Kerja sekolah adik untuk subjek geografi sewaktu cuti sekolah baru-baru ini. Papa membelikan segala keperluan adik seperti base-board, plasticine berwarna, kertas biru dan gam uhu. Memandangkan jika menggunakan plasticine sepenuhnya, board menjadi berat aku cadangkan adik menggunakan kapas sebagai bahan bagi menaikkan kedudukan tanah. Kapas ini sudah lama tersimpan sebagai pencuci luka dan sebagainya.
|
Basic - Setelah siap semua bentuk kelihatan kosong lalu minta papa belikan ikan kecil dan pokok kecil yang biasa ada dijual di kedai-kedai akuarium. Tetapi papa terbeli pokok yang agak besar. Kerana tidak mahu membazir lekatkanlah juga. Ikan kecil palsu tidak ada di kedai ikan. Ikan hidup adalah. Tetapi kerana kura-kura itu agak besar adik tidak lekatkan lagi. |
|
Kura-kura - Semua ketawa terbahak-bahak apabila melihat kura-kura yang papa bawa balik. Punyalah besar. Propotion tidak seimbang dengan kedudukan rekabentuk yang dihasilkan. Bila cuba diletakkan di depan gua ianya memenuhi ruang gua ciptaan. Tidak boleh jadi. |
|
Beli lagi - Memandangkan pokok agak besar papa pergi lagi ke kedai membeli yang lebih kecil tetapi sayangnya apa yang papa beli sebelum itu sudah melekat tidak boleh ditanggalkan. Jika ditanggalkan kena buat lagi plasticine yang sudah di lekatkan di atas kapas. Lihatlah pokok-pokok kecil baru yang papa beli nampak lebih sesuai. |
|
Kesudahan - Memandangkan rasa sayang pada pokok kecil yang baru papa belikan maka diselitkanlah juga beberapa pokok sehingga akhirnya adik gelihati sendiri dan berkata "Mama tengoklah dah macam Hutan Bandar". Kalau di JB sini sebut Hutan Bandar memang banyak pokok sebagai pelindung ketika beriadah seperti jogging dan sebagainya. Kura-kura juga hanya seekor dilekatkan dan diletakkan jauh kedudukan dari gua supaya tidak nampak ketidakseimbangan saiznya. Ketawa bila melihat kura-kura itu. |
|
Siap - Inilah kesudahan kerja yang adik bawa balik ke sekolahnya pada hari Ahad. Mengharap adik boleh dapat band-6 untuk kerja tangan geografi ini. |
Kalau kerjatangan yang sekadar 2-dimensi lebih mudah berbanding 3-dimensi begini. Apa lagi kena duduk di dalam kereta dengan perjalanan yang jauh. Nasib baik gam papa belikan memang kukuh. Alhamdulillah tiba di asrama semuanya masih kekal seperti asal.
~~ Kerja sekolah dari satu anak ke satu anak aku dapat merasakan ianya semakin mencabar.~~
37 comments:
cantik...
kura2 gergasi... hihihi, jadi lah dari tiada...
setuju dgn ayat last tu kak...
kesian kat anak2... besar cabarannya...
cntik hasilnya...
dhsyat kerja sek bdak skg.
MashaALLAH! terbaiknya hasil kerja homework. Darjah 6 macam nih? dah macam universiti dah tahap derang.Huhuhu..apa2 pun, tahniah sebab parents involve sama dalam menjayakan homework anak-anak. Good Luck! we do the best and ALLAH will do the rest.
Masya Allah.
hebatnya adik.
semoga berjaya dan terus berjaya ye adik
cantik bila dah siap, kak.
memang betul, tugasan anak-anak semakin mencabar zaman sekarang ni.
Wow sgt cntik,sgt kreatif....mcm real gitu..
Kipidappp dik
CANTIKNYA KREATIVITI ADIK...DAMAI HATI MANDANGNYA...ANAK2 LA NI LBH BIJAK KOT SBB TU KERJA TUGASAN SEKOLAH BGITU MENCABAR DLM SETIAP SUBJEK...TAPI NAMPAK MCM MENEKAN MINDA MUDA PULA SISTEM PEMBELAJARANNYA
Kreatif adik..
Macam real pulak saya tengok kak..
Semoga adik dapat band 6 dari usaha adik yg bersungguh ni..
akak... jangan lupa suh anak2 ke web MCC - tengah sale murah2 tu.
hihihi
Canteklah kerjatangan adek...berseni juga.
