Thursday, September 8, 2016

100 WISH list before I die ...

Mari kita lihat seorang gadis yang punyalah banyak wish list bersempena ulangtahun kelahirannya pada tahun 2016 ini. Sila lihat di sini. Selepas itu renung ke dalam diri apakah pula harapan diri kita sebelum Izrael datang menjemput. Sebenarnya sebaik selesai membaca entri ini aku jadi kabur sebab aku di tag. Apa wish list aku kalau sampai 100?

Bingung juga aku kalau mahu menyenaraikan 100 wish list sebab di usia tua ini rasanya beberapa kerat sajalah harapan aku sebelum mati. Dari 100 yang dimahukan aku rangkumkan sajalah menjadi lima sebagaimana Rasulullah bersabda "Ambillah peluang yang lima,sebelum datang yang lima" - Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Baihaqi.

1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
2. Sihatmu sebelum sakitmu
3. Kayamu sebelum fakirmu
4. Lapangmu sebelum kesempitanmu
5. Hidupmu sebelum matimu.

Sebenarnya sekarang pun aku sudah tua. Cuma selagi Allah masih bagi peluang boleh beribadah dengan baik aku mahu berusaha semampu boleh sebelum datang masa lebih tua dari sekarang. Lumrahnya bila semakin dipanjat usia bimbang kesihatan menurun dan beribadah jadi kurang khusyuk. Mohon aku diberi kesihatan yang baik.

Berkaitan dengan kaya pula sebagai manusia biasa rasa tidak puas sudah pasti tidak dapat disingkirkan. Melihat mereka yang lebih susah aku dapat merasakan yang aku ini kaya sebab masih mampu memberi infak dan sedekah. Tetapi melihat yang lebih kaya sesungguhnya aku masih jauh tertinggal di belakang. Apa lagi melihat mereka yang kaya iman, kaya pekerti, kaya ilmu, kaya harta semua ini ingin aku gapai. Itulah sebolehnya biarlah sebelum sakratulmaut datang menjemput. Apa lagi bila memandangkan terasa terlalu pantasnya masa berlalu. Mengharap aku mampu melakukan yang terbaik sebelum disempitkan waktu. Semoga ada kelapangan waktu untuk aku terus menerjah setiap yang mahu dilakukan. Berharap tidak ada penyesalan di penghujung usia.

Pukal aku senaraikan semua wish list kerana jika dihuraikan semua itu sudah pasti lebih dari 100. Semoga aku diberi masa untuk melihat anak-anak berjaya dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing yang mampu memberi keseimbangan bahagia dunia dan akhirat. OK selesai! 

Sebagai memenuhi syarat cik adik manis yang mahu tag tiga sahabat maka dengan rendah hati aku tag tiga adik comel ini: - 


Tidak ketinggalan dijemput juga semua teman Titisan Nurani yang memberi komen dalam entri ini untuk sama-sama memeriahkan segmen ini. Silakan dengan segala hormatnya.

~~Apa-apa pun selamat ulangtahun kelahiran buat Huda. ~~


38 comments:

Rozita Ceritaita said...

sporting akak... yg 5 tu pun byknya lompong kak...hmm...kita doa sesama ye!

Mar Mansor said...

terud gi baca 100 wishlist tu..banyaknya..tapi banyak yang dia dah capai

Nasa Mulia said...

Alamak saya kena tag ker.....
macam banyak sangat jer 100 tu kak, nanti saya try buat.

Amy Hilmirda Daud said...

Amy pun dah pergi baca. banyak tu. Amy rasa kita semua ada banyak wishlist tapi disebabkan pelbagai halangan yang banyak dah jadi sikit.

Mia Kassim said...

Byknya wish list dia ... moga2 tercapai apa yang dihajati .. samalah dengan kita semua, ada benda yang ingin dibuat sebelum tinggalkan dunia ini, moga kita semua dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kesihatan yg baik. 😊

Nieyla Nadia said...

Terima kasih sebab selalu komen dekat blog nieyl..
nieyl dtg pagi untuk baca catatan hari ini..:)
wow!manyak nyaaaa...

Yaya Mohd said...

salam..

bnyk juga 100 wish tu..
kalau yaya emm xsmpai pon kot..tp lebih 10 tu InsyaAllah ad..hehe =p

nhhas said...

Sayanggggg akak....

Hihihi... tenkiu tenkiu...

Walau ngelat tak tulis 100 ...

Hihihi...

Mucho graciasss

norhidana said...

mmg banyak yg kite nk kan kak... msti lebih dr 100

nhhas said...

Sbb tu sy tag akk sebab buah fikiran akk selalu best.

