Friday, September 9, 2016

Bukan saiz menjadi ukuran

Bukanlah berzikir dengan tasbih besar ganjarannya lebih besar. Hatta mereka yang berzikir menggunakan ruas jejari itu lebih afdhal (teringat al-marhum bapak tidak pernah menggunakan tasbih tetapi dia menggunakan ruas jejarinya). Tapi aku ini iman sangat tipis dalam berzikir pun boleh khayal itu yang tidak boleh menggunakan ruas jejari. Apa lagi sudah selalu menggunakan tasbih bagaikan manja pula jari aku akan lebih lincah ketika berzikir dengan tasbih serentak dengan bibir.

Bergayut - Tidak semua menjadi pilihan.
Besar/kecil - Sebahagian yg tercapai dek tangan utk dipotretkan
Oleh itu jangan ingat mereka yang mempunyai tasbih besar zikirnya lebih banyak. Atau pun mereka yang punya banyak tasbih zikirnya lebih kerap. Semua itu tidak benar. Sebab ramai yang berzikir tanpa dihitung seperti ketika memandu, ketika anak di dalam peperiksaan atau mungkin ketika beratur menunggu giliran seperti di klinik untuk berjumpa doktor atau shopping mall untuk membayar.
Pilihan - Tasbih yang di atas pada mulanya aku suka gunakan sebab sama warna dengan sejadah aku. Tidak ingat bila aku mula tersuka pula dengan tasbih yang Kak Meen beli untuk cikgu dan kawan dia ketika umrah dulu. Sejak itu aku gunakan ini hingga sekarang sebab tanda asing setiap 33 bijinya mudah dirasa jari. Berbanding yang di atas itu biji pembahagi setiap 33 biji lebih-kurang saja saiznya. Tasbih bila selalu kena pegang kilat jadinya.
Begitulah juga dengan ibadah korban. Walaupun sebaik-baiknya mencari binatang korban yang bersaiz besar-sihat-warna cerah tetapi seandainya kemampuan kita saiz yang kecil dan berwarna gelap ia juga tidak menjadi masalah. Apa yang penting jika lembu/unta atau yang seangkatan boleh dikongsi tujuh bahagian. Manakala jika kambing satu bahagian.

Ladang lembu - Salah satu lembu pilihan hubby yang akan dikorbankan di Aidiladha tahun ini. Sehingga hari ini sebagaimana yang sudah dimaklumkan kepada en hubby taman perumahan kami akan mengorbankan 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing.
Usah menilai iman seseorang dari mata kasar mahupun dari mata hati kita kerana sesungguhnya Allah saja yang tahu akan segala-galanya yang tidak termampu oleh kita. Apa pun bersempena Aidiladha yang akan menjelang tiba aku sebagai empunya Titisan Nurani mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil-Adha. Esok aku sudah mula bercuti sehingga satu hari tasyrik.

~~ Selamat berpuasa, selamat menjalankan ibadah qurban dan Selamat Hari Raya Aidiladha 1437H.~~~


50 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam-macam jenis ada. Cantik tasbihnya.

norhidana said...

teringat atuk dana, dia pun dulu2 masa dana kecik selalu ajar zikir ngn ruas jari je... tp dana tak blh asik salah kire je...

pastu kadang atuk pakai yg mcm mesin tu pakai tekan2.... tp tasbih jd pilihan dia kadang2 jgk

atuk dana walaupun bkn jd imam kt kampung lg, tp ramai org kampung suruh dia sembelih lembu... mmg time raya haji dia lah paling bz

nohas said...

berzikir amalan mulia..menenangkan hati disaat kegundahan..suka tasbih yg kaler hijau yg bersinar di dalam gelap... try byk kali guna reruas jari, tak dapat2 jg kiraan 33..hihi..

wahh banyak tu 6 ekor lembu..Selamat Hari Raya Aidil Adha, kak..selamat bersilaturahim, sama2 melapah daging korban hari Isnin ni..In shaa Allah..

Nieyla Nadia said...

Salam jumaat akk...
Alhamdulillah..di mana² sahaja berzikir besar pahalanya...
selamat menyambut hari raya aidiladha dari nieyl ♥

Amy Hilmirda Daud said...

Banyaknya kak, ada macam-macam saiz dan kaler.
Selamat Hari Raya Aidiladha, Kak.

Yaya Mohd said...

salam jumaat..
yaya singgh sini..

Rozita Ceritaita said...

cantiknya tasbih kak.. kat rumah ni bertahan kejap je..berterabur je sudahnya.. sedih..yg jd kesayangan pun dah xde.. tmn kami ada 7 lembu kak..alhamdulillah

paridah said...

Banyak juga buah tasbih yg diterima hadiah kawan2 yg ke Mekah tapi disimpan saja..nk berzikir kira dgn jari saja...SALAM AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN KAKZAKIE N SEMUA DI SINI

Anonymous said...

Salam Singgah Jumaat. Selamat hari raya Aidiladha in advance juga. KA kalau nak berzikir suka juga tasbih yang sama je, guna my feveret tasbih he3

monalea said...

selamat hari raya aidiladha buat akak dan keluarga

Fazleyatul Aini said...

selamat hari raya aidiladha buat akak sekeluarga =)

Khairul Bariah said...

salam Aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban ye, kakzakie.

saya takde tasbih favourite. biasa guna ruas jari jika berzikir. ketika menidurkan anak dialun-alunkan saja zikir tanpa membilang. ^__^.

Nor Azimah Ali said...

Arwah mak sangat byk tasbih, byk hadiah dari ank murid dia, saya simpan sbg kenangan.

Nor Azimah Ali said...

Arwah mak sangat byk tasbih, byk hadiah dari ank murid dia, saya simpan sbg kenangan.

