Destinasi riang-ria keluarga kami adalah menyusuri pantai timur, negeri-negeri yang kami kagumi kerana berbanding dengan negeri tempat kami lahir, di negeri-negeri inilah akan kelihatan saudara kami jauh lebih maju menerokai bidang ekonomi. Tumpang berbangga dengan kebolehan mereka sebenarnya. Dari berniaga kecil-kecilan sehingga yang lebih besar boleh dilihat di depan mata. Dari yang di tepi jalanan sehingga ke gedung-gedung mewah.
Tepian jalanan - Boleh dikatakan pemandangan ini pasti boleh dilihat. Murah itu yang pasti. |
Dua bills - Dua hari kami menikmati hidangan di tempat yang sama memandangkan ianya menepati selera kami. Malam pertama RM 100.60/- dan malam ke dua hanya RM157.15/-. Nama restoran tersebut adalah NR Seafood Village. Beralamat di Lot 9433, Jalan Pantai, Pengkalan Maras, 21020 Kuala Terengganu. (maaf gambar pudar sebab terkena air) |
Restoran dan keluarga aku - Sementara menanti hidangan tiba lihatlah gelagat papa dengan anak-anak. Mereka berselfie mama pula mengambil gambar mereka tanpa mereka peduli. |
Dari pemerhatian aku ramai bangsa kita yang jauh lebih maju tinggal di sini berbanding dengan mereka yang menetap di pantai barat (bukan tidak ada tetapi tidak ramai). Mencongak pendapatan dari empunya homestay yang kami tinggal saja mereka mampu menjana pendapatan lebih RM1050 sehari dari tujuh rumah yang dia ada. Aku mengandaikan jika ke tujuh-tujuh disewakan RM150/- sebulan tidak kurang RM31,500/- boleh diperolehi (kerana sewaktu kami katakan mahu kelaur lewat sedikit dia mohon maaf sebab penyewa baru sudah dalam senarai). Tetapi apa yang aku tahu ada yang disewakan RM250/- setanding dengan saiz rumah. Jika ditolak dengan kos maintenance dan utiliti pun aku dapat merasakan mereka boleh hidup senang.
~~ Sungguh sudah menjadi sabda baginda yang sumber pendapatan 9/10 adalah dari berniaga. Tapi aku masih belum berkemampuan. ~~
29 comments:
nory pernah makan kat restoran singgah selalu masa pergi JB 2 tahun lepas...not bad, siap ada live band lagi..
Seronok bila dapat melihat negeri orang kan kak.
Seafood nya murah klu hg 100 lebih saja tu. Klu hidangan seafood ni selalunya byr dlm 200 ke atas ..
kalau ke Pantai Timur..acik memang suka mencuba macam makanan disana kakzakie
orang pantai timur memang pandai berniaga kan kak..
wah jalan2 bercuti di terengganu ya kakzakie...setuju dgn n3 ni...kalau kita berada di kuala terengganu seolah berada di bandar besar milik Melayu sepenuhnya...selesa n tenang persikatarannya...pantai2nya indah kehidupan mrk berkait rapat dgn laut...rezeki daripada lautnya yg luas disamping brniaga meningkatkan sosio ekonomi mrk...keropok2 teganu terbaik.
memang orang pantai timur pandai berniaga kan kakak zakie..Makanan semua sedap2 n Murah..kadang2 pelik juga kenapa kt Sana byk lagi benda yg kita boleh dapat murah2 berbanding tempat kita..
saya paling suka keropok kering dan kopok lekor
Oh Kak Zakie gi Terengganu ke... bestnye... jalan2 cari makan... pejam mata tengok makanan.. saya puasa hari ni, heee~
teringat akok dgn nasi dagang .Bila la nak sampai sana lagi.
