Monday, December 14, 2015

Peranan kelapa dengan kuih tradisi

Zaman mak-nenek kita dahulu membuat kuih-kuih tradisi tidak lari dari kelapa. Bila kenduri-kendari pula kerja memecah, memarut dan memerah kelapa untuk mendapatkan santan sudah menjadi perkara biasa. Namun kemajuan dunia hari ini selaras manusia kian sibuk berbagai cara digunakan untuk menggantikan santan dan kelapa parut. Soya, creamer dan susu sudah sering digunakan sebagai alternatif pengganti. Untuk lebih dekat dengan rasa santan kelapa kini kelapa di dalam kotak juga sudah menjadi perkara biasa. Kukur kelapa dan mesin parut kelapa pun ada anak generasi kini yang sudah tidak kenal. Pergi muzium baru tahu.

Rumah aku ada lagi mesin parut kelapa. Namun hanya sesekali saja aku gunakan apabila timbul keinginan. Tetapi Kak Reen juga sudah pandai menggunakannya, itu pun pertama kali mencuba kelapa sudah terpelanting dari tangan. Adik-adiknya jangan haraplah. Baru-baru ini aku gunakan kelapa parut untuk membuat agar-agar, rendang dan kuih kaswi.

Kukus - Terlanjur pengukus besar ini belum tersimpan selepas mengukus pulut tempohari aku kukuslah kuih ini
Tujuh - Ini untuk jiran yg menyewa rumah kami. Pasangan muda anak satu. Dia memberi kami apam, jadi pulangkan pinggan ganti dengan kuih ini. Anak-anak pula kalau kuih yang ada tabur kelapa kurang minat tetapi kali ini bila mama masak sikit suka pula. Mungkin aroma daun pandan dan gula melaka yang harum memikat selera. Namun adik tetap tidak makan dengan kelapa. Togel-togel dia makan begitu saja.
Cheese - Kalau topping begini anak-anak memang sukalah. Entah apa di buatnya di dapur ada 4 ketul ini. Dua untuk yang memasak (Kak Meen) dan dua lagi adik punya.
~~ Walau canggih mana sekalipun sehingga kini belum ada yang boleh menggantikan kerisik kelapa untuk rendang masakan tradisi Melayu.~~


49 comments:

Unknown said...

sedapnya tengok (^___^)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedapnya kak...:)

Kakcik Seroja said...

Kakcik suka kuih yang ada tabur kelapa macam tu... :)

norhidana said...

aah kan kak kuih dulu2 tak lari dr kelapa... takde dlm kuih kt luar kelapa parutnya...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Anak2 saya suka pulak letak kelapa tu kakzakie..
Kalau nabil kelapa tu saja th disuap kedalan mulut..
Kuih berasaskan santan memang sedap..
Lemak manis jer..

nurbijen said...

Rumah mertua saya ada lagi mesin kukur nyor...
Kalau kenduri, mmg keluarga mentua masih lagi kukur nyor sendiri...
Biasanya en hubby la yg tukang kukur...
Saya memang tak berani nak guna.... hehehe

Qaseh Abadi said...

mesin parut kelapa masih setia digunakan kat rumah syida. Kami adik beradik masing2 tahu guna.. :)..kepuasan bila masak guna santan segar..

iryantyismail said...

betul2...tanpa kerisik bukan rendang namanya...

Khairul Bariah said...

saya pun suka makan kuih dengan kelapa parut digaul garam. sedap rasa lemak2. anak2 kurang.

nohas said...

kt kpg masih ada lg pengukur kelapa yg tradisional tu, kalau emergency guna jugalah..sbb mesin parut dh rosak, kekadang hantar kedai runcit, upah parut je..

sekrg ni 'mengukur kelapa' dh jadi acara sukaneka org dewasa..huhuhu..

Falsya said...

falsya dh lama carik kuih kaswi yg sedap..selalu beli mesti rase kapur yg lebih...

Izwa Kamaruddin said...

topping cheese? nak kene try jugak la macam nie..

Puan Kutu said...

sedapnya kuih..teringat pulak kukir kelapa aruah mak..kemana menghulangnya ye..sy biasa beli kelapa pqrut n santan segar dekat kedai je.senang kak zakie.hehe

raihanah said...

betul tu, kuih tradisi jugak yang sedap

paridah said...

masakan yg gunakan santan kelapa asli berbeza rasa sedapnya berbanding yg guna santan kotak r susu r creamer.

Unknown said...

lama dah tak try mesin kelapa sendiri..
kat kampung ada la mesin tu..
kelapa pon takyah beli belakang umah jer pokoknya..

Normala Saad said...

saya sampai sekarang tak suka santan kotak. Rasa tak puas nak masak..suka beli kelapa dan mesin sendiri kat rumah.

wahida said...

saya pulak apa saja makanan yg pakai santan, saya pakai santan kotak je kak...sebab mudah dan murah...huhu...

sedapnya kak kuih akak tu...dah la saya tgh lapar petang2 ni...

cikceriacorner said...

bestnye kak..nak sikit..hehhehe

Mar Mansor said...

betul juga tu..kuih tradisional banyak letak kelapa..
kuih sekarang ni...kalau boleh,jemput2 pun letak cheese

Unknown said...