Betul lah kakzakie pembelajaran anak2 skg makin mencabar.Saya ni lagi lah dah lalui sejak anak sulong lagi perubahan2 pembelajaran mereka .Sehingga kan Iman ni...berbeza dah ,cukup mencabar budak2 ni belajar dan kita yang nk mengajar pun adakalanya tak tau apa yang dpt tolong ajar.
Kreatif.
Semoga berjaya.
kreatif dan berbakat..tahniah adik...
guudluck adik
kemas dan cantik sekali hasilnya
betul lah kak mencabar betul kerja sekolah zaman skrg ni
zaman saya dulu senang2 sket hihihi
Hebatlah kanda.....out the box sangat ni. Tahniah adik
Cantik pulak kanda. Suka dinda tengok. Nak captured skrin nak tunjuk kat adik kat sinilah
Hebatlah kanda.....out the box sangat ni. Tahniah adik
Cantik pulak kanda. Suka dinda tengok. Nak captured skrin nak tunjuk kat adik kat sinilah
Kerja sekolah budak-budak sekarang ni bukan macam kita berzaman dulu, Kakzakie. Memanglah advanced. Itu pasal adakalanya kita pun jadi seronok nak tolong anak-anak siapkan kerja sekolah mereka ^_^
Assalamualaikum kak,
Lamanya tak berkunjung ke sini..Banyak perkara yang berlaku kak..Akak macamana sihat tak? Cantik la hasil kerja adik tu...In sya allah boleh dapat band 6 tu
Dasyat betul kerja sekolah sekarang ni...mengalahkan art design student...hehehe...tahniah adik...hasil kerja yg hebat
mendidik anak kecil menjadi country planner yang mesra alam...
Wahhh cantik la kak! Kreatif :)
Cantiknyaa, kreatif adik..")
kretifnya adik. papa pun banyak membantu carikan barang untuk projek adik. kura2 tu dah nampak macam penyu je. hihu
btw akak, imm dah pindah 'rumah' baru lagi hehe
www.cikimm.com
-imm-
cantik.... dulu2 acik tak penah pun bt keje2 gini...
mcm2 bentuk pokok tuh jd mcm utan betul... tp lawo pe hehehe
itu kira kura2 gergasi lah tu kan
Kreatif adik kakzakie n hubby pun turut membantu. Pembelajaran sekolah di Msia sgt2 mencabar, setiap masa bertukar. Kesian budak2.
Kreatif adik kakzakie n hubby pun turut membantu. Pembelajaran sekolah di Msia sgt2 mencabar, setiap masa bertukar. Kesian budak2.
Kalo budak pompuan yg buat kerja cenggini mmg cantik dan berseni hasilnya, cer bg budak lelaki yg buat, keje nk cepat jr..tapi ada gak budak lelaki yg suka keje2 halus camni
Papa dan mama sgt memberi sokongan nampaknya, in shaa Allah dgn sokongan begini ank2 akn berjaya.
Kalo budak pompuan yg buat kerja cenggini mmg cantik dan berseni hasilnya, cer bg budak lelaki yg buat, keje nk cepat jr..tapi ada gak budak lelaki yg suka keje2 halus camni
Papa dan mama sgt memberi sokongan nampaknya, in shaa Allah dgn sokongan begini ank2 akn berjaya.
wow!kreatif nya adik...
InsyaÁllah...kak nieyl doakan adik dapat full mark okey...
Wah kreatif !
Kura-kura gergasi. Hak3.
Cantik, inshaAllah boleh dapat full mark ^_^
dhsat budk skrg.dedulu x de pun buat cmnie..huhu
lah..kak zakie kat jb ke? macam tu bolehlah berjumpa bila-bila senang nanti. apa-apa nampak cantik projek ekosistem yang anak akak buat tu.
Sgt kreatif la kak...
Betul tu kak...kerja sekolah ank2 skrg makin sukar kita rasakan...makin maju ke depan...tak sama zaman kita dulu2
Pandai adik buat. Cantik
wahhhhh...cantik dan kreatif tu....
kerja sekolah ahmad yang darjah satu pun amie mcm terkial2 nak jawab kak...hahaha..pengsannn!!
nah! penjanaan pemikiran yg kreatif...
Post a Comment