NR Seafood ni.memang sedap kan kak. Ramai.juga yang suka western food kat sini..Tomyam dia memang boleh tahan.
saya suka sata dari terenganu kak...sedap penuh dengan isi ikan dan ada sebutir cili padi hiris...seronok tengok bila orng melayu yg dok berjualkan bangga dengan bangsa sendiri...tapi terenganu kat kawasan paka dan seketitarnye mahal bab makan2 ni kak...pengalaman sendiri orng lain saya tak tau la
wahhhh jauh akak berjalan...dari selatan ke pantai timur...seronok2...dpt tgk budaya org, negeri org...yg paling seronok makanan2 sane lah...kat sane makanan mmg sedap2 kan kak...
lieya pun ade impian nak berjalan ke sana kak....dulu penah dok kelantan sbb ayah askar...lepas pencen balik johor....dah berpuluh tahun gak tglkan negeri kelantan...teringin nak bawak mak abah jalan sana tgk umah lame kami dulu (ntah ade lagi ke tidak) heheheeheheh
byk borong batik tak kak heheheheh
Lebih empat tahun hubby kak zai mengendalikan projek di Terengganu dan Kelantan dan selama itulah juga kak zai berulang alik mengikut hubby ke sana. Apa yang kakzakie nyatakan tentang pendapatan mereka adalah benar. Hidup mereka lebih mewah dan berharta jika dibandingkan kita disebelah barat. Kalau masuk kekampung tengok rumah mereka banglo2 besar tersergam indah. Salah seorang dari mereka yang berjaya dari kenal2 biasa sudah menjadi sahabat baik kepada kami.
Oh, ke pantai timur rupanya Kakzakie sekeluarga bercuti ya! Mesti tersangat seronok sesekali keluar dari rutin biasa. Dengar kata, belah-belah sana memang banyak murah berbanding dengan kita di belah barat ni. Di KL tak payah ceritalah, sama macam JB semua pun mencekik darah :)
Banyak borong ke kak bila di berjalan di Pantai Timur ni? Kalau sayalah asal sebut Kelantan dan Terengganu aje dah teringat batik dan keropok lekor jer dalam kepala!
wahh..jalan2 ke terenganu ya kak zakie..mmg makanan kat sana muurah...jalanraya tiada traffic jam..
pantai timur memang terbaik kak..terasa sangat nak pindah dok kampung tapi mengenangkan peluang pekerjaan yang sukar terpaksa dipendam..hahaa..
kalo otak jenis berniaga senang ler..tapi otak zee ni bukan otak peniaga..
makanan memang win..sumer sedap baik terengganu maupon kelantan..sama jer..
jagung tu mesti kat merchang kan
saya kalau balik kg, pit stop wajib tu
jagung dia memang sedap
rebus ke bakar ke tetap sedap
beli mentah bawak balik melaka lagi hihi
Memang mereka jauh lebih pandai berniaga, berbanding Melayu di ngeri lain...sikap & ketabahan mereka perlu kita contohi..
Jgn kan di negeri sendiri, mereka merantau keluar pun, mereka meniaga..Kita yg banyak beli kain kain mereka, makan seafood mereka...hihihih
beza sgt harga 300-400 tuh kalau nak dibandingkan dgn 100lebih tuh..bebetul byk sgt bezanye..
assalamualaikum,
dah lama tak ada agenda jalan2 cari makanan sedap gini huhuhuhuhu
lepas raya lah sambung JJCM
Sesekali menjengah tempat orang, rasa kagum dengan apa yang mereka miliki.. ;)
Santai cuti sekolah meluaskan pemandangan ye kak..
jarang ke pantai timur..nak juga buat road trip mcm ni..mencuba pelbagai makanan di sana..
K.zakie g terengganu bila tu?? x terserempakpn..
K.zakie g terengganu bila tu?? x terserempakpn..
assalamualaikum kakzakie...seronoknya sesekali dpt bercuti bersama2...:)
Bab berniaga tunor setuju kak..
mcm cina bljr tggi2 pastu berniaga..dr induk sampai anak syarikat..
patutnya org melayu berniaga. ?dr 99 perayus itu dr rezeki berniaga
baru sembang kopi dgn suami psl berniaga..
nor galakn juga anak2 berniaga..
Yang ramai meniaga adalah dari wanita kan kak..
Mewarisi Syaidina Khadijah dalam perniagaan mereka ni..
Memang suka pergi kesana..
tapi yg tak tahan waktu perjalanannya jauh..
suka makanan dan masakan pantai timur, murah dan sedap..cuma nk drive ke sana tu yg 'pening'...satu hari nk cari tiket murah fly to terengganu dalam sesi jalan2 cari mkn
p.s kak zakie tu menarik minat saya.
saya sedang 'turun naik' berniaga tapi apa yang disabdakan Nabi adalah benar belaka.
berniaga tu ada keuntungannya bukan sahaja pada dunia tp pada akhirat jika kita bijak mengatur langkah kita.
wallahualam.
Post a Comment