Tuesday, June 23, 2015

Tersepit di celah kemajuan

Lumrah biasa terkadang kita tidak sedar apa yang terjadi kepada insan-insan terdekat dengan kehidupan harian kita. Jiran adalah saudara terdekat walaupun bukan darah daging. Aku terpana apabila diberitahu salah satu rumah jiran berhampiran rumah kediaman aku akan diperintah lelong oleh pihak bank. Terkedu. Terperanjat. Kasihan. Sedih.  Semua rasa itu berbaur menjadi satu di dalam minda aku suami-isteri. Bila pihak bank menyatakan sejak membeli tidak dibayar aku dan hubby terkedu betul. Apa yang kami tahu rumah tersebut juga dibelinya dari orang lain. Tidak lama selepas itu dia menyewakan pula kepada orang lain. Aku tidak ambil tahu berapa dia sewakan dan berapa banyak harga yang perlu dibayar kepada pihak bank setiap bulan.

Mahu membantu dengan jumlah yang melibatkan angka agak besar tentulah tidak kami mampu, apa lagi bukan darah-daging walaupun ianya jiran. Serba-salah. Pernah terjadi sebelum ini yang akhirnya rumah itu aku dan hubby sepakat membelinya. Kini sekali lagi terjadi. Perbincangan terpaksa dibuat. Sepakat kami membeli saja rumah tersebut. Bayaran yang perlu dibayar kepada pihak bank sudah hubby langsaikan melalui pihak peguam kami. Seterusnya rumah tersebut kini sudah dicavietkan ke atas nama anak dara sulung kami. Tindakan kami sekurang-kurangnya dapat memberhentikan perintah lelong yang akan dibuat. Daripada rumah jatuh ke tangan bukan bangsa aku lebih baik kami membelinya. Kalau anak-anak tidak mahu duduk kelak (anak-anak aku semuanya perempuan, manalah tahu suami masing-masing tidak mahu) rumah-rumah yang kami ada dijadikan homestay. Teringin juga mengikut jejak-langkah anak Melayu pantai timur yang rata-rata mempunyai homestay. Tidak dapat 7 buah sementara ini dapat  3-4 buah pun jadilah. Sementelahan anak kami pun tiga saja.

Apakah 'orang yang duduk di atas' tidak nampak masalah yang kita rakyat marhaen ini hadapi. Rumah yang harga tidak sampai RM200/- pun masih ada yang tersepit tidak mampu membayarnya apa lagi jika mencecah jutaan ringgit. Semput hingga akhirnya tersepit. Bila sudah tersangkut akan disenarai hitam pula dan langsung tidak boleh membuat pinjaman bank. Kasihan golongan seperti mereka ini. Tindakan kami sekurang-kurangnya dapat membantu pasangan ini dari disenarai-hitamkan pihak bank. 

~~ Kerana rumah itu dua pembayaran projeknya hanya berbaki RM 2000/- saja. Kasihan hubby.~~





39 comments:

Sura Mohd said...

semoga pasangan itu mampu bertahan dan diberi kekuatan..
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki kakzakie dan suami mampu untuk membeli rumah itu..elok juga ..jadi aset..itulah kak..hidup ini penuh dengan dugaan..semalam pun sura dpt surat mengatakan rumah yg kami sewa dah nak naik harga..Ya Allah..mana nak bayar rumah kat kampung lagi kat sini lagi..dugaan..Semoga Allah memberi penyelesaian kepada masalah kita semua..

Rizziela said...

Kita merasa..mereka2 yg kaya x merasa kesusahan yg terpaksa kita hdapi...itu belum kita ambil kira yg betul2 susah lg...nak makan pun kena betul2 kira utk membeli

BinMuhammad said...

Rata-rata rumah di JB tersangatlah mahal. Terlalu berbeza berbanding tahun 90an dahulu. Jika ada rezeki, rumah adalah aset terbaik untuk jangkamasa panjang dari simpan duit kat bank.
Semoga keluarga tersebut dapat mengharungi dugaan ini dgn tabah...hanya yg telah melaluinya faham akan keadaan mereka.

p/s:
Jemput singgah : Artikel Terakhir Relaks Minda - Terima kasih

shaliza said...