Petang2 camni memang best kalau dapat layan kaswi panas2 dan lembik2 sikit tabur kelapa banyak2...lawankan dgn teh o...mesti makan tak hengat jadinye kak...

PeRdU cINta said...

Mama PC masih simpan lagi kak parut kelapa lama tu..mama kata stand by kalau tak ada karen boleh la guna parut tu..

Umialya said...

Nak resepi kak..

Nor Azimah Ali said...

Kt kedai masih ada mesin parut kelapa, saya prefer fresh kelapa, perah santan sendiri dr guna santan kotak.
Kuah nasi dagang pun tak jadi kalo guna susu cair atau santan kotak,kan kzakie;)

Unknown said...

mmg sedap kuih yg bersantan atau tabir kelapa ni kakzakie, kaknoor bila rajin guna santan yg perah sendiri tu tpi bila time malas santan kotak pun belasah jugak heehe

Ibu Lala said...

Best la dapat mak yg rajin masak mcm akk ni. Anak anak sy mkn memilih. So kena buat apa yg dorang suka

Amy Hilmirda Daud said...

sama lah kita kak, anak-anak tak berkenan ngan kelapa

Unknown said...

Assalam. Lama tak buat apam beras. Antara kuih berkelapa yg saya suka.

Unknown said...

Assalam. Lama tak buat apam beras. Antara kuih berkelapa yg saya suka.

eelobor said...

bila balik kampung selalu gak beli kuih-kuih tradisional nie kat pasar siti khadijah masih ramai yang menjualnya....

Kayu Manis said...

Sedapnya kaswi......nk bt tk reti plkkkk..

Syamimi Saad said...

Kak.. Bila tgk kuih kaswi tu, rsa rindu pula dgn kuih muih buat mak.. Allah..

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Cerita pasal kelapa ni teringat kukuran kelapa. masa budak-budak dulu kalau mak nak kukur kelapa, saya mesti nak bertenggek kat belakang. buar macam naik motor hehe..

Zaitun said...

Arwah mak kak Zai pun suka sangat masak gunakan kelapa. Pernah ditimpa kelapa gara2 mengait nasib baik cuma meleret dekat galah.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Pandai kakak buat kuih ni. Ada resepi tak?

Inani Hazwani said...

Sedapnyaa kak :D

Unknown said...

Zura suka kuih kaswi tu.
lagi banyak kelapa lagiii sedap.
tetiba teringin pulak nak makan.
nanti suh Cinta belikan lah. hehehe

Fiza Rahman said...

Sedapnya kak. Feveret ni. Lagi banyak kelapa lagi sedap ☺

monalea said...

betul kak, kerisik kelapa, kelapa parut dan santan adalah penyedap makanan melayu kita..

adarnadzmie said...

masakn dulu kebanyakan menggunakan kelapa kak... kuih muih... masakan... kerabu... manisan... mcm2 lagi la...

Zaza Abdul Latif said...

setuju dengan pendapat kak Zakie tu.. warisan tradisi semakin dilupakan.. bukan anak saja je yang tak pandai mengukur, kalau suruh saya pun belum tentu saya tahu kak.. hihihi
Zaman dah semakin canggih.. semua dihujung jari je.. semua main tunjuk2 je.. agak2 teringin, beli saja dikedai.. itu pun belum tentu sedap kak :)

Mummydearie said...

Saya sendiri tak pernah guna pengukur kelapa, kak. Tengok tu pernahlah. Kalau guna, dah tentu-tentu macam anak akak juga. Saya ke mana, kelapanya ke mana ^_^

Bila baca tentang kuih tradisional, tetiba saya teringat pulak kat puteri mandi... Akak taukan kuih ni!

Lydia Miza said...

Saya suka kuih ada kelapa walau dulu zaman kecik rasa tak minat mcm
Tercekik je. Skrg kemain carik lagi..

Kelapa parut wajib ada dlm peti sejuk saya. Sbb tekak ni tiba2 nk kuih bakar ke talam ke naya je nnt takda kelapa. Sy x suka ganti dgn santan kotak sbb rasa dia lari jauh.

Haah kan kak, kerisik lum ada pesaing lagi. Unik dan sgt sedap. Buat sendiri puas hati tumbuk smpi berminyak

Aryan azra said...

amboi2 sedapnya kak...

saya lebih suka gunakan santan asli dalam masakan terasa lebih sedap gitu

Cikna said...

Lapoooo.......cikna pun xreti mesin kelapa,kukur pun sama,huhuu..

kakrose said...

ky sampai sekarang tak biasa guna pengukur kelapa. zaman duduk kg dulu guna parut kelapa yag besi..isi kelapa plak di cungkil dari tempurung. kalau longkah dptlah isi kelapa yg besar..terkena yg jenis melekat..jenuh nak memarut isinya kecik2. silap langkah terparut jari..

OKje said...

Betullah kanda budak sekarang mmg tak akan kenal mesin pengukur kelapa, yelah....mcm yg kanda ckp semuanya ada yg segera so guna yg segera lagi cepat hihi...

Ahlam Miera Shafie said...

lama sgt rasanya xmkn kueh tu...

Kak Wawa said...

kuih traditional tk leh lari dgn kelapa..