Thursday, December 17, 2015

Perjalanan hujung tahun 2015

Termangu seketika. Aku hilang jejak sebenarnya apabila sejak Sabtu hingga Rabu TITISAN NURANI ini hanya dijenguk sekali-dua saja. Mengikut rentak anak-anak. Memilih hari yang dirasa tidak sesak lalu kami mengatur langkah keluar dari kesibukan JB.

Adik dengan Mak Uda - Bermalam di rumah kampung Batu Pahat terus bertolak ke tempat ujian kelayakan buat adik di Muar. Singgah di rumah Mak Uda di Muar untuk tukar baju sekolah sebagaimana yang telah disyaratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Periksa lagi! - Di dalam dewan peperikasaan lagi sebelum sessi ujian Komputer bersama-sama dengan calon-calon lain. Masa inilah boleh kedengaran macam-macam dialek utara, pantai timur semua ada. Mendengar perbualan mak-ayah yang menghantar tahulah kami calon yang datang dari seluruh Malaysia.
Sessi terakhir - Keluar dari ujian di makmal komputer menuju sessi terakhir ujian temuduga. Perbualan dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris.  Usaha sudah dilakukan tinggal menanti ketentuan Allah. Ada rezeki dapatlah andai tidak kenalah redha sebab terlalu ramai yang mendapat 5A.
Selesai ujian keseluruhan dan temuduga adik jam sudah menunjukkan 4:30 petang. Meneruskan perancangan percutian akhir tahun yang tinggal bersisa beberapa hari saja lagi kami teruskan perjalanan. Mama-papa mengikut saja hala tuju yang diminta oleh anak dara berdua. Mereka memilih destinasi, mereka juga yang memandu arah menggunakan wase.

Mee bandung - Singgah di Sungai Rambai Melaka mengisi perut dengan mee ini. Sementara itu bolehlah adik menukar uniform sekolahnya dan kami singgah mencari tempat untuk menunaikan kewajipan sebagai hambaNya.
Bermalam - Tiba di Melaka sudah hampir maghrib. Singgah mencari tempat bermalam yang terdekat dengan Melaka Night Safari yang anak-anak mahu kunjungi lalu dapatlah kami di D'Village Resort.  Setelah berbincang kami memlilih rumah yang dua bilik. Ini untuk mama-papa. Ada tv, fridge, coffe set dan seperti biasalah. Fridge dan tv langsung tidak di sentuh . 
Bilik anak-anak - Kak Meen dan adik berdua di sini. Kak Reen jauh dimata dekat dihati. Sayu juga hati tapi sekarang peluang utk kumpul semua sudah sukar diperolehi. Nasihat pada yang punya anak-anak masih berkumpul lakukan percutian bersama sewaktu anak-anak masih bersekolah rendah/menengah. Bila sudah ke kolej/universiti sudah susah sebab cuti sudah tidak sama. Patung Mr. Bean itu bukan d'Village berikan, tapi adik punya membeli sewaktu di Penang tempohari.
Kopi papa - Keletihan memandu papa pekena dengan secawan kopi yang disediakan. Lain-lain kami tidak sentuh pun.
204 - Ini nombor rumah yang kami dapat. Diberikan juga kepada kami voucher untuk sarapan pagi. 

~~ Perjalanan dulu bila sesat terus mulut dibuka untuk bertanya. Sekarang duduk di dalam kenderaan wase menjadi penunjuk arah jalan sehingga ke destinasi. ~~




44 comments:

Umialya said...

Sekarang ni semua dihujung jari kak, petik jer.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga adik berjaya. Betul tu kakak. Ramai yang berjay dapat 5A hari tu. Seronok jalan-jalan Melaka ;-)

PeRdU cINta said...

adik ada temuduga di sekolah menengah sains muar ye kak...alhamdulillah...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga adik beroleh kejayaan dalam interview tu..
Saya pergi Muar pada hari sabtu petang..
Tapi musim hujan.. tak ada apa yg dapat ditengok..

Zaitun said...

Semoga adik beroleh kejayaan.
Cuti2 Melaka kakzakie.

Unknown said...

gud luck adik..

Izwa Kamaruddin said...
This comment has been removed by the author.
Puan Kutu said...

good luck adik..harap2 berjaya..sakan juga cuti2 malaysia kak zakie..

Izwa Kamaruddin said...

semoga adik berjaya dalam peperiksaan itu kak ;)

meh baca pasal adik mok jugak kak : http://www.nurul-izwa.blogspot.my/2015/12/anak-anak-singa-jadian.html

norhidana said...

semoga beroleh kejayaan kpd adik...

pg muar mmg suke layan mee bandung... geram nengok tlr kuning tuh kak... sdp nyer

bersih bliknya kak... adik masih manja2 bila bermain lg ngn anak patung mr bean tu hehehe...

adarnadzmie said...

insyaAllah moga berjaya adik...:)

Han Hanni said...

insyaAllah..semoga adik berjaya jejakkan diri ke sekolah tu nanti ye..
at least dah usaha kan..

raihanah said...

semoga berjaya kak

Kayu Manis said...

