Monday, June 15, 2015

Riang-ria bersama keluarga - 3

Biarpun komuniti mereka tidak ramai dan sangat minoriti tetapi apabila tiba di sini akan kelihatan bangsa Cina tinggal di sini. Rata-rata mereka masih mengekalkan kedai secara tradisi. Apa yang menarik pengunjung dengan adanya tarikan lukisan 3 dimensi yang kini menjadi kegemaran remaja untuk berfoto. Tidak ketinggalan anak remaja kami biarkan mereka bertiga menelusuri lorong-lorang tersebut. Mama/papa hanya mampu mengikut lorong pertama saja. Cuaca yang panas teramat sangat mambuat mama/papa kurang selesa.
Lorong pertama

Seperti di Taman Tamadun Islam di sini pun ada lorong berpayung

Adik melayan kucing yang tersangkut

Kak Reen memberi ayam makan

Berehat seketika.
Mencari alternatif supaya tempat mereka juga dikunjungi pengunjung yang rata-rata mengejar ke Pasar Payang mereka membuat lukisan ini sebagai daya penarik. Berbagai cara dibuat bagi membolehkan kedai mereka walau kelihatan buruk tetapi tetap menjadi persinggahan mereka yang berkunjung ke sana. 

~~ Anak remaja pasti tertarik tempat begini tetapi tidak pada golongan warga emas seperti mama dan papa ini. ~~


29 comments:

Unknown said...

sporting kak reen bagi ayam tipu tipuan makan untuk bergambar.. hehehe

aizamia3 said...

Saya suka lokasi tu.. menarik.. tentu bergambar sepuasnya.. ;)

PeRdU cINta said...

Mereka kreatif kan kak..

lieyalatif said...

skrang mmg dah jadi trend street art gini kan kak...lukisan 3d gini....syok kalo jenis kaki posing dan pandai berlakon...nampak real jek gambo ekekeekekeke

diary_ciknaa said...

sweet sgt..sy blom berkesempatan lg nk bergambar kt tmpt camni kak..

Acik Erna said...

Acik dah tak daya nak jalan2 macam tu kakzakie

norhidana said...

kalau lukisan tuh cantik n menarik tentu ada yg berhenti utk menjenguk kan kak....

zmarl (ibu) said...

rata-rata negeri ada mural sekarang ni..

nohas said...

kreatif..suka tengok mural di kpg cina ni..

Aziela said...

Anak2 muda memang seronok la kan kak. Tapi sekali sekala santai2, boleh tersenyum juga kita

Ujie Othman said...

hehe..seronok saya tengok! Ada kesempatan nak jugak menjengah ke lorong ni.

Zaitun said...

Kalau dengan anak2 aje yang rajin pergi ke tempat macam itu. Selalunya kak zai tunggu kat pangkal jalan.

Zaitun said...

Kalau dengan anak2 aje yang rajin pergi ke tempat macam itu. Selalunya kak zai tunggu kat pangkal jalan.

NEKCIK said...

Bagus kan idea camtu..kalau kita jalan ke korea dan jepun tu..mende mende ni lah yang menarik orang ramai..kalaau nekcik memang jarang masuk gedung gedung besar kalau berjalan..nekcik suka bazar bazar macam nii...walaupun buruk

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...seronoknya die...:)

eelobor said...

ooo...bawa anak jalan2 musim cuti sekolah yer

Ibu Lala said...

Rajin anak anak akk beraksi. Wah jauhnya cuti cuti mesia. Best jugak tu

Kayu Manis said...

Wah mkn angin ye kak...best sesekli berhiburdgn anak 2..
mcm betul jer...aym kucing tu..

Aisy Nasiha said...

Wah bercuti hari tu kiranya akak sekeluarga ke Terengganulah ya.. bestla jalan2 bersama ya. Lawa juga hiasan sekitar kawasan ni.

Qaseh Vee said...

dah agak dah kat trengganu . dah pernah lalu tapi x singgah ...

sitirohaida said...

wah,,seronoknya berjalan-jlan ni...

Falsya said...

dh byk dh mural mcm nie skang..;)

Mummydearie said...

Awal sangat tu kak nak mengaku warga emas! Saya ni kalau nampak lukisan begitu, saya yang teruja lebih daripada anak-anak. Selalunya macam tulah. Adakah itu maknanya saya muda belia remaja lagi? Hah!

Saya ni dalam kepala kalau sampai ke pantai timur memang tak lain tak bukan nak shopping aje. Tapi dek sekarang ni macam-macam ada di sini yang boleh dilihat, rugi pulak kalau asyik tuju tempat membeli-belah ajekan!

Jari Manis said...

jgn kata kak Zakie je..JM pun x get into ngan tempat mcm ni..nampak nya JM bukan anak remaja lagi hihiih...

cahayahidupku.blogspot.my said...

3D memang kesukaan anak remaja lah kan kak..
Kita yg berusia ni tak mampu nak melayan..
Anak2 saya tu pun.. makcik dia yg lain bawa jalan..

Unknown said...

saya pun teringin nak pegi sebab tengok payung yang bersangkut-sangkut tu...

QasehnyaRania said...

betul tu kakak
inisiatif diambil utk mnrik minat org ramai melalui atau singgah ke situ
pnh tbca di blog kak aida juga ttng ini

Lydia Miza said...

Cantik.. Saya yg x muda ni masih teruja nk bergambar tempat camni kak. Kikiki

TukangKebun said...

Kawasan dekat sini belum pernah terlanjur lagi.
Lain kali balik kampung hubby, bolehlah ambil angin keluar rumah ke sini.