Wednesday, September 21, 2016

Adik dengan F1 dia

Pada 17-09-2016 yang lepas adik ada menduduki peperiksaan ujian hafazan untuk Peperiksaan Sekolah Darjah Khas Agama, Negeri Johor. Adik belajar di sekolah dia di sana tetapi semua peperiksaan dijalankan di JB, sekolah yang dekat dengan rumah kami (sengaja membuat pendaftaran peperiksaan di JB sebab peperiksaan besarnya akan dijalankan sewaktu cuti sekolah akhir tahun). Jabatan Agama Johor memberikan kelonggaran ini. Biasalah bila anak duduk dewan peperiksaan mama dia duduk depan sejadah. Selesai aku membaca Yaasiin beralih untuk berzikir. Sambil berzikir mengemas barang adik sebab Ahadnya dia akan balik. Tiba-tiba mata melilau terpandang fail yang satu. Boleh senyum tanda tidak khusyuk.



Kalau adik boleh racing F1 kagum besar mama/papa dibuatnya. Lupa pula hendak bertanya adik apa maksud F1 di fail ini. Aku rasa mungkin abbreviation untuk File nombor satu atau Form One bukan Formula One. Sebab adik salah seorang yang dilantik dari lima pelajar sebagai perwakilan pelajar tingkatan satu. Ini salah satu tanggungjawab yang dia kena buat mungkin.

~~ Kalaulah anak aku boleh berlegar di litar perlumbaan F1 apa agaknya aku rasa. Sudahlah perempuan! Kelakar dan suatu yang mustahil.~~


40 comments:

Mummydearie said...

Saya rasa abb. F1 tu untuk Form 1, Kakzakie. Cerita-cerita pasal kelas prep, teringat pulak zaman dedulu ^_^

Eh, kak... mana ada mustahil zaman sekarang ni! Kalau adik berlumba di litar F1, tentu masuk dalam rekod sejarah sebagai wanita Malaysia pertama bergelar pelumba F1. Hahaha!

Nieyl said...

Rasanya Form 1 tu..hihi..
apa yg mustahilnya kak..mana la tahu mmg btl f1 kan.. :)

adarnadzmie said...

assalam...

x sempat nk terjah blog akak kesayangan ramai nih... busy sikit... hehee

baru berkesempatan pagi ni...
ingatkan lumba kereta F1 adik tadi... rupanya lumba hafazan alquran ye... tahniah adik... semoga Berjaya...

saniah ibrahim said...

Bila baca tajuk ingat kan betul2 adek minat F1.:-)
Bagus adek ya ada tokoh kepimpinan,walaupun tanggungjawap besar.Semoga adek dapat terbaik exam sekolah khas nanti.

saniah ibrahim said...

Bila baca tajuk ingat kan betul2 adek minat F1.:-)
Bagus adek ya ada tokoh kepimpinan,walaupun tanggungjawap besar.Semoga adek dapat terbaik exam sekolah khas nanti.

QasehnyaRania said...

hihi
tak mustahil nya kakak

memula baca tajuk entry tdi kot lah adik gi melawat litar f1 kt sepang. hihihi..

hainom OKje said...

Adik ni mesti ada gaya pemimpin kan kanda.....
Haha..... tengok F1 mesti teringat Formula 1 ye kanda....Form 1 kot

Dkna Abza said...

terkejut gak kalau formula 1 kak.. hahahaaaa

norhidana miswan said...

skrg mcm2 istilah ye kak...

yelah skrg mmg tgh periksa darjah khas kan kak...

Norhayati Mohd Isa said...

Singkatan Form 1 agaknya kakzakie..
Dah selalu sangat iklan F1 tu..
Jadi minda kita terus teringat F1 tu Formula One kan kak..

Semoga adik terus cemerlang dgn hafazannya..

nohas said...

F1 dh nk start..hehe..semoga adik berjaya dlm peperiksaan hafazan..

bagus adik, ada ciri2 seorang pemimpin..

paridah said...

Heh..heh..anak fikir lain, mak fikir lain tu..xpa sekurangkurangnya kakzakie boleh tersenyum kenangkan adik yg sdg exam

idzwa kamaruddin said...

