Sampai di tempat dituju masih banyak ruang parking yang kosong. Hati dan mata sepakat mahu memilih mana yang berkenan di hati. Terlihat ruang parking yang ada pokok boleh melindungi dari panas. Melonjak gembira kerana jauh di sudut hati terfikir pasti belum ramai orang lagi. Waktu itu lebihkurang jam 7:30 pagi. Tetapi sebaik pintu dibuka untuk mengambil nombor aduhai berderet sudah yang menanti.
Namun kenalah pasrah dan redha sebab dengan bayaran RM1/- dapat ubat bagaikan percuma. Hanya yang agak terkilan di hati mengapa doktor yang bertugas langsung tidak melihat apa yang aku tunjukkan. Terus khusyuk mengadap komputer sambil mendengar apa yang aku jelaskan dari apa yang ditanya olehnya. Kesudahan sebelum keluar bilik konsultansi diminta membuat temujanji dengan kaunter receptionist untuk rujukan ke physiotherapy. Kena berbaik sangka kerana setiap manusia mempunyai emosi yang berbeza. Pagi lagi mungkin mood belum betul-betul sempurna. Harap-harap tidak berterusan sehingga ke petang. Akur apabila tarikh 30 Oktober 2016 yang diberikan. Tetapi hari Selasa lepas aku mendapat panggilan tarikh itu kena anjak lagi sehingga 13 November, 2016. Sabarlah.
~~ Sakit dan menyembuhkan atas kuasaNya. Kita sekadar mampu berusaha.~~
37 comments:
Mungkin mmod doktor belum tiba..hihihi...
tapi sebenarnya kebanyakkan nya mmg begitu..
kalau yg pandang dan dengar apa yang kita ckp tu ada,tapi 3 dlm seribu laa...
dsh sembuh ke kak? moga cepat sembuh..
Rasa lain macam saja kan bila kita ckp dengan org pastu dia dok mengadap benda lain. Terkilan tu sudah pasti..
Ha mcm tulh mnusia skrg kak..
Ujian kiri kanan blkg tepi,tak kiralah sapa2 punlah..pelikkan
Hebat dh jadi org hebat perangai juga yg tak hebat2..tak pndang,tak toleh..bongkak perpagi ni...pdhl dh subuh2 tu kita dh sujud menghadp Pencipta
Pyh naw klu solat tak reti mksud bcaan,maka terbawa2 bila mghadp manusia ...senyum,pndng kita ni...tak boleh sgt dh ke...?
Bersgka baik jerlh...ujian jumpa org pgi2 mood ke lauttt dlm ni.😕😕
Hospital kerajaan ya, kak?
Untungkan bayar RM1 sahaja tapi macam-macam ubat boleh dapat. Tapi kenalah bersabar menunggu dan ikut nasib dapat doktor yang macamana.
Kalau awal pagi doktor dah moody, layan nak tak nak aje, entahlah tak tahu nak kata apa. Bosan agaknya melayan perkara 'remeh' pada mereka tapi dah namanya kerja, WAJIBlah bertanggungjawab walau bosan macamana sekali pun!
hospital kerajaan memanglah begitu kak. Kdg2 sebelum jam 7pg pun org dah terpacak nak dapatkan nombor awal.
Mood doktor tu, ikut rezeki kitalah kak. Kalau dapat yg baik dan ramah, alhamdulillah. Kalau tak, terpaksa bertabahlah dgn perkhidmatan yg RM1 tu..Tp yg sepatutnya, mereka kenalah memberi perkhidmatan yg baik seperti slogan 8S yg mereka war-warkan tu!. Barulah org awam puas hati.
selamat menjalani rawatan yg seterusnya dan semoga diberi kesembuhan kpd KakZakie.
mmg terkilan kalau dilayan mcm tu..
saya kelmarin ada temujanji dgn doc..alhamdulillah semua dah normal kembali..darah 125/85..jantung dah normal..lega bila tak payah bertemujanji dgn doc lagi..
klinik kerajaan selalunya mcm gitu..sebelum pkl 7.30pg lg, dah ramai yg beratur depan pintu..pergi klinik mata HKL, sampai pkl 7.40, dapat nombor 154..huhu..next appointment bulan 6 thn depan...hihi..
doktor tu blm breakfast lg kot, mood ke laut..semoga akak cepat sembuh..
Agaknya doktor pun tak sihat jgk tu...kesian dia...kan kak...hmmm
Akak tak sihat? Akak checkup apa.
Takpa lah kak..kita maafkan dia, mungkin takdir akak pada pagi tu terjumpa doktor begitu :)
Tak sihat ke kanda?
Mmg untung dan bersyukur sangat ada Klinik 1 Malaysia ye kanda....ubat cuma bayar Rm 1 henggit je...
Kanda kena ingat tau Rm 1 henggit tu tak masuk consaltancy tau, sebab tu lah doktor menyambil tengok komputer hihi,.....Main Pokemon go kot hihii....
Kakzakie sakit ke?...
Betullah kakzakie ,saya dah banyak kali laluinya ...terpaksa redha dengan nilai 1 RM dan perkhidmatan yang diberi.
Tapi kalau jumpa doktor pakar biasanya dikenakan 5 RM...alhamdulilah biasanya di check betul2.
