Friday, April 8, 2016

Mencari timbangan yang seiring

Lumrah sebagai ibu-bapa rasa kerinduan itu ada bila berjauhan dengan anak-anak. Samada lokasi di luar negara atau sekadar bersempadan daerah rasa rindu yang membeku mampu mengalirkan airmata. Bukanlah dekat bermakna bila-bila masa boleh pergi bertandang. Disiplin dan undang-undang yang dikenakan kenalah kita akur sama. Sebab itulah aku tidak hairan mengapa ada anak-anak yang tidak tertanggung menahan rindu sehingga sanggup berpindah semula ke sekolah yang berdekatan dengan rumah sendiri hanya kerana mahu sentiasa melihat ibu-bapa ada di depan mata.

Mempunyai tiga anak tidak semuanya sama. Adik walaupun anak bongsu mempunyai jiwa yang kental. Biarpun mengalir airmata sewaktu hari pertama dihantar untuk berjauhan tetapi masih mampu tersenyum. Apabila ditanya mahu balik sekolah saja di sekolah berhampiran tetap tidak mahu. Adik ada misi dan cita-cita yang mahu dikejar. Apa pun aku bersyukur kerana adik masih boleh bersekolah agama di sana walaupun peperiksaan besarnya akan dijalankan di JB sini. Itu kebaikan sekolah agama di negeri Johor, tanah tumpahnya darahku. Dulu Kak Reen dan Kak Meen juga sama. Setiap Sabtu akan bersekolah agama di panggil Darjah Khas di Pontian tetapi peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) di ambil di JB, di sekolah berhampiran dengan rumah.

Sijil sekolah agama selain UPKK sewaktu membuat permohonan UPU dulu, Kak Reen juga menggunakan sijil SDEA (Sijil Darjah Enam Agama) dan SDKA (Sijil Darjah Khas Agama) untuk mengambil aliran undang-undang di tempat pengajiannya kini. Oleh itu selain keputusan SPM yang diperolehi  sijil-sijil aliran agama juga membantu banyak bidang pengajian yang mahu dipilih. Apa pun yang pasti seiringkan dunia dan akhirat. 

~~ Takut bila di 'sana' kelak bila ditanya banyak tanggungjawab yang tidak dilaksanakan. Zapp! 'rotan' malaikat Allah mampukan kita menahannya. Masya-Allah takutnya..~~

33 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Benar kak zakie..
Anak2 saya kak Nabilah tu jiwa lembut sikit..
Semalam petang saya telefon dia..
teresak-esak menangis bercerita..
Mama kakak tak dapat balik minggu depan..
Kenapa pulak..
Sebab ada kelas ganti..
Pastu kalau kakak tak dapat baca lancar minggu depan pun tak dibenarkan balik..
Aduhai sedih sangat dia tu..
Saya kata tak apa lah ..
Kakak baca lancar dulu sebelum di uji..
Nanti mama doakan ye..
Saya pun jadi sebak kak..
eehhh dah cerita kisah anak saya pulak.. :D

Bimbingan agama dan akedemik perlu selari dan seimbang kan kak..
Bagus Kak Reen.. semoga terus cemerlang utk mencapai cita-citanya..
Sultan Johor ni bagus kan kak..
Johor sendiri tak ada GST kan..


Unknown said...

Anak2 saya besar nanti saya tak tau la..setakat ni saya masih belum boleh rasa cemana kalau anak2 dok jauh dari saya..saya yang rindu atau diaorang yang rindu..heheh...sebab tu sampai sekarang saya tak rasa nak bagi anak2 dok asrama ..tengok la 4,5 tahun lagi sama ada pendirian saya ni akan berubah ke tidak..

Nieyla Nadia said...

Salam jumaat ♥
InsyaÁllah kak...
kita manusia biasa..kita hanya mampu buat yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa mereka..selebihnya...InsyaÁllah...Allah lebih mengetahuinya :)

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah..semoga anak-anak saya ikut jejak anak-anak akak.

Julia Johari said...

Suka perhatikan tingkah laku adik...kuatnya dia kak...julia bangga sgt bila tgk pemudi harapan bangsa ni kental berjauhan dgn parents untuk kejar cita2...pasti doa ibu bapa tak pernah lekang...alhamdulilah lega dengar adik semangat tinggi...sedikit sebanyak akak rasa lega kan anak berdikari sendiri umur muda mcm ni...bagus!

adarnadzmie said...

semoga doa kita mengiringi perjalanan anak2 kita semua.... Aaminn...:)

Kayu Manis said...

Sedih sekjp jer tu nti2 oklh tu..rindu tu normal,masih jiwa kental its ok kak...sama mcm bdk2 kt rmh ni jiwa kental..org nmpk sisi lain...tapi kita tau diorg boleh punya...in shaa Allah

Kakcik Seroja said...

AllahhuAkbar!

terlalu banyak rasanya 'hutang' yang belum langsai dalam menjaga amanah Allah yang 4 itu... :(

Dkna Abza said...

ermmm yea la kak.. dkna yang dah beranak sorang ni pun rasa macam tu bila mak duk jauh dari mata..

paridah said...

Kuat semangat adik tu walau terpksa menahan rindunya kpd umi abahnya dem citaa2 yg hendak dicapainya...pada kak negeri Johor sgt terkehadapan dlm pendidikan duniawi ukhrowi rakyatnya.

Uncle said...

Saya pon dah mula rindu bila Marina tak mahu dipegang tangannya lagi!