Adik skrg nmpk lawa n sweet dh pandai bergaya dpn kamera..hihi..udah besar nmpknya anak dara kak ni..
In shaa Allah dpt tmpt utk adik tu...lps ni adik berpisahlh dgn kak n abg...

Yelh kak mkin sukar berkumpul skrg..ini ada,itu tk ada...nk jln2 pun berkira2...dh biasa klu jln semua nk kna ada...

zila norazila said...

Moga trus suksess adik...jalan..jalan ujung cuti sek kn kak..x lma lg dh mmsg sibuk uruskn ank2..

Unknown said...

Semoga berjaya Adik~
Untie doakan yang terbaik untuk adik.

Kakak~ memang bz kan bila anak2 cuti sekolah nih. masing2 bertanya bila nak di ajak berjalan. terpaksalah mama papa curik2 masa untuk penuhi hajat anak2 kan~

Cikna said...

Semoga adik berjaya k... Cikna ni klu mee kureng sikit kue tiow bandung mmg febret,hehee...;-)

kakrose said...

semuga adik berjaya..
bagus perancangan Zakie..bawa anak intervew terus pergi bercuti..

Khairul Bariah said...

selamat bercuti kak. saya sekeluarga mungkin lepas krismas baru boleh bersama utk bercuti. skrg suami-isteri tgh pulun abiskan kerja hujung thn.

Ibu Yusuf Maryam said...

Semoga berjaya adik. Tu kira 2 in 1 la ye kak, interview dan jalan2.. :D

dya nasir said...

semoga berjaya adik..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...tahniah buat adik semoga berjaya hendaknya...:)

Dr K said...

Good Luck buat Adik.

Ok ke tak D' Village tu kak zakie?

saniahibrahim said...

Insyaallah,adek akan berjaya andai ada rezeki...Yalah kakzakie ramai sangat yg dh dpt perfect score terpulang pd yg bernasib baik je terpilih.
Betul tu skg ni smua dihujung jari ,mna2 boleh pegi tapi org2 muda je yg fhm sngt,yg dh brumor mcm saya ni pening juga tengok .

saniahibrahim said...

Insyaallah,adek akan berjaya andai ada rezeki...Yalah kakzakie ramai sangat yg dh dpt perfect score terpulang pd yg bernasib baik je terpilih.
Betul tu skg ni smua dihujung jari ,mna2 boleh pegi tapi org2 muda je yg fhm sngt,yg dh brumor mcm saya ni pening juga tengok .

Nina Mads said...

lama xsinggah sini.. alhamdulillah buat adik dan semoga berjaya.

dimana2 ada rezeki yg Allah telah aturkan :)

insan marhaen said...

tak best la kalau hotel sediakan kopi 0 jer... saya lebih suka hotel yang sediakan kopi 3 in 1...

suka suka said...

Jauh berjalan ni Kakak..

OKje said...

Moga adik berjaya dlm ujian kelayakan kemasukan. MRSM Muar ke kanda?
Nak kemanalah agaknya tu kanda dah singgah Melaka tu

OKje said...

Moga adik berjaya dlm ujian kelayakan kemasukan. MRSM Muar ke kanda?
Nak kemanalah agaknya tu kanda dah singgah Melaka tu

Ahlam Miera Shafie said...

moga adik brjaya!!!
bestnya p brcuti... selamat brcuti buat sis sekeluarga.. :)

Nor Azimah Ali said...

In shaa Allah berjaya

Ibu Lala said...

moga berjaya adik. untung mama ada anak yg pandai pandai semua.

Ujie Othman said...

ni serampang dua mata lah kiranya, g interview, pastu g jenjalan! ^__^

Adik mohon sekolah apa tu? Moga berjaya!

eelobor said...

teknologi gps sekarang sgt membantu dalam urusan seharian bilamana kita tak tahu ke suatu tempat tersebut. saya menggunakan gps nokia here (di telefon) yang mana penggunaan secara offline tak menggunakan data internet untuk akses. saya pernah up posting berkaitan penggunaan gps beberapa tahun lepas. di setiap kebaikan sesuatu itu pasti terselit juga sedikit keburukan.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Salam Jumaat. Selamat berjaya kepada adik dalam ujian kelayakan. Selamat makan angin kepada akak sekeluarga, mudah-mudahan ia terisi dengan keceriaan.
#Mudah ye zaman ini, semuanya di hujung jari. Kalau dulu kena bertanya orang. Kalau yang jenis pemalu susah juga...hehe

Fiza Rahman said...

Good luck untuk adik. Best nya cuti² melaka ☺

ellynadyra said...

ucapan tahniah yang lambat dari auntie untuk adik
hebat adik
moga lebih berjaya di masa depan
diberkati dunia akhirat

nohas said...

dari Johor naik ke Melaka..selamat bercuti, kak..
Waze selalunya reliable..bestkan ada teknologi mcm ni..

gadisBunga™ said...

adik dah besar..

tetibe saya rasa rindu... :'(

Kak Wawa said...

sekarang ade intervw mcm nak masuk keje dah..

TukangKebun said...

Moga adik dapat pilihan sekolahnya.

Terliur tengok mee bandung tu.

Lydia Miza said...

Moga adik dapat sekolah yg dimohon. Amin

nhhas said...

Adek apply mrsm ke kak