Monday, September 5, 2016

Ulaman dan tanaman

Tinggal di kawasan perumahan yang halamannya hanya sekangkang kera tidak menghalang untuk aku bercucuk-tanam apa yang termampu. Tidak dapat banyak sedikit pun jadilah. Walaupun duduknya rata-rata di dalam pasu dan berasak-asak tetap juga gigih mahu menjadikan apa yang ditanam dapat dinikmati.
Daun kesom - Anak Johor kalau tidak kenal daun kesom rasanya pasti janggal. Daun yang memberi aroma menyelerakan setiap kali periuk di dapur ada masak asam pedas dan laksa inilah dia. Walau berkongsi pasu dengan pokok bunga ros tetapi ia tidak menghalang untuk kedua-duanya memberikan yang terbaik buat tuannya.
Pucuk beruas - Salah satu ulaman yang anak-anak juga pandai makan. Mungkin sebab ketika dalam pantang aku juga menjadikan pucuk ini sebagai sayuran. Salah satu tips untuk membanyakkan air susu inilah juga. 

Pucuk beruas 2 - Ini juga sama tetapi lagi muda. Ada kalanya aku masukkan ke dalam masakan ikan asam pedas. Buat keluarga kami memang salah satu pembuka selera. Aku tanam pokok ini juga bersama dengan kelompok pokok bunga tetapi di tanam terus di atas tanah bukan di dalam pasu.  Semakin di cantas semakin banyak pucuk muda akan berhasil.
Sambung nyawa - Jangan pula ingat dengan makan ulam ini usia kita akan panjang. Tetapi entah dari mana dapat nama ini aku pun tidak tahu. Tetapi ianya sudah menjadi salah satu ulaman dalam keluarga kami. Boleh dikatakan setiap rumah adik-beradik kami ada tanam pokok ini. Ada dikatakan ulaman ini dapat mengurangkan kolesterol dan darah tinggi. Sejauh mana kebenarannya tidaklah aku ketahui. Mudah ditanam. Kerat saja batangnya cacakkan pasti akan bertunas.
Belalai gajah - Pokok Belalai gajah ini (sebelah kanan) aku tanam berkongsi pasu dengan pokok bunga puding (sebelah kiri). Bagaikan pelindung pokok bunga puding ini membuatkan pokok belalai gajah kian galak suburnya. Mudah saja tanam belalai gajah ini. Potong batangnya dan cacakkan. Tidak sampai seminggu sudah bertunas. Sedap untuk dijadikan ulaman walau dikatakan boleh mencegah cancer. Namun tidaklah aku tahu akan kebenarannya.
Ada orang makan kerana khasiatnya, tetapi sejujurnya aku makan kerana aku suka akan rasanya. Mungkin sebab aku anak jati kampung sudah dididik makan berulam, Sebab itulah ulaman merupakan salah satu hidangan sentiasa ada di dalam set hidangan meja makan kami walaupun sekadar timun atau daun salad. 

~~ Ulaman makan dengan sambal belacan pasti terangkat!~~



37 comments:

QasehnyaRania said...

saya pon suka makan ulam ulaman
pallig suka pucuk gajus

sabung nyawa pernah dgr tp x pnh lg rasanya makan
beruas tu bru tahu sebeelm ni tahu nama tempat beruas jek. di perak.

alhamdulillah ade juga tanah sekankang kera utk di tanam ulam ulaman

Fazleyatul Aini said...

pertama kali tengok dan dengar nama pokok sambung nyawa
kesum tu memang feveret lah. masak asam podeh, laksa

Mia Kassim said...

Salam kak..
Ni hasil bila kita berbudi kepada tanah. 😊
Ulam2 klu x ada sambal belacan mcm tak sempurna ...

Nieyl said...

salam...
amboi..grem nyer nieyl tgk daun kesom akk tu...
gemuk²...

adarnadzmie said...

saya pun pencinta ulam-ulaman... saya suka mencuba ulam yg belum pernah saya makan... memang sedap klu cicah sambal belacan kak...:)

Wani Sukarno said...

Kita geng la kak zakie, semua pucuk ulaman kita suka pucuk beruas tu ada sekali bonda tunjuk pokoknya banyak beajar dengan bonda lajugak makan ulam nih hii khasiat pun dapat ,rasa pon dapat hiii

Kak Yon said...

ky belum kenal pokok beruastu camne.tinggi ke Zakie..
pernah mkn pucuknya memang sedap..

Zee Suhaini said...

lagi satu kak..ulan + samabal belacan + budu..perghhh sedap..hahahaa
(akak makan ke budu?)

norhidana miswan said...

dlm banyak2 tuh daun kelsum je yg dana penah makan... lain2 ulam tak penah mkn kak kih3....

Lynn Hamzah said...

daun kesum jer yg kita kenal kak...hihihi...

Nizam.Ariff said...