Malinda said...

aduhhh kak bab rotan tu seram pulak saya baca T_T cam banyak je lagi yg saya tak cukup beri pada anak2 saya ni...tak lama lagi giliran saya le pulak terindu2 dgn kak long...moga Allah tabahkan hati saya dan kak long

saniahibrahim said...

Saya dulu fateha dh ting 2 masa awal tahun masih lagi gembeng..kita nk balik antar dia pasti nak nangis....yg lain ok je tapi mk nya yg lebih sebak bila anak2'satu persatu takde kat rumah.
Masa nak mohon zakat untuk pendidikan utk U juga kena isi keputusan darjah khas juga kak zakie.

monalea said...

kuatkan si adik tu. lea anak kecik lagi. tengok anak2 buah minggu pertama je call mak nangis2. lepas tu ok dah. yelah kan kak. kalau boleh ilmu dunia dan akhirat biarlah seiring.

Inani Hazwani said...

Betul tu kak. Biar lah seiring dunia dan akhirat :)

PeRdU cINta said...

PC yang dah berkahwin ni pun kalau boleh hari2 nak call kampung...bila dah balik kampung nak balik KL...sedih jugalah...naluri kan kak...

Rosdi Eunos said...

saya pun dulu selalu juga kenangkan mak ayah bila duduk jauh jauh.. sampai sekarang pun...
setabah tabah saya walaupun dah tua ni, bila teringat kat mak, mesti jiwa jadi rapuh..
tapi sebenarnya bila tau dia sentiasa doakan anak dia ... hidup sentiasa tenang walaupun terpaksa harungi badai kehidupan..

Unknown said...

Bagus lah Adik nih.. jiwa kental.

Zura dulu masa form 1 masuk asrama gak. tak sampai sebulan pindah sekolah dekat ngan rumah. hehehe tak serasilah dengan ZUra kehidupan di asrama nih. tertekan kerana jadual yang terlalu ketat. hehehehe

Alhamdulillah lah.. lepas SPM dpt masuk Uni pon dekat ngan rumah. bila2 pon boleh balik. tepon jer ayah. mesti singgah amik anak dia. nasib lah lepas kawen boleh duk jauh dari famili. Zura lah antara anak yg tinggal jauh dari famili skrg. sedih jugak sebab terhad sangat masa untuk balik kampung. huhuhuhu.

nOe suhaimi said...

anak noe yang lelaki tu pun sama...mesti berair je ... mak dengan anak jiwa sensitif...nak berair je mata...

betul tu kak zakie...akhirat dan dunia mesti seiring..baru boleh berjaya di dunia dan akhirat

eMMe said...

Assalam Kak Zakie, tu la kisahnya anak yg dah sekolah tinggi dan jauh dari ibu bapa.. saya yg anak kecik pun, selalu terpikir apelah yg di belajar di taska, belajar sembahyang tak..? sbb pendedahan dari kecil tu penting... dah ade asasnya... mcm ne nant bila dah bersekolah rendah dan seterusnya... ilmu agama sgt penting di dunia untuk akhirat kelak...

ohpanduan said...

Anak yang baik hasil asuhan yang baik. Biar seiringan dunia dan akhirnya kan kakak.

wahida said...

anak saya si abang tu tahun ni amek exam UPKK...akak doakan anak saya cemerlang mcm anak2 akak ye...

Kak Wawa said...

BETUL tu kak, balancekan duniawi dan ukhrawi.. baru hidup lebih tenang..")

OKje said...

Itulah untungnya kita di Johorkan kanda.....kalau kena dgn jurusan yg di pilih mmg banyak membantulah sijil sijil sekolah agama tu.
Tumpang bangga dengan semangat adik....

Kamsiah yusoff said...

anak ke 3 saya tu..bakal menduduki SPM th ni..nangis dia bila diusik abg dan kakaknya..nanti kena kelaur rumah..dok hostel..habislah..

adyna AB said...

Betul tu Kak, saya Ada dua orang anak pun masing2 karektor, nak mereka belajar seiring Ilmu dunia akhirat

TukangKebun said...

Anak pertama baru darjah 3 pun, Tukang Kebun dah rasa serba salah nak fikirkan jika ada kemahuannya nanti nak masuk asrama.

babYpose said...

Alhamdulillah adik faham arah tujunya itula dapat tinggal di asrama, perasaan rindu merapatkan hubungan lagi antara adik beradik dan ibubapa. bagus Johor ni seimbang pendidikkannya..untung anak-anak mengikut sistem ini.

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zaki.... Melihat kecekalan hati adik, saya yakin dia mampu menghadapi segala halangan dan cabaran dengan berani dan tidak gentar. Jika sifat ini sudah diperlihatkan sejak kecil, anak itu mempunyai jati diri yang tinggi. Rindu pada ibu bapa memang tidak mampu diucap dengan kata-kata. Kita dulu pun macam itu juga kan, kak. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

mrhanafi said...

anak sulong saya masuk asrama..umur baru sahaja 13 tahun..memang sedih berjauhan tetapi demi masa depan kasi redha sahaja la

babYpose said...

Assalamualaikum dear.. belum ada entri baru :)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah semoga berjaya di dunia dan di akhirat...:)

adianiez AIDA said...

anak sulung aida upkk tahun ni kak.
in shaa Allah. aida bantu dia selagi boleh bantu kak.
pernah inform dia bhw meskipun upkk ni mcm x penting, upsr tu paling penting, but upkk ni pasti dpt bantu skit skit.
lgpun dgn adanya aliran skola agama utk anak skola rendah ni, bagus, dpt diorang detail kan pelajaran agama islam kan.

anak2 aida skang depan mata.
aida sendiri tak sanggup kot nak anta diorang jauh2.