Tq kak for the reminder

marshalizadotcom said...

Banyaknya 100 wish tp sebenarnya kalau dicatat confirm lebih 100....tu kalau marsha lah...hihi

nohas said...

nak buat mcm akak jugalah..ringkaskan secara pukal..

Syukran..take 5 before 5..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Betul tu Kakzakie..

dorsett pink said...

100?? panjang berjela kalau nak tulis... hahahaha

Qhaifa Nur said...

Mmg byk impian kita sebagai manusia kan kak..klau bole semua nk dicapai...

Aryan azra said...

kadang yang kita nak banyak tapi kadang taktahu apa yang kita nak pun hehehe

saya doakan kak zakie diberi kesihatan yang baik agar terus dapat beribadah kepada Allah swt

sitirohaida said...

banyak nak kena fikir 100 wishlist tu..emmmm

Izwa Kamaruddin said...

kalau ikut hati mcm-mcm kita nak kan kak ?

paridah said...

KALAU SUDAH MENCAPAI HAJAT DI HATI...SYUKUR ALHAMDULILLAH.

cahayahidupku.blogspot.my said...

100 kak zakie..
Jenuh nak fikir tu..
Namun apa yg dah dapat rasa syukur ye kak..
Yang 5 akak beri tu perlu dimanfaatkan..

Mummydearie said...

Banyaknya bucket list kalau 100! Kalau tahu umur tu panjang maybe bolehlah kot lebih daripada 100 ^_^

Yalah, kak! Kejar yang 5 sebelum datang yang 5. Itu pun tak terkejar kelima-limanya. Ada aje penghalangnya!

Dkna Abza said...

yang list 5 tu cam dkna makin hampir jer kak..hahaaa

Kayu Manis said...

Fuhhh byk tu..,semua naklah,,,lebih 100 kut..
Nak satu dua jer kut...nti tamak plk.,hihi

Cik Lily Putih said...

best wish akak, kite suker

Kinaka Honey said...

Assalammualaikum kak....

Saya ada satu wish...saya nak bina Surau berhampiran tempat saya bekerja. Kerana selama ini saya sembahyang dalam bilik stor yang kecil. Saya sembahyang dalam keadaan tergesa-gesa kerana bukan saya seorang sahaja yang mahu sembahyang. Biliknya kecil, hanya boleh sembahyang seorang sahaja dalam 1 masa. Maka, bersyukurlah sesiapa yang mempunyai tempat kerja yang menyediakan surau. Gunakanlah sebaik-baiknya......

Nor Azimah Ali said...

Saya cuma nak minta Allah beri yg terbaik kpd saya, krn hanya Dia yg maha Tahu apa yg terbaik buat saya.

Cik Misstree said...

Moga Allah memperkenankan apa yg dihajatkan :)

Warisan Petani said...

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Gee Lion said...

daripada 100 wish list saya kak zakie, saya harap sangat at least menjadi walapun 1.. tapi sayang, nampak kelam.. semoga Allah makbulkan wish2 kak zakir ^_^

HeNRieTTa JoSe said...

kalu rietta sendiri di minta 100, pown xtaw nk wish kan aapa...

Anonymous said...

banyak betul wishlist tu kak..mohon yg baik2 ajelah kan !

Nadhie Wueen said...

wah.. seratus wishlish. hehe . tqq tag saye akak. ada masa nti saye pikir apa pulak 100 wish lish saye. insyaAllah

Khairul Bariah said...

masyaAllah kakzakie, 100 impian! apa yang hendak disenaraikan ya. kalau satu hari fikir 1, mahu 100 hari baru selesai utk tulis entri. ^__^.

terima kasih tag saya. nanti saya usahakan, insyaAllah. Aduh, tak tahulah bila nak up entri ni.

yg kakzakie dah tulis tu, saya pun setuju 100%. itu dah merangkumi semuanya apa yg kita hajati, kan.

Humaira said...

100 impian..hmm..mudah buat impian tapi nak gapai tu ambik masa lama.Huhu...tua di dunia namun muda di syurga kekal abadi.

Falsya said...

Smp xterbaca semua wishlist tuh..sbb byk sgt..ngeee..tp falsya suke wishlist kakak..simple dan bermakna..

Cikna said...

Semoga apa yang dihajati terlaksana...;-)

Unknown said...

kalau kaknoor mmg pengsan memikircapa nk tulis, nasib baik tk kena tag, tpi 5 perkara yg kakzakie tulis pun dh cukup sempurna rasa nya

QasehnyaRania said...

5perkara yg selalu didengar
perkongsian penuh makna