Tuesday, December 22, 2015

Cantiknya seketika saja sebelum luruh

Dari sehari ke sehari kuntuman bunga kian hambar untuk dinikmati. Masa untuk mengulek pokok-pokok pun bagaikan kurang diberikan perhatian. Banyak sudah pokok yang perlu dicantas. Tidak kurang rumput yang kian meriah tumbuh dek kerana hujan kian kerap di JB sekarang ini. Tengahari waktu makan biasa panas tetapi selepas itu hujan akan turun.





Bunga yang kembang pun tidak akan bertahan lama jika hujan terlalu kerap. Menikmati keharuman bunga ros pun sekejap saja. Keembong purple ini sudah aku buang kerana semakin meriah mengganggu pasu-pasu bersebelahan dengan anak-anak pokoknya. Selain itu kerap menyumbang ulat-ulat yang besar membuat aku terjerit-jerit setiap kali membersihkan kawasannya.

~~ Pokok bunga pun bagaikan anak kita perlu dibelai selalu.~~


28 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..sejuk mata melihat keindahan alam kan..sejuk tangan akak menanam bunga kan ;)

Unknown said...

tangan akak tanam ape pon menjadi..sukerrr
hurmm zee punya pokok cili aritu tak menjadi kak..beli yang dah berbuah pon balik umah seminggu mati..hahahaa sadis..pokok kesum pon sama..sayang jer tengok..

paridah said...

Walau mekarnya xlama tapi tetap cantik menyeri suasana n bunga2 jenis ini xbegitu lama jangkahayatnya. ros tu lama sikit hidupnya tapi perlu ditanam ganti agar xhlg benihnya pabila tiba masa pupusnya.

Kayu Manis said...

Pokok bunga nor dh layu kak...
Jeles tgok bunga kmbng mekarmu

Selamat pgi

Mimie_Zatun said...

husband mimie suka menanam. Mimie suka tengok je.. hehee

HeNRieTTa JoSe said...

cantiknye akk....rietta love roses...so in love with them....bunga purple yang gmbar no 2 tu cantik la akk...bunga apa yea...

PS : sepatut rietta pown buat camtu jugak akk...terkilan jugak bila dia buat cmtu...

Yaya Azura said...

musim hujan kak..berat bunga2 takung air..
rumput lg lah..laju je naik..

Nieyla Nadia said...

Assalamualaikum....
suka bunga ros...dia ada haruman yang nieyl sukaa..
Tapi en.husband suka tanam pokok hijau² je...

emarieys said...

rumah saya tak ada pokok bunga pun...huhuhuh...

aizamia3 said...

Suka dengan pokok keembong tu kak.. cantik.. sebab ia senang membiak.. ;)

Julia Johari said...

Cantiknya bunga2 dikawasan rumah akak...nyamannya nak ulit bunga2 ni...terasa sgt julia duduk rumah atas langit...nak rasa ulit sebegini jauh Ya Allah...

Unknown said...

Banyak jugak bunga2 kat taman larangan akak ni ye...kikiki...saya dulu ada gak menanam bunga sepasu dua tapi minatnye sekejap je lepas tu tinggal camtu...baru2 ni kan kerap betol ujan turun alih2 saya tengok pokok yg hidup segan mati tak.mahu tu tetiba keluar kan bunga pulak...sedih pulak hati saya ingat lepas2 ni nak li belai2 balik la cam dulu...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

lama tak jumpa pokok ke'embung. dulu suka tumbuk daunnya gantikan inai.. heheheh

Lydia Miza said...

Cantik keembong tu kak zakie. Kalau dekat lama dh ngecek ank benih atau bijik nya

Ujie Othman said...

pokok keembong tu..masa kecik saya tumbuk daunnya buat mcm inai. Sbb kat rmh xde pokok inai masa tu. heheee

JunAina said...

Pokok keembong tu di Perlis orang panggil pokok pacaq....ehehee...

Dr K said...

Di Shah Alam sekarang ni dah tak berapa kerap hujan pula...tak tahu lah lagi seminggu ni macam mana. Esok Insya Allah akan balik ke JB...boleh la rasa hujan di sana...hihihih....Terima kasih atas undangan akak ke majlis di BP tu...saya tak dapat ke sana :)

Cho Zila said...

rumah saya langsung takder pokok bunga... isyh patut jadikan hobi untuk tahun depanler kot... bagi bunga2 cintapun mekar bersamanya...

Dkna Abza said...

bila tengok bunga segar ni, sejuk jer mata memandang.. kalau kat kampubg memang seronok sangat la.

insan marhaen said...

lama tak lihat bunga raya di negeri saya sekarang walaupun ia telah diperakui sebagai bunga kebangsaan.

jangan-jangan, cucu saya nanti pun tak kenal bila ditunjukkan spesis bunga raya...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Masih ada juga bunga2 kak zakie berkembangan..
Bunga2 saya pula semakin merajuk dengan saya..
Hari tu ada dua kuntum bunga rose muncul..
Sayangnya bertahan sebentar sahaja..
Namun tuan tidak dapat membelainya akibat kesibukan..

Ahlam Miera Shafie said...

cantiknya.. rajin akak brkebun.. :)

Normala Saad said...

Kak disini dah terbau-bau musim kering..dah seminggu tak hujan...

iryantyismail said...

subhanallah cantiknya bunga2 tu...

Fyda Adim said...

cantiknya bunga-bunga akak...segar bugarlah

kakrose said...

samalah kita Zakie..halaman rumah dah semak samun.rasa tak kecukupan masa nak mengulitnya..

Falsya said...

cantik bunga2 kakak..pandai kakak bercucuk tanam..;D

nhhas said...

Segar bunga2 an akak