Wednesday, September 7, 2016

Masih diberi nikmat olehNya

Lokasi: Tempat bertugas
Masa: Waktu makan tengahari
Bekal - Nasi putih, ikan kerisi goreng, bening cauliflower & brokoli, sambal belacan dan ulam. Bawa juga buah sebiji.  Tahu apa itu masak bening? Tanyalah Pakar En.Warisan Petani  atau Specialist bertani Jiwa Tani tahulah dia apa itu 'sayur bening':)
Mesti ada - Hidangan aku mudah saja, asalkan saja ada sayuran dan pedas sudah cukup membuat perut aku puas. Tuang semua kuah bening dekat nasi makanlah dengan selera.
Beryani - Makan ini sesekali bolehlah tetapi kalau seminggu sekali pun jemu rasanya. Ini aku makan ketika menghadiri majlis pernikahan anak sahabat hubby di Pulai Perdana. Beryani kambing. Minggu depan bermulalah meriah dengan nasi beryani dek undangan majlis kahwin yang rancak di sana-sini.

~~Bila di tempat kerja agak sibuk, bawa bekal dari rumah lagi mudah.~~


36 comments:

Mia Kassim said...

Masak bening tu kalau Mia kat rumah selalu panggil 'sayur masak air' 😊 sebab masak rebus cam biasa2 ja kan ..😊

Fiza Rahman said...

Sedap plak nengok bekal akak tu. Simple tapi menyelerakan.

Amy Hilmirda Daud said...

Walaupun simple tapi sedap kak, nak pulak ada sambal belacan tu :)

norhidana miswan said...

akak... dana pun kenal lah bening... heheheh

sedap dh tu kak... lengkap semua lauk n sayur nya

Nieyl said...

Salam Pagi...
Nieyl singgah sini...♥
Alhamdulillah...akk pun bawak bekal ya...
sama la ngan nieyl.. :)

Zee Suhaini said...

masak bening dapat regukan dengan sambal belacan dan ikan masin cukup dah bagi zee kak..makan bertambah jawabnya..
ikan kerisi goreng garing pon sedap tuh..
yang berlemak memang cepat muak..

Mummydearie said...

Arwah ayah saya suka masak bening ni. Nama lain tu masak airkan, Kakzakie!

Saya pulak selalunya makan kenyang-kenyang waktu breakfast lepas tu lunch dah tak keluar. Malas!

Kalau terlebih rajin, masaklah bawa bekal ke pejabat. Itu pun yang mudah-mudah aje dan quite rare lah, kak ^_^

Falsya said...

simple je lauk kakak tp nmpk sgt sedap..bile la falsya dpt nak bawak bekal gie ofis..dh lama dh niatnye, tp tuh la..xkesampaian lg..;D

Uncle said...

Wah menarik semua masakannya. Saya bukan boleh tengok ni....Teringin terus!

LiNda said...

sedapnye menu, kita pun kadang2 berbekal jugak ke opis.
Tapi utk ank mmg ari2 ade bekal.
Salam kenal,
dah lame tak aktif blog.
Jemput singgah blog linda :)

Sally Samsaiman said...

Morning! Sally singgah sini…wahhh! Best gila kalau macam ni Sally pun nak! Sally selalu juga bawak bekal sbb jemu dah makan kat kedai mamak sejak 6 tahun lepas..hahaha

paridah said...

BEKAL YG MUDAH NK SIAPKANNYA TAPI SEDAP TU...SESUAI DGN SELERA MENGENYANGKAN OK JE.

nadhie wueen said...

wow sedapnya kak. nak cket boleh? hehe

nasa mulia said...

Sayur bening kesukaan saya kak, tapi belah suami mereka x biasa jadi kuranglah masaknya.
sayur bening padankan dengan sambal tumbuk dan satu lauk goreng, cukuplah.

Kakcik Nur said...

Masakan yang ringkas itulah yang lebih menyelerakan... :)

seri akmad said...

kekadang berangan nak bawa bekal...tp tu la pepagi..kelam kabut je rasa

Khairul Bariah said...

saya dulu2 selalu juga bawa bekal ke pejabat. sekarang dah kerja di kampung halaman sendiri, waktu lunch mengambil anak dari sekolah, terus balik rumah, makan dgn anak2.

saya baru tahu masak bening tu masa berbloging ni. saya panggil masakan tu, sayur rebus air saja.

nohas said...

brokoli & cauliflower masak simple mcm ni lg sedap...mengekalkan khasiat...lapo lah pulak..nak gi cari ikan goreng jg..hihi..

Kayu Manis said...

Tiba2 lprrrrlh plkkkk

Nk mknnnn

Warisan Petani said...

Bening ni maknanya jernih dan tenang, khas intuk air.
Betullah tu maknanya sayur masak air.
Cuma bening kakak ni kurang tenggelam.
Yang sedap tu beningnya, angkat mangkuk terus hirup.
Regunya memang kena ada sambal (ketuk atau belacan) dan ikan goreng atau ikan kering.
Uenak banget bmak yu.

adarnadzmie said...

wahhh... kak.. sedap tu... menu yg ringkas gini la paling sedap... leleh air liur saya kak....hehee

Nooriah Abdullah said...

Kaknoor pun suka masak mcm ni
Tapi itulah budak2 pupak tk suka
Kalau msk gini kena msk yg lain2 utk anak2
Banyak songehh kan budak2 ni
Tpi seorang ibu tk kisah asalkan anak2 happy bila time makan

Diana Rashid said...

saya memang hari2 buat masak bening ni kak..ratah je..sebab saya tak makan nasik..saya mengamal atkins yang tegar...heheheh

Azian Elias said...

kat India ritu tak makan langsung bryani.. asyik pratha je kak.

idzwa kamaruddin said...

Sama cukup pedas dah ngam dah :)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Alhamdulillahhh.. nyum2..

Mas said...

sedapnya!selera sma la..hihi..klo x de pedas x jalan..

Normala Saad said...

Masa kerja dulu kak pun bawa bekal juga..jarang keluar makan kat luar

Eray Majid said...

wah sama selera kita. asalkan ada pedas dan sayur bening, tak pandang kiri kanan dah. kecur pula malam2 ni.

Qhaifa Nur said...

Seronoknya bawa bekal dr umah ni, jimat pun ya..
Suka juga sayur bening ni kak

Gee Lion said...

yang pasti ada sambal dan ulam.
fuhh terangkat.
hehe ^_^

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam kebaikan..
Sayur bening, lama sungguh x dengar word tu...ganding pula dengan sambal lada dan ulam fuhh...tak tau apa nak cerita..hhehe

Fyda Adim said...

salam kak zakie..lama tak menjenguk akak.nampak sedap lauk pauk akak tu.

aryan azra said...

sedap tu kak saya juga suka sayur2 dan pedas2, betul kak bawa bekal lagi mudah dan lebih berselera hendak makan walapun ringkas

Noriza Abdul Rahman said...

Bawa bekal ke tempat kerja lagi mudah and jimat kan kak? Dari nak menapak cari kedai nak makan lunch

nurulaziyana said...

sedapnya lauk..kaya dengna sayur..i like