Wahhh dia punya formula bila tersebut pun terus rasa mcm F1 juga ;) adik anak bijak :)

E'in said...

hahha.. kemain akak pk formula 1.. hihi

LM said...

Salam kak sayang. F1tu form one kot..

Rindu lak zaman darjah khas. Dulu saya darjah khas kain warna putih.pastu tukar coklat.skrg x tau warna apa

Ratu Hatiku said...

As salam kakak.. apa khabar..lama betul tak ziarah kakak dekat sini.. semoga segala urusan kakak dan keluarga dipermudahkan.. Aaminnn

Napelah sekolah agama d lain2 negeri tak macam sekolah agama d Johor sistemnya kan.. terigt waktu muda2 dulu skolah agama kt Johor seronok sangat.. sbb masa sama panjang dengan sekolah biasa waktunya...

Wani Sukarno said...

Salam kak zakie.. Lama x singaah sini ..Terkejut ingat formula 1 hiii..

nuyui a.k.a miss YUI said...

hehhe leh jd byk mksd F1 tu kan kak.

Qhaifa Nur said...

Tahniah adik...moga cemerlang dlm hafazan...
Byk maksud yg tersirat F1 ni kak zakie...empunya fail yg tahu
Tak mustahil kaum hawa ke F1 ni kan kak...

Nooriah Abdullah said...

Kaknoor rasa pun Form 1 jugak kakzakie
Semoga adik terus cemerlang dlm hafazan tu nnt
Inssya Allah

aryan azra said...

mana tahu satu hari nanti pelumba F1 negara kita seorang perempuan dan adik pula tu.

Nor Azimah said...

Singgap jap kzakie, smb tuitoin kan budak membaca, smb nk buat exam papet, tapi hati meronta2 nk baca ntri kzakie.
Mcm2 cerita budak2 kan, seronok mengenang alan persekolahan ni.

Nor Azimah said...

Singgap jap kzakie, smb tuitoin kan budak membaca, smb nk buat exam papet, tapi hati meronta2 nk baca ntri kzakie.
Mcm2 cerita budak2 kan, seronok mengenang alan persekolahan ni.

HeNRieTTa JoSe said...

hehehe....klu btul ade d F1, mcm risau juga...sekejap je dah F1 ade sekarang, rietta masih igtkan adeq d skulah rendah....

@na said...

Apa salahnya kak, kalau adik cabar diri dlm bidang baru hehehe

Amy Hilmirda Daud said...

Mula-mula ingatkan F1 yang tu tapi bila baca balik kat fail baru faham apa maksud F1 tu, heheh.

Acik Erna said...

Jauh angan2 kakzakie patut senyum he he..semoga adik berjaya cemerlang

Acik Erna said...

Jauh angan2 kakzakie patut senyum he he..semoga adik berjaya cemerlang

Khairul Bariah said...

haha, akak, saya yg baca tajuk pun ingatkan adik ada kereta F1 mainan ke apa ke. rupanya F1 yang lain. Form One agaknya tu.

moga adik lulus dengan cemerlang dalam hafazan ya.

Diana Rashid said...

F1 tu banyak maknanya tu...heheh

Hanim Hashim said...

kalau saya, saya ingat anak saya nak masuk F1 hahaha

Cik Yaya said...

biasanye F1 tu form 1 la kan..
hehe

haii
salam..Yaya singgah petang kat sini =)

Mas said...

haha..gempak!

Mar Mansor said...

form 1 la kan?

imm hassan said...

Assalamualaikum kak zakie.. lama tak jengah kawan2 blog hehe..

rasanya adik maksudkan form 1 tu kan?

(Takziah juga atas pemergian ayahanda akak. imm baru terbaca tadi)

Gee Lion said...

jangan fikir mustahil.. silap hari bulan jadi tak mustahil.. ^_^

Kayu Manis said...

Tahniah adik
Mcm dato vida lah f1...no satu,johan,juara ..

Puan Wawa said...

hebat2 anak akak.. Tahniah kak..":)

MisDiarios said...

fuyoooooo hebakkk anak akak azie.. mesti macam ibunya juga hebakk hihi :D

amirah said...

hehehe...kalo F1 amie pun tumpang bangga kak..