Pucuk beruas??? Baru dengar.... kat Perak sepatutnya banyak, tapi aku tak tau pulak...

paridah said...

RAJIN MAKAN ULAMAN SHT TUBUH BADAN N AWET MUDA JUGA TU...

Myra Jay said...

Sedap tu cicah dengan sambal belacan, kena plak makan dengan geng, boleh bertambah nasik..fuhh! :)

Raihanah Ahmad said...

salam kzakie. seronok tengok hasil selepas berbudi pada tanah. boleh makan segar2 gitu

aby said...

salam kz,
saiz riko M otowo L.
engko nyong order kay
ramei jugak seng orak ride order kelambi kuwi ..
jwp neng post ku

Qhaifa Nur said...

Samalah dgn Nur kak...tanam dlm pasu juga
Suka belalai gajah..suka rasanya..ada tanam gak

Mummydearie said...

Saya cuma kenal tanaman yang pertama dan terakhir itu aje, Kakzakie. Saya ni memang tak berapa kenal sayur-sayuran kampung, maklumlah tak pandai makan dan tak makan sayur pun!

Norhayati Mohd Isa said...

Boleh sep kita ni kakzakie..
Memang penggemar ulaman..
Pinggan penuh dgn sayur ulam..
Sampai nabil kata..
Mama pinggan menghijau mcm rumput hahaha..
Saya pun mcm tu..
Pkok belalai gajah tu sepasu dgn pokok bunga puding..
Udah penuh belalai gajah tu memanjat kat pokok puding tu hahaha..

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...mmg berselera dan sedap kalau ada ulam-ulaman ni...petua awet muda kata org tua2 kn...

Gee Lion said...

samalah kita, takde ulam mmg x sah.
my favourite choice instead of sayur masak itu sayur masak ini.

Petak Bunga said...

kita pun suka ulam. tmbh kita org kelantan ada budu, tempoyak...jalan je..bertambah2 nasi..

daun beruas dah banyak kali dgr kat fb group tp x pasti mcm mna rupa, mungkin tak tahu nama dia..

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum Kak Zakie & rakan blogger sekalian,

Akak letak baja ikut masa tak? Saya pun ada tanam beberapa jenis tanaman dalam pasu tapi agak kurang yakin untuk bubuh baja sebab pernah sekali lepas letak baja tanaman mati, rupanya baja terkena akar.. So sampai sekarang trauma...

Beberapa kali saya cuba tanam pokok daun kesum tapi tak mau hidup, kecewa sungguh!

nasa mulia said...

salam kaka, nak tanya belali gajah tu makan sbg ulam kena celur dulu atau mkn mentah gitu jer.

Angah said...

wah banyak juga hasilnya walaupun membesar dalam pasu..

nadhie wueen said...

halaman rumah bukan penghalang kan :) saye suka ulam2 ni

Kayu Manis said...

Nor suka juga ulam
Nak mkn beli jer
Nak tnam tak ada tanah

Warisan Petani said...

Selain enak dibuat ulaman, tanaman herba tersebut mengandungi
pelbagai khasiat kesihatan dan perubatan.
Salam bertani.

http://warisanpetani.blogspot.my/2015/10/sayur-sayuran-kampung-warisan-petani.html

idzwa kamaruddin said...

beruas je kita tak kenal..ehiks!

nohas said...

sabung nyawa tu sedap, mild je rasanya..tak pahit, tak kelat..makan nasi ada ulam-ulaman, puas rasanya..banyak fibre..

nhhas said...

untung lah kakak... umah ada tanah.
hihihihi.

kita umah di tengah awan... eceeehhhh...
hihihihi...

xde tanah lah kak.
balkoni pun bakal tak ada ni.

hainom OKje said...

Dinda punya belali gajah daunnya tak hijau mcm tulah kanda....dinda punya hijau muda gitu mcm tak cukup zat huhu...

Dinda apa pun belasah kanda janji sayur hihi....

dorsett pink said...

saya suka giler makan ulam, tapi susah nak dpt kat kl ni

Falsya said...

bile kat entry kakak baru la falsya tau byk pasal dedaunan..hehehe..kalau x,mmg falsya akan nmpk semua sama je..;D

Mas said...

kecuq air liuq baca..sedapnya berulam!

Khairul Bariah said...

saya pun suka ulam-ulaman.
daun-daun di atas tu semua pernah jumpa kecuali pucuk beruas. pertama kali saya dengar. atau ada nama lain tak?

Malinda said...

Cantik pokok kesom akak...senang nak msk asam pedas tinggal petik je...sy gak yg femalas tiap2 minggu mampu petik kat paso je...hahaha...pucuk beruas tu sy penah makan...mil sy ajar...sedap gak...tapi sy paling suka pucuk betik dgn ulam raja...yum2 sedap sgt suka dgn bau dia...

Cikna said...

Daun kesom tu janji dapat air cukup/banyak conform subur... esok nak suh mummy buat laksa lah...;-)