Monday, December 28, 2015

Sehari masa berlalu meninggalkan kita

Puas juga bila sesekali ada cuti yang bersambungan seperti empat hari yang lepas. Bertemu sanak saudara, berkumpul dengan masyarakat sekeliling dengan berbagai majlis di hujung-hujung tahun 2015 ini bagaikan satu terapi sanubari buat diri. Tangan pula sentiasa basah sehingga lupa pada hari Jumaat lepas kuku pun tidak berpotong, sedar-sedar hari ini bila memakai lotion nampak kuku sudah menjerit mohon dipotong,

Hidangan 1 - Semuanya dimasak pihak catering. Acar, ayam goreng, dalca dan ayam masak merah. Semua ini dimakan bersama nasi putih dan nasi tomato
Hidangan 2 - Ayam masak pecal juga ada. Sebahagian kuih yang sempat aku ambil. Pulut panggang, nagasari dan kuih berlauk. Ada juga kih-kuih lain tetapi bukan kuih tradisi seperti kek kukus dan cup-cakes coklat.
Hidangan 3 - Satu-satunya hidangan yang kami masak bersama. Sebab merasa kurang jika tidak ada sayuran.
Goodie - Bekas ini kami sedikan dimasukkan ke dalam plastik bekas nasi yang telah siap dibuat oleh pihak catering. Lupa pula aku mengambil gambar bekas nasi/lauk yang catering buat.  Isi di dalam adalah kurma, kismis dan jajan budak-budak.
Salah satu majlis - Yasin dan tahlil kaum wanita. 
Satu lagi majlis kami - Membuat persiapan majlis ulangtahun kelahiran dua cucu kakak/abang kami
Tuan rumah - Inilah abang dan kakak ipar hubby yang mengadakan majlis tersebut. Abang sudah bersara tahun lepas dan kakak pula akan bersara Januari 2016 ini diusianya ke 56 tahun.
Semakin menuju ke hujung tahun semakin sibuk aku rasakan. Terkejar sana-sini dengan majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri tahlil, bersara dan tidak kurang juga majlis maulid kini boleh dikatakan setiap malam ada. Terkejar-kejar tanpa sedar usia juga berganjak dari sehari ke sehari.

~~ Keletihan di dunia jika kebaikan yang dicari tidak menjadi kerugian, Tetapi akan rugi jika terkejar-kejar di dunia akhirat dilupakan.~~


42 comments:

Nieyla Nadia said...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...seronok kan cuti..hihi...nieyl pun cuti 4 hari last week..
this week nieyl kene 2 hari sahaja...kemudian cuti 5 hari...wah!seronok rasanya...hihihi

Kak Wawa said...

Assalamualaikum kak, bz sangat akak time cuti ye.. Betul tu, setiap hari umur kita dihitung malaikat..

Moga kita dapat kumpulkan sebanyak amalan utk dibawan ke sana..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bila cuti panjang 4 hari ini ..
Memang banyak undangan perkahwianan kan kakzakie..
Saya pun memenuhi undangan itu ..
Dan kenduri tahlil arwah mak yg ke 100 pada hari Ahad tetapi dibuat pada hari Jumaat dirumah kak Ateh saya atas permintaannya..
Lagi beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2015..
Betul kata akak tu.. usia pun berganjak sama..
Semoga apa yg kita lakukan di tahun 2015 adalah yg baik2 dan memberi manfaat pada orang lain..

Unknown said...

wah kak, pepagi dah nampak makanan sedap sedap ni..

saniahibrahim said...

Kakzakie sibuk sangat ya cuti ... cuti ni memang ramai adakan majlis sana sini.
Sedap nampak kuih2 tradisional tu...

Puan Kutu said...

cuti panjang terisi dengan perkara berfaedah Insyaallah ada keberkatan.nampak sedap2 semua menu tu kak zakie

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..seronok walaupun penat kan kak..sana sini kenduri sana sini makan..sana sini jumpa sedara mara..esok esok sekolah dah buka memang semua org busy takde mase nak jumpe kan ;)

Han Hanni said...

cuti panjang memang banyak betul acara nya...
penat tapi tetap seronok menghadiri acara masing-masing..

wah.. banyak menu nya.
best2 semuanya.

Aryan azra said...

sedap semua makanan tu..begitulah kak hujung2 tahun banyak undangan yang perlu dipenuhi..

Dkna Abza said...

seronok kalau cuti panjang, ramai balik kampung. dapat jumpa saudara mara. tapi yang penat, kena layan jem. banyak bersabar kan kak

paridah said...

KESIBUKAN DUNIA AKHIRAT YG DISEGANDINGKAN BERSAMA TENTU XMERUGIKAN KAN KA ZAKIE...FARDHU KIFAYAH TU...

raihanah said...

sedap2 semuanya kak

Julia Johari said...