Humaira said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha kak ^_^ tsbih bnyk tp x guna pun..huhu..mmg sllu guna jari je

Kayu Manis said...

Selamat Hari Raya korban juga kak.

Nor suka guna jari..mcm tu juga suami,tapi kt rmh ni mmd setiap bila soalt berjemaah dia akn bgi sorang satu tasbih,masing2 ada tasbih sndiri,tapi ltk dlm satu bekas kecik..bila nak solat mmd dh siap2 letak tepi sejadah dia. .tukang bagi tasbih..tukang iqamah..semuanya tuakng😅😅😅

Mummydearie said...

Macam-macam tasbih ada...

Selamat Menyambut Aidil Adha ya, kak. Saya sekeluarga beraya di KL aje kali ni, tak balik kampung!

Izwa Kamaruddin said...

Cantikkk nyer tasbih akak.

AtieYusof said...

Belajar jg zikir guna jari ni...alhamdulillah! cantik2 tasbih tu kak...
**Salam Aidil Adha

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bila akak cakap guna ruas jari..
Teringat arwah mak mengajar kami berzikir menggunakan ruas jari..
Selepas usai solat..
Arwah mak ni pandai matematik..
Kekadang congak dalam kepala ..
Saya sampai sekarang suka guna ruas jari ni..
Rasa puas pulak.. :D
Kekadang zikir 100 kali pun suka guna ruas jari..
Padahal ada juga tasbih dan juga digital tu utk mengira..

Selamat hari raya Aidil Adha buat kak zakie sekeluarga..

Tahun ni saya sekeluarga korban dengan Ez-Qurban tu utk Bangladesh..
Tahun lepas dah buat kat kampung hubby..

Kak Wawa said...

Salam Aidil Adha Kak..")

Mar Mansor said...

selamat hari raya korban kak

Nurul said...

Assalamualaikum, kak zakie..
Macam-macam jenis tasbih dan cantik2 semua.. sampai sekarang guna ruas jari, tasbih tersimpan je..
Salam Aidil Adha K Zakie.. :-)

Falsya said...

Byknye koleksi tasbih kakak..suke pulak falsya tgk bile dh dilonggokkan semua..heheh..

Selamat hari raya aidil-adha kak..;)

Warisan Petani said...

Salam Aidiladha.
Selamat berkorban.

Eray Majid said...

cantik2 tasbih kak zakie. betul dengan apa akak cakap, tasbih bukan penentu banyak atau sikit zikir. eray lebih selesa guna yang tekan2 tu, terus keluar nombor. hehe. selamat menyambut aidiladha.

aby said...

salam kz ..
nyong lebih selesa enggo jari,
klu pun utk 99kali enggo jari waeh ..
wes reti tekniknya mayar wae utk inget tekan 99 tu.
utk info ..
iki dino anak ku no 2, sheila tunangan ..
selamat menyambut aiduladha utk kak sama

Anonymous said...

Assalaamu’alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laailaahaillahu waAllahu Akbar
Allahu Akbar walillahilhamd.

Selamat Menyambut Aidil Adha 1437 Hijriyyah. Semoga takbir yang bergema membawa seribu keberkatan bersama-sama erti pengorbanan sebenar.

Salam Aidil Adha, maaf zahir dan bathin dari Sarikei, Sarawak.

Anonymous said...

kalau saya lebih suka guna jari kak, sekali sekala juga menggunakan tasbih. Benar kak, apa yang pentingnya bukan tasbih besar kecik tu, tetapi keikhlasan kita dalam berzikir kepada Allah.

Cikna said...

Salam aidiladha, Bila xdapat/jumpa tasbih cikna guna ruas jari je lg senang...;-)

Sue Bee said...

Salam Aidiladha, kak :)

Normala Saad said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Zakie sekeluarga

MisDiarios said...

wahh macam2 jenis rupanya.
btw baru prasan dah salu blogwalking ke sini
follow sini #1256
byknye followers akak hihi
follow kita balik :D

Nadhie Wueen said...

Yup. Saiz tak penting. Asalkan kita istiqmah menggunakannya. selamat menyambut ibadah korban kak :)

Mila@Rimbun said...

Salam aidiladha kak..

saniahibrahim said...

Salam Aidiladha Kakzakie...

saniahibrahim said...

Salam Aidiladha Kakzakie...

Gee Lion said...

tasbih yg kecil molek namun berguna itu jauh lebih cantik drpd yg besar tapi tak digunakan. kan kak.. selamat hari raya aidiladha ^_^

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga diberikan kesihatan yang baik
Selamat menyambut hari raya aidil Adha kepada akak sekeluarga...semoga aidil Adha yang disambut ini memberikan rasa izzah dan ubudiyyah kepada-Nya...Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walillahilhamd..

jie susanos said...

Amin..jie pun kena slalu berzikir ni..n slmt hari raya haji kak..

raihanah said...

selamat hari raya aidiladha kakzakie. macam mama saya, banyak tasbih dia. tp sekarang dia suka guna yang digital

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..subhanAllah lama tak singgah...salam Aidiladha kak..

Inani Hazwani said...

salam aidiladha kak :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

byk tasbih akk.. alhamdulillah

salam aidiladha kak.

ajax85 said...

Selamat hari raya

QasehnyaRania said...

betul tu kakak
selamat ari raya aidiladha

Uncle said...

Yang glow in the dark pon ada tau....

E'in said...

salam aidiladha kak..

semoga kite sentiasa ingat kepada-Nya..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...salam aidil adha buat kakak sekeluarga...:)

OKje said...

Kadang kadang memang perlu guna tasbih ni kan kanda, senang .....Tak payahlah otak nak memikir berapa kali zikir dah kita sebut kalau guna ruas jari, boleh bercelaru jugak tu hihi