Friday, June 26, 2015

Senjata

Selalu kita dengar orang berkata "Senjata makan tuan". Senjata yang makan tuan ini biasanya kalau diperhatikan akibat salah diri sendri yang tidak berfikir panjang bahawa 'senjata' yang kononya untuk tujuan lain akhirnya diri sendiri yang terkena. Kalau digunakan dengan baik dan menurut peraturan pasti baiklah dapatnya, namun jika sebaliknya sendiri akan menerima padah. Itulah sebabnya mengapa orang dulu-dulu yang begitu pemerhati dapat membuat kata bidalan tersebut.

Doa pula tidak kurang dikatakan senjata buat kita umat Islam. Tidak mampu memberi sedekah dengan harta dan tenaga berilah dengan doa. Setelah mentelaah dan berusaha dengan tekun senjata terakhir juga dengan doa. Inilah juga dikatakan senjata. Tidak mampu memikul senjata menentang musuh, dengan doa kita titipkan buat mereka yang berjuang. Merapak sujud menadah tangan berdoa tanpa henti di sepuluh terakhir ramadhan sering dilakukan. Bukan tidak boleh berdoa dihari-hari pertama hingga ke 20 ramadhan. Begitu juga hari-hari biasa bukan tidak boleh berdoa. Tetapi sebagai manusia siapa tidak mahu ganjaran dan kebaikan yang sudah dinyatakan beribu kali ganda? Senjata ini juga salah satunya yang memberi kekuatan mental, fizikal dan keimanan manusia tanpa disedari.

Perbandingan diantara mereka yang menyalahgunakan senjata sehingga di'makan' senjata sendiri dengan menggunakan senjata ke jalan yang baik amat jelas punya dua kriteria yang amat jauh berbeza.

~~ Terus panjatkan doa moga ibadah kita diterima olehNya.~~

35 comments:

paridah said...

ALHMDUILLAH MSH BERPELUANG SINGGAH SINI MEMBACA N3 SEBAIK INI...SEMOGA SENJATA YG DIMILIKI TANDA KEKUATAN DIRI TIDAK AKAN MEMBUNUH TUANNYA SENDIRI...DLM MAKSUDNYA TU..

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah...
Kalau baik niat dan cara nya...
isnyaƁllah..baik jadinya...
kalau niat di sebaliknya...dan caranya...
buruklah akibatnya...:)

Zul fattah said...

truskan bdoa kak. Dlm doa, bbicara n crita semua pd Allah

Mia Kassim said...

Sentiasa berdoa dan berdoa ... :)

Ann Ishak said...

masyaAllah, besarnya kuasa doa kan kak

nhhas said...

akak.... doakan kita ya.
dapat pengakhiran yang baik dalam hidup.
hidup dengan iman dan islam.
dimatikan dengan iman dan islam.
dibangkitkan diakhirat kelak dengan iman dan islam.
masuk syurga firdaus tanpa hisab...
insya Allah...

Doakan Saya dapat sambung belajar juga ye dan dapat biasiswa.
huhuhuhu...

Aziela said...

Jangan pula kita doakan kemusnahan orang lain. Nanti senjata makan tuan kan kak

Sura Mohd said...

betul kakzakie..bila dah fasa ke3 Ramadhan..lebihkan lagi doa..ibadat..InSha Allah..dapatla yang berganda-ganda tu..tp 10 hari yg terakhir tu la nak kena kuat...macam-macam cobaan dan cabaran..:)

norhidana said...

kalau semua umat islam doa utk kesejahteraan semua umat islam seluruh dunia yg ditindas... insyallah itu boleh jd senjata yg sgt kuat kan kak

Anonymous said...

doa tu jugak bekalan senjata ibu buat anak-anaknya.

wallahualam.

Acik Erna said...

Doa yang baik2 untuk diri keluarga dan semua kan kakzakie

iryantyismail said...

amin...insyallah tak jemu berdoa agar jadi insan yang lebih baik .... :-))

anyss said...

assalamualaikum,
aminnnn moga doa2 kita diterima tanpa hijab

sitirohaida said...

insya allah..doa yang baik-baik untuk diri kita dan sekeliling...

Zaitun said...

Banyakanlah berdoa terutamanya dihujung Ramadhan. In shaa Allah akan diterima.

Lydia Miza said...

Sentiasa berdoa yg terbaik buat diri dan keluarga.. Tapi kita perlu jaga2 jgb smpi aniaya org sbb org yg kita aniaya tu doanya makbul nak2 bulan mulia ni kan kak..

Qaseh Vee said...

insha Allah , mudah2an saya dapa menjalani 10 mlm terakhir ...

Normala Saad said...

Sentiasa berdoa agar doa dimakbulkan..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie..alhamdullilah jika kita bersangka baik maka baik la jadinya kalau disebaliknya itulah jadinya...

Puan Kutu said...

sebab tu kot ada kata2 yg doa tu senjata mukmin..memang besar kuasa doa dalam hidup kita terutama bulan puasa. Bukankah doa paling makbul salah satunya doa org yg berpuasa..kalau tak salah sy la kakak zakie..klu tak betul tolong betulkan..

Unknown said...

Salam Kakak~
itu Zura setuju.. doa adalah senjata orang islamkan.
yang penting kena yakin dengan kekuatan doa.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Terima kasih atas entry ini.
Kata Syeikh Ibnu Atho`illah as-Sakandary: "Jika Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, maka ketahuilah bahawa Allah akan memberi kepadamu." Ayuh, kita berdoa. Terutama di hari Jumaat dan Ramadhan yang berkah ini. Berdoa dan terus berdoa..

Nor Azimah Ali said...

Doa adalah senjata utama org mukmin, tapi ramai dari kita yang tidak mahu dan tidak tahu menggunakannya.

Bunda_nora said...

Itulah besarnya kuasa doa.... apa lagi dalam bulan yang baik ini.... doa yang baik2... semoga kita juga mendapat manfaat...

Sham said...

Sy ni semenjak sakit nilah baru terasanya 'nikmat' bdoa tu kak...syukur sgt ALLAH bg lagi peluang...

Inani Hazwani said...

In sha allah minta yang baik baik, yang datang kelak juga yang baik

ANIM said...

tambah2 doa orang-orang yang berpuasa kan..
antara doa yang Allah mustajabkan...

Malinda said...

Tak pernah henti berdoa selebihnye nye serah pada Allah...tapi semlam memang terjadi peristiwa senjata makan tuan bila tangan saya terluka dek pisau pemotong yg sy gunakan sehari2 T___T

Semut Senyum said...

senjata makan tuan ... kita kena hati2 dalam setiap apa yang kita lakukan. apa yang kita amalkan. contohnya kata-kata... juga tajam ibarat mata pedang. kata-kata yang dilemparkan itu juga satu doa. jadi dlm berkata2 juga perlu berhati2... kata yang baik-baik utk efect yang lebih baik kpd kita dan orang2 disekeliling kita. =D

insan marhaen said...

sekarang ini dah ada trend berdoa untuk yang tidak baik kepada rakan sejamaah....

kakrose said...

berkata yang baik2 berdoa yang baik2..insya Allah..Allah akan makbolkan doa kita..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang berkesan doa. Tanda kita bergantung harap pada Allah SWT sahaja.

HeNRieTTa JoSe said...

salam ramadhan...lamer rietta xberkunjung ke sni...

Qaseh Abadi said...

lama xkesini baca entry akak yg sangat menyentuh hati.. semoga ramdan tahun ni adalah yg terbaik dari sebelumnya.. salam ramadan akak

Mummydearie said...

Dah hampir separuh Ramadhan berlalu. Semoga doa-doa sepanjang bulan Ramadhan ini akan diberkati dan dimakbulkan.