Seronoknya jamu makan dan meraikan satu family...rapat juga family akak ye...terkadang terfikir nak buat rewang macam ni ramai2...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah. Meriah majlisnya. Memang seronok jika cuti selalu bersambung macam hari tu kan Kakak.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...meriah majlis tu yer kak...berkumpul bersama2 mmg terasa keseronokkannya...;)

Inani Hazwani said...

Meriahnyaa majlis :D

Bitt (double IS) said...

alhamdulillah...

sedapnyaa makanan itu!!! ehhehe

Zul fattah said...

Salam kak. Alhamdulillah akak masih diberi kesihatan tubuh badan utk bergerak ke sana ke mari.. Sibuk bebeno nampaknya tu.. Tapi yakinlah itu akan mengembirakan akak..

Ahlam Miera Shafie said...

meriah nampak mjlis... seronok bila dh lama xjumpa than jumpa borak2 makan2... rindu lak rasa dgn adik bradik... hehehe

Wak Lat said...

sonoknyer majlis tu mak zakie purvit ., ;p

PeRdU cINta said...

alhamdulillah..terisi waktu dengan majlis bermanfaat ya kak...syukur...

che mid said...

Assalam kak, bagi orang Jawa memang wajib ada sayur.. setakat acar timun je tak cukup kan kak.. comel je bekas kismis dan jajan tu,untuk buat berkat ke kak..

Betul kak, biar kita sibuk didunia supaya banyak jawapan boleh diberi semasa di mahsyar nanti. Jangan kita relax di dunia, hingga tiba di mahsyar, kita tak tau apa nak beri alasan.. na'uzubillah..

Bunda_nora said...

Meriah...apa lagi kerjasama dari adek beradek dan sanak saudara dapat meringankan kerja....

Seronokkan sesekali cuti panjang berkumpul adek beradek....moment yang tak dapat di lupakan...

Angah said...

alhamdulillah, tumpang seronok melihatnya

Uncle said...

Wahh bestnya....

NEKCIK said...

Uii kak nagasari tu!! lelh air liorr..sini susah nak dapat nagasari!!

Unknown said...

Cik boss saya cuti berderet 11 hari kak...tapi esok dia kene gak pegi meeting kat KL...tapi takpe saya suka dpt gak mengekor...betol la kak saya pon sebuk pi kenduri sana sini sejak minggu lepas lagi..

nhhas said...

Padu pesanan ni kak...

Keletihan di dunia jika kebaikan yang dicari tidak menjadi kerugian, Tetapi akan rugi jika terkejar-kejar di dunia akhirat dilupakan.

Terima kasih krn mengingat kn

Umialya said...

terima kasih sebab saling mengingatkan sesama kita

Unknown said...

Assalam. Bagi yang kerja cuti panjang ni memang looking forward sangat. Dah berjln kesana kesini bila balik kerja penat. Serupa mcm tak cuti..

Unknown said...

Assalam. Bagi yang kerja cuti panjang ni memang looking forward sangat. Dah berjln kesana kesini bila balik kerja penat. Serupa mcm tak cuti..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedap2nya.. Kak Zakie.
Betul la Kak.. masa begitu cepat berlalu. Moga kita saling ingat mengingatkan ttg berbuat kebaikan utk bekalan di negeri "yg satu lg".

Normala Saad said...

Seapnjang cuti sekolah ni memang meriah dgn kenduri kahwin sampai satu hari pernah ada 4 jemputan...

nurhuda said...

sedapnyaa. saya suka hadir majlis makan makan. makan secara percumaa

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Seronok dapat berkumpul dan makan-makan bersama sanak saudara dan handai taulan. Sambil-sambil meng-update diri masing-masing untuk tahun 2016M. Semoga akak sentiasa beroleh kesihatan dan kebaikan...Menu tu, membuatkan saya 'terbang' ke sana...hehe

aizamia3 said...

Minggu ni minggu akhir sebelum kembali sibuk dengan rutin anak2 ke sekolah. Dah puas bercuti sekarang masa kembali bertugas.

Etuza said...

hebatnya makanan ..dapat habis ke? hehehe

TukangKebun said...

Wah sedap-sedap juadahnya.
Puas juga kali ini dapat long weekend 4 hari.
Minggu ini pula long weekend 3 hari tetapi sibuk dengan persiapan anak-anak nak ke sekolah.

Kayu Manis said...

Wow kak cantik kemas indah tersusun semua juadah2 tu...
berezekilah org yg merasa tu....sendawalah jwbnya...

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
macam macam jenis juadah dok ada.rezeki bersama.

Mummydearie said...

Alhamdulillah. Murah rezeki Kakzakie ketika cuti panjang tu ya. Saya ni bukan setakat cuti 4 hari aje. Saya bercuti sejak dari 23hb Dec sampailah 5 Jan, kak. Memang hari pertama pergi kerja tu rasa macam tak mahu pergi kerja dah ^_^

ibu lindah malaysia said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل












KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل













KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل














KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل