Biar jauh mana pun perjalanan akhirnya kerinduan untuk berada di rumah sendiri tetap lahir dengan sendirinya. Ibarat sireh pulang ke gagang, keriangan perjalanan dan percutian akhirnya membawa kami pulang ke rumah dengan satu kepuasan walau letihnya ada dirasakan.
|
Keropok Seri Sura - Setiap kali ke pantai timur di sinilah biasanya kami singgah membeli keropok sebagai ole-ole saudara-sahabat-handai-jiran-tetangga. Kedudukannya di Dungun berhampiran peisiran pantai di mana tahun lepas kami menyewa homestay berhampiran tempat ini. |
|
Hujan - JB pula hujan sudah tiba musimnya. Baju banyak yang perlu di cuci. Bukan setakat di porch penuh dengan ampaian tetapi juga di semua bilik menjadi mangsa ada kayu penyidai untuk menampung mana yang perlu. |
|
Homework - Adik kena berkerah menyiapkan mana kerja sekolah yang belum siap. Ini sewaktu di homestay waktu malam ada juga dibuat tetapi tidak sepenuhnya. Balik itulah berbaki sehari dia siapkan semuanya. |
|
Berada di KPJ - Malam kedua balik bercuti kami mendapat berita Pak Usu (adik papa) berada di wad. Mengalami masalah jantung yang perlu menjalani by-pass kerana tiga injap tersumbat. Mahu menggunakan kaedah balloon (aku kurang arif) menurut doktor sudah tidak boleh kerana injap sudah bengkak. Menanti appointment doktor untuk melakukan operation by-pass tidak lama lagi. |
|
Adik punya - Hari pertama naik sekolah sah apa yang dilihat online sewaktu cuti yang adik mendapat tempat pertama dlm kelas dan seluruh darjah 6 adalah betul. Alhamdulillah. Bila cikgu sudah mengesahkan kenalah membeli apa yang dijanjikan sebab yang lama sudah putus wirenya. Lagi tanpa diduga sekolah agama juga buat kali pertama adik dpt mengalahkan rakan baiknya mendapat nombor satu juga. Bengkoklah mama kali ini sebab sudah berjanji utk membelikan dia sesuatu. Minggu ini harapnya dapatlah ditunaikan. |
Musim hujan sudah melanda. Akan turun bila-bila masa saja di JB sekarang. Tidak pagi akan turun di tengahari. Tidak tengahari akan turun di petang mahupun awal malam. Cuaca sedikit sejuk dapat menjimatkan elektrik dari menggunakan airconditioner sepanjang masa.
~~ Panjang umur esok ada peluang sehari lagi buat kita untuk makan di siang hari sebelum berpeluang menemui ramadhan 1436H.~~
29 comments:
Alhamdulillah...selesai percutian...kain baju bertimbun menunggu....letih semua nya ada...biasalah tu...yang pasti kalian enjoy...
Salam Ramadhan Al Mubarak...
tahniahhhh adik..usaha berbaloi nampaknya..kalo tau sebelum cuti harus mama kena cukai awal2..hahahaa..takpe la cukai pon berbaloi..
anyway kak, selamat menyambut bulan ramadhan..maaf kalo ada terkasar bahasa..kirim salam ngan sumer family member..tolong ucap tahniah tuk adik juga ye..
suka ayat permulaan kakak di awal entri...memang betul pun, sejauh mana pun perjalanan akhirnya home sweet home juga kann??? Rumah juga yang menyamankan kita...dan that's why katanya...feel at home...
selamat menyambut ramadhan almubarak kak :)
Betul tu kak. Seronok macamana pun bercuti, bila dapat balik rumah sendiri tu memang ada satu perasaan yang indah gitu :)
Oh, sekarang memang musim hujankan! Kat KL pun sama. Selalunya kalau tak tengahari, hujan petang. Bulan puasa hujan bagus juga. Tapi rumah saya takda jimatnya elektrik. Hujan-hujan pun nak pasang aircond. Memang kulit tebal betul mereka tiga beranak nih. Saya yang jadi mangsa tak tahan sejuk!
muka anak, muka suci kak...hilang semua tekanan.. Salam Ramadhan
di KL pun selalu hujan, Alhamdulillah, sejuk suasana..
