - Selepas cop passport kami masuk ke dalam. Panas tidak terkira sehinggakan papa berkerut dahi dibuatnya.

Anak mama - Tiba disetiap replika masjid kami akan berhenti. Setiap satu juga kami abadikan sebagai kenangan bentuk  masjid tersebut. Mama/papa posing di Taj Mahal saja sehingga membuat anak-anak tergelak. Sealinnya anak-anak saja yang bergambar. Menggunakan khidmat monopod waktu beginilah kami dapat posing bersama.

Basikal 4 seater - Kami menyewa basikal ini. Pada awalnya mahu menyewa basikal setiap seorang satu basikal tetapi mama tidak pandai berbasikal. Tiada pilihan kami menyewa ini. Mahu menyewa buggy tetapi perlu ada khidmat mereka walau kita tahu menggunakannya pihak mereka tidak dibenarkannya. Perkidmatan trem juga ada tetapi tidak berhenti di semua destinasi masjid. Pilihan terbaik kami menyewa basikal ini. Enjoy!

Leceh - Dua anak ini setiap kali keluar pasti inilah yang paling melecehkan. Memakai kasut dan mengikat balik.

Sejuk - Berada di dalam bangunan berairconditioner untuk membeli cenderahati buat teman-teman mereka  apabila melihat di luar cuaca yang panas berdenting rasa bagaikan lesu mahu melangkah keluar.
Khidmat monopod - Kalau ada berlima bermakna kami menggunakan modopod sebab Mak Zah tidak ada.
Cantik - Seni ukiran bagaikan betul-betul mengikut masjid sebenarnya
Gembira - Biarpun panas terik bagaikan tidak dihiraukan kami semua
Cantik - Kalau untuk dijadikan rumah kediaman pun lebih dari mencukupi.

Carpet merah - Menarik kombinasi yang diaplikasikan.

Tertarik - Cornice siling yang digunakan benar-benar menepati mesjid sebenar.
Biarpun sudah lama TTI ini menjadi kunjungan ramai tetapi ini kali pertama buat keluarga kami kerana biasanya kami hanya singgah di Masjid Kristal yang berada bersebelahan tempat ini. Pergi kali ini kami tidak ke Masjid Kristal tetapi singgah di sini. Suasana yang cukup menakjubkan bila banyak masjid-masjid sebenar dijadikan replika untuk dijadikan tatapan kita semua. Rata-rata mereka yang membawa kamera canggih sanggup berjalan kaki dari satu masjid ke satu masjid untuk mendapatkan kepuasan gambar yang diambil. 

~~ Ada satu teka-teki - banyak sungguh masjid dibina berhampiran antara satu sama lain tetapi tidak ada orang yang bersolat. Masjid yang dimaksudkan inilah dia tempatnya. Sekadar replika. ~~

25 comments:

Aziela said...

Saya pun selalunya singgah di masjid kristal je kak...

Teringin saya nk masuk TTI

paridah said...

INDAH SUNGGUH MASJID-MASJID DI PULAU WAN MAN NI KALAU XSILAP SY...TENGOK SAMBIL LALU SAJA...KALAU MASJID TERAPUNG KUALA IBAI SELALU SINGGAH...CANTIK MASJID DI ATAS AIR BERHAMPIRAN LAUT..

Nieyla Nadia said...

nieyl x sampai terengganu lagi..:)

jie susanos said...

amboi bestnya jln2..hihi

nur anis said...

seronok dapat habiskan masa bersama family. teringin juga nak ke sana dengan family

Anisayu Nastutik said...

Riang ria bersama keluarga
Rasa mirip surga
Nyata hati bahagia
Nyaman dijiwa...

adarnadzmie said...

dah byk berubah TTI ni kak... dulu saya pergi baru jer lagi....
klu ke terengganu tak sah la klu x jejak sana.... masjid kristal pun cantik....:)

sitirohaida said...

tak pernah lagi menjejak kaki ke sini kak..Tapi keinginan nak ke sana tu ada sebab masa pi kelantan dulu,teringin gak nak singgah...
Seronoknya

norhidana said...

dana pun tak sampai sana lg kak, maksudnya melawat satu2 replika masjid tuh... tgk dr jauh je...
pantai timur mmg agak panas cuaca dr kite di sini kak.... setiap kli balik kerteh mmg terasa kepanasan lain mcm tp waktu mlmnyer sejuk betul....

Malinda said...

bestnye kak tapi kalau nak ke sana kene tunggu izara beso sikit sebab minah tu asyik nak bedokong je patah pinggang plak nnti....kikiki...takpe saya masukkan TTI dalam list cuti2 famili kami...

eMMe said...

Assalam Kak Zakie, ni salah satu tempat yg wajib kunjungi kalo kat Terengganu, saya penah gi, tapi tak sempat gi... tak cukup masa... kene repeat, bwk anak-anak, InshaAllah...

Zaitun said...

Alhamdulillah kak zai diberikan rezeki awal pergi ke tempat ini begitu juga Masjid Kristal dah banyak kali pergi dan solat disana.

Sue Bee said...

Selamat berpuasa,kak :)

Falsya said...

cantiknye replika2 tuh semua..bile la nak smp sana..

nohas said...

TTI..belum lg jejak kaki di sini..saya dh lama tak berbasikal, bila nak naik, mula2 tu memang rasa janggal jg..

Mummydearie said...

Eh, kak... bahagian 5 nya mana? Dari part 6 terus terjun ke part 4 saya ni, kak :)

Cantik payung-payung tu. Sungguh berwarna-warni. Saya pun dah lama nak pergi melawat TTI ni tapi belum kesampaian lagi. Kalau dapat masuk memang gempaklah kami berposing (tapi tak keluar blog...keh3x)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Nak kena pergi sekali tengok dan jalan-jalan tengok replika masjid-masjid ni.

Kayu Manis said...

Setakatji madih tgok kt tv jerlh madjid tu..
Secra lgsung belum bisa...

Kayu Manis said...

Ejaan tuunggang langganglh kak.
hrp akak fhm....hihi

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya pun teringin nak kesini kak..
Tapi belum berkesempatan lagi..
Anak2 dah teruja nak melihat pelbagai jenis masjid tu..

monalea said...

Teringat bawa Adli ke sini awal tahun 2014. baru pandai jalan. seronok dia jalan kat sini.

Unknown said...

nk berkunjung jugak lah...

mana tau dapat ilham rekabentuk masjid baru.

Lydia Miza said...

Lama betul x pergi KT. Dulu kami ke taman tamadun ni baru bukak blm siap sepenuhnya lagi. Dah 7 tahun kot.. Lepas tu mmg x pergi2 lagi. Cantiknyaaa

maszull said...

assalamualaikum kakzakie....hepi semuanya...:)

ANIM said...

ooo..kakzakie p teganu kita, rupanya..
hihi