Kakzakie sakit ke?...
Betullah kakzakie ,saya dah banyak kali laluinya ...terpaksa redha dengan nilai 1 RM dan perkhidmatan yang diberi.
Tapi kalau jumpa doktor pakar biasanya dikenakan 5 RM...alhamdulilah biasanya di check betul2.
Semoga cpt sungguh kakzakie...sesetengah saja doktor hospital krajaan yg xberapa nk layan pesakit ni tapi ramai yg prihatin sepanjang pengalaman kak berusan dgn doktor kat hospital kjaanlah. Kak pula yg malas sgt nk dptkan rawatan doktor hospital ..mcm2 pula yg depa nk cek
bagus kak zakie, berbaik sangka akan buat kita mampu terima situasi tersebut dgn lebih berlapang dada. Semoga doc tersebut mendapat kesedaran.
Akak sakit apa ya? Lama tak bw, ginilah jadinya tertinggal cerita.
Semoga cepat sihat ya kak. :)
Sabarlah dear kakzakie ya
Kaknoor pun mmg tersingung jugak kalau dilayan begitu, lagi2 kita yg dh tak muda ni sngt sensitif, sekurang2jya pandanglah dan lihatlah pesakit mu ini wahai doc ya
mmg tak semua doktor di kenek or hospital perangai mcm tu, tp kadang sbb sorang dua yg pangai gitu la yg bt org duk harung sama je semua...
Pusat rawatan kerajaan ni dh ramai sangat pelanggan sebab rawatan swasta boleh tahan mahal sekarang.
Doktor tu stress, penat hari2 mengadap ramai pesakit.
semoga akak cepat sembuh
assalamualaikum kakzakie...semoga cpt sembuh yer...;)
Biasalah kak...memang kita ni kena gandakan sabar bila berhadapan dgn doctor mcm tu...hihi... apa pun moga cepat sembuh ya kak...
Biasalah kak bila pergi klinik kerajaan..kena byk bersabar...apa yg disibukkn tak tahu lah...org makin ramai...semuanya disebabkn RM1 tu huhu
Moga cepat sembuh kak
maybe lain org lain perangainya. saye pun ada gak pi kerajaan ni. byk kali gak dpt doc yg peramah & sporting orgnya. soalan merepek pun dorg layan. hihi
hehe.. dia belum breakfast lagi kot, tgh order breakfast online😂
semoga cepat sembuh ye kak zakie.
hehe.. dia belum breakfast lagi kot, tgh order breakfast online😂
semoga cepat sembuh ye kak zakie.
doktor klinik 1Malaysia di Tanah Merah, kelantan mesra pelanggan je? lain pdg lain belalang..
Apa jua pekerjaan kita..
Yg perlu ada IKHLAS dgn kerja tu..
Baru lah tak da perasaan moody tu kan kak..
Macam saya pergi satu hospital ni..
Doktor tu siap kata..
Maaf ye puan.. saya terpaksa pandang komputer ni..
Tak pandang puan bila bercakap..
Sebab prosedur baru ni doktor kena isi semua data dan juga ubat yg diberikan sendiri..
Tersenyum saya mendengarnya..
Ok doktor ikut ajer lah prosedur tu hihihi..
Tapi tu lah dah nama manusia tu perasaan akan berubah bila menghadapi masalah..
Penyudah patient yg dapat layanan endah tak endah ni kan kak..
Semoga akak cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Doktor tu dah pro sgt kot kzakie, boleh main dgr je, tulah kan, kadang bila kes camni, bio pegi klinik bayar tapi puas hati dgn layanan doktor yg baik.
semoga cepat sembuh kak zakie.. musim orang sakit sekarang ni, ... mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala kesakitan yang dialami .. harap-2 doktor tu bukan tak pasang telinga huuu
Warak kot agaknya Doktor tu Kak Zakie..😃😃.. makanya beliau menundukkan pandangan.. takut tergoda. Hahahaha..
Mood doktor tu tak berapa baik agaknya hari tu. Sabar akak yea.
Sabar yea kak...rietta plak selalu ke KK yang agak kurang org, jauh sket la...tapi berbaloi, masa menunggu tidak lama, doktor plak mmg penuh dengan ciri kedoktoran....lemah lembut,sopan santun...
Saya perlu menunggu lima bulan hanya utk melalukan pemeriksaan ultrasound yg tak sampai 10 minit tu.. Huhu.. Segalanya masih segar dlm ingatan..
itulah kdg2 terkilan klo jmpa doc camni...
bg ubt bdasarkan apa y didengar..tp x tgk keadaan pesakit spatutnya.. frust kan..
Huhu.. No comment.
memang begitu lazimnnya kak..mungkin disebabkan org yg telah ramai..di oagi hari lagi mrreka bagaikan terdera oleh perasaan malas...tp hari tu irda bawak mak pergi hospital.kerajaan..doc dia chinese...ok alhamdulilah layanan baik dan mesra...walaupun sudah pukul 3pm.kadang2 org kita yg beragama islam ni lupa dlm.kerja itu ada ibadah.irda doakan akk cepat sembuh ya
Huhhu.... walaupun sy kerja gomen... sy pun x suka g spital gomen.
Mendidih je rasaa...
Huhuhu
Post a Comment