Sejauh mana kita mampu mendidik hati dan peribadi diri kita dengan sifat qana'ah dan tasamuh ini tidak ada seorang pun yang mampu mengukurnya. Hatta diri kita sendiri pun tidak tahu sejauh mana ia duduk di dalam diri kita walaupun sifat ini sedikit sebanyak menjadi kayu pengukur keimanan diri. Bukan satu hal yang mudah bagi insan biasa seperti kita ini bersikap redha dan merasa cukup di atas hasil yang kita usahakan. Sentiasa berusaha mendidik diri menjauhkan dari rasa tidak puas hati dan bertoleransi dengan insan-insan sekeliling agar qana'ah ini seiring dengan sifat tasamuh dalam diri.
Tasamuh ini mendidik diri kita bertoleransi dengan mereka yang di sekeliling kita. Bersama-sama mencari redha Allah. Tidak perlu menguasai keseluruhan yang kita mampu kerana sebahagian yang kita perolehi dan lakukan mungkin adalah milik insan lain. Toleransi di sini mestilah yang tidak melibatkan hal-hal dan hukum-hakam agama dan syariat. Seperti qana'ah bukan mudah untuk kita tanamkan tasamuh ini andai sifat qana'ah jauh dari diri. Merasa cukup dalam apa juga yang Allah berikan bukanlah bermakna duduk diam tanpa berusaha tetapi bersyukur atas apa hasil yang setimpal dari apa yang telah diusahakan.
Sebagai insan kerdil benarlah kita tidak boleh lari dari rasa haibah atau takut ibadah atau jariah tidak diterima. Selalulah amalkan suroh Muawwizat atau biasa orang kita sebut tiga Qul. Ada diriwayatkan dari Aisyah radiyallahu'anha "Baginda rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada setiap malam apabila hendak tidur akan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Ditiup kepada dua-dua tapak tangan kemudian disapukan ke seluruah tubuh dan kepala baginda." Amalan mudah yang boleh kita selalu amalkan. Semoga dengan amalan ini boleh menghindarkan rasa haibah dalam diri kita.
Sebagai insan kerdil benarlah kita tidak boleh lari dari rasa haibah atau takut ibadah atau jariah tidak diterima. Selalulah amalkan suroh Muawwizat atau biasa orang kita sebut tiga Qul. Ada diriwayatkan dari Aisyah radiyallahu'anha "Baginda rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada setiap malam apabila hendak tidur akan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Ditiup kepada dua-dua tapak tangan kemudian disapukan ke seluruah tubuh dan kepala baginda." Amalan mudah yang boleh kita selalu amalkan. Semoga dengan amalan ini boleh menghindarkan rasa haibah dalam diri kita.
Gambar 1 - Mereka yang kurang berkemampuan menikmati ini biasa-biasa saja tetapi kepada yg sesekeli bertemu ini nikmatnya tidak terkata apa lagi..... (lihat gambar ke dua) |
Cukup bersyukur dengan ini kerana sama-sama dapat dinikmati ramai. Merenung ke dalam diri kerana ada saudara-saudara kita yang langsung tidak dapat menikmati apa yang kita ada.
~~ Sekadar renungan bersama. ~~
35 comments:
Assalam kak, salam jumaat.
Saya tak pandai sungguh makan tu kak.
peringatan yang baik di pagi jumaat. Thanks kakzakie
Nampak sedap kak,
teringin juga nak buat tapi Amy sorang aje yang makan kat rumah ni.
Salam kak ... nampak urap pucuk ubi tu rasa nak terkeluar air liur .. hehe lamanya tak makan urap ni. Selalu mak yg buatkan .. nak buat sendiri cam tak sedap pula 😊
bukan mudah nak berhijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah.
namanya pun jihad... perlukan kekuatan rohani yang teguh...
Gambar pertama tu memang sedaplah, kak. Sebab tak selalu makanlah yang menjadikannya sedap. Kalau dah selalu, tentulah muak pulak.
Urap tu my kakak selalu buat tapi letak kerang, udang kecil semualah. Saya tukang makan kerang dan udanglah aje!
Terima kasih perkongsian yg sgt bermenafaat di pagi jumaat..istilah yg diberikan menjelaskan maksud sebenar yg harus dihayati
Ikan masin memang pembuka selera kakzakie..
Regu dgn nasi panas ajer pun dah cukup..
Urap tu saya tak pernah makan kak..
Teringin juga nak merasa tu..
Sifat Qanaah..
Bersyukur apa yg ada..