Kalaulah "orang atas" tahu, semua itu tak berlaku...rakyat akan terbela sebab kita punya aset...tapi tulah, semua tu masuk ke kantung yang tidak amanah & tidak bertanggungjawab.

nur anis said...

alhamdulillah.. semoga akak dan suami lebih dimurahkan rezeki.. betu tu. rumah di kl ni harga sangat mahal. tengok iklan, rata-rata tulis, "from 500k only". rasa terhina betul.

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah, semoga akak dan suami terus dimurahkan rezeki, mulia hati akak suami isteri...

YUS said...

Allahu.. Kesiannya. Tapi nasib masing-masingkan. Kita rakyat biasa mmg terasa sgt terbeban zaman ni. Semoga Allah melimpahkan rezeki yg lebih luas utk kita semua. Ameen Ya Rabbal'alamin..

p/s: Untung jugak kt akak dapat buat pelaburan ni.

AtieYusof said...

Alhamdulillah..sekurang2nya akak dah menyelamatkan tuan rumah tu..tindakan yg bijak jg bila akak & suami membelinya.. aset utk masa depan anak2... mmg berbaloi klu akak terfikir nak buat home stay...:)

NEKCIK said...

Orang atas nampak RM jer....sekarang klau di kl ni semua rumah mampu tenhok jer yang naik macam cendawan...mampu kah anak cucu kita membeli rumah untuk berteduh...rumah niasa pun dah setengah.juta

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah dah tertulis rezeki akak dan suami..dan juga tertulis rezeki anak-anak bakal duduk berhampiran dgn akak..syukur alhamdulillah walaupun skrg terasa perit sedikit..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

masyarakat bandar semakin miskin kakzakie...

Inani Hazwani said...

Memang rumah makin mahal sekarang. Akan datang tak tahulah. Semoga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga :)

Inani Hazwani said...

Memang rumah makin mahal sekarang. Akan datang tak tahulah. Semoga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga :)

paridah said...

tindakan murni tu alhamdulillah...membantu sesama kita di bulan mulia....taraf hidup di JB ni terlalu tinggu kesian yg amat sederhana pendapatannya pasti terjerut dgn masalahnya.

QasehnyaRania said...

rumah di jb boleh tahan harganya

alhamdulillah smga Allah lapangkan rezeki buat akak sekeluarga kerna berusaha membantu yg memerlukan. aamiin

org pantai timur mmg pandai ambil peluang berurusniaga.saya sndiri kagum dgn mereka kerna pernah bkerja di bawah bos org kelantan

Mummydearie said...

Bagusnya akak boleh membantu sebegitu. Sekarang harga rumah memang mahal. Kalau mampu memang kena kumpul, buat pelaburan di masa hadapan. Nak beli pun susah, nak mengekalkan bayaran pun susah. Itulah nasib kebanyakan orang kita. Sedih sangat!

dhiera zainudin said...

harga rumah sekarang naik mencanak-canak tidak berpadanan dengan gaji yang diterima. kesian kami yang nak ada rumah sendiri. alhamdulillah masih mampu untuk membeli tanah buat simpanan sementera gigih kumpul wang untuk binakan rumah

SalbiahM said...

harap orang atas nampak betapa ramai rakyat yang mengikat perut demi meneruskan kehidupan. semoga pasangan tersebut akan dipermudahkan urusan

eelobor said...

itu lah yang berlaku sekarang dengan harga rumah yang di luar akal fikiran logik.... di tambah dengan harga barangan dan ekonomi semasa, memang terasa sangat2

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie, dengan cara itu lah yg dpat kita membantu kan..
Bagus juga cadangan akak tu, utk dibuat homestay..
Jika saya ke selatan boleh lah saya menyewa homestay akak tu kan..

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah..diberi rezeki utk akak dan suami 'mempertahankan' rumah tersebut dari jatuh ketangan bangsa lain..