NO. 5 takde?
Memang seronok berjalan-jalan Kakak bersama anak-anak.
Bab cuci kailh pling mls..ke dobi jerlh kak..
tahniah adik...bengkok2lh..jnji bijak ...
Bila balik berjalan..
Kain baju pulak yg banyak utk dicuci kan kak..
Selangor pun dah musim hujan juga kak..
Dah dua hari kain dijemuran tidak kering.,
macam akak jugak.. dalam segala bilik disangkut kain baju ni :)
selamat petang kakzakie..rindu kakzakie yg buat sura bertandang petang ni..lama x dtg sini..
tahniah buat adik..sejuk perut ibu mengandung..anak2 kakzakie semua pandai2..alhamdulillah..:)
bila balik kampung or bercuti memang basuh baju tu aktiviti utama kakak zakie..tahniah adik..happy dengar dia cemerlang sek kebangsaan n agama..moga dpt apa yg dihajati
Tahniah buat Adik!! Alhamdulillah..takpe mama bengkok yang happy ni. :)
Tahniah kakzakie dan adik.juga.
Acik paling tinggi 2 malam kakzakie.lepas tu mula la ingat kan rumah
Seronok baca kisah riang ria kakZakie. Seronok tengok tempat orang, seronok jugak mencuba makanan kat tempat2 yang kunjungi. Tapi terkejut bila baca harga makanan di JB.. padan la orang kata kos hidup di JB tinggi.
Tahniah buat adik... tak pe la.. mama bengkok sebab kejayaan anak..
Dah macam sebaya 3 dara menggayakan jubah.. lepas ni senang la nak bertukar2 baju..
Musim hujan kan kak..hujan ribut tak kira waktu..alhamdulillah..tahniah adik..kekalkan prestasi ye..sehari lagi sebelum menjelang Ramadhan..
bestnya beriang ria dengan keluarga....
Tahniah buat adik tapau semua untuk darjah 6...
rumahku syurgaku kak zakie . kat rumahlah kita boleh bebaskan diri melakukan apa sahaja termasuk free hair ... kat sini pun hujan juga kak zakie . selalunya petanglah ..
alhamdulillah...tahniah adik..
salam ramadhan kak zakie :)
berjalan seronok lepas tu yg tak seronok kain baju kotor banyak....nak basuh nak sidai kalau musim hujan tu nak menangis rasanya
Seronok kan luangkan amsa dengan family
bercuti memang bestkan, tapi bila balik kita yang mak ni memang tak best. nk kemas, nak cuci lagi.. haha.. takpelah kan demi keluarga tercinta
wah, bestnya hadiah adik ni,tahniah cerdik pandai semua anak Kzakie ni..
rajin adik belajar. bestla tu dapat apa yang teringin...
:)
tahniah buat adik
kl pon hujan rak pagi ptg tak ptg malam
Tahniah adik..... Barulah berbaloi nak belikan hadiah pun kan. Adik kat sini huh main yamg no satunya kanda...geram nengoknya.
Takziah buat adik ipar....
Diana pun pertama kali dengar kaedah balloon tak tahu apa dia.
Kalau by-pass tu biasa sebab Rayyan pernah buat bypass.
Tahniah kepada adik.
Kenalah double KakZakie tunaikan hehehe...
Diana cuba gak check online tapi asyik page error je pula.
assalamualaikum kakzakie....alhamdullilah tahniah adik...:)
adik samalah dengan si Abdul kecil..
tapi mesti adik geram kalau tahu earphone terbaru abang si abdul, wireless..
lagilah adyik tergantung ditelinganya...
Post a Comment