Jika ada dalam diri semua orang maka akan damai lah hidup ni kan kak..
Tiada lah yg mencuri kan..
TErima kasih atas peringatan ini. Dan....semestinya menu kampung itu membuat saya mengences! Hahaha! Happy great weekends akak!!!
Terimakasih berkongsi ilmu di Jumaat ini.
Lauk yang menjadi pembuka selera ...suka sangat.
Terimakasih berkongsi ilmu di Jumaat ini.
Lauk yang menjadi pembuka selera ...suka sangat.
Bila baca sifat2 di atas terasa diri ini byk benar utk diperbaiki.
Dua2 menu tu sedap kak. Membuka selera makan!
Gambar 1st tu memang suk makan. Tapi jarang lah. Yang no. 2 tu memang tak pernah makan.
Thanks atas peringatan kak.
Salam jumaat kakzakie
Terimakasih berkongsi ilmu hari ni
Semoga bermanafaat utk semua
Kaknoor mmg suka semuanya kakzakie
Tkpayah ayam daging pun dah cukup ni
syukran, kak..berkongsi ilmu..kita manusia tidak sempurna, tiga2 sifat tersebut mmg patut dipasakkan dlm diri...tasamuh..tapi kalau melanggar syariat, mmg tiada kompromi..
makan nasi dgn kerabu..mmg enak banget..
Syukran.
Banyak dapat belajar.
Saya belum pernah makan urap pucuk ubi kayu...pembuka cerita & pembuka selera kedua-duanya enak dan sedap.
Sifat- sifat mahmudah tu wajib diusahakan, bukan datang sendiri dalam diri kita, sbgmana sifat-sifat mazmumah itu, tak payah diusahakan tapi ada je dalam diri kita, tak payah disuburkan, tumbuh subur sendiri. Itulah jihad yang besar yang dikatakan oleh Rasulullah sebaik pulang dari peperangan Badar, yang lebih berat dari jihad mengangkat senjata. Ramai orang tak mampu berjihad terhadap diri sendiri.
Sifat- sifat mahmudah tu wajib diusahakan, bukan datang sendiri dalam diri kita, sbgmana sifat-sifat mazmumah itu, tak payah diusahakan tapi ada je dalam diri kita, tak payah disuburkan, tumbuh subur sendiri. Itulah jihad yang besar yang dikatakan oleh Rasulullah sebaik pulang dari peperangan Badar, yang lebih berat dari jihad mengangkat senjata. Ramai orang tak mampu berjihad terhadap diri sendiri.
terima kasih ...
insyallah
Salam maal hijrah kak Zakie, belajar utk menghargai sbb tak semua mampu miliki apa yg kita ada kan.. ^_^ Tapi alahainya lah susah nak didik diri agar sentiasa merasa cukup.. ):
Terima kasih untuk perkongsian ilmu akak..
Sedapnya urap.. imm suka makanan yg macam kerabu camtu.. terbuka selera.
Belajar vocab baru tasamuh...terima kasih kakzakie...
dan,,,kerabu urap tu teliur betui la...teringin nak rasa..hehe
salam akak.
singgah sini.
betul la tu. mas setakat tengok ikan bilis dengan telur sekarang ni. dah biasa sangat.
haha.
Terlior pulak tengok urap pucuk ubi tu, kat laman KN ni memang ada 4 5 pokok ubi, selalunya buat rebus n masak lemak jer, bila2 rajin nak buatlah urap cam ni..
Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Salam ma`al hijrah 1438 kepada akak dan keluarga. Terima kasih atas pencerahan. Sangat mengenyangkan minda dan mendidik hati. Semoga kita sentiasa di atas jalan rahmat-Nya...
tq ats perkongsian ilmu ni..
betul tu kak.. syukur selalu.. krn msh ramai insan lain y kurang sgalanya..
good sharing kak
salam maal hijrah =)
Sedapnya maknn tu nikmat mkn pns2..sifat2 yg perlu dipupuk dn dibajai dlm diri.. InsyaAllah may Allah bless
Bagus perkongsian ni kak. Sedapnya menu tu :)
nice sharing kakzakie.
pergghhhh. lauk2 sedap tu.
makan dgn nasi panas.
dap ehhh..
klu makan ramai ramai dengan famly...lagi sedap....lagi meriah...tpi famly rietta xramai....xriuh pown rumah....
Peringatan yg baik kakak
salam kak. sedap ikan masin tu
alhamdulillah
kerabu urap x pnh makan
ikn masin tu sedapnya..
Post a Comment