Falsya said...

alhamdulillah..moga Allah limpahkan rezeki buat kakak sekeluarga..falsya sokong statement kakak yg xnk rumah tuh jatuh kat tgn bangsa2 lain..mcm kat area umah falsya..area situ mmg area melayu satu masa dulu..melayu majoriti..tp dh lama2, byk bangsa lain yg beli..

Lynn Huraiza said...

syukur alhamdulillah ada yg prihatin mcm kak zakie dan suami...

Eye_nee said...

Bagus cara akk ni..tambah asset kan kak..membeli dan melaburkan duit pada sesuatu yg berfaedah..jika pun nnt2 puteri2 tu tak mahu tinggal disitu...mcm2 boleh dibuat menambahkan pendapatan saat usia meningkat...

Nor Azimah Ali said...

Harga rumah skrg mmg di luar kemampuan, akk bayangkan rumah yg kami beli 13 tahun dulu dgn harga 100 ribu lbh sikit je, sekarang rumah yg sama sudah berharga 300 ribu, aduhaiii...tk tau dan tk bole fikir mcmane nasib ank2 saya akn datang...

Fiza Rahman said...

Harga rumah memang takkan turun kak. Tapi ada jer yg mampu beli rumah juta².

Alhamdulillah...rezeki akk dpt umah tu.

aizu's life said...

Allah.. Dugaan buat mereka..
btw, TAHNIAH kakak & suami sbb tlg 'selamatkan' keadaan. Mudah2an ALLAH balas dgn kebaikan yg berlipat kali ganda.. X kena kat kita, mgkn ALLAH bg kat anak2 pula :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kasihanya. Dugaan buat mereka di dalam bulan yang mulia ini. Semoga jiran kakak tabah menghadapinya.

nurbijen said...

Tak apa lah kak... pelaburan di masa depan dan dalam masa yg sama tanam saham akhirat sbb tolong jiran yang tersepit...
Semoga Allah memberkati pertolongan kakak sekeluarga...
Bertambah berkat di bulan Ramadhan ni :)

Tapi bila bercakap pasal orang atas yang mash buat keputusan di empuk, banyak rasa terkilan.. Tapi apakan daya nasib rakyat2 marhean yang makin hidup susah di negara sendiri.... huhuhu

Aziela said...

Kalau berbaloi, tak apalah kak. Alhamdulillah, rezeki anak2 kakak tu.

Kayu Manis said...

Yelh kak, elok akak bli dr jtuh ke tgn bgsa lain...skrg ni pun melayu di anak tirikn saja..
Ada pluang melayu mmpu mcm akak..teruskn kak...rezeki anak2 tu..klu tk elok di homestaykn...hihi

Esok2 mna tau nk pg johor bleh sewa homestay k.zakie...kn...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah sekurang2nya akak n hubby dah menolong jiran tersebut...:)

iryantyismail said...

betul tindakan akak tu...sayang kalau rumah tu jatuh ke tangan bangsa lain.

Umialya said...

Tidak terbayang dek akal, nasib anak2 kelak, harga rumah semakin meningkat dari masa ke semasa..

Nak cari rumah di bawah RM100k, rasanya dah xder.. rata2 lebih 200k, hingga mencecah RM1/2juta.. pasrah..

eMMe said...

Assalam Kak Zakie, hope saya dpt jadi cam Kak Zakie...mampu sediakan utk anak2 kelak, InshaAllah..........

amirah said...

alhamdulillah ada rezeki akk membeli...kesian jugak kan kak..jiran betul2 sebelah rumah amie pun rumahnya nak dilelong kak...tp kami ni tak boleh nak membantu.. :( ...kami sndr pun tak mampu nak bantu...yg duduk sebelah ni ibu tunggal dan 3 anaknya..setakat bantu bg makanan brg2 tu bolehla lagi..

Unknown said...

alhamdulilah Kak...diana pun ada menyimpan hasrat mcm Kak azi...beli rumah utk anak@ dijadikan aset utk ms hadapan.

Anonymous said...

untuk masa depan.

wallahualam.

nhhas said...

waaaa... baik nya kakak...
alhamdulillah...

kak zakie banyak nyer rumah. kita g johor homestay kat homestay akak lah ye